“Lea , sini sekejap”,ucap Fakhri , kasar . Lea yang sedang menyusun buku di ruang tamu pantas memandang suaminya dengan senyuman walaupun senyumannya terlindung di sebalik purdah yang dipakainya . Suaminya dihampiri .
“Kenapa , bang? Abang okey tak hari ni?”soal Lea lembut . Wajah suaminya diusap sayang , namun pantas ditepis kasar oleh Fakhri . Walaupun terasa dengan tindakan suaminya, Lea tidak mengambil hati. Dia tahu Fakhri masih tidak dapat menerimanya . Perutnya diusap . Kandungannya yang sudah masuk dua bulan sudah membukit sedikit .
“Aku nak makan laksa”,ucap Fakhri , senada . Mata Lea terbuntang luas . Laksa ? Mana dia nak dapatkan laksa malam-malam macam ni .
“Bahan dah habislah bang . Tapi Lea janji, esok Lea masakkan untuk abang , okey?”ucap Lea lembut . Belum sempat Fakhri membalas , Fakhri dapat merasakan tekaknya meloya . Dengan pantas Fakhri berlari ke singki . Lea yang risau melihat tingkah suaminya mengikut suaminya . Belakang Fakhri diusap.
Lea memapah suaminya ke sofa di ruang tamu . Fakhri merasakan tubuhnya sangat lemah tika itu . Segala isi perutnya telah diluahkan tadi . Fakhri dibaringkan di atas sofa . Lea mengelap-ngelap dahi suaminya yang berpeluh . Fakhri langsung tidak menepis , apalagi melarang .
“Kesian abang . Tak apalah , biar Lea keluar beli laksa ya . Abang rehatlah dulu . Nanti Lea balik , Lea bagi laksa tu dekat abang ye”, ucap Lea .
Pipi kanan suaminya pantas dikucup . Fakhri terpana . Tubuh Lea yang perlahan-lahan hilang dari pandangannya disoroti . Apakah perasaan yang sedang aku rasakan saat ini?
Lea mengerling jam ditangan . Sudah pukul 11.00 malam . Lea kegusaran . Dia risau suaminya menunggu lama . Dia tiba agak lewat kerana terpaksa berjalan kaki kerana tidak mahu menunggu teksi kerana bimbang suaminya terpaksa menunggu lama .
Pintu rumah dibuka . Ruang tamu rumah kelihatan gelap berbanding ketika dia mahu pergi tadi . Lea bergerak ke dapur apabila mendengar seseorang membuka air di singki . Kelihatan Fakhri sedang membasuh cawan yang baru digunakan .
“Assalamualaikum , abang . Ni , Lea bawakan laksa untuk abang . Maaf Lea lambat . Lea jalan kaki tadi sebab Lea risau abang tunggu lama”, ucap Lea lembut . Hati Fakhri tersentuh mendengar keprihatinan Lea terhadapnya . Perasaan itu cepat-cepat diusir pergi . Ah , aku tak boleh terleka !
Fakhri berpaling memandang isterinya dengan wajah yang bengis . Bungkusan plastic di tangan isterinya dipandang sebelum kembali memandang wajah isterinya .
“Kau apesal lambat sangat . Aku dah tak ada selera . Dah , tepi”, tangan Lea ditepis .
Laksa yang dipegang Lea terlepas mengehempas lantai . Habis pecah plastik kuah laksa yang dipegangnya . Lea menunduk memandang lantai . Pedih hatinya dirasakan . Segala penat lelahnya berjalan kaki pulang sia-sia sahaja , langsung tidak dihargai .
Lea terduduk melutut . Air matanya satu-persatu gugur . Ya allah , tabahkanlah hatiku ya Allah untuk mencari redha suamiku . Janganlah kau seksa ibuku di kubur disebabkan aku menyakiti hati suamiku .
“Lea minta maaf abang . Lea tahu Lea salah . Lea lambat . Maafkan Lea ya abang”,ucap Lea tanpa memandang suaminya . Fakhri terhenti . Hatinya tersentuh mendengar suara lirih Lea . Masakan tidak , jika suami lain , sudah pasti mereka tidak akan membenarkan isteri mereka keluar lebih-lebih lagi jika isteri mereka sedang berbadan dua . Dia , isteri berjalan kaki pun masih tidak kisah . Ah , pedulikan perempuan tu . Dia yang cari masalah , pandai-pandailah dia nak hidup , bentak hati Fakhri . Langkahnya kembali diatur kemas ke tanggga .
Lea mengutip mi laksa yang bertaburan dan mengelap kuah laksa yang berserakan . Air matanya masih tidak jemu-jemu mengalir . Ya Allah , bekalkanlah ketabahan kepadaku sepertimana kau bekalkan ketabahan dalam jiwa Nabi Ayub a.s .
Share this novel