Bab 2

Romance Completed 503258

Klik!

Delima menangkap gambar di televisyen yang sedang terpasang. Lalu jarinya menari-nari di skrin telefonnya. Sekejap telefonnya di letak semula di pinggingnya dan matanya terus menatap drama yang sedang ditayangkan di kaca televisyen itu.
Linda yang baru sahaja menyertai Delima menonton televisyen mengekek geli hati melihat gelagat sahabatnya.

"Melaporkan diri ke tu?" tanya Linda.

"Yalah. Kalau tak lapor diri nanti kena serang pula." jawab Delima dengan sinis.

Rutin harian yang perlu dilakukannya saban hari. Tidak kira waktu, malam dan siang perlu memberikan laporan keberadaannya. Walaupun ingin masuk tidur sekalipun. Belum lagi setiap kali ingin keluar dia perlu menghantar gambar baju yang di pakai kepada emaknya di kampung.

"Sampai bila kau kena buat macam ni?"

"Sampai mati, Linda." mendatar sahaja jawapannya.

"Aku pelik dengan kau ni. Kau beria-ria nak stay kat sini semula kenapa? Sanggup tu kau buat macam ni supaya family kau bagi kau duduk sini. Kalau akulah, aku serik wei. Ingat lagi macam mana kau kena belasah dulu dengan abang-abang kau tu. Dengan aku sekali kena jerkah waktu tu. Ish seram."
Ujar Linda mengimbau kembali kenangan lalu. Tidak semena bulu tekungnya meremang lalu di usap kedua lengannya. Delima hanya mendiamkan diri. Dia tidak menjawab pertanyaan Linda.

"Kau.. masih ingatkan dia ke?" teka Linda apabila Delima tidak memberikan jawapan. Delima masih membatukan diri. Pandangannya kosong.

"Kau tak boleh lupakan dia ke? Yang lepas tu lepas lah. Dia pun dah..."

"Lin, aku masuk tidur dululah. Dah mengantuk." potong Delima tidak mahu mendengar ayat seterusnya. Linda yang tergamam terus meneguk liurnya. Tersedar bahawa dia sudah terlepas cakap.

"Sorry Di. Bukan maksud aku.."

"Tak apa." Delima terus bangun untuk berlalu ke dalam biliknya. Baru sahaja ingin melangkah Linda berkata lagi mematikan langkahnya.

"Next week aku nak keluar dari sini. Kau tahukan lagi 2 minggu aku nak kahwin. So kau ok ke nak duduk seorang dalam rumah ni? Kau tak takut?" Delima memberikan senyuman hambar.

"Apa nak takut jirankan ramai. Kiri, kanan, depan, atas dan bawah semua ada orang. Apa nak di takutkan."

Mereka berdua telah menyewa rumah pangsa kos rendah di ibu kota. Itu sahaja kemampuan mereka untuk menyewa rumah. Walaupun rumah kecil tapi sewanya tetap besar. Bukan seperti beberapa tahun lepas mereka boleh menyewa rumah teres.

"Tapi kau mampu ke nak bayar sewa rumah ni seorang? Baik kau cari housemate boleh juga kurangkan beban kau tu nanti." cadang Linda bila mengenangkan Delima yang akan menanggung seorang sewa rumah ini.

"InsyaAllah aku mampu. Buat masa ni aku nak duduk seorang dulu. Nanti-nantilah aku cari housemate. Nak cari yang ngam macam kau bukan senang." ujar Delima lalu terus meninggalkan Linda di ruang tamu.

Delima mengiring ke kanan. Tidak selesa mengiring ke kiri pula. Matanya terkebil-kebil tidak boleh tidur. Fikirannya menerawang mengimbau kembali sewaktu dia dipaksa pulang ke kampung.

* * *

Imbas kembali.

Terdengar kekecohan berlaku di ruang tamu rumah kampung separa papan. Terdengar juga beberapa ketukan dari dalam salah satu bilik rumah itu.

"Kau berambus dari sini. Aku tak nak tengok muka kau. Get out!" tepik Abang Long. Wajahnya cukup begis. Di hadapannya seorang lelaki sedang meluntut sambil wajahnya di tundukkan.

"Kau tak faham apa abang aku cakap ke? Baik kau bla dari sini sebelum penumpuk aku ni singgah kat muka kau tu!" Abang Ngah sudah mencekak kolar baju lelaki itu sambil tangan kanannya di gempalkan bersedia untuk memberikan hadiah yang cukup padu.

"Abang long, abang ngah...Delima merayu jangan apa-apakan dia." rayu Delima dari dalam bilik yang telah dikunci dari luar.

Sejak pulang ke rumah keluarganya disitulah tempat dia di kurung oleh abang-abangnya. Dia tidak dibenarkan keluar dari bilik itu.

Terdengar rayuan itu membatalkan hasrat Abang Ngah lalu dilepaskan cengkamannya dan di tolak ke belakang. Satu dengusan kasar dilepaskan dengan memberi jelingan maut.

"I.. I want to see her. Please let me see her for a while." pinta lelaki itu sambil merayu. Dia menatap setiap orang di dalam rumah itu mengharapkan permintaannya di tunaikan.

"Never! You can get lost now! Never step your feet at here anymore." dijegilkan matanya geram melihat mat salleh dihadapannya.

"George.. Please.." kedengaran sayu sahaja suara Delima. Hatinya sedih apabila abang-abangnya memperilakukan George sehingga begitu sekali.

"Please. I love her and I want make her my wife. Please let me see her." rayunya lagi berserta meluahkan hasrat hatinya.

"Kau tak faham bahasa ke? Aku takkan beradik iparkan kau." tegas Abang Ngah menolak hasrat George.

Abang Long yang hanya merenung George terasa panas telinganya mendengar ungkapan George tu. Terus dia melangkah laju lalu mencengkam kolar George sehingga terjingkit dibuatnya.

"Kalau kau tak nak mati dikerjakan aku, kau berambus dari sini. Sebaran-baran adik aku tu lagi baran aku. Kau jangan nak aku jadi gila. Kau fahamkan apa aku cakap. Faham bahasa melayukan. Kau ingat sampai mati pun aku tak izinkan kau bersama dengan adik aku." ugut abang long mengeraskan suaranya.

George terasa susah bernafas dengan cengkaman yang diberikan oleh Abang Long. Terbatuk-batuk dibuatnya apabila Abang Long melepaskan cengkaman itu. Abang Ngah dengan tak banyak cakap terus mengheret George keluar dari rumah itu. Tidak ingin dia melihat wajah mat salleh di dalam rumahnya.

"If you come here again, remember this hand will be on you face. So, please remember that." halau Abang Ngah sambil menunjukkan penumbuknya. Jangan bermain-main dengan penumbuk abang Ngah kerana Abang Ngah seorang pesilat yang handal. Sewaktu sekolah abang Ngah sentiasa mewakili sekolah untuk menyertai pertandingan silat. Siapa yang pernah merasa penumbuknya memang boleh koma seminggu.

George tiada pilihan terpaksa berundur diri sebelum nyawanya melayang. Sebelum dia berlalu pergi sempat dia menjerit memanggil Delima.

"Dear! Don't worry. I will come back and i will make you my wife. Please wait for me. I'm promise."

Delima masih memanggil-manggil nama George. Abang long dan Abang Ngah hanya memerhatikan sahaja pemergian George. Nasib juga waktu George datang, emaknya pergi ke kenduri bersama dengan Damiya. Jika tidak mesti tekanan darah Emaknya naik semula. Hilang sahaja George dari perkarangan rumah mereka terus sahaja abang long mendapatkan Delima di dalam bilik. Merayu-rayu Delima agar abangnya tidak mengapa-apakan dia.

"Kau apa pasal? Nak sangat berkahwin dengan mat salleh tu kenapa?" pekik Abang long. Abang Ngah yang dari luar rumah terus masuk ke dalam rumah. Di tenung adiknya itu. Bagai ingin menelan adiknya hidup-hidup. Entah apa yang sudah dilakukan lagi di Kuala lumpur. Hanya Delima sahaja yang tahu.

"Delima sayangkan dia. Delima cintakan dia." ucap Delima dengan tersedu-sedu.

"Hoi! Kau gila ke Delima?! Agama dia dengan kita tak sama. Banyak lagi lelaki melayu ada kenapa mat salleh juga kau pilih? Apa yang kau dah buat dengan dia hah?"

"Abang Long.. Entah-entah mereka berdua dah..." tidak sanggup Abang Ngah menghabiskan ayatnya. Di kepalanya hanya ada satu kemungkinan.

Abang long yang mendengar sudah membesarkan mata. Ditarik rambut Delima yang sedang terduduk di lantai rumah. Tarikan itu menyebabkan kepala Delima ikut kebelakang. Hampir patah leher yang dirasanya. Delima memegang tangan sasa itu agar tidak menarik dengan lebih kasar.

"Kau cakap dengan aku betul-betul. Apa yang kau dah buat kat Kl tu? Kau dah gadaikan body kau untuk dia ke? Apa kerja kau kat sana sebenarnya? Hah! Cakap! Kau GRO ke?!"

"Bu... Bukan... Hanya pelayan kelab malam.. De.. Lima bukan pemuas nafsu lelaki." tergagap-gagap Delima menerangkan kerja yang satu itu.

"Pelayan tu sama dengan GROlah bodoh!! Kau jangan nak memperbodohkan aku. Dah nama kerja kelab malam mana ada yang baik." tepik Abang long sambil menghayunkan kepala Delima seperti bola keranjang.

Hayunan itu mengenai bucu meja yang berada di sebelah Delima. Terasa berpinar kepala Delima diperlakukan begitu. Delima memegang kepalanya yang terasa perit dengan hantukkan itu. Terasa di jari jemarinya cecair. Dilihat cecair pekat merah sudah membasahi jari-jemarinya.

Pn. Deeba menjerit melihat kejadian yang sudah berlaku di depan matanya. Dilihat kepala Delima sudah di penuhi darah yang sudah laju mengalir. Di dakap anaknya itu sambil menekan luka pada kepalanya. Damiya kaget melihat amukan abang-abangnya. Dia hanya mampu menekup mulutnya. Matanya juga sudah berair sedih melihat kecamukan yang berlaku dalam keluarganya.

"Apa yang kamu berdua buat? Hah! Along.. Angah.. Sampai pecah kepala adik kau orang kerjakan." jerkah Pn. Deeba kepada anak-anak lelakinya. Dia tahu Delima telah membuat satu kesalahan yang besar tetapi hati seorang ibu tetap tidak sanggup melihat anaknya dilukai sehingga begini.

"Mak tau tak apa yang anak mak ni buat kat kl tu. Dia dah gadaikan body dia tu dengan mat salleh tu mak. Sekarang ni budak ni sibuk nak kahwin dengan mat salleh yang tak ada agama tu. Dah kahwin nanti nak jadi apa pula?" Abang Ngah meluahkan apa yang difikirkannya tadi. Pn. Deeba terpana mendengar apa yang didengari tadi. Air matanya terus jatuh berjurai jika betul anaknya telah jauh menyimpang hingga ke situ.

Delima mengelengkan kepala.

"Tak.. Tak mak.. Delima tak buat tu semua percayalah. Abang long.. Abang ngah.." Delima meminta simpati daripada keluarganya. Dia ingin menjelaskan perkara yang sebenar namun matanya sudah berpinar. Kepalanya terasa sangat sakit dan akhirnya dunianya gelap.

* * *

Delima tersedar dari mimpi ngerinya. Tanpa dia sedari air matanya sudah jatuh ke pipinya.

"George."

Nama yang takkan dia lupakan dan sebab utama dia kembali ke Kuala Lumpur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience