BAB 2

Short Story Series 3885

"Sit there." Arah Noah.

Dia menuding jari ke arah sofa. Aku akur dengan arahanya. Mata memandang sekeliling. Bilik itu berwarna hitam. Hampir semua perabot juga berwarna hitam. Lelaki memang suka warna hitam kan. Aku kurang sikit.

"Hitam itu menawan."

Aku dengar suara Noah berkata. Eh dia ni. Macam tahu-tahu je aku tengah fikir pasal tu.

Noah berjalan ke arah aku membawa bersama beberapa fail. Dia letak fail-fail itu di atas meja di hadapan aku.

"Nak buat apa semua ni?" Soal aku polos.

"I nak you semak semua fail ni. Make sure tak ada kesalahan typo dan sebagainya. Kalau ada betulkan."

"Kenapa pula saya kena semak? Itu kerja encik kan. Tak pun PA. I'm not your PA, mr Noah Mikhail."

Noah pandang aku sambil berpeluk tubuh.

"Lantaklah. Saya takkan buat!" Aku tolak semua fail-fail itu jatuh ke lantai.

Kali ni aku pula bersandar di sofa dan duduk menyilang kaki. Macam aku pula bos. Noah hanya berdiri tercegat di situ memerhatikan tindak-tandukku. Seketika kemudian aku bangun mendekati dia.

"Noah.." Panggil aku lembut.

Sengaja menggeselkan tubuhku dengan tubuhnya.

"You nak seduce i ke?"

"Kenapa? Salah ke? Tak salah kan. Alah daddy i bukannya tahu. Kan kita berdua je ada dalam office you ni." Ucapku sambil bermain dengan tali leher milik Noah.

Aku pandang dia dengan pandangan menggoda. Dia pula masih seperti tadi.

Tiba-tiba dia peluk pinggang aku. Noah mengusap pipiku. Kepalanya mula mendekat pada leher dan mengucup lembut leherku.
Aku terpana. Tak sangka juga dengan tindakannya. Ingatkan beku. Aku biarkan sahaja dan mulai terbuai dengan sentuhannya itu.

"Your blood smells so sweet. Can i taste it?"

Bila dia cakap macam tu terus aku tersedar dan tolak tubuh Noah. Aku terundur ke belakang menjauhi dia.

Oh God! Kenapa dengan kau ni Sophea! Ini bukan diri kau yang sebenar!

Lelaki ni..Aura dia lain macam sangat tak seperti lelaki-lelaki lain yang pernah aku jumpa. Dia buat aku terpukau.

Aku capai beg tangan dan melangkah ke arah pintu. Sumpah aku malu dengan perbuatan aku tadi. Aku tak pernah goda lelaki! Noah lelaki pertama yang aku fikir sampai ke tahap itu.

Dengan pantas, aku meloloskan diri keluar dari office Noah.

Gila betul!

"Hi." Ada seseorang menyapa.

Aku pandang empunya suara. Seorang gadis manis sedang duduk di meja berdekatan pintu. Tadi meja tu kosong sekarang dah ada orang.

"Hi, saya Sophea. Awak?"

Tangan dihulurkan ke arahnya. Dia sambut.

"Sarah."

"PA mr Noah?"

Dia menganggukkan kepala.

"Staf baru?"

"Ya."

Aku sengih.

Berkerut dahinya. Mesti dia pelik macam mana senang-senang sahaja aku dapat kerja di sini.

"Oh, i baru teringat. You anak mr Andy kan. Mr Noah ada cakap pasal tu."

"Tak. Saya bukan anak mr Andy."

Boleh pula aku tak mengaku. Yelah. Aku tak nak orang tahu.

"Yes. Dia anak mr Andy. Tapi mr Andy dah pesan pada i. Layan dia seperti staf biasa."

Aku dengar suara husky itu dari belakang.

Serabutnya! Menyemak je! Baru nak tipu.

Sebelum dia membebel atau bagi arahan yang bukan-bukan, baik aku berambus dari situ.

Lokasi utama aku pastilah tandas! Itu port melepaskan segalanya.

Wajah dibasahkan. Aku kemudian memandang ke arah cermin dan teringat sesuatu.

Tadi Noah sebut pasal darah. Dia kata darah aku manis. Kenapa? Dia mr drakula ke?

Eh! Apa aku merepek ni.

Tapi kan aku pelik juga. Waktu dalam kereta, daddy ada sebut yang bos aku tu ada pengalaman berpuluh tahun. Aku ingat dah tualah. Tadi bila tengok, eh nampak muda lagi orangnya. Takkan dah kerja berpuluh tahun. Dari sekolah lagi sudah bekerja? Tak logik langsung. Entah-entah dia ni bukan manusia? Awet muda kot. Hish! Fikir lagi yang bukan-bukan.

Aku cepat basuh tangan nak beredar dari situ. Ada seseorang masuk ke dalam tandas dan aku menoleh. Dia hanya jeling sahaja aku sebelum masuk ke dalam tandas paling hujung.

Yang buat aku cuak, bukan kerana wajah atau penampilannya yang menakutkan aku tapi aku tak nampak langsung imbasan dia di dalam cermin!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience