Bab 7

Romance Series 1301

SELESAI mengaminkan doa, Airra menanggalkan telekungnya lalu menghela nafas perlahan. Seketika, dia duduk tidak berkutik dan termenung mengingatkan kata-kata ibu petang tadi.
" Datin tu nak awak jadi menantu dia. Dia ada tiga anak lelaki, dua dah kawen. Yang bongsu tu yg masih single. So, yg bongsu tu yg nak dijodohkan dgn adek" Puan Zahara berjeda sambil memikirkan sesuatu.
Airra buat muka tidak ambil pusing padahal dlm hati sudah berdebar. Ada lagi ke main jodoh2 di zaman penuh canggih ni?
" Haa, baru ibu ingat. Anak lelaki dia tu doktor. Tapi ibu tak pernah jumpa dialah"
Doktor? Airra tersentak. " Kalau dia doktor muda tu, takpelah jugak"
" Apa dek?" Bicara halus Airra kurang jelas pada pendengaran Puan Zahara. Namun Airra hanya tersengih sambil menggelengkan kepala.

" Datin nak adek kawan-kawan dulu dgn anak dia. Kalau suka sama suka, baru kita plan langkah seterusnya"
" Bu... adek tak pernah jumpa dia. Lagipun, ibu tahu kan? Adek tengah sakit sekarang. Tak naklah jadi beban pada siapa-siapa"
Puan Zahara mengeluh. " Itu yg ibu cakap pada Datin. Tapi Datin tu degil. Dia tetap nak adek jadi menantu dia"
" Menantu? Siapa bu?" Akief yg baru pulang dari kerja, mencelah perbualan ibu dan adiknya. Topik yg satu ini kedengaran menarik, takkan dia nak lepas peluang?
" Datin Hamidah. Kawan ibu yg selalu dtg sini dulu. Along ingat tak?"
Akief mengerutkan dahi, ligat memikirkan sesuatu. Kerusi ditarik lalu punggungnya didaratkan ke situ, bersebelahan Airra. Kuih keria buatan ibu siap terhidang di atas meja, ditarik satu lalu dibawa ke mulut.
" Ohh Datin famous tu. Kenapa dgn dia bu?" Teringat dgn gelaran tersebut, barulah wajah Datin terpampar di ruang otaknya.
Airra memuncungkan bibirnya. Dia tdk gemar kalau Akief sudah masuk tgn soal peribadi spt ini. Rasa hendak kabur dari situ, tapi sedar dirinya sudah terikat di antara ibu dgn along.
" Dia nak adek jadi menantu dia"
Akief ternganga dgn jawapan ibu. Sungguh tdk menyangka adeknya 'laku' sebegitu pantas.
" Laaa, adek nak kahwin?" Suara garau Encik Alias menyampuk dari pintu dapur membuatkan tiga pasang mata menoleh. Ayah mengambil posisi bertentangan dgn Akief, melabuhkan punggung di situ. Dia juga tdk ingin ketinggalan akan topik ini, apatah lagi ianya berkenaan dgn anak perempuannya.
" Awal ayah balik? Biasanya ayah balik pukul 6. Ni baru pukul 4 lalu" tanya Akief.
" Projek habis awal. So ayah baliklah. Lagi baik habiskan masa dgn keluarga, dgn anak2 ayah. Haaa, adek nak kahwin ke?"
" Mana ada ayah. Memandai jeeee" Airra merona merah. Ayah kalau sudah masuk campur, habislah. Memang iyakan aje rancangan ibu!
" Eeeeee tipu. Tadi ibu cakap, Datin famous tu nak kahwinkan anak dia dgn adek. Adek tak boleh tipu org tua tau? Berdosa" Akief sudah mencelah, sengaja menambahkan lagi garam dlm makanan.

" Laaaaa, Datin Hamidah? Berkenan dgn adik ye? Laku jugak anak perempuan ayah ni" Ada senyuman manis di hujung bicaranya.
" Lakulah yahhh. Adek along ni cantik, manis. Siapa yg tak nak kat dia?" Akief meraup wajah Airra sambil tergelak.
" Dgr kata ,perkahwinan dorang ni buat hujung tahun ni. Tema dia warna putih biru. Lepas tu...."
" Alonggggggggggg" Airra separuh menjerit dgn usikan Akief. Dicubit-cubit pinggang si abang. Terkekek-kekek Akief dibuatnya.
Puan Zahara dan Encik Alias turut sama ketawa melihat gelagat mereka. Sungguh senang melihat keadaan Airra yg semakin ceria. Alhamdulillah, semoga keadaan spt ini berkekalan sampai bila-bila Ya Allah. Doa si ibu dalam hati.

AIRRA menghempas tubuh ke katil. Permintaan ibu sgt berat utk ditunaikan. Sudahlah dia tidak mampu utk mengingati apa-apa, keadaannya pun sekarang bergantung kpd ubat-ubatan, ditambah pula dgn permintaan mendesak spt ini, sungguh hatinya dirundung gelisah.
" Hmmmmmmm. Siapa aku? Siapa Airra Farisha? Kenapa aku tak boleh ingat apa-apa pasal diri aku? Macam mana aku boleh hilang ingatan?"
Terlalu banyak persoalan yg menjerut benak fikiran dan menghumban dia ke lembah gelisah. Dan utk itu, dia harus bertanya kpd ibu kerana ibu mungkin tahu mengenai itu.
" Mesti ibu tahu. Takpe, esok aku tanya ibu" Airra membuat keputusan. Dia mengengsot tubuhnya ke atas lalu mencapai sebiji bantal utk dijadikan alas tidur. Tidak lama kemudian, dia terlena dlm tidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience