Rumah Musalmah. Waktu pagi.
Setelah masuk ke dalam bilik. Musalmah tutup pintu dan kunci pula. Dia suruh adiknya duduk di birai katil. Muka itu dipegang dan didongakkan sebelum mata mereka saling bertatapan. Air mata sama-sama membasahi pipi.
“Sakit tak?”
Maizurah sudah mencebik.
“Kak, jom kita lari dari sini.”
“Lari? Lari ke mana?”
“Ke kubur mak.”
Musalmah gamam. Tubuh adiknya didakap lembut.
“Adik jangan adu apa-apa lagi kat ayah ya. Kakak tak nak makcik pukul adik lagi.”
Maizurah peluk kakaknya sambil menangis teresak-esak.
******
Maizurah naik ke atas rumah bila suasana di ruang tamu nampak sepi. Alat kawalan jauh tv digapai dan dia duduk menyandar di kerusi bila alat kawalan ditekan. Suara tv yang perlahan dikuatkan sedikit. Tiba-tiba, Fatin dan Farhana keluar dari biliknya. Dengan bersahaja, Fatin gapai alat kawalan jauh televisyen dan tukar siaran.
“Eii janganlah tukar!”
Fatin buat muka bersahaja. Tangannya memeluk kucing kesayangannya sedang Farhana masih ralit memandang telifon.
“Nanti kita cakap dekat ayah kita.” Ugut Maizurah.
“Mama!” jerit Fatin tiba-tiba. Dan tidak lama selepas itu, Ibu Zaihan keluar dari biliknya, menuju ke ruang tamu.
“Kenapa jerit-jerit ni?”
“Ni ha, budak ni nak mengadu lagi kat ayah dia yang Fatin saja nak tukar siaran tv.”
Zaihan memandang Maizurah dengan muka panas.
“Hilang dah sakit kena lempang tadi! Nak lagi?”
Musalmah yang sedang memasak nasi di dapur pantas menampakkan diri. Dia langsung mendapatkan Maizurah dan berdiri di hadapan adiknya itu.
“Kau cakap dengan adik kau ni, suruh dia jaga mulut dia tu kalau dia tak nak kena lempang lagi dengan aku!”
Musalmah tarik tangan adiknya dan mereka sama-sama turun ke bawah.
“Adik nak tenguk tv pun tak boleh. Semua benda dalam rumah ni dah jadi milik diaorang padahal diaorang tu menumpang je kat rumah kita ni.”
“Apa kau cakap? Menumpang? Amboiii sedapnya bahasa!” tangan Ibu Zaihan sudah naik tinggi. Musalmah pantas memeluk adiknya.
“Kau jangan makan tengahari nanti!”
Terima kasih kerana sudi singgah
Share this novel