BUNYI riuh-rendah suara itu membuatkan gadis yang sedang menyorok di sebalik dinding itu melepaskan keluhan perlahan, jam di pergelangan tangannya itu di lihat wanita itu melihat jam sudah menunjukkan pukul 9 malam.
" Hishh! macam mana nak keluarnya! " Bebelnya sendiri.
KRING ! KRING ! KRING !
bunyi telefon bimbitnya yang sedang berdering itu mengejutkan Sophia, kelam-kabut wanita itu mematikan telefon bimbitnya yang sedang berdering itu. Bunyi telefon bimbitnya yang berdering itu telah mengejutkan semua yang berada di ruang tamu itu.
Mereka semua terus menoleh ke arah belakang memandang ke arah Sophia, Sophia tersengih sambil kepala yang tidak gatal itu di garu beberapa kali.
" Err.. ,hai assalamualaikum.. " ujar Sophia sambil melambaikan tangannya itu, kakinya itu pula terus mengatur langkah ke arah Puan Aralin dan Encik Sufian . Tangannya itu di hulurkan dan menyalam Puan Aralin, terus wanita itu melabuhkan duduknya di sebelah Puan Kamariah iaitu ibunya.
" Waalaikumussalam, cantik-cantik malam ni nak ke mana? " Soal Puan Aralin.
" Err.., nak pergi siram pokok dekat luar tu dah dekat 2 minggu tak siram " Sophia menepuk dahinya itu sendiri. Alasan jenis apa dia bagi pun dia tidak tahu.
Areeq yang berada di sebelah Puan Aralin itu hanya tertawa kecil, dia tahu wanita itu bohong! Bukan dia tidak kenal Sophia yang suka bersosial tak kira masa.
" Apa gelak-gelak " marah Sophia sambil memandang ke arah Areeq dengan pandangan yang tajam.
Puan Kamariah terus menepuk peha anak perempuannya itu.
PLAK!
" Aduhh, sakitlah maaa.. " keluh Sophia sambil menggosok pehanya itu.
Daripada baju yang di pakai oleh Sophia itu pun Areeq sudah tahu, takkan dengan berpakaian seperti itu hanya ingin siram pokok haihhh..
" Apa pakai macam ni Sophia, pergi naik atas tukar baju. Cubalah pakai baju tu sopan sikit, malu lah kat aunty Aralin.. " tegur Puan Kamariah melihat pakaian yang sedang di pakai oleh anaknya itu.
Sophia mencebikkan bibirnya itu, tangannya itu pula di silangkan.
" Yer lah, minta diri ya semua.. " Sophia terus bangun dan naik ke atas untuk menukar baju yang lebih sopan untuk di pakai di hadapan tetamu.
" Maaflah Lin, si Sophia tu memang macam tu puas dah mulut ni nasihat tapi tak jalan. Keras hati tahu tak " ujar Puan Kamariah.
" Biasalah tu Mariah, Sophia tu kan muda lagi.. kami faham "
" Memanglah muda, tapi dia bukan budak kecik Lin oi.. " sampuk Encik Firdaus pula.
Sophia yang sedang menaiki tangga itu, terdengar ibunya Puan Kamariah dan bapanya itu membebel-bebel kepada Puan Aralin tentang dirinya.
" Mama dengan papa ni, kerja dia membawang pasal aku je dengan aunty Lin yang si Areeq tu pulak gelak! hishh malunya " Terus Sophia dengan pantas mengatur langkah kakinya menaiki tangga dengan segera.
SETIBA sahaja wanita itu di ruang tamu, Sophia sendiri tidak tahu mengapa dia harus mendengar orang tua untuk bersembang. Selalunya jika Puan Aralin sekeluarga datang pasti Sophia tidak di benarkan duduk di situ.
Orang tua nak bersembang katanya. Tapi hari ini entah kenapa dia harus pula duduk di sini bersama mereka, dan yang lagi pelik bila Areeq pun ada dekat sini.
Jujur dia katakan begitu jarang sekali dapat melihat lelaki itu datang ke rumahnya, jika datang pun sewaktu hari raya ataupun ada majlis penting. Ya lah semua sedia tahu lelaki itu memang begitu sibuk dengan kerja.
" Hah baguslah Sophia dah ada dekat sini, kami ada hal penting yang ingin bincang dengan Sophia dan Areeq.. " ujar Puan Kamariah.
" Bincang apa pulak ni maaa? , cepatlah sikit Sophia mengantuk lah.. " keluhnya.
" Haishhh dia ni mengantuk konon, ingat budak sekolah ke kena bangun awal esok " sindir Puan Kamariah lagi.
" Padahal bila semua dah tidur, kamu nak keluar kan? Kamu punya taktik tu dah basi tahu tak Sophia.. "
Sophia mencebikkan bibirnya itu.
" Dah lah baik aku diam, sebelum habis mama bongkar pasal aib aku semua dekat sini.. " bisik hatinya sendiri.
Sophia mencapai gelas yang terisi air teh itu untuk di minum, sudah kering tekaknya saat ini berperang mulut dengan Puan Kamariah.
" Mama dengan aunty Aralin dah berbincang untuk satukan Sophia dengan Areeq hujung minggu ni jugak.. " sebaik sahaja selesai Puan Kamariah bercakap.
Air yang sedang di minum oleh Sophia saat itu,serta merta tersembur keluar. Dadanya itu di tepuk-tepuk berkali-kali sambil terbatuk-batuk.
" Hah? Ke..kenapa pulak? " Sophia tidak berpuas hati.
" Kamu ni dah kenapa Sophia, sopanlah sikit.. buat malu betul lah.. " marah Puan Kamariah.
Sophia tertawa-tawa sendiri, semua yang berada di situ memandang ke arahnya. Hairan melihat keadaan Sophia yang tiba-tiba sahaja sedang ketawa sendirian itu.
Gila ke apa? itulah sangkaan pertama buat sesiapa jika melihat Sophia saat itu, termasuklah Areeq.
" Ishh, mama ni janganlah buat kelakar. Takkanlah.. " Sophia menepuk bahu Puan Kamariah.
" Nampak mama gelak ke sekarang ni? tak der kan? so.. it's true dear Sophia... "
" Tapi.., "
" Tiada bantahan! " ujar Puan Kamariah apabila melihat Sophia yang seperti ingin mengatakan sesuatu.
" Cis!!!! " degusnya.
Sophia berdegus kasar. Anak matanya itu pula di kerlingkan ke arah Areeq, dia mengecilkan matanya itu sambil memandang ke arah Areeq dengan pandangan tajam.
MEJANYA itu di tepuk dengan kuat, tangannya itu pula disilangkan. Sophia memandang ke arah lelaki itu dengan pandangan yang tajam, manakala Areeq pula menayangkan wajah selamba badak je. Kini hanyalah tinggal mereka berdua di luar..
" Tak da apa-apa ke nak cakap? "
" Cakap apa? " balas Areeq setelah sekian lama mendiamkan diri.
" Ehh, awak nak ke teruskan perkahwinan ni? awak nak ke kahwin dengan budak yang baru mengenal dunia ni? " soal Sophia selamba.
Areeq menggangguk seperti tiada perasaan.
" Okey cuba awak bagitahu saya, kenapa awak terima perkahwinan ni? tak mungkinlah awak suka dengan perempuan "
" Yang hingus tak kering lagi macam saya ni, cuba bagitahu saya.. " ujar Sophia lagi ingin tahu.
" Sebab umi saya suruh, saya hanya ikutkan je.. jika itu yang dia nak "
Sophia melepaskan keluhan, itu je? Itu je alasan si Areeq ni boleh bagi! apa susah cakap je lah tak nak! Takkan itu pun tak boleh!
" Itu je? "
" Ermmm.."
" Percayalah cakap saya, kalau awak jadikan saya isteri awak.. awak akan menyesal, sebab saya takkan mampu jadi isteri yang terbaik untuk lelaki macam awak " suara Sophia kini perlahan.
" Saya tak kisah pun.. " selamba lelaki itu berkata.
" Biar betul awak ni? , saya ni dah lah suka bersosial, enjoy, travel! awak boleh ke layan perangai tak senonoh saya ni.. " Sophia cuba memanipulasi mental lelaki itu.
Sophia mengangkat kedua belah keningnya itu, sambil mengukir senyuman ejek.
" Saya okey je, mungkin dulu awak travel sorang-sorang tapi lepas je awak kahwin dengan saya.. saya akan teman awak.. "
Wajah Sophia merona merah, sebaik sahaja mendengar kata-kata lelaki itu.
" Dulu berseorangan, mungkin lepas ni berdua pulak.. " sambung lelaki itu lagi sambil mengukir senyuman ke arah Sophia.
Sophia terus mengalihkan pandangannya itu ke arah kolam ikan yang berada tidak jauh dengannya itu.
" Hah.. kalau saya kahwin dengan awak, saya takkan sayang atau cintakan awak.. boleh awak terima? " Soal Sophia lagi.
" Cinta dan sayang tu kan boleh dipupuk.. "
Sophia mengetatkan giginya, geram dengan jawapan yang di beri oleh lelaki itu.
" Okeylah, cuba awak bagitahu saya kenapa awak tak nak kahwin dengan saya? " Soal Areeq.
" Yer lah,saya kan muda lagi.. awak tu pulak dah tua, macam mana kita nak jadi keluarga yang bahagia.. " ujar Sophia.
Wajah Areeq terus berubah apabila setepek kena di hadapan muka, tua? Apa tua sangat ke aku ni! Beza 5 tahu je pun..
Melihat wajah Areeq yang berubah itu, dengan pantas Sophia cuba membetulkan kembali ayatnya itu.
" Ehh, awak tak tua.. alaa tua kan menawan awak jangan risau okey? " ujar Sophia.
Areeq hanya mampu menggeleng.
" Kalau menawan kenapa Sophia tolak? hurmmm? boleh cik Sophia jawab? " Areeq mengukir senyuman sambil memandang ke arah Sophia.
Sophia terus bangun daripada kerusi yang sedang wanita itu duduk. Areeq hanya mampu tersenyum kecil melihat Sophia yang tiba-tiba sahaja jadi gelabah seperti itu.
" Errr, dah lah saya nak masuk. Cakap dengan awak ni buang masa je " Sophia terus mengatur langkah kakinya meninggalkan Areeq yang sedang duduk di kerusi itu.
Areeq hanya mampu menggeleng dan mengukir senyuman nipis.
SOPHIA melabuhkan duduknya di kerusi bersebelahan dengan kawan baiknya Natalia itu, gelas yang berisi air arak itu di capai dan di teguk. Saat ini kepalanya benar-benar sakit, lagi sakit apabila memikirkan majlis kahwinnya yang akan berlangsung tidak lama lagi itu.
" Hey.. relax lah, babe kau kenapa ni? " Soal Natalia apabila melihat kawannya yang terlebih minum pada hari ini.
Sophia berdegus perlahan, gelas yang berada di tangan Sophia itu di ambil oleh Natalia. Sophia terus menyandarkan badannya itu, perlahan-lahan dia mencapai remote di sebelah itu dan memerlahankan sedikit suara di televisyen yang sedang memasang lagu itu.
" Lia.., aku stress lah kau tahu tak minggu ni aku nak kahwin dah.. " ujar Sophia.
" Hah.. kahwin? waa seriuslah? " soal Natalia berselang bunyi tawa.
Sophia memandang ke arah Natalia, dengan pandangan tajam.
" Kau suka? " Sophia geram.
Natalia hanya tersengih-sengih melihat wajah kawannya itu, kepalanya itu segera di gelengkan.
" Tapi bagus jugak kau kahwin, nanti akan ada orang boleh jaga kau.. siapa laki tu aku kenal ke? "
" Ermmm.. jap aku tak ingat lah, err.. aduhh sakitlah kepala ni.. " Sophia memukul-mukul kepalanya itu dengan keras.
Sophia mulai terasa mual, sangat mual. Natalia cuba menarik tangan Sophia yang sedang memukul kepalanya itu sendiri.
KREKK...
Bunyi pintu yang di pulas dengan kuat itu kedengaran, Natalia terkejut melihat lelaki yang tidak di kenali olehnya itu dengan selamba meluru masuk ke bilik pusat karaoke yang telah di tempah olehnya itu.
" Hey you ni siapa? kenapa main masuk je! mana adab you hah " Marah Natalia.
" Kenapa bawak Sophia pergi tempat macam ni? tempat tak elok jugak jadi pilihan budak-budak sekarang " Bebel Areeq.
" Hah? apa you cakap " Natalia mulai panas telinga apabila mendengar kata-kata lelaki itu yang seperti sedang mengutuknya.
" Hah! ni.. ni lah bakal suami aku tu, ermmm nama dia Areeq! hah Areeq hahahahah " ujar Sophia separuh sedar sambil berselang bunyi tawa.
Natalia tergamam. Walaupun kata-kata lelaki itu menyakitkan, tapi tipulah jika lelaki itu dikatakan tidak tampan. Memang tampan jika sesiapa melihatnya.
" Jom Sophia balik " Areeq menarik lengan Sophia untuk di bawa keluar dari bilik karaoke itu dengan segera.
Natalia hanya diam membatu, dia masih tidak percaya lelaki di hadapannya itu tadi adalah bakal suami Sophia.
" Perghh, taste kau Sophia.. " ujar Natalia sendiri sambil tangannya itu di tepuk beberapa kali.
" WERKKK!!!! "
" Sophia! " lelaki itu terkejut sebaik sahaja muntah wanita itu terkena di bajunya. Perlahan-lahan badan Sophia terus jatuh ke lantai, Areeq menggeleng apabila melihat keadaan Sophia saat ini.
" Haishh, macam mana nanti kalau dia dah jadi isteri aku.. boleh ke aku jaga dia sebaiknya dan ubah dia? " soalnya sendiri.
MATANYA itu digosok-gosok, saat ini badannya itu pula berasa begitu sakit. Perlahan-lahan Sophia membuka matanya itu, sebaik sahaja matanya itu di buka kelihatan Puan Kamariah dan Encik Firdaus berada di hadapannya itu.
" Lah dah bangun, mama baru nak bacakan Yaasin untuk kau Sophia.. " ujar Puan Kamariah selamba.
" Ishh.. apa mama ni, ehh jap.. er.. bukan ke semalam Sophia dengan Lia.. aikk " Sophia yang tadi terbaring itu terus menyandarkan badannya itu di kepala katil.
Sakit betul kepalanya saat ini, kepalanya itu di picit-picit beberapa kali.
" Sophia boleh tak jangan buat masalah lagi, nasib baik Areeq ada kalau tak haihh tak tahulah apa nak jadi. " Celah Encik Firdaus.
" Hah? Areeq? " Sophia menyoal dirinya sendiri.
Kejadian semalam mulai tergiang-giang di cuping telinganya! Ya dia baru teringat dia muntah di baju lelaki itu. Hehehe tapi padan muka pun sebenarnya!
" Dah pergi mandi! mama warning you ya Sophia.. jangan buat perangai, Sophia dah tak minum kan? " Soal Puan Kamariah.
Sophia mendiamkan diri, dalam pada masa yang sama Areeq tak bagitahu ke?
" Mestilah tak, dah lama Sophia tak buat semua tu.. " ujar Sophia sambil tersengih.
SOPHIA menyilangkan tangannya itu, sambil memandang Areeq yang berada di hadapannya itu. Sejak tadi lelaki itu hanya diam, tidak langsung bersuara walaupun sekali.
" Yes? " ujar Areeq, apabila wanita itu sejak tadi memandang ke arahnya.
Sophia melepaskan keluhan geram.
" Boleh tak jangan sibuk hal orang, kita ni belum kahwin lagi tau. Jangan berlagak macam awak tu suami saya " ujar Sophia.
" Saya tegur awak bukan sebagai suami awak, tetapi sebagai saudara sesama islam. Awak sendiri tahu kan, perkara yang awak buat semalam tu berdosa.. "
" Cehh.. "
Sophia menjeling.
" Ya, saya tahu memang susah awak nak hadam kata-kata saya ni. Tapi saya nak awak hadam jugak, mati ni tak mengenal usia cik Sophia.. entah-entah lepas ni awak terlanggar batu dah kiok.. " ujar lelaki itu dengan wajah selamba.
" Amboii mulut, sedapnya... " Sindir Sophia sambil mengecilkan matanya itu memandang Areeq di hadapannya itu.
Areeq hanya mengukir senyuman selamba.
" Awak sepatutnya berterimakasih kepada saya sebab tak bagitahu aunty Mariah apa yang awak buat semalam.. "
" Elehh, itu pun nak mengungkit " ujar Sophia selamba.
Areeq hanya menyangkan wajah selambal, sambil menggeleng. Walaupun wanita itu sudah berumur 23 tahun tetapi Areeq rasakan seperti wanita dihadapannya itu barulah berumur 5 tahun. Childish sangat!
SELESAI sahaja menyolek wajah wanita itu, Sophia melihat wajahnya itu di cermin. Dia sendiri tidak tahu apa yang dia rasakan kini, bolehkah dia cakap yang dia tak nak meneruskan perkahwinan ini?
KREK....
Perlahan-lahan pintu biliknya itu di buka kelihatan Puan Kamariah berada di muka pintu, kakinya itu perlahan-lahan mengatur langkah mendekati anaknya itu yang sedang duduk di hadapan meja solek.
" Cantiknya anak mama.. " Puji Puan Kamariah.
Sophia hanya mengukir senyuman nipis.
Puan Kamariah terus melabuhkan duduknya di kerusi berhadapan dengan Sophia, sambil mengemaskan rambut anaknya itu.
" Ma.., Sophia boleh bahagia ke dengan Areeq? " Soal Sophia perlahan.
" Mama yakin, Areeq adalah jodoh yang terbaik untuk Sophia.. " ujar Puan Kamariah.
" Areeq dia takkan lukakan hati Sophia kan? dia takkan sakitkan hati Sophia kan? dan dia takkan duakan Sophia kan.. " ujar Sophia sebak.
Dia sendiri tidak tahu mengapa, dia merasakan sedih yang secara tiba-tiba menghantuinya.
" Mestilah Areeq takkan buat semua tu, mama percaya yang Areeq akan sayangkan Sophia seumur hidup dia.. dia akan jaga sophia lebih daripada mama dan papa jaga Sophia.. "
Saat ini entah kenapa Sophia terasa sedih secara tiba-tiba. Dia takut jika apa yang dia katakan itu tadi menjadi kenyataan.
" Sophia cuma takut, jika rasa sayang Areeq pada Sophia nanti akan beralih. Hati manusia kan mampu berubah.. " ujar Sophia lagi.
Puan Kamariah menggeleng.
" Tak der lah, mama kenal Areeq dia bukan lelaki yang macam tu.. okey sekarang Sophia jangan sedih-sedih ya sayang? "
Sophia mengangguk sambil mengukir senyuman.
AREEQ yang sedang duduk di kerusi pengantin sudah bersiap sedia untuk mengakad nikah, bunyi tapak kaki yang sedang meneruni anak tangga itu membuatkan semua tetamu dan termasuklah Areeq mengalihkan pandangan ke arah tangga.
Bibir mengukir senyuman manis apabila melihat wanita yang sekejap lagi bakal menjadi isterinya itu sedang meneruni anak tangga sambil di pimpin oleh Puan Aralin itu.
" Cantik sangat.. " pujinya sendiri.
Sebaik sahaja Sophia sudah mengambil tempat duduk di kerusi pengantin, Areeq terus mengalihkan pandangannya itu ke hadapan semula memandang ke arah tok kadi.
" Sedia? "
Areeq mengangguk.
" Areeq Nuqman bin Sufian, aku nikahkan dikau dengan Sophia Hardina Binti Firdaus dengan mas kahwinnya sebanyak rm 300 ringgit tunai.. " ujar Tok jadi itu.
Sophia memejamkan matanya itu.
" Aku terima nikahnya Sophia Hardina Binti Firdaus dengan mas kahwinnya sebanyak rm 300 ringgit tunai.. " Balas Areeq tenang.
" Sah? "
" Alhamdulillah.. "
Sebaik sahaja selesai sudah akad nikah, masing-masing mengangkat tangan untuk membaca doa. Sempat Areeq mengerling ke arah Sophia yang sedang duduk di kerusi pelamin.
" Saya akan jaga awak sebaiknya Sophia, saya janji saya takkan sakiti awak walaupun sekali. Dan saya janji, saya akan cintakan awak sehingga akhir nafas saya. " bisik hatinya itu.
" Tiada sesiapa yang akan dapat menggantikan awak dalam hati saya.. " ujarnya perlahan.
Sophia terus mengalihkan pandangannya itu, sebaik sahaja melihat lelaki itu sejak tadi memandang ke arahnya itu.
Areeq hanya tertawa kecil melihat pipi Sophia yang sudah merona merah, kerana ditenung olehnya itu sejak tadi.
Done update! :)
Share this novel