BAB 10

Horror & Thriller Completed 9981

-Isnin, 31 Mac 2019-

"Waki dijumpai mati di tingkat atas di dalam bangunan sebelah lorong gelap," kata Carrol.

"Pembunuhnya sudah bertindak," ujar Joan.

"Macam mana Waki boleh hilang?" Hazaki masih memikirkan perkara tersebut.

Mayat yang mereka jumpa adalah Ghater, lelaki yang berurusan dengan Waki sejam sebelum dia mati. Hazaki masih mundar-mandir di lorong yang gelap itu. Namun apabila difikir secara logik, penjenayah semalam boleh menyorokkan dirinya disebalik kegelapan. Lorong ini besar dan ada penamatnya.

"Mungkin masa kita masuk dia tengah sorok then dia senyap-senyap keluar," kata Joan.

"Dapatkan alibi daripada Tsukiko dan Yukiko," kata Hazaki.

"Baik," jawab Carrol.

Ya, ada sesuatu yang tidak kena dengan Tsukiko dan juga Yukiko.

*****

Yohan datang ke McDonald setiap hari. Ini kerana dia ingin melihat wajah Yukiko yang cantik itu setiap hari.

"Dahlah tu pandang. Baliklah," kata Yukiko.

"Jadi girlfriend aku?" tanya Yohan.

Yukiko mengeluh. Kata Yukiko, dunia Yohan dan dunianya berbeza. Mustahil untuk mereka bersama. Ya, Yohan tidak mengetahui sisi gelap Yukiko lagi.

"Balik jela Yohan. Cari pompuan lain,"

"Tak nak. Saya hanya terpikat dengan awak seorang sahaja," kata Yohan sambil berkata manis.

Manis ke masam ke Yukiko tetap dengan pilihannya.

"Kenapa ni Yuki? Lelaki ni kacau kau ke?" tanya Umae.

"Yala," jawab Yukiko.

Yohan kecewa mendengarnya.

"Sampai hati kau Yukiko." kata Yohan.

"Nak sampai mana-mana pun boleh je. Dah pergi balik," perli Yukiko.

Yohan beredar dari situ dengan perasaan yang kecewa.

"Kenapa kau tolak cinta dia? Dia hensem apa," kata Umae.

"Luar hensem. Dalam tak," kata Yukiko.

"Haih,"

"Umae, aku nak tanya something boleh?"

"Ya, apa dia?"

"Kau tau tak kes tentang penculikan dan pembunuhan seorang perempuan remaja 3 tahun lepas? Err namanya Chenta,"

"Oh kes tu? Ramai yang dah lupa dah. Tapi aku adalah ingat juga sikit-sikit. Tak silap aku Chenta diculik pada 1 April. Mayatnya ditemui keesokannya, 2 April. Kulitnya dibakar dan ada beberapa titisan mani di dalam rahimnya," terang Umae.

"Ya, rogol dan bunuh." mata Yukiko sedikit marah.

"Tapi sayang penculik tu tak dapat ditangkap sehingga kini," sambung Umae.

"Kau tau tak macam mana rupa penjenayah? Ada klu?"

"Ada kawan aku kata, dia dah jadi polis. Ada yang kata dia dah hilangkan diri dan bertukar identiti. Mana satu yang betul aku pun tak tau," terang Umae lagi.

"Jadi polis?"

"Itu apa yang kawan aku ada bagitaulah. Tapi kau jangan percayalah. Mustahil dia nak join polis. Nanti dia kena tangkap,"

"Betul dia akan kena tangkap melainkan dia pernah disumbat dalam penjara, terlepas hukuman gantung dan insaf. Dengan cara ini, dia boleh join polis. Menggunakan ilmu pembunuhnya dahulu," Yukiko berkata.

"Hmm mungkin. Tapi mustahil tu. Eh dahlah, ada pelanggan datang," kata Umae.

"Umae, nanti cakap ngan bos aku balik awal sikit tau hari ni. Pukul 9," Yukiko mengingatkan.

"Baiklah,"

Yukiko berfikir lagi. Kalau betullah dia sudah ditangkap dulu, dia pasti akan terlepas hukuman gantung sekarang kerana pembunuhnya masih belum ditangkap.

Ya, aku pernah baca suratkhabar, tuduhan membunuh Chenta, tetapi tidak benar. Mungkinkah memang dia? Gumam Yukiko dalam hati.

-Bersambung-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience