BAB 10

Horror & Thriller Completed 4761

Hantu Kebaya Merah

Saya tak dapat melupakan keanehan yang kami sekeluarga alami ketika bercuti selama tiga hari ke Cameron Highlands dan Kuala Lumpur dulu.

Sepanjang percutian itu, anak saudara saya yang berusia dua tahun yang menaiki kereta Proton Wira yang saya pandu berperangai aneh apabila asyik menangis. Tidak cukup dengan itu, saya juga masa pandu keretanya terasa begitu 'berat' dan ada ternampak kelibat 'lembaga' semasa berhenti di Padang Besar.

Sepanjang perjalanan selepas itu, kereta saya terasa berat semacam sehingga kos minyak dari Kuala Lumpur balik Perlis mencecah RM110 lebih sedangkan biasanya dalam lingkungan RM80 sahaja. Sewaktu saya menurunkan abangnya di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar sebaik habis bercuti pada Isnin lalu,saya ternampak kelibat satu lembaga keluar dari kereta saya.

Namun, peristiwa paling mengejutkan saya sekeluarga ialah kemunculan imej 'lembaga' yang kelihatan seperti wanita berbaju kebaya merah yang dirakam dalam sekeping gambar di sebuah stesen minyak di Hentian Rehat & Rawat (R & R) di sebelah utara sewaktu kami memulakan percutian ini.

Semasa mengambil gambar isteri saya yang berdiri di sebelah kereta pada pukul 5.30 pagi itu, tiada sesiapa dilihat berjalan di belakangnya. Lembaga itu muncul dengan wajahnya kabur dan berambut panjang.

Saya tidak sedar ada imej 'lembaga' berbaju merah di belakang isteri sampailah saya lihat balik gambar-gambar yang diambil.

Saya membaca ayat Kursi bagi memastikan kami tidak terus diganggu. Peristiwa itu kemudian dilupakan sehinggalah saya melihat semula gambar yang dirakam di stesen minyak itu menggunakan kamera digital Nikon milik majikan isteri.

Berdasarkan gambar itu dan pengalaman saya melihat kelibatnya, ia amat mengerikan iaitu seakan-akan muka beruk dengan pipi lebar dan mulut muncung panjang serta berambut panjang. Isteri pun beritahu, ketika gambar itu diambil, dia tidak berasa sesuatu yang aneh pun.

Kejadian yang mereka alami itu berlaku hanya kira-kira 20 minit perjalanan dari lokasi dua kemalangan jalan raya yang berlaku pada beberapa tahun lalu di Sungai Petani.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience