BAB 12

Romance Completed 20232

Zetty membuka matanya perlahan-lahan. Kemudian matanya ditutup kembali kerana terasa silau.

“Zetty..”

Terdengar satu suara parau memanggilnya.

“Macam pernah dengar jer suara tu tapi..”

Serta-merta Zetty membuka matanya dan melihat Naufal disebelahnya.

“Eh, apa pasal masuk bilik tidur saya, haa?”

Zetty memarahinya.

“Aik, awak ni ok tak? Awak kat hospital la cik adik ooii.”

“Hospital??!”

“3 hari awak tak sedarkan diri sebab kehilangan banyak darah. Darah awak pun bercampur dengan serpihan-serpihan besi buruk dan bahayakan nyawa awak. Tapi jangan risau doktor dah bagi awak suntikan ATT.”

Pintu bilik dibuka dari luar. Kelihatan seorang doktor yang tersenyum manis memandang ke arah mereka.

“Puan Zetty, nasib baik la suami Puan buat tindakan cepat kalau tak serpihan besi yang termasuk dalam salur darah di kaki puan tu boleh merosakkan jantung dan menyebabkan kancing gigi. Keadaan Puan dah stabil tapi disebabkan luka pada kaki Puan agak besar, so Puan hanya boleh pulang dalam masa seminggu lagi. Sementara tu Puan rehat secukupnya yer sebab saya dapati Puan terlampau memikirkan sesuatu.”

Zetty hanya mengangguk dan buat seketika, dia berfikir…

“Puan Zetty?? Bila aku kahwin?”

Doktor tersebut meminta diri untuk beredar.

Zetty memandang Naufal yang asyik tersengih dari tadi.

“Ape sengih-sengih? Sejak bila tiba-tiba naik pangkat jadi suami saya?”

Zetty membebel geram.

“Awak ni kan, suka sangat membebel. Umur baru 22 tahun tapi membebel macam moyang saya kat kampung tu. Ala, boleh jadi suami awak pun takpe. Saya lagi suka.”

Kata Naufal berniat menyakat Zetty.

“Eiii, kepala awak ni dah tak betul agaknya. Eh, 3 hari saya tak sedar diri mesti kawan-kawan saya risau.”

Zetty mengeluh.

Zetty mencari telefon bimbitnya untuk menghubungi rakan-rakannya.

“Tak payah call mereka. Mereka dah tahu awak kat sini. Saya yang bagitau mereka tu.”

Naufal menjelaskan.

“Oh, terima kasih.”

Naufal merenung Zetty berniat mengatakan sesuatu tetapi akalnya menghalang niat hatinya.

“Oklah, saya minta diri dulu. Penat pulak rasanya. Kalau ada apa-apa bagitau la. Nombor saya ada dalam handphone awak tu. Bye nenek.”

Naufal mengenyit mata pada Zetty.

Zetty terpinga-pinga dengan perbuatan Naufal.

“Ape kena dengan mamat ni? Period ke? Hisy, jauh tu. Kejap jadi bini dia lepas tu nenek dia. Sah-sah mereng.”

Zetty membebel sendirian.

“Semua hal aku dia tahu. Bahaya-bahaya. Mel, Bai cepatlah datang. Aku tak sanggup berlama-lama kat hospital ni bersama mamat biul ni.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience