BAB 5

Family Completed 4316

Dua bulan awal perkahwinan mereka, Zaril seperti biasa. Masih mengucup dahiku. Masih memeluk tubuhku dan masih terasa hangat cintanya.

Tidak berkurang pandangan cintanya terhadapku tetapi aku bukanlah wanita yang mengalah begitu sahaja.

Aku berkenalan dengan seorang ibu tunggal bernama Jiha. Dia wanita kampung yang terpaksa bersusah payah demi sesuap nasi.

Bekerja sebagai tukang cuci di bangunan tempat ayahku bekerja membuatkan aku sedikit mengenalinya. Dia tulus! Aku perlu membantunya.... itu yang aku fikirkan

Permintaanku ditolaknya dengan wajah yang agak pelik.

“Akak gila apa, suruh saya kahwin dengan suami akak” Jiha mengurut dadanya. Mungkin sedikit terkejut.

“Jiha kenal suami akak kan?” soalku sambil tersenyum. Bella yang sedang duduk dipangkuannya sibuk dengan mainan barunya. Tidak faham apa – apa.

“Bella sayangkan Jiha....akak tidak akan pernah salahkan Jiha... kan akak yang minta” senyumku.

Akhirnya dia menerima pelawaanku. Aku terus ke rumah Suraya Imani dan Zaril. Terperanjat besar mereka berdua apabila melihat aku yang kali pertama kali menjejaki halaman rumah mereka sejak mereka berdua mendirikan rumah tangga.

Zaril memeluk bahuku sambil mengiringiku masuk ke dalam rumah. Ada riak tidak senang pada wajah Suraya Imani.

Dia menghidangkan aku minuman tetapi tidak aku sentuh akan air tangannya!.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience