Perampas ||

Romance Completed 28079

Adam terkejut kerana ramai orang ada di rumah Atikah. Apa yang berlaku? Dilihat ramai orang memakai pakaian yang menutup aurat. Tiba-tiba jantung Adam terasa berdebar-debar. No! Harap apa yang difikirnya salah. Adam terus berlari ke dalam rumah Atikah. Di satu sudut ruang tamu,dia terlihat sekujur tubuh ditutupi dengan kain putih.

"Assalamualaikum aunty...saya Adam" kata Adam kepada seorang aunty yang menangis di sisi sekujur tubuh itu.

"Waalaikumusalam. Anak ini siapa?" tanya aunty itu.

"Saya kawan sekelas Atikah. Boleh saya tahu...mana Atikah?" tanya Adam cuak.

Aunty tadi terus menangis teresak-esak.

"Atikah tu...anak aunty...di...dia...su...sudah...me...meninggal...dia...bu...bunuh di...diri...hurg..." Aunty itu menangis teresak-esak.

Waktu itu Adam berasa seperti ditarik nyawa. Adam jatuh. Setitis demi setitis air mata keluar dari mata Adam.

"inna...lillahiwainna...ilai...hirojiun" ucap Adam sambil menahan air mata namun tumpas!

"Aunty...bo...boleh saya tanya...ke...kenapa Atikah bun...nuh di...ri?" tanya Adam sopan

"Dia...terlalu stress...aunty pun t...tak tahu...dia berkurung dalam bilik selama seminggu tanpa makan dan minum. Puas Aunty dan uncle kamu pujuk. " kata Aunty itu.

"Allah...sepatutnya aku bahagiakan Atikah! Ini semua salah Ilyas! Bangsat kau Ilyas! Tergamak kau curang dengan Atikah! Sampai hati kau! Aku akan pastikan kau merana!" kata Adam perlahan sebelum bergegas keluar dari rumah Atikah dan bergerak ke rumah Ilyas.

"Ilyasss keluar kauuuu!" jerit Adam yang baru tiba di hadapan rumah Ilyas.

"Apa kau nih...memekak...tak malu ka kat jiran?" kata Ilyas keluar dari rumahnya.

Adam tanpa banyak soal terus menumbuk muka Ilyas.

" Ni sebab kau curang"

Sekali lagi Adam menumbuk pipi Ilyas

"Ni sebab kau hancurkan hidup orang yang aku Cinta"

Dan sekali lagi Adam menumbuk pipi Ilyas dengan sekuat hati

"Dan ni sebab Atikah bunuh diri!" amuk Adam.

"Kau ni apa hal! Aku tak bersalah lah! Kau dah salah faham! Aku pun baru dapat tahu tentang kematian Atikah. Sepatutnya kita jangan gaduh and sedekahkan Al-Fatihah. Yang kau datang rumah aku then tumbuk aku apa kes! Boleh tak dengar penjelasan aku?" kata Ilyas menahan perit dari tumbukan Adam. Boleh tahan kuat.

"Stop! Mulai saat ini! Kita bukan lagi kawan! Aku harap aku tak akan jumpa kau lagi! Kita putus kawan!" kata Adam lalu terus menaiki basikal kembali ke rumahnya.

Selepas kejadian itu, Adam berpindah ke rumah baru dan sekolah baru. Semestinya la sekolah baru kerana dia bakal memasuki sekolah menengah. Diharapnya tidak akan berjumpa lagi dengan kawan tikam belakang kawan tuh!

End flashback

"Wau...aku tak sangka Ilyas tu jahat macam tu sekali. Package jahat" kata Alya mengutuk Ilyas.

"Itulah! Dasar lelaki tak guna! Aiee kalau aku waktu tu jadi kauu aku sepak aku tendang dia sampai mampus!" kata Awie menahan kemarahan.

"Kan ergh...tak sangka Ilyas jahat kan! Disebalik muka suci dia tu ada kejahatan!" sokong Sofea.

"That why...aku benci dia...so korang faham kan? Sekarang dia cuba nak rampas Nadia dari aku pula. Aku akan pastikan Nadia jadi milik aku! Tak akan aku benarkan Ilyas sentuh sedikit pun Nadia" kata Adam serius. Kelihatan urat di kepalanya menandakan dia sekarang stress!

"So mana Nadia? Kat dorm?" tanya Aiman kepada Atiffa.

"Ha ah...jom kita pergi cerita dekat dia supaya dia tahu yang Ilyas tu buaya darat" kata Atiffa sudah berdiri.

"Jom gerak sekarang. Sudah la si jantan tak guna tu tinggal dekat Aspura! Mesti diorang akan sentiasa jumpa!" kata Awie yang baru teringat. Ilyas menetap di Aspura kerana rumahnya yang jauh.

Mereka segera bergerak ke sekolah untuk berjumpa dengan Nadia dengan menaiki kereta masing-masing.

???

Nadia yang selesai mengulangkaji pelajaran berbaring di atas katil. Sunyi sahaja harini kerana kawan-kawannya keluar tadi. Diambil telefon lalu menscroll telefonnya. Tiba-tiba ada mesej dari seseorang

012 1234567

Assalamualaikum
Nadia...ni aku Ilyas

Waalaikumusalam
Oh Ilyas! Ha kenapa?

Jom lari padang?
Aku bosan lah!

Nadia berfikir sejenak. Hm dia pon bosan! Alang-alang orang ajak bersukan apa salahnya? Berborak santai sambil bersukan!

On! Jom! Jumpa
dekat padang!

Okay. 10 minit!

Nadia hanya membluetick sahaja mesej dari Ilyas lalu bersiap. Sambil dia berlari nanti...dia akan tanya beberapa soalan dekat Ilyas

Tepat 10 minit mereka berdua tiba di padang sekolah. Mereka melakukan senaman ringkas dulu supaya tidak berlaku apa-apa kecederaan. Mereka memulakan larian sambil bersembang. Alahh jogging ha gituww!

"We boleh aku tanya?" tanya Nadia.

"Hm tanya la" kata Ilyas sambil tersenyum.

"Kenapa aku rasa macam kau dengan Adam saling kenal mengenal? And kenapa aku rasa korang ni gaduh?" tanya Nadia tanpa berkias lagi.

Ilyas berhenti berlari. Mereka berdua duduk di bangku kayu yang disediakan. Ilyas mengambil nafas lalu menghembuskan

"Hm kisah lama." kata Ilyas sambil mengeluh.

"Cerita lah" gesa Nadia. Buat suspen pula aie.

Ilyas pun menceritakan satu persatu peristiwa yang berlaku. Nadia agak terkejut dengan apa yang diceritakan oleh Ilyas

"So apa yang berlaku dekat arwah Atikah? Kenapa dia bunuh diri? Kenapa kau yang jumpa Atikah sedangkan sepatutnya Adam?" tanya Nadia ingin tahu.

"Hm macam ni" terang Ilyas.

Flashback

Habis sahaja kertas peperiksaan UPSR itu, Ilyas keluar dari kelas lalu ingin pulang ke rumahnya bersendirian kerana Adam akan jumpa dengan Atikah sebentar lagi. Namun gurunya, Cikgu Samad menyuruhnya untuk pergi ke makmal sains untuk mengambil buku rekod kehadiran Cikgu Samad. Ilyas terus bersetuju memandangkan guru itu banyak membantunya dalam subjek sains. Ilyas terus bergerak ke makmal sains namun tiba-tiba dia terdengar suara orang ketawa dan suara perempuan meminta tolong. Apabila diamatinya, suara itu datang dari belakang makmal sains berhampiran taman bunga. Segera dia berlari ke arah suara itu.

Jantung Ilyas hampir tercabut kerana melihat Atikah dalam pakaian sekolah yang koyak rabak dan dikelilingi oleh sekumpulan pelajar kelas belakang.

"Woi! Korang buat apa?" jerit Ilyas.

Sekumpulan pelajar lelaki itu terus berlari. Ilyas sempat melihat setiap muka pelajar itu. Ilyas terus berlari ke arah Atikah.

"Kau okay? Kenapa ni?" tanya Ilyas lalu menyarung blazernya di tubuh badan Atikah yang terdedah.

"Il...ilyas...dio...diorang ro...rogol aku...diorang...ja...hatt..." kata Atikah sambil menangis.

"Astagfirullah" kata Ilyas lalu cuba memapah Atikah. Atikah yang dalam mood sedih terus memeluk Ilyas.

"Aku kotor Ilyas...aku kotor...macam mana orang yang dalam surat ni nak cintakan aku? Kenapa aku Ilyas??kenapa akuuuu" kata Atikah menangis teresak-esak.

"Shuh...actually Adam yang hantar semua surat tu. Dia cintakan kau" kata Ilyas cuba memujuk Atikah,

"Apa? Adam? Ak...aku pun cin...cintakan dia...tapi dia sanggup ka terima aku yang kotor ni?" kata Atikah yang fikirannya sedang bercelaru.

"Insyaallah jika dia cintakan kau...dia akan terima buruk baik kau. Dah sekarang jom kita buat report dekat pengetua" kata Ilyas sambil memapah Atikah.

Dan waktu itulah Adam melihat Atikah dan Ilyas sedang berpelukan. Tanpa soal siasat dia terus membuat spekulasi sendiri.

Dan waktu sehari sebelum keputusan itu pula, Atikah menangis kerana dia disahkan mengandung. Dia dalam dilema dan tertekan. Pelajar-pelajar yang merogol Atikah sudah ditangkap dan dipenjarakan. Waktu itulah Adam melihat Atikah yang menangis di hadapan Ilyas. Semua berpunca daripada otak. Sepatutnya kita kena soal siasat dan bukan tuduh menuduh. Inilah kuasa syaitan!

End flashback

"Astagfirullah...so arwah Atikah meninggal sebab dia tertekan lalu bunuh diri?" tanya Nadia inginkan kepastian.

Ilyas hanya mengangguk. Dia menyesal tidak dapat menyelamatkan Atikah.

"Hm dah la. Yang lepas kita biarkan...jangan dikenang...kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Atikah." kata Nadia.

"Dah jom sambung jogging..." kata Ilyas.

Sewaktu mereka berlari, kaki Nadia tersepak sesuatu yang keras dan besar lalu Nadia tidak dapat mengimbangi diri dan bakal jatuh ke tanah! Ilyas yang melihatnya terus menangkap Nadia supaya tidak terjatuh. Namun tiba-tiba dia terasa pipinya panas akibat sesuatu

"Woi!" jerit seseorang

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience