BL 23

Humor Series 177133

BATANG BESI berlumuran cecair merah yang berada di tangannya diheret ke arah seorang lelaki yang diikat kaki dan tangannya di ruang tengah tersebut, Kerusi di tepi ditarik dan dia duduk di hadapan lelaki itu.

Punggungnya dilabuhkan di kerusi tersebut dan kakinya disilangkan. Penutup lighter di tangannya dibuka dan ditutup berulang kali, memecahkan kesunyian di dalam bilik itu.Matanya tajam memandang lelaki yang menatapnya dengan tajam.

"Wow..."Si dia menggelengkan kepalanya.

"Takut.." Ejek si dia lagi.

Lelaki itu melagakan giginya.

"Aku rasa mungkin tak cukup lagi dengan apa yang kau rasa memandangkan kau cuma ada sedikit krek sikit dekat badan" Darlow senyum biasa sambil membuka dan menutup penutup lighter.

"Ka..Kau pengkianat."

"Dan kau pak turut. Kesian."

"Aku hanya buat kerja aku."

"I don't care." Darlow menjongketkan bahunya. "

"Kau tak rasa sejuk ke?" Sambung Darlow lagi. Dia membuka dan menutup penutup lighter lalu api dibuka. Nadanya kedengaran tenang tetapi menyembunyikan kekejamannya.

Darlow senyum sinis. Jam di pegelangan tangannya di pandang. Dia bangun dari kerusi. Lighter di tangannya dimasukkan di dalam poket belakang seluarnya.
Dia melangkah ke arah meja, di mana semua senjata-senjatanya diletakkan. Jarinya dilarikan di atas senjata-senjata besi itu sehingga jarinya berhenti di sebilah pisau kecil yang tajam.

Kakinya kembali melangkah ke arah lelaki itu sambil dia membelek pisau di tangannya. Darlow memandang pada wajah pucat lelaki itu.

"Kau takut. Muka kau nampak pucat."ujar Darlow sambil tersenyum sinis.

"Kau naakk bu at apa. A..aku cuma ikut arahan..Dia Darlow."

"That's why.." Pisau di tangannya diletakkan di pipi
lelaki itu. Ditekan perlahan dan dilarikan di pipi hingga ke dagu, Membuatkan lelaki itumeringis kesakitan.

"Aku rasa semua tahu apa yang aku pernah sampaikan dulu..Jangan campur urusan aku. Bila kau terjebak, Sorry. I can let you go."

Mata lelaki itu yang berair memandang pada
Darlow yang tidak putus memandangnya.

"A.Aku minta maaf Dar..Low!" Syaiful menjerit saat pisau di tangan Darlow menikam di perutnya.

"Maaf aku pun tak sengaja. Sakit? " soal
Darlow. Dia senyum tidak bersalah.

"Kalau ka..kau bun..uh ak..ku se..kali pun, Dia te..tap de..ngan rancan..ngan dia. Mi..miss Nay..la juga a..akan te..ri..ma a..kibatnya."

Darlow mengetap rahangnya saat bicara lelaki itu. Dia memusingkan badannya dan menanggalkan jaket yang dipakai olehnya. Pistol yang diselitkan di dalam poket dalaman jaket yang dipakainya diambil sebelum dia melemparkan jaketnya di atas lantai.

Dia kembali menoleh Syaiful yang kelemahan di di tengah ruang itu. Jika tangan dan kaki lelaki itu tidak digari dengan rantai di paksa berdiri, Dia pasti lelaki itu sudah pasti terjelepok di atas lantai. Mata Syaiful membulat saat melihat pistol di tangan Darlow.

"Darlow.. Tolong ba..gi a..ku pelu.."

Bang!

Tidak sempat syaiful menghabiskan ayatnya, bahu kanannya ditembak oleh Darlow. Dia hanya mempamerkan riak kosong.
Lighter di keluarkan dari dalam poket seluarnya. Dibuka penutup lighter tersebut dan dihidupkannya api. Bibirnya mengukir senyuman saat melihat api kecil yang terhasil daripada lighter tersebut.

"Peluang? Kau lupa apa yang kau buat dulu? What you give, You'll get back." Darlow kembali memandang Syaiful sebelum dia membalingkan lighter di tangannya ke arah Syaiful Dan hanya begitu, api kecil itu membakar dan lantai di ruangan itu. memusingkan badannya dan melangkah keluar dari bilik tersebut.

"Tiga puluh minit dan dua puluh enam saat. Wow quite fast bro."

Darlow memandang lelaki yang bersandar pada sebuah motorsikal berkuasa tinggi di luar rumah kosong itu yang terletak di kawasan yang sudah lama terbiar. Asap tebal mula menguasai ruangan udara.

"Anak ayam, easy to tame " beritahunya.

Lelaki itu menganggukkan kepalanya.

"So kau nak buat apa dengan dia?" Darlow melangkah ke sebuah kereta Mclaren 720s Coupe yang di parking di sebelah motorsikal BMW M 1000 RR milik lelaki itu.

"Teruskan apa yang di rancang." ujarnya dengan matanya yang gelap. Lelaki itu memandang pantulan imejnya di cermin kereta milik Darlow sebelum memandang pada Darlow di belakangnya.

Darlow hanya diam. Dia sangat mengenali sikap lelaki itu sejak mereka sama-sama terjebak dalam dunia gelap ini. Ketika itu mereka masih remaja. Cuma di sebabkan kejadian lalu. Persahabatan mereka retak.
Mereka membalas tatapan seketika dan Darlow faham apa yang bermain di fikiran lelaki itu ketika ini.

Dengan satu deringan dari telefon milik Lelaki itu,
Dia mengeluarkan telefonnya. Melihat pada nama yang tertera, Wajah yang tegang serta-merta berubah tenang saat melihat nama seseorang itu di skrin telefonnya.

"Aku gerak dulu," Motorsikal berkuasa tinggi di hidupkan.Darlow hanya mengangguk dan matanya menghantar pemergian lelaki itu.

FARAH memandang pantulan imejnya di cermin penuh di sudut biliknya. Serta merta bibirnya melepaskan keluhan. Semalam, selesai sahaja kerja, dia simpat singgah di kubur Gibran dan setelah itu dia pulang ke panthouse ini. Itulah rutin setiap kali hujung minggu pasti dia akan ke sini. Setelah memastikan seragam biru gelap yang dipakainya terletak kemas di tubuhnya dia mencapai beg tangannya di atas meja solek.

Telefon bimbitnya dibuka buat seketika untuk menyemak jika-jika ada pesan penting. Tshirt hitam yang berada di atas katil di ambil sebelum dimasukkan ke dalam perut beg tangannya. Hanya Tshirt hitam itu yang setia menemaninya. Setelah memastikan semua barangan telah di bawa dia melangkah keluar. Kasut booth hitam disarungkan pada kakinya dan tali berwarna kuning di sarung pada leher.

Pintu rumahnya dibuka dan dia melangkah keluar. Setelah memastikan pintu berkunci, dia melangkah ke arah lif. Butang di luar lif ditekan. Dia menunduk memandang Booth hitam yang dipakainya saat bunyi pintu lif kedengaran. Farah serta-merta mengangkat wajahnya, hanya sesaat m matanya bertembung dengan mata Hfiy yang sudah di dalam lif. Kakinya tiba-tiba kaku saat melihat jejaka itu.

Hfiy menjongketkan keningnya. "Sampai bila nak berdiri dekat situ?" soalnya saat gadis itu masih tidak bergerak.

"Eh.." Farah tersentak. Dia berdehem bagi
menghilangkan gugupnya sebelum melangkah
masuk ke dalam lif tersebut. Dia sengaja berdiri di
hadapan sekali, berhadapan dengan butang-butang.

Farah hanya mengerling jejaka itu sebelum dia menekan butang untuk menutup pintu lif. Dan seperti selalu, masing-masing hanya mengunci mulut. Farah menghelakan nafasnya.

"Macam mana kau boleh masuk?" Hfiy tersentak. Dia memandang Farah.

"Megat Omar." Mendengar sebaris nama itu Farah mengangguk. Dia kembali mengerling pada Hfiy sebelum matanya jatuh pada baju putih Hfiy yang tersarung jaket hitam diluarnya. Dahinya berkerut, Matanya terpandang Hfiy. Cecair merah kering melekat pada baju lelaki itu.

"Kenapa tu?"

"Oh, it's nothing. lupa salin baju lepas potong ayam."

"Ye ke? Kau bukan cari masalahkan?"

"No." Farah mengetap bibir.

"Good. "Tika itu juga, pintu lif terbuka sebaik sahaja lif tersebut tiba di aras basement parking. Farah melangkah keluar begitu juga Hfiy namun setelah beberapa langkah Farah berhenti.

"Buka baju."Hfiy mengerutkan keningnya bila mendengar arahan daripada wanita itu.

"What?"

"Buka baju tu,"ulang Farah lagi.

Hfiy menghelakan nafasnya dia memandang Farah seketika sebelum tangannya membuka Jaket hitam di tubuhnya. Farah sedikit pun tidak mengalihkan pandangannya. Tshirt hitam yang berapa di dalam bag tanganya di keluarkan.

"Pakai ni."Jaket hitam di tangan Hfiy di rampas lalu dia menyerahkan Tshirt hitam itu. Matanya masih memandang Hfiy.

"Cepat la hang tercegat pasai pa. aku suruh salin baju je. Hang nak kerja dengan baju kotor macam ni. Tak pasal-pasal kena cop bukan-bukan."

Sekali lagi Hfiy menghelakan nafasnya. Baju putih yang tersarung di tubuh di tanggalkan. Farah hanya memerhatikan.

"Kenapa tak tanggalkan mask tu sekali? Hang jongang ka?" Jarinya naik ingin membuka tali mask di telinga kanan Hfiy nampun di tahan. Tangan farah di gengam kemas.

"Aku tak suka di sentuh." Pelahan tangan itu di turunkan. Jaket di tangan Farah di ambil dan kembali di sarungkan di tubuhnya. Baju putih yang sudah di buka di gulung kemas.

Farah terdiam saat jari hangat lelaki itu menyentuh tangannya.

"Jom" Hfiy terus berjalan melintasi Farah. Dia menghelakan nafasnya. Tangan menyentuh dadanya di mana dia dapat merasakan jantungnya berdegup laju.

"Shit!" bisiknya sendiri.

Korang sorry ingat dh publish dua hari lepas rupanya save draf :( bila buka nak taip chapter bru.. Di baru perasann.. Maafkan saya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience