Debaran...

Drama Series 421991

"Best tak tidur bilik pengantin?", tanya maklong Timah sebaik nampak aku keluar dari bilik. Malu juga, sedar sedar dah cerah. Tu la, tidur lewat lagi.

Aku hanya mampu tersenyum, tak mampu nak menjawab bila melihat senyum simpul maklong Timah. Senyuman penuh makna, ke aku je yang perasan macam tu.

"Maklong, tolong kakak jap". Aku tarik tangan  maklong. Perkara ni harus cepat sebelum Arif keluar bilik. Semasa aku keluar tadi, dia baru masuk bilik mandi.

"Kita tunggu Ayeh sekali la ye", kata maklong menyenduk bihun goreng dari dalam kuali ke dalam mangkuk. Sementara aku menyiapkan cawan dan piring.

"Cerita korang ni kan, kalau tau la dek mak korang berdua tu, tak tahu la macam mana nanti". Maklong memulakan bicara.

"Maklong rahsiakan la...", pintaku lembut. Aku ni memang lembut tapi buat buat keras kental semata mata nak mengubat lara. Masa kecil kecil, tak boleh kira la. Budak mana tak lasak kan?

"Sebenarnya kan maklong, kakak masih ragu la", luahku perlahan sambil duduk berhadapan maklong.

Maklong melepaskan nafas dalam, "Rasa ragu dan was was tu mainan syaitan. Syaitan kan kerjanya menyuruh manusia buat maksiat dan dosa. Dia cari geng masuk neraka beramai ramai. Elok la dah kawin, nak kemana berdua pun tak dosa dah. Nafsu ni bukan boleh kira".

Aku muncung. Bukan itu maksud aku. Lagipun aku dan Arif, urusan kami hanya kerja. Kemudian jadi teman makan makan, lepas tu Arif jadi guardian angel aku. Ermm.. banyak fasa juga rupanya. Aku tak perasan pula perubahan perhubungan kami.

"Kakak, yang korang berdua duaan dalam kereta tu dah kira bunga bunga maksiat juga tau. Bercerita tah apa apa. Bukannya soal kerja pun kan?", tanya maklong. Aku tau dia nak korek rahsia la tu. Sorry maklong, cerita dalam kereta kakak simpan. Takkan nak cerita, Arif urut kaki aku tengah tengah malam dalam kereta. Sah sah maklong akan pandang sinis jika aku cakap 'kami tak buat apa apa'. Alasan klise.

"Memang la akak bersyukur dah bersuami. Tak sangka ada juga jodoh akak. Akak ni kan tak cantik. Cumanya maklong, abang Arif sebenarnya ada buah hati", ujarku sedikit sesal. Kenapa aku boleh lupa tentang cinta hati Arif? Sepatutnya aku tak nikah malam tu.

Ketika mandi tadi, aku terfikir sejenak sudah banyak kali kami berpeluang bersatu tapi Arif seolah olah tak endah. Aku je yang seolah tergila gila membalas ciuman dia. Ye, aku mengaku aku dah tertawan. Mudah sangat rasanya aku terjatuh hati pada Arif.

Bila aku teringat akan perbualan kami dulu dulu, baru aku tersedar aku kini dah menjadi halangan buat Arif dan buah hatinya.

"Tak cantik? Kakak, kau la yang cantik sekali. Tak sama dengan rupa kaum kerabat kita", ujar maklong Timah. Ala.. aku tau, tu nak menyedapkan hati aku je. Rupa aku la paling berlain dari kaum kerabat.

"Tah tah betul diorang cakap, kakak ni anak angkat. Agaknya surat beranak kakak tu pun, tipu", balasku sakit hati. Mula la fikiran ni menerawang ke segala kemungkinan.

Maklong Timah menggelengkan kepala, "kata arwah wan, kau mengikut rupa nenek dia. Saling tak tumpah".

Aku terdiam. Tah iya tah tidak, zaman tu mana ada gambar.

"Maklong... sakit tak bermadu?", tanyaku dengan mata berkaca. Sayu pula nak bertanya tapi aku paksa juga.

"Kakak, kenapa tanya soalan macam ni? Kan baru kawin. Kata kata tu satu doa tau".

"Bukan maksud kakak nak bermadu. Cuma mana la tau kan".

"Allah berikan ujian yang mampu untuk seseorang tu harungi. Jangan difikir fikir perkara yang kakak sendiri tak nak hadapi. Maklong sendiri pun tak sanggup nak bermadu".

"Madu apa ni? Ada orang jual madu asli kat sini tak, maklong?"

Aku melatah seperti biasa. Dan dua orang itu ketawa. Arif ni memang memang tau. Suka terjah terjah gitu. Geram aku.

"Ada. Ayeh nak ke? Nanti maklong tanyakan"

"Nak la..orang kata bagus untuk tenaga", ujar Arif mengenyit mata padaku sambil menarik kerusi di sebelahku.

Yeah, whatever Arif. Tak payah la nak tunjuk aum sangat depan maklong. Last last, aku juga yang memendam rasa.

"Sayang, gorengkan telur mata. Nak makan dengan bihun ni", pinta Arif sebaik duduk.

Aku memandang maklong. Maklong memberi isyarat, buat lah.. tu permintaan suami. Pahala.

"Telur kuning tu jangan keras ye. Sedang sedang je. Buat sekali cili potong". Ehh... ni bukan permintaan lagi dah. Ini dah kategori memerintah. Mentang mentang la maklong back up, bukan main kau kan.

Bukan main berselera lagi Arif bersarapan, padahal bihun goreng dengan teh O saja. Aku tak minum teh, jadinya aku teguk air kosong.

"Korang tak kemana mana ke untuk honeymoon?", soal maklong Timah. Aku mengangkat bahu.

"Nak pergi juga rancangnya. Tapi tak tau bila. Tak boleh cuti lama takde orang kat pejabat", jawab Arif meletakkan tangan di pahaku tapi aku takde perasaan.

Aku terus hilang mood nak makan. Harapan tinggal harapan. Memang takkan dapat la nak berhoneymoon kalau itu prasyaratnya.

Setelah siap bersarapan, aku mengemas dapur dan terus menyidai kain sementelah maklong Timah nak pergi melihat madu asli di rumah jiran, tak jauh dari rumahnya. Arif berdiri di pintu dapur melihat aku menyidai kain. Ehh.. tak selesa sangat rasanya bila ada orang tengok.serba tak kena. Walaupun dia suami sendiri. Dah la baru sebulan.

Selesai menyidai, aku nak masuk ke dalam rumah tapi dia masih di situ. "Tepilah, nak lalu", kataku keras sikit.

Dia beralih sedikit, saat aku melintasinya sempat dia menepuk punggung aku. Lantas aku berpaling. "Nak apa ni?"

Dia tersenyum, "ori rupanya. Ingatkan silikon".

Ngekngok betul. Tengok badan la. Takkan badan gebu, punggung leper. Aku biarkan Arif berdiri di situ.

Nak ikutkan malas, memang malas. Rasa mengantuk masih tebal. Tapi dah aku kat rumah maklong Timah, mak saudara pertama yang tahu aku dah berkawin, nak tak nak aku tolong maklong memasak dari kena bebel jika Arif yang menolong maklong. Tipikal melayu kan.. hal dapur semuanya isteri mendominasi.

Selepas selesai makan tengah hari, aku masuk ke bilik. Maklong pun kata dia nak berehat, aku ambil kesempatan la. Rupanya Arif dah terbaring atas katil memandang aku, tak berkelip. Aku sekadar memandang dari hujung mata ketika mengambil tuala.
Takkan la dia bernafsu bila aku berpeluh dan bau masam ni?

Aku berlakon seolah tak perasan yang dia memandang, aku mengangkat sedikit baju separuh perut.

Arif ketawa besar. Terus aku turunkan baju semula dan memandang tepat padanya. Aku tau la perut aku gendut. Tak payah la gelak. Aku nangis juga kejap lagi ni. Dalam bilik air.

"Pakai talipinggang rupanya. Mana dapat? Abang dok tunggu bila la nak terlodeh kain batik tu. Kempunan tau!"

Bulat mata aku. Haih...patut la dia suruh aku buat macam macam, tenung dan renung aku dari pagi tadi. Menyibuk kat dapur masa aku tolong maklong masak. Ada muslihat rupa rupanya. Dasar!!

"Eiiii... apa abang ni", jerit aku memegang kain batik yang dah mula longgar bila aku menanggalkan tali pinggang besi kepunyaan maklong. Berlari aku masuk ke bilik air.

"Sini la", panggil Arif bila aku nak keluar dari bilik selepas selesai semua urusan dalam bilik. Memang tadi rancangnya nak baring baring tapi dah Arif ada, hati jadi tawar pula bila mengenangkan topik pagi tadi. Aku ni dah jadi watak tambahan dalam hidup Arif.

Aku mendekatinya, "nak apa?".

"Baring la sini".

"Tak nak. Panas. Saya nak tengok tv". Arif bangun dan duduk, ditariknya aku ke riba.

"Kita nak tidur sini lagi ke malam ni?", tanya Arif.

Aku jawab tanpa memandangnya, "ikut abang la. Abang suami, saya ikut je".

"Kenapa ni?", soalnya perlahan sambil mengurut ngurut telapak tanganku.

"Takde apa la".

"Betul ni?", tanyanya meminta kepastian. Aku mengangguk padahal dalam hati ni sarat dengan isu. Susahnya aku nak luahkan. Menangis dalam hati je la.

"Jom kita keluar, tengok tv". Sempat bibirnya singgah di pipiku. Aduh, tolonglah. Usah bikin aku begini dong!

***********

"Kita nak ke mana?", tanyaku bila kereta menghala ke arah utara bukannya selatan- tempat tinggal kami. Arif sekadar mengenyit mata. Tanganku digenggam dan diletakkan atas pahanya.

Takkan la dia dah cuba madu asli tadi.

Aku memerhati luar di sepanjang perjalanan. Sesekali aku menggosok pahanya, ada beberapa ketika Arif menahan aku dari terus berbuat demikian. Namun bila aku menarik tanganku, dia tarik kembali dan letak di tempat yang sama. Lenguh tau bila statik je.

"Buka lagi ke ni?", tanyaku penuh keraguan bila Arif memakirkan kereta di pinggir jalan tak jauh dari kopitiam terkenal di bandar Kemaman.

"Kita tengok dulu la apa yang ada. Dah alang alang sampai sini", ujarnya mengajak aku keluar.

Kenyang mengisi perut dengan roti bakar dan kopi yang terkenal, kami meneruskan perjalanan. Hati aku dah tak keruan, kemana hala pula nak dibawanya aku. Matahari pun semakin menyembunyikan diri. Aku cuba untuk berlagak cool tapi gagal jika dengan Arif. Huhh.. mengada sungguh la.

"Nak ke mana ni?"

"Tadi kata ikut suami kan?". Aku menjelirkan lidah bila Arif cakap begitu. Menyampah tau bila tanya, jawapan yang diberikan tak menepati soalan. Malas nak layan, perut pun dah kenyang mata ni seperti faham je apa yang aku inginkan.

"Bangun la anak Gyumao". Aku rasa hidung aku sakit ditarik. Mataku buka terus nampak Arif. Hidung dia hampir menyentuh hidungku. Cepat cepat aku berganjak ke belakang. Riak wajah Arif sedikit berubah. Aduh... kenapa ni. Itu kan dah jadi suami. Apa yang aku mimpi tadi ni, suami pun dah tak kenal. Tidur lagi maghrib maghrib.

"Kita kat mana?", soalku memandang keluar. Dah gelap gelita, hanya lampu jalan yang bercahaya dan lampu dari lobi.

"Paka. Kita tidur sini malam ni".
Memdengarkan itu, aku dah menelan air liur buat sekian kali. Mungkinkah malam ini?

Sementara menunggu Arif mendaftar, aku menerima panggilan dari Yati. Khabar gembira darinya, aku turut menumpang gembira. Rezeki dari Allah tak pernah salah alamat walaupun Yati kata ianya agak cepat dan mereka masih terkejut. Aku terfikir apa cerita Nuha. Adakah dia pun dapat khabar gembira juga? Bahagia la mak aku jika benar. Harap harap tak berebut dengan mak Zaf.

"Siapa call?",  soal Arif menyela jari jemarinya di celahan jemariku. Tak habis habis terkena renjatan elektrik tau aku ni.

"Yati".

"Kenapa?". Aku dibawa berjalan menuju ke bangunan berdekatan pantai.

"Dia bagitau dah pregnant dua minggu".

Aku nampak Arif tersenyum pada pantulan cermin pintu gelangsar bilik resort. Kenapa aku lihat berlain benar senyumannya kali ini? Kami berhenti pada pintu kayu paling hujung di blok tersebut.

"Shall we?", katanya mempelawaku masuk bila pintu kayu itu dibuka. Aku jenguk ke dalam, ada sebuah katil saiz queen di tengah tengah bilik.

"Besar tu je katil? Muat ke?", gumamku spontan.

"Kita berdua je kan? Tak muat, tidur atas abang nanti". Aku berpusing pada Arif di belakang, aigoooo... kenapa mata tu. Aku menarik nafas dalam dalam. Sesungguhnya aku tak kuat nak menempuhi malam ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience