BAB 8

Horror & Thriller Completed 4761

Dipendekkan cerita, Han kata dua minggu sebelum jumpa aku,dalam pukul 2 pagi Han dengar bunyi di dapur. Dia pun pergi la tengok. Tapi gelap je semacam. Dalam keadaan suram tu dia nampak satu kelibat berdiri kat depan pintu tandas.

Bila dia tengok betul-betul, rupanya seorang perempuan. Rambut lurus dada dan memakai baju warna putih tutup seluruh badan. Bila Han pandang muka dia, dia terus menyeringai.

Han apa lagi, menjerit la kuat-kuat. Housemate yang lain dari tidur terus semua terjaga. Masa ini jugalah, teman serumah aku nampak lembaga ni. Dia terus mengilai sambil terbang keluar ikut tingkap. Walaupun tingkap tu tutup, tapi dia meresap keluar macam tu.

Dari Norman Hakim yang berbadan sasa tu, sampai ke budak alim tu, semuanya tak cukup tanah berlari keluar dari rumah tu. Terus tak balik dah malam tu. Tidur rumah kawan masing-masing.

Hanya 15 minit lepas mereka semua lari keluar, aku pun balik umah. Terus tidur. Macam tiada apa-apa berlaku.

Punyalah terkejutnya mereka nampak lembaga tu, seorang teman serumah aku jadi macam sawan malam tu. Jadi, malam tu jugak mereka bawa dia berubat dengan seorang pengamal ilmu perubatan tradisional yang berdekatan.

Pengubat tu beritahu makhluk ni datang dari jauh tapi dia menumpang dengan rumah tu kerana pernah ada kejadian berdarah. Maksudnya pernah ada orang mati kat dalam rumah ni.

Padahal makhluk tu datang situpun sebab menumpang si Han je. Kalau nak halau makhluk ni, kena panggil tuan dia iaitu salah satu daripada bomoh yang famili Han pernah jumpa sebab nak mengubat adik dia dulu. Jadi pengubat ni pun tak boleh buat apa-apa la.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience