Chapter 16 Kantoi Ke?

Drama Completed 32729

Pandangan tajam dari Tan Sri Idham membuatkan mood Adam untuk makan mati. Pandangan maut dari daddynya itu dibalas. "Kenapa daddy pandang Adam macamtu?" soalnya. Kopi panas yang terhidang didepannya dihirup perlahan. "Siapa perempuan tu?" soalan Tan Sri Idham membuatkan Adam tersedak. Perempuan? Takkan daddy dia dah tahu pasal Raihana kot? +

Adam masih cuba mengawal dirinya agar kelihatan tenang. Senyuman sinis terukir di bibirnya. "Which one? Amy or Zuryn or Damia or Tasha? Who are we talking about?" Tan Sri Idham mengeluh. Kalau nak tunggu anaknya tu sebut semua nama perempuan yang dia permainkan, sampai esok pun takkan habis agaknya.

"I want to know about the one who lives in your house. Tell me about her." kali ini Adam rasa betul- betul nak gila. Macam mana daddy dia boleh tahu tentang semua tu? "Perempuan tu siapa? Perempuan simpanan kamu ke?" soal Tan Sri Idham lagi.

Adam menggenggam sudu ditangannya kuat. Sakit pula hatinya bila daddynya itu menghina Raihana. 'She's my wife!' marah hatinya, tapi untuk luahkan di mulut, dia takmampu. "Jangan hina dia. Adam taksuka." balasnya takbernada. Airnya yang masih berbaki diminum sehingga habis. Sepanas- panas air tu, panas lagi hati dia bila Raihana kena hina. Eh.. Bukan selama ni aku pun hina dia ke? 39

Sebelah kening Tan Sri Idham terangkat dek kerana terkejut. Anak dia baru lepas pertahankan perempuan tu ke tadi? Pelik.. "Jangan simpan perempuan macamtu. Kahwin kalau betul kamu dah gatal sangat." arah daddynya itu. "Never. I wouldn't let her go. Kalau Adam mati sekalipun, Adam tetap takkan lepaskan dia." 2

"Kalau kamu taknak, perempuan tu akan.., "

"Don't you dare to disturb her! And please, jangan intip Adam. Kalau tak, daddy yang akan menyesal."

"Kamu ugut daddy?"

"Yes. Leave her alone. Adam takkan biarkan sesiapa pun sentuh dia. By the way, thanks for the dinner. Adam balik dulu."

Adam terus melangkah keluar daripada rumah agam milik daddynya itu. Tan Sri Idham hanya menghantar pemergian Adam melalui pandangan matanya. Fikirannya bercelaru memikirkan tentang anaknya dan perempuan misteri itu. Anak dia pertahankan perempuan? Perlahan- lahan, bibirnya mulai mengukirkan senyuman.

Tidur Raihana terganggu saat dia terasa seakan seseorang memeluknya. Jantungnya berdegup kencang. Adamkan keluar.. jadi siapa pula yang peluk dia ni? Perompak ke? Pe.. perogol ke? Naluri dia kuat mengatakan yang memeluknya ini adalah lelaki. Tubuh Raihana mula menggeletar. Seluruh tenaganya dikumpulkan dan lelaki tersebut ditolak sekuat hati. +

"Adam! Ada perompak! Tolonglah muncul.. Adam!" air matanya mengalir. Lampu tidur yang terletak di meja dicapai dan lelaki itu dipukul sekuat hati. "Aduh! Raihana! Kau gila ke?" marah lelaki itu. Suara ni.. kenapa dia rasa macam pernah dengar? "K.. kau siapa? Keluar! Kalau tak.. aku suruh suami aku bunuh kau! Suami aku tu menakutkan kau tahu tak? Keluar!" ugutnya. Lampu yang dipegangnya tadi dicampakkan ke arah lelaki itu namun balingannya tersasar. 20

Lelaki itu berlari ke arah dinding. Suis lampu ditekannya, serentak itu, seluruh bilik itu mulai diterangi cahaya. Lelaki itu memandang Raihana tajam. Sebelah tangannya memegang kepalanya yang benjol akibat dihentak tadi. "Siapa yang kau kata menakutkan tu hah?" soal lelaki itu. "A.. Adam? Ya Allah.. Saya minta maaf.. Saya ingatkan perompak. Maaf.." Raihana berlari ke arah Adam. 8

"Aku yang handsome ni kau kata perompak?" sakit pula hati dia. Ingatkan balik rumah dapatlah rehat, tapi kena hentak pula. 18

"Maaf.. saya taktahu ni awak.. sakit ke?"

"Taklah.. Best sangat kena tolak, kena hentak ni." 6

"Maaf.."

"Diam. Pergi tidur."

Raihana rasa macam nak menangis jer bila tengok wajah marah Adam. "Adam.. saya..," "Tidur. Now." dia memintas kata- kata Raihana. Tangan Raihana ditarik ke arah katil dan tubuh gadis itu dibaringkan. Adam turut baring disebelah Raihana. Pinggang isterinya itu dipeluk erat. "Adam.." "Tidurlah. Aku penat." wajah Raihana disembamkan pada dada bidangnya, memaksa gadis itu untuk diam dan tidur bersamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience