BAB 13

Romance Completed 3993

“Sekalipun awak kaya dari Sultan Brunei saya tetap tak akan terima awak.” Afiqah bernada tegas.

Selepas sedar dari pengsan tadi mereka terus duduk semeja untuk berbincang. Disebabkan hal ini kedai terpaksa

Afiqah dan Mira tutup awal. Tak pernah-pernah sepanjang mereka berniaga kedai ditutup seawal pukul 5 petang! Alasannya satu ja… Piejot punya hal.

Piejot tersenyum kecil. Matanya menatap semula mata Afiqah.

“Saya datang untuk tuntut janji awak. Ingat perjanjian kita?”

“Bila awak dah kaya, baru datang cari saya.” – Afiqah

“Baik. The deal is on! Bila saya dah kaya saya akan cari awak dan masa tu awak kena kahwin dengan saya.”- Piejot

Afiqah jeda. Tipulah kalau kata dia tak ingat. Baru sangat mereka buat perjanjian tak rasmi tu. Afiqah mengetap bibir… memang dia saja letak syarat ‘KAYA’ tu. Sebab dia ingat Piejot tu memang kutu rayau betul. So, memang mustahil la kalau tiba-tiba mamat tu boleh jadi kaya-raya tiba-tiba. Tak sangka pulak senjata makan tuan. Helah yang dia buat untuk elak dari Piejot dah ‘mengikat’ dia dengan Piejot bagi jadi lagi kejap! Kuat! Macam tali yang diikat tersimpul mati. Cis….

“Kan saya dah cakap hari tu… jangan awak pulak yang jadi munafik.” Piejot menambah lagi.

Afiqah merengus. Dia terkena lagi. Bukan main lagi hari tu dia cakap dekat Piejot jangan jadi munafik kalau tak boleh kotakan janji. Sekarang siapa yang nak pegang title munafik tu? Dia ke Piejot?

Tiba-tiba Afiqah sedar sesuatu dan dia tersenyum.

“Perjanjian apa ya? Saya lupalah… awak tersilap dengar kot hari tu. Lagipun kita tak ada sign kontrak apa-apa pun.” Afiqah tersenyum bangga. Sikit lagi dia akan berjaya lepaskan diri dari genggaman Piejot.

Riak muka Piejot terus berubah. Afiqah putar-belit fakta… mana aci! Tapi-tapi… ingat senang dia nak mengalah? Hei, nie Faizal Irsyad lah.

“Ada saksi… jangan lupa tu. Dengan saksi dia boleh buktikan kita memang ada buat perjanjian tu.” Nada Piejot penuh confident.

“Tipu… hari tu kita berdua ja, mana ada orang lain!” suara Afiqah meninggi tanpa dia sedar. Panik la tu takut kena kahwin. Haha.

“Ada! Aku saksi dia.” Tiba-tiba Mira muncul dari dapur.

“Mira? Kau tipu kan?” Afiqah menyoal untuk kepastian.

“Tak aku tak tipu… aku dengar hari tu kau cakap dekat dia bila dah kaya datang cari kau, pastu kau kena kahwin dengan dia.” Mira muka serius.

Piejot tersenyum dengan penuh bangga. Afiqah? Macam ayam berak kapur muka. Kawan sendiri belot! Mana tak frust.

“Sampai hati kau Mira…”

“Aku buat nie untuk kebaikan kau jugak.” Mira menambah.

Afiqah dah rasa nak nangis… matanya memandang Mira dengan Piejot yang tengah senyum gembira. Dia jugak yang makan

hati kena kahwin awal.

“Aku pasrah…” Afiqah bernada perlahan. Kaki diatur ke dapur kedai.

“Eh, nak ke mana tu?” Mira menyoal.

Afiqah memandang sayu ke arah kawannya.

“Nak pergi makan cupcakes sampai mati.” Kaki kembali di atur ke dapur. Hish! Tragis betul keadaan Afiqah.

Mira ketawa terbahak-bahak. Pasrah benar ayat Afiqah. Piejot pun join sekaki gelak tengok muka pasrah Afiqah.

Sebaik sahaja Afiqah menghilangkan diri ke dapur…

“Thanks.” Piejot ucapkan kepada Mira.

“Welcome, small matter lah… no biggie.”

Terima kasih untuk apa??

“Kalau kau tak mengaku jadi saksi tadi mau mati kutu aku nak tackle kawan kau yang hati batu tu.” Selamba Piejot kutuk Afiqah.

“No hal… aku buat tu pun untuk kebaikan dia jugak. Kalau aku tak buat macam tu aku berani jamin sampai ke tua dia tak kahwin.”

Piejot ketawa.

“Apa pun aku harap lepas nie kau jaga baik-baik Fiqa… dia tu la satu-satunya kawan aku dunia akhirat. Lepas kahwin nanti, kalau dia datang mengadu dekat aku kau ada jentik dia hujung kulit pun… siap! Memang almarhum kau lepas nie.” Mira menggugut Piejot.

“Kau tak cakap pun, tu la yang aku akan buat. Aku akan jaga kawan kau tu baik. Kesayangan tu…” Piejot mengaku.

“Tapi minah tu kepala angin sikit. Pandai-pandailah kau handle dia nanti.”

“Beres… taulah aku nak diamkan dia macam mana nanti.” Senyuman nakal terbentuk di wajah Piejot.

Mira ketawa… faham apa yang Piejot cakap. Ala, hal orang kahwin… sendiri mau fahamlah. Haha.

“Ha, kutuk aku!” Kepala Afiqah terjengul dari pintu dapur.

Ketawa mereka bersatu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience