Bab 27

Romance Completed 207871

Intan melangkah keluar dari pejabat Caden menuju ke bilik rehat Caden untuk menukar pakaian bersama fail di tangan.

Intan terfikir, macam mana nak serah fail ni pada Tuan Saiful. Sebaik pintu bilik rehat dibuka, Intan melolos masuk.

Takkan nak minta diaorang bertiga tu pulak.. Adeh..

Hm.. Minta tolong dia je la.

Call dia je, minta ambilkan. Yakin sikit. Telefon bimbit dikeluarkan dan nombor didail. Tidak lama panggilan dijawab.

"Hello, assalamualaikum Tuan. Maaflah kalau saya ganggu" ucap Intan.

"Saya nak minta tolong Tuan sikit, boleh tak?" tanya Intan.

"Saya nak serahkan dokumen maklumat pada Tuan Saiful tapi saya tak boleh nak balik ke IPK, malam tadi lokasi saya kena masuk."

"Habis peralatan dan barang saya dipecahkan. Hasil risikan pun kena ambil. Saya rasa, Tuan je boleh tolong saya" terang Intan.

"Kalau Tuan datang jumpa saya boleh tak, nanti saya send location." pinta Intan.

"Terima kasih banyak Tuan" ucap Intan.

"Baik, setengah jam lagi kita jumpa" Intan matikan panggilan.

Fuh, lega. Nasib baik ada yang sudi membantu.

Intan terus bersiap-siap.

+++

Telefon bimbit di atas meja dijeling.

"Siapa call?" tanya Syam.

"Intan, pelik" jawab Aniq.

"Jawab la cepat, tah-tah penting ke?" gesa Syam.

Telefon bimbit diambil, icon hijau digesek.

"Waalaikumsalam. Tak ganggu pun, saya baru sampai office. Ada apa call ni. Macam penting je" soal Aniq. Iyelah, setahu Aniq, Intan tak kan call guna personal number semasa misi.

"Tolong apa, in sha Allah saya cuba" jawab Aniq.

"Ooh.. Boleh, tak ada masalah. Ye lah, send location. Nanti saya datang dengan Tuan Syam" kata Aniq lagi.

"Sama-sama. Setengah jam lagi kita jumpa" jawab Aniq lalu panggilan dimatikan.

"Kenapa?" soal Syam tidak sabar.

"Intan, malam tadi lokasi dia kena masuk. Habis rosak peralatan dia kena pecah. Hasil risikan pun kena curi. Tempat tu dah tak selamat." terang Aniq.

"Eh, bahaya tu. Habis, Intan tinggal kat mana sekarang?" soal Syam.

Risau pulak bila dengar apa yang berlaku. Dah la Intan tu perempuan.

"Aku pun tak pasti. Eh, jom ikut aku jumpa Intan. Dia minta kita tolong serah fail maklumat pada Tuan Saiful. Location dah dapat ni" minta Aniq lalu bangun. Jaket kulit disarung pada tubuhnya.

"Roger, kau tunggu jap, aku ambil barang kat office" kata Syam dan terus bangun menuju ke bilik operasi.

"Man, saya keluar dengan Tuan Aniq. Ada apa-apa, call saya" pesan Syam pada Koperal Azman yang berada di mejanya.

"Baik Tuan. Tuan perlukan bantuan ke?" soal Azman.

"Tak apa, kalau perlu, saya call" kata Syam dan terus beredar.

"Hati-hati Tuan" pesan Azman.

Syam hanya menggangguk.

"Laju je Tuan Syam tu, nak ke mana?" soal Alyah Adlina.

"Tak pasti la Puan. Katanya nak keluar dengan Tuan Aniq. Ada la tu halnya" jawab Azman.

"Tuan Aniq tu memang baik dengan Tuan Syam ke?" soal Alyah Adlina lagi.

"Haah, diaorang tu bestfriend dari sekolah lagi tak silap saya. Kenapa Puan tanya?" soal Azman pula.

"Tak ada apa, saja nak tau. Saya kan baru lagi di sini" jawab Alyaj Adlina.

Azman hanya mengangguk mengiyakan.

+++

Aniq memandu dengan tenang dan Syam hanya diam di sebelah.

"Kat mana nak jumpa nanti?" soal Syam.

"Cuba kau call dia tanya, nak jumpa kat mana. Lima minit lagi sampai la ni" kata Aniq.

"Hello, Puan Intan. Tuan Syam ni. Nak jumpa di mana, saya dan Tuan Aniq dah nak sampai" tanya Syam.

"Oh. Okey. Terus ke sana ye. Baik" jawab Syam dan panggilan dimatikan.

"Intan cakap kat cafe, meja hujung sebelah kiri dekat dinding ada gambar permandangan" jelas Syam.

Aniq hanya mengangguk. Tidak lama Aniq dan Syam sampai. Aniq memakir keretanya di tempat parkir.

Aniq dan Syam mengatur langkah masuk ke cafe hotel. Mata masing-masing memerhati sekeliling, bimbang juga andai ada yang perhatikan mereka.

Kita bukan kenal dengan penjenayah, lain lah kalau di dahi ada tulis 'saya penjenayah'. Mudah.

Sekarang ini, semua orang boleh menjadi suspek. Tidak boleh dipercayai.

Pintu cafe ditolak. Dari jauh Aniq dan Syam sudah nampak kelibat Intan berada di tempat seperti yang dinyatakan.

Laju kaki membuka langkah.

Sebaik tiba, Aniq dan Syam terus duduk tanpa dijemput.

"Terima kasih Tuan Aniq, Tuan Syam. Saya tak tahu nak minta bantuan siapa lagi" ucap Intan serba salah.

"Perkara kecil je. Mana barangnya?" soal Aniq.

Intan menyerahkan beg kertas bunga-bunga pada Aniq dan Syam.

"Semua dalam ni Tuan. Tuan tolong serah pada Tuan Saiful ye." pinta Intan.

Layu sahaja wajahnya, macam orang bermasalah.

"Awak okey ke ni Intan?" soal Syam.

"Nampak macam ada masalah je" tambah Syam lagi.

"Saya serba salah ni. Tapi kalau saya bagitau, boleh Tuan Aniq dan Tuan Syam janji jangan beritahu sesiapa termasuk ayah saya?" tanya Intan mengharap.

Sekurang-kurangnya rasa beban yang ditanggung berkurangan dengan berkongsi masalah walaupun ianya tidak dapat diselesaikan.

"Awak boleh percaya saya dan Syam" kata Aniq.

"Sebenarnya, Caden anak Miqail Iktidar beri syarat pada saya. Dia nak saya kahwin dengan dia, dan dia akan bantu pihak polis tumpaskan sendiket pelacuran di hotel ni" terang Intan.

Terkejut Aniq dan Syam.

"Dah tu, Intan setuju ke?" soal Syam.

"Kalau saya tak setuju, maklumat dalam tangan Tuan tu tak mungkin saya dapat" jawab Intan.

"Awak pasti ke dia tidak terlibat dalam kes ni. Jangan nanti dia pulak master mindnya" soal Syam tidak percaya.

"Saya yakin Tuan Syam" jawab Intan bersungguh.

"Intan.. Awak tau tak apa yang awak buat ni?" soal Aniq.

"Tau.. Tapi saya tak ada pilihan. Saya dah penat Tuan, dekat dua bulan saya dan anggota buang masa kat sini. Kalau tak ada orang dalam memang susah nak dapat info" terang Intan bersungguh.

Tergeleng kepala Aniq dan Syam.

"Pilihan awak ni dah melibatkan masa depan awak Intan." kata Aniq.

Wajah gadis di depannya diperhati. Sampai macam tu sekali dia sanggup berkorban.

"Saya harap keputusan yang awak buat ni tepat Intan." doa Aniq.

"Tuan Aniq dan Tuan Syam doakan saya ye" pinta Intan. Ada pilu di wajahnya.

Hanya anggukan yang diberi Aniq dan Syam.

"Kalau ada apa-apa, call je saya tak pun Syam, anytime" pesan Aniq.

Intan mengangguk.

"Saya gerak dulu. Awak jangan risau, saya dan Syam akan pastikan barang ni sampai pada penerima" kata Aniq lalu bangun bersama Syam dan meninggalkan cafe tersebut.

Tanpa Intan sedari Caden turut berada di cafe tersebut memerhatikan mereka bertiga tadi. Tergambar perasaan cemburu di wajahnya.

Patutlah Fahmi tak inform apa-apa, rupanya ada di sini saja.

Tapi.. Siapa lelaki-lelaki tu? Teman lelaki Afrina ke?

Maaf Afrina, awak saya punya. Saya takkan lepaskan awak pada teman lelaki awak tu. Penumbuk digenggam kuat, lalu langkah dibuka meninggalkan cafe. Mati seleranya.

Awak milik saya selamanya Intan Afrina. Milik saya..!

Carlos yang baru tiba terkejut melihat Caden yang berpatah balik ke pejabat. Apa yang berlaku.

Carlos melepaskan pandang ke dalam cafe. Intan? Buat apa kat sini.

Carlos lihat Intan tertunduk di meja dalam cafe. Apa dah jadi ni. Takkan gaduh pulak.

Aduh la..

Laju Carlos mengejar Caden. Payah lelaki seorang ni. Kuat cemburunya..

Dia juga yang tersepit nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience