kling! menandakan mesej masuk.
"awak kat mana? pakai baju apa?"
tersenyum ku membaca mesej tersebut seraya membalas mesej itu. "saya duduk dekat luar Starbuck guna baju warna hijau dan shawl biru gelap" send!
alahai mamat ni lambat betul! 5 minit ku menunggu tiba tiba seseorang berdiri dihadapan meja ku.
"Assalamualaikum" garau bunyi suara tapi alunannya lembut.
"Waalaikumsalam" lalu ku angkat kepala. terpanar sekejap ku pabila melihat wajah nya. 'hmm kulit sawo matang, tinggi cukup, rambut cantik, pakaian kemas. ok cun!' hati ku menjerit riang.
"urm jomlah , mana nak mula?" alahai bakal suami ku. bakal isteri mu ini tidak suka shopping sangat! manalah tahu nak beli apa.
"urm awak. saya tak tahu sangat nak beli apa. saya bukan kaki shopping" kepala ku menunduk sedikit. 'malunya aku perempuan tapi bukan kaki shopping'
"lahhh, takpe. kita beli apa yang perlu jer. sebab decoration nanti saya upah orang" senyumnya manis. ohh cair hatiku
"urm, ok." aku membalas senyumannya.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
'penatnya' barang yabg dibeli tadi ku letak di tepi penjuru bilik. terus ku hempas badan ku di atas katil. beberapa minit selepas itu terdengar ketukan di pintu. lalu suara mak menyapa gegendang telinga ku.
"macam mana tadi? ok tak bakal suami kamu?"
tanya ibuku dengan nada dimanjakan. terus aku bangun dan memegang tangan ibu ku.
"ok sangat mak!" riang bunyi suara ku. menandakan aku sangat suka dengan pilihan ibu bapa ku.
"baguslah tu. tapi jangan selalu sangat berjumpa. kamu berdua tu berdarah manis. takut jadi pape nanti. ingat!" tegas suara ibuku. aku senyum mengiakan kata kata ibu.
"dah jom makan" ibuku menarik tangan ku dan berjalan kearah dapur.
Share this novel