"Nak cuti? Bila? Nak buat apa?", soal Arif padaku. Ye la aku baru kerja dengan dia. Dia baru tandatangan cek bank untuk gaji aku pagi tadi.
Garpu aku letak ke pinggan semula. Straw aku bawa ke bibir, menyedut kopi ais yang teramat enak di kala panas berdenting.
"Khamis dan jumaat depan. Saya nak ke Tumpat".
Berkerut dahi Arif. Dicapainya tisu dan dikesat pada bibir dan rerambut kasar disekitar. Aku ni pula leka memerhati perlakuan Arif sambil menyedut air. Ahhh... kenapa aku tertawan dengan bibir Arif pula ni. Hari tu mata. Ah.. sudah!
Pandangan kualih ke jalan raya besar bagi menghilang rasa itu. Kami menjamu selera di gerai mee rebus tulang. Pengusahanya hanya membuka beberapa meja di pinggir jalan dan segala proses penyediaan dilakukan di dalam trak comel.
"Kau asal Tumpat?", tanya Arif curiga. Ya, aku tau sebab didalam fail peribadi aku mana ada tulis Tumpat. Malah tiada langsung apa apa info berkaitan dengan negeri Kelantan.
Aku menggeleng.
"Dah tu? Buat apa nak pergi Tumpat? Ke kau nak ke Golok, kawin lari". Sengaja disepetkan matanya merenung aku yang serba salah.
"Ishh.. mana ada. Housemate masa kat uni kawin", jawabku jujur, menafikan sangkaan Arif yang membabi buta. Dan disambut dengan senyuman.
"Ohh. Bila kau nak pergi sana?", tanya Arif menyambung suapannya.
"Rabu malam. Lepas kerja, saya terus pergi Terminal Bas Bersepadu", terangku. Itu rancangan aku. Tapi tiket masih belum beli, aku mohon cuti dulu. Manatau Arif tak bagi pula.
"Tiket dah beli?"
"Belum", jawabku sambil menggeleng. Garpu, aku pusing agar mee membalutinya sebelum aku suap ke mulut.
"Ish kau ni, makan macam budak budak". Kata kata Arif buat aku tercengang. Dah la mulut aku penuh dengan mee.
Bulat mata aku memandang dia menarik tisu dari kotak dan mengesat tepi bibir aku kemudian baju aku. Ok.. baju aku. Di mana??? Dada. Meremang bulu roma bila terkena sentuhan tangan Arif di situ.
"Boss, saya boleh buat sendiri". Aku memegang tangan Arif dan mengambil tisu darinya.
"Nura??"
Seth! Itu suara Seth. Aku masih kenal suara itu. Aku berpaling bagi mengesahkannya.
"Hai Seth", tergagap pula aku masa ni. Langsung aku letakkan tisu ke meja. Mata Seth memandang pada Arif yang menghulurkan tangan untuk bersalaman. Aku? Aku rasa kekok.
"Arif"
"Seth". Masing masing memperkenalkan diri.
"Kau kerja area ni? Aku tak pernah nampak pun", tanya Seth, matanya merenung aku. Entah apa yang bermain di fikirannya.
"Eh tak. Aku...". Tergagap aku nak menjawab. Aku tak tahu kenapa.
"I saja bawa Nura makan kat sini. Ada kawan bagitau mee rebus tulang sini sedap", celah Arif. Seth mengangguk dan aku terdiam.
"Memang sedap pun", balas Seth tersenyum tapi matanya tetap padaku seolah meminta penjelasan.
"You kerja area sini?", tanya Arif.
"Ya. Bangunan depan tu. Ni kad I", jawab Seth menghulurkan kad nama. Tertera jawatan yang dipegang.
Hati aku kagum dengan pencapaiannya buat seketika bila melihat jawatan yang dipegang sebelum teringat sesuatu. Aku baca kembali nama syarikat tersebut... 'Ala, rugi aku kagum. Syarikat ayah dia'.
Seth bekerja dengan ayahnya. Aunty Sally ditinggalkan apabila bapa Seth bernikah baru, anak orang kaya yang menjadi kliennya. Itu serba ringkas yang Seth pernah cerita pada aku.
"Abang, jom".
Satu tangan melingkari lengan Seth. Naza!
"Eh, ni bukan ke...". Nada manja tadi bertukar. Suara manja menggedik tadi hilang bila terpandang aku. Kemudian tersengih sumbing bila pandangannya singgah di kemeja aku.
"Hai", sapaku, senyuman penuh pura pura aku sedekah pada Naza.
"Kau tukar nombor telefon ye? Aku call tak dapat. Aku mesej tak masuk".
Aku pandang muka Naza, mula mencuka. Tangan yang tadi merangkul lengan Seth kini sudah memeluk tubuh sendiri.
"Telefon dia hilang hari tu. Kena ragut", jawab Arif bagi pihak aku. Renungan tak puas hati dengan alasan dari Arif, terserlah di wajah Seth.
"Kau ok?", tanya Seth memegang lenganku. Aku sememangnya terkejut, tak sangka Seth akan bertindak begitu. Spontan, aku memegang paha Arif yang duduk di sebelah.
"Bro...", tegur Arif sambil memberi isyarat tangan. Seth melepaskan pegangannya. Sepatutnya aku boleh saja menepis tangan Seth tapi aku kaget. Panik bila Seth masih seperti dulu padahal disebelahnya ada Naza.
"Call aku". Kata kata terakhir Seth apabila Naza menarik tangannya untuk beredar. Aku sekadar mengangguk.
Kenapa dengan aku ni? Aku sepatutnya bereaksi biasa bukan seperti tadi. Betul la kawan kawan aku bebelkan selama ni, aku kena cari seseorang bagi mengisi hati. Buang terus Seth dan letakkan orang lain. Ahhhh!! Perempuan dan cinta. Kenapa perlu ada cinta? Aku nak hidup sendiri, susah ke? Jujurnya, ya. Aku sunyi.
"Kau ok?", tanya Arif sebaik aku sampai di meja. Aku ke tandas tadi. Telefon aku ada di tangan Arif. Aku tak menjawab soalannya.
"Berbalik pasal kau nak pergi Tumpat rabu depan....."
Lama Arif diam, dia sekadar memandang aku yang dah bersalin kulit. Rambut pun aku dah letakkan sedikit mousse dan kukemaskan. Sedikit pelembap aku oleskan di bibir. Kemeja kotor tadi sudah aku tanggalkan. Hanya tinggal baby tee biru muda tersarung. Aku duduk di kerusiku. Kami terhalang dengan meja kerja.
"Kenapa? Boss tak nak bagi saya cuti? Takpe la. Saya faham. Jumaat tu boleh cuti ye... pleaseeeee", rayuku. Sengaja aku buat manja manja untuk memujuk Arif supaya memberi cuti. Aku tau tak sepatutnya aku minta cuti. Aku baru mula kerja. Tak cantik la rekod kerja aku nanti. Tapi peduli apa kan, aku nak pergi kenduri Yati.
"Bukan.... Joy tak pergi ke? Bukan ke dia pun housemate kau dulu", soal Arif tiada respon dengan kemanjaanku. Dia takde perasaan atau aku yang tak pandai berlakon mengada ngada.
"Pergi. Tapi Joy ikut Aedy pergi Bangkok dulu. Ada business meeting ke apa tah. Sekali holiday la tu. Dia cerita nak pergi Phi Phi Island sekali. Dari sana, diorang ke Tumpat", terangku pada Arif tentang hal sebenar. Arif mendengar. Aku pasti dia dengar walaupun leka dengan telefon aku. Suka sangat la main game dalam tu. Jangan dia baca mesej mesej aku atau belek galeri aku, cukup.
"Kau blok nombor Seth. Kenapa?". Skrin telefon aku tertera nama Seth. Ish.. takde kerja betul la orang tua ni. Menyibuk je. Ingatkan main game. Rupanya digodeknya telefon aku. Apa lagi yang dia tengok dalam tu sebenarnya ni.
"Saja", jawabku mengemas meja. Segala kertas yang ada diatas meja, aku masukkan ke dalam fail berkaitan. Dan fail fail itu aku susun di rak belakang kerusi.
"Dia ex kau? Kau kecewa?", soal Arif lagi. Suka mengorek rahsia. Arif sangat pandai mem'provoke' tanpa disedari rahsia akan terbongkar.
"Boss!", kataku untuk menghentikan soal siasat Arif. Arif tersengih sambil memusing musingkan kerusi.
"Betul la tu kan? Berapa tahun kau dah couple dengan dia?". Aduhh orang tua ni, sibuk betul la.
"Dari sekolah. Bukan couple, kawan je", jawabku menyimpan barang ke dalam beg galas yang aku gunakan untuk ke universiti dulu dan masih guna hingga sekarang.
"Dia tinggalkan kau macam tu je?". Aku mendengus. Malas nak jawab.
"Boss. Saya nak balik", kataku mengalas beg. Jam lagi seminit menunjukkan 5:30 petang.
"Kita makan dulu. Aku hantar kau balik nanti", tutur Arif lembut seolah memujuk. Dia tau aku dah naik angin.
Aku menggelengkan kepala. Aku tau sangat itu langkah pertama dia nak korek sejarah aku dan Seth. Tadi tak sempat, balik dari makan Arif ada tetamu. Kemudian melayani panggilan telefon dan meneruskan kerja yang dilakukan sejak pagi.
"Jangan lupa boss kena attend function malam ni kat Nobu. Tuxedo ye. Jam 8 event mula. Jangan lewat. Adella tunggu boss kat lobi Mandarin Hotel", ujarku mengingatkan dia.
"Alaaa... dengan Adella pula kau arrangekan. Minah tu aku tak suka...", rungut Arif menggaru kepala.
"Manager Adella yang call saya hari tu. Saya dah tanya boss kan hari tu, boss kata ok je. Jangan nak banyak songeh pulak", balas aku geram. Ada je tak kena, last minutes pula tu merungut. Awal awal semuanya ok.
"Lain kali aku bawa kau je", ujar Arif bangun dari kerusi berjalan ke biliknya mengambil jaket, kunci dan beg galas.
"Mana boleh. Saya bukan siapa siapa. Adella tu model terkenal. Kan projek boss yang terbaru ada dia. Best la boss kena peluk malam ni", usikku, menganjing sebenarnya. Kami jalan beriringan ke pintu.
"Apa yang best? Leper je macam papan. Peluk tiang letrik lagi feel", balas Arif. Aku pula yang naik malu bila menyedari Arif terpandang perutku yang jelas bonjolan dan kelepet lemak.
"Kau nak ke mana ni? Terus balik?", soal Arif mengunci pintu pejabat. Aku berdiri di belakang, menunggunya.
"Tak la. Saya ada date petang ni. Nak pergi tengok wayang", balasku selamba sambil melihat mesej yang baru masuk.
"Dengan siapa? Laki orang tadi?"
"Eh.. memang tak la. Saya bukan perampas", balasku pantas. Gila apa nak robohkan rumahtangga orang. Mati aku kena sembelih dengan mak.
"Kau nak keluar macam ni?". Mata Arif memandang setiap inci tubuh aku secara terang terangan. Aku terasa seperti dicabul. Salah aku juga pakai begitu tapi takkan aku nak pakai kemeja kotor tadi.
"Samada kau batalkan temujanji atau kau pakai baju lain", tegas Arif. Aku tau itu satu perintah.
"Mana sempat nak balik. Dia dah sampai pun, tengah beratur beli tiket wayang", bantahku. Arif menggeleng kepala.
"Pakai ni. Kau degil betul kan. First date lain kali pergi makan je", ujar Arif memberi jaketnya padaku dan menyuruh aku memakai terus. Mulutnya terus membebel. Lagi teruk dari mak aku.
"Choppp!! Mana tau ni first date saya?"
"Joy dah cerita, selama ni kau keluar dengan Seth je. Aku orang kedua yang kau keluar. Tu pun mintak Joy temankan. Teruk betul".
Darn it Joy. Memang Joyah betul kau ni, membawang nombor satu. Apa lagi kau cerita kat Arif ni.
*********
Dari jauh aku lihat ada seorang lelaki bersandar di tiang bulat tengah tengah lobi TGV. Agak berisi sikit, rambut ikal, memakai t shirt hitam dan berjeans hitam. Pasti itu Shamrin, lelaki yang aku kenal di laman sosial sebentar tadi.
Balik dari makan tengah hari, aku mendaftar di laman tersebut. Mungkin rezeki, Shamrin berada di talian dan inilah orangnya.
"Shamrin?", tanyaku dan dia mengangguk.
"Lama tunggu?", sapaku sebaik tiba didepannya. Wajahnya seakan terkejut bila aku menyapa. Pasti apa yang dia bayangkan Nura Lisa tak sama dengan yang sebenar. Come on bro, ini kan blind date.
"Boleh la tahan. Jem?", balas Shamrin membetulkan bingkai kacamata. Di tangannya sudah ada popcorn.
"Sikit, dari office ke stesen mrt. Nasib boss tolong hantarkan. Kalau naik feeder bus, rasanya tak sampai lagi ni".
"Baik boss you", puji Shamrin. Aku tersengih dan mengangguk. Ya, baik. Nak pecah gegendang telinga aku dengar Arif membebel dalam kereta tadi.
"Jom masuk", ajakku.
Usai menonton, kami menjamu selera di luar komplek tersebut. Ada beberapa mesej dari Arif bertanyakan keberadaan aku, minta kongsi lokasi.. ish la dia ni menyibuk je.
"You smoke?", tanya Shamrin sebaik aku mengeluarkan kotak rokok dari kocek dalam jaket.
"Yup. You?"
"At last, hahahaha. Selalunya awek ni pantang kalau lelaki merokok masa dating. Macam bini I pun, membebel je", ujar Shamrin kegembiraan mengeluarkan kotak rokoknya pula.
Bini???? Hati aku mula berkata kata. Aku keluar dengan suami orang?
"Mana bini you?", tanyaku sekadar ingin tahu. Ni baru kali pertama aku keluar dengan dia, banyak perkara yang aku tak tahu tentang dia.
"Hospital. Jaga mak dia sakit. Bosan I, tu yang I masuk web terjumpa you", jawab Shamrin tanpa rasa bersalah. Aku pula yang tak sedap hati.
"Penyayang bini you tu. Mesti cantik kan?", pujiku pada kekasih hati Shamrin. Tapi pelik juga bila Shamrin boleh pula keluar dengan aku. Haih.. tak boleh kena tinggal langsung.
"Of course la cantik. Model busana muslimah. Ni dia", ujar Shamrin menunjukkan gambar isterinya di telefon.
Ya, cantik, kurus langsing orangnya. Model tu Nura. Kau apo??
"Jom. I hantar you balik", pelawa Shamrin.
Aku sebenarnya keberatan tapi memandangkan malam makin lewat, aku beralah. Apatah lagi bila dia sanggup menghantar aku walaupun rumah kami berbeza arah. Aku menuruti saja langkah Shamrin menuju ke Toyota Wish putih miliknya.
Sebaik memasuki lebuhraya, aku terasa ada sesuatu menjalar di paha. Aku biarkan, bukan kerana aku suka. Tapi nak tengok permainan jantan keparat ni.
Makin lama makin jauh perjalanan jalaran itu. Aku tahan, "Please, don't".
"Ala, tak luak pun you. I nak pegang je. Geram", kata Shamrin yang semakin kuat meramas sebelah dalam paha dan menghampiri kelangkangku. Aku rapatkan paha supaya sukar untuk tangan Shamrin bergerak.
"I tak suka. I tak pernah buat macam ni", balasku sedikit marah. Waktu ini tak banyak kereta yang lalu. Sesekali ada sebuah atau dua saja melepasi kereta kami naiki, itu pun kerana Shamrin memandu perlahan, kurang 30km/j.
Shamrin ketawa, "Ye ke tak pernah? You tau tak yang masuk page tadi tu mostly lapar batang and gila lubang".
"Bukan I. I nak cari kawan je", balasku. Betul, aku nak cari kawan. Jika sesuai, boleh teruskan perhubungan.
"You ingat I nak percaya cakap you? Dengan gaya you macam ni, jangan berlagak suci Nura", ujar Shamrin memberhentikan kereta dan menekan butang hazardlight.
Aku terdiam.. teruk sangat ke rupa aku? Takkan hanya disebabkan rambut aku keperangan dan aku merokok, terus dicop aku perempuan murah?
"Kalau you nak I bayar servis you, I boleh bayar. Cakap je berapa. Yang penting I dapat rasa you. I nak gigit gigit lemak you", bisik Shamrin di telingaku sambil menjilat. Dicubitnya bonjolan yang kelihatan di sisi pinggangku.
Aghhh... melampau ni.
Aku menggenggam telapak tangan Shamrin dan kupulas pergelangan tangannya. Dagu Shamrin aku tolak sehingga dia terdongak dan tersandar ke cermin pintu pemandu.
Share this novel
ariff jumpa akaun wp nnt..kantoii la
nura ni mmg berani ek