CHAPTER 9 DKM

Action Series 21357

Dua hari berlalu , usia perkahwinan Luth Hanief dan Hana Dahlia juga dua hari.Mereka masih menetap di kediaman Jeneral Mohammad Hassan dan Puan Layka Zenia.Jam menunjukkan pukul 5:30 pagi.Luth Hanief sudah terjaga dari lenanya.Dia menggosok manja matanya yang masih sukar dibuka.Isterinya disebelah masih tidur lena.Dia bangkit dari pembaringan dan menuju ke bilik mandi.

Tidak lama kemudian , Luth Hanief keluar dari kamar mandi dalam keadaan separa basah.Dia menuju ke wardrobe untuk mengambil pakaiannya lalu disarungkan ke badan.Sajadah yang di sidai di kepala kerusi dan dibentangkan menghadap kiblat.Takbir diangkat dan dia menunaikan fardhu subuh.Bacaan-bacaan surah suci dialunkan dengan suaranya yang lunak.

"Assalammualaikum warahmatullah." ucap Luth Hanief.Dia sudah selesai menunaikan kewajibannya sebagai hamba.Sedang dia berteleku di atas sajadah.Tiba-tiba tubuhnya dipeluk dari arah belakang.

"Astaghfirullah !." ucap Luth Hanief terkejut.Tersentak tubuhnya apabila isterinya Hana Dahlia memeluknya dari belakang.Wajahnya disembankan di belakang badan suaminya Luth Hanief.

"Sayang ? Kenapa bangun ni ? Sayang kan tak boleh solat ?." soal Luth Hanief lembut kepada isterinya Hana Dahlia.

"Perut sakit." ujarnya dengan nada serak basah.

"Sakit sangat ?." soal Luth Hanief.

"Erm." gumam Hana Dahlia lemah.Dia memejamkan matanya rapat.

"Jom baring , abang urutkan dulu perut sayang.Lepastu abang turun dapur buatkan sayang breakfast dan boleh makan ubat." jelas Luth Hanief lembut kepada isterinya Hana Dahlia itu.

"Okay." akur Hana Dahlia kepada suaminya Luth Hanief.

Mereka bangkit bersama.Luth Hanief melipat sajadahnya sambil berjalan menuju ke meja kerja.Dia menyidai semula sajadah di kepala kerusi.Kopiah dibuka lalu diletakkan di atas meja.Minyak angin yang berada di atas meja tersebut diambil.Dia menuju ke arah katil.Hana Dahlia sudah siap menyelak sedikit bajunya.Luth Hanief tertawa kecil.

"Kemarin bukan main malu dengan abang.Dah tak malu dah ?." soal Luth Hanief mengusik isterinya Hana Dahlia pada pagi subuh.

"Tak." ujar Hana Dahlia selamba.Luth Hanief ketawa kecil.

"Kesian bunga abang , sakit perut.Kalau lah abang boleh rasa sakit ni , mesti abang pun taknak kan rasa sakit ni.Macam mana pulak bunga abang yang perlu tanggung rasa sakit ni ?." soal Luth Hanief lembut kepada isterinya Hana Dahlia.Tangannya tidak berhenti mengurut.Tidak lama selepas itu , dia meletakkan minyak angin di atas meja tepi katilnya.

"Abang turun dapur sekejap.Kalau sayang nak tidur dulu , tidur lah.Nanti abang kejut untuk bangun makan." ujar Luth Hanief lembut kepada isterinya.

"Okay." akur Hana Dahlia kepada suaminya Luth Hanief.

"Sweet dream , Flower." ucap Luth Hanief.Dia mengucup lembut dahi isterinya dengan penuh kasih.

Luth Hanief fokus memasak bubur ikan bilis sambil dibantu oleh Mak Bibah.Tidak lama kemudian , bubur yang dimasak olehnya siap dimasak.Dia menghidangkan ke dalam mangkuk dan diletakkan di atas dulang serta dengan air teh o panas.Langkah dibawa ke bilik tidur.

"Sayang... ." seru Luth Hanief lembut.Dia menepuk bahu Hana Dahlia lembut.

"Erm." gumam Hana Dahlia di dalam mamainya.Luth Hanief tersenyum.Mangkuk bubur diambil dan mengacau bubur tersebut untuk disejukkan.

"Bangun bunga , abang bawak bubur ni.Kita makan sikit lepastu makan ubat." ujar Luth Hanief kepada isterinya Hana Dahlia.

"Boleh Dahlia tanya sesuatu ?." soal Hana Dahlia.

"Apa dia bunga ?." soal Luth Hanief sambil meniup bubur yang masih berasap kerana panas itu.

"Kalau adik-adik abang sakit perut.Abang sapukan minyak juga ke ?." soal Hana Dahlia kepada suaminya Luth Hanief.

"Tak sayang , abang masih ada batas dengan diorang lagi.Tapi kalau dorang sakit.Abang akan jaga diorang sampai sihat." ujar Luth Hanief.Suaranya makin ke dalam.

Luth Hanief dan Hana Dahlia berkumpul bersama ahli keluarga Jeneral Mohammad Hassan sebelum mereka berangkat pulang.Suasana di kediaman tersebut kembali sunyi.Luth Hanief dan Hana Dahlia duduk santai di pondok yang dibuat oleh Jeneral Mohammad Hassan tersebut.

"Macam mana ? Perut dah okay ?." soal Luth Hanief kepada isterinya.

"Alhamdulillah okay dah.Pandai abang jaga Dahlia." puji Hana Dahlia terhadap suaminya Luth Hanief.

"Abang , kalau sayang nak bincang sesuatu dengan abang boleh ?." soal Hana Dahlia meminta izin sebelum memula bicara.

"Apa dia sayang ?." soal Luth Hanief tenang.

"Sayang...nak berhenti kerja boleh ?." soal Hana Dahlia kepada suaminya.Izin diminta terlebih dahulu.

"Kenapa sayang ? Sayang tak happy ke kerja ni ?." soal Luth Hanief risau.Dia meraih tangan isterinya lalu diusap lembut berkali-kali.Ibarat memujuk.

"Happy , sayang cuma nak luang masa lebih banyak dengan abang.Kalau ada rezeki kita ada anak.Sayang nak beri perhatian pada abang dan anak saja.Sayang rasa tak kuat nak berjauhan." luah Hana Dahlia kepada suaminya Luth Hanief.Dia menekur papan pondok tersebut.

"Misi kita macam mana ? Sayang nak tarik diri ?." soal Luth Hanief kepada isterinya Hana Dahlia.

"Kalau boleh sayang nak tarik diri." jelas Hana Dahlia bersungguh.

"Okay macam ni , sayang habiskan misi kita ni dulu.Tapi sayang dah boleh hantar notis dari sekarang." ujar Luth Hanief kepada isterinya Hana Dahlia.

"Okay." akur Hana Dahlia.

"Ada satu lagi soalan." ujar Hana Dahlia.

"Apa dia sayang ?." soal Luth Hanief lembut.

"Kenapa keluarga abang seorang pun takda masa hari kita nikah ?." soal Hana Dahlia sayu.Terkedu Luth Hanief.Tidak tahu mahu kata apa.

"Semua busy." jelas Luth Hanief tenang.

"Lagipun , abang buat semua ni last minute jadi tak boleh salahkan dorang jugak.Salah abang sebab tak setup semua dari awal." ujar Luth Hanief yang cuba berselindung.Tetapi isterinya Hana Dahlia tidak bodoh.Dia sudah tahu kenapa keluarga Tan Sri Luth Kamaruddin tidak hadirkan diri.

"Kita tak balik rumah abah ke ?." soal Hana Dahlia kepada suaminya.Dia cuba memancing lelaki itu.

"Nanti ada masa kita balik ya sayang." pujuk Luth Hanief.Dia menung seketika , bagaimana dia hendak menjelaskan kepada isterinya.

"Ke ibu dah taknak abang balik rumah tu lagi ?." soal Hana Dahlia kepada suaminya Luth Hanief.Tersentak lelaki itu.

"Ma...macam mana sayang tahu ?." soal Luth Hanief tanpa berselindung lagi.

"Irah call sayang semalam.Dia kata , Humaira demam.Rindu abang.Hazra dan Hayra tiga hari tak kerja sebab ibu tak bagi.Hadira pula tak habis-habis kena marah.Abah mana ?." soal Hana Dahlia.

"Kenapa abah tak nampak semua ni abang.Kesian dekat adik-adik." jelas Hana Dahlia.Suaminya bangkit dari duduknya lalu hendak berjalan ke arah pintu rumah.

"Abang.Nak pergi mana ?." soal Hana Dahlia pelik.

"Siap sekarang kita pergi rumah ibu." ujar Luth Hanief kepada isterinya.Tanpa berlengah mereka berdua siap dan hendak menuju ke kediaman keluarga Luth Hanief.

"Abang tak buat perkara bukan-bukan kan ?." soal Hana Dahlia sedikit gerun.Dia pernah melihat Luth Hanief mengamuk pada 10 tahun yang lepas.Amat menakutkan.

"Abang tak janji.Sabar abang dicabar.Kalau apa-apa jadi sayang jangan masuk campur.Janji dengan abang." ujar Luth Hanief kepada isterinya.

Luth Hanief dan Hana Dahlia sudah tiba di kediaman Tan Sri Luth Kamaruddin.Mereka membawa langkah sehingga depan pintu rumah.Pintu diketuk.Ada yang membuka dari dalam.

"Abang !." jerit Lutfya Hadira.Dia memeluk kuat tubuh Luth Hanief.Esakan Lutfya Hadira tidak dapat dikawal.

"Humaira mana ?." soal Luth Hanief tanpa menunggu lama.Dia hendak berjumpa dengan adik bongsunya itu.

"Humai dekat atas.Jom." ajak Lutfya Hadira.

"Berani kau jejakkan kaki dekat rumah aku ya ? Bawak pulak perempuan bala ni." ujar Puan Suraya Hani dari arah dapur.

"Aku datang nak tengok adik-adik aku.Aku nak bawak dorang pergi." jelas Luth Hanief dengan nada tegas.Tiada lagi ucapan hormat terhadap wanita itu.

"Pergi mana !." jerkah Puan Suraya Hani.

"Keluar dari rumah yang musibah ni." ujar Luth Hanief tegas lagi.

"Kau ingat kau boleh buat ?." soal Puan Suraya Hani kepada lelaki itu.Tubuh Lutfya Hadira ditolak sedikit.

"Pergi naik atas , suruh semua kemas barang ikut abang sekarang." ujar Luth Hanief.Dia memberi arahan.

"Okay." akur Lutfya Hadira tanpa menunggu lama.

"Satu kesilapan aku adalah , anggap kau macam ibu aku sendiri.Tapi aku silap , mak aku dah mati.Adik-adik aku takda mak.Kau cuma mak tiri saja.Cukuplah rasa hormat aku pada kau selama ni.Aku dah tak mampu lagi nak hormatkan perempuan tak guna macam kau ni." ujar Luth Hanief kasar.Hana Dahlia hanya berdiri sepi di belakang suaminya Luth Hanief itu.

"Kau dah berani sekarang ?." soal Puan Suraya Hani dengan nada psiko.

"Mungkin kau berjaya gantikan tempat ibu aku di dalam hati abah tapi kau tak berjaya gantikan tempat ibu dalam hati kami.Kami tetap anak ibu kami.Aku dengan adik-adik aku bangga mengaku kami anak yatim.Mak kami dah mati !." nadanya menekan menahan amarah.

"Apa lagi kau nak cerita Hanief ?." soal Puan Suraya Hani mencabar.

"Kes rogol ! Kau yang perangkap aku sampai aku meringkuk dalam penjara.Kau sakit hati sebab aku nak kahwin dengan Dahlia.Kau sakit hati kan ? Harini pencipta kau tunjuk sendiri pada kau , betapa besar dan hebatnya dia berkuasa.Akhirnya , Dahlia tetap jadi milik aku." ujar Luth Hanief.Terdiam Puan Suraya Hani kali ini.

"Kau kata aku yang rogol kau.Kau tuduh aku sampai bapak aku percaya aku buat perkara tu.Tapi , masa bapak aku pergi kerja , dia tahu tak bini kesayangan dia ni bersetubuh dengan jantan lain ?." soal Luth Hanief sengaja.Dia tahu Tan Sri Luth Kamaruddin sedang berada di dapur.Lelaki itu tidak berani ke hadapan.

"Hanief !." jerit Puan Suraya Hani seoktaf.Luth Hanief tersenyum jahat.Puas hatinya !.

"Betul ke apa yang Hanief cakap tu ." soal Tan Sri Luth Kamaruddin kepada anak lelakinya.Dia mahu penjelasan.

"Kalau abah nak tahu , Hanief dah beri tahu.Tapi kalau nak penjelasan tanya pada tukang buat dosa." ujar Luth Hanief selamba.

"Hanief taknak jadi gagal macam abah.Salah cari isteri dan tidak tahu didik isteri.Kita pembentuk , jika kita gagal membentuk , jangan tanya kenapa hasil kita tidak nampak.Semuanya akan jadi buta." ujar Luth Hanief.

"Kau memang dah melampau... ."

PANG !.

Pipi mulus Puan Suraya Hani ditampar kuat oleh Tan Sri Luth Kamaruddin.Terkejut Hana Dahlia melihat aksi itu.

"Kurang ajar ! Anak aku yang kau tuduh tu.Berani kau nak pertahankan lagi dosa yang kau dah buat ya." ujar Tan Sri Luth Kamaruddin.Airmata Luth Hanief mengalir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience