"Weyh , aku sukakan kau. Cakaplah kau suka aku balik" aku terus meluahkan perasaan aku kepada adzha tanpa berfikir panjang . Mungkin bagi budak berumur 13 tahun itu , perasaan suka , sayang dan cinta tu adalah biasa. Ataupun masih belum faham makna sebenar yg dimaksudkan suka., sayang , cinta.
"Kau suka aku? Kat rumah kau ada cermin tak ? Eh ada hati kau suka aku. Dahlah hitam , gemuk macam gajah. Ada hati nak dekat orang macam aku," Adzha melepaskan tawa dy sambil berura2 nak pergi. Sakit dengan hinaan adzha , aku terus membaling botol air mineral yg dibeliku dikoperasi tadi. Dan lelaki itu terus memusingkan kepala kearahku dengan pandangan amarah.
"Kau hina aku ya? Takpa , kau tunggulah nanti. Kau yang akan merayu dan jatuh cinta dekat aku. Aku akan pastikan kau suka aku macam mana aq sukakan kau skrng , ataupun lbih gilakan aku. Tapi masa tu , aku takkan pandang kau dah ," adzha seakan-akan hendak membaling botol air semula. Tapi dengan pantas aq terus berlari masuk ke kelas aku.
Adzha , seorang lelaki yg sangat aku cintai. KErana dia adalah pujaan sekolah. Aku suka dia sebab aku rasa dy ni jodoh aku. walaupun kelas dan tahun yg berrbeza aku tetap dapat jumpa dengan dia. Lagipun papa aku dan papa dia adalah rakan kongsi. Kadang2 mama akan memasak dan panggil mereka sekeluarga ke rumah.
Tapi , tak lama lepas kejadian tu , aku dh tak jumpa adzha . Bila aku tanya pada mama dan papa. Mama dan papa cakap keluarga mereka sudah berpindah ke perak, kerana menguruskan bisnes di sana pulak.
"LIA, apa yang kau termenung lagi ? Uncle Adnan dan aunty Ros dah sampai tu. Mari turun cepat,"
kus semangat aku , mama ni salam pun tak bagi terus panggil nama aku. Nasib tak melatah kali ni. Aku terus menurut mama ke bawah. Tanpa sebarang kata2. Hakikatnya bukan aku tak suka untuk bertemu kembali lepas hampir 10 tahun tak bersua. Cuma aku gugup , aku takut dia masih ingat kenangan lama dulu. Oh gosh , im scared.
Share this novel