BAB 12

Romance Completed 49595

Aku membuka mataku, matahari sudah mulai terik memancar. Aku lihat Samser masih lagi tidur di atas sofa. Wajahnya nampak letih sekali. Rasa kasihan mulai terjentik di hatiku. Segera aku melangkah ke bilik air, membersihkan diriku. Rancangan aku selepas ini ingin menyiapkan sarapan buat Samser l.

Tempoh kontrak perkahwinan kami hampir tamat, lebih kurang dua minggu lagi. Tapi mengapa aku berasa sedih pula setiap kali menghitung waktu tersebut. Setiap kali teringat yang aku akan diceraikan tidak lama lagi, aku terasa sedih. Sangat sedih!

Selesai sahaja mandi, aku segera menyiapkan sarapan buat Samser, nampaknya Tunku Asmah dan Tunku Zahi tiada di rumah hari ini. Khabarnya mereka ke luar negara menguruskan hal penting. Mungkin petang sedikit baru mereka pulang.

Jadi yang ada di rumah ketika ini hanya aku, Samser dan Nenda Chik. Hanya tiga orang, di dalam sebuah rumah banglo yang sangat besar umpama istana ni! Memang gila! Dari kejauhan aku sudah nampak kelibat Nenda Chik yang sedang bersenam di taman. Gigih sungguh!

Tak hairanlah dia nampak bertenaga lagi walaupun usia sudah mencecah tujuh puluhan. Aku segera naik ke bilik dengan membawa satu dulang yang dipenuhi dengan air sunquick, sertaomelette, juga air coklat panas. Kegemaran Samser.

Aku menggoyang-goyangkan tubuh sasa milik Samser Aroma wangian badannya menusuk ke hidungku. Enak sekali! Wangian yang berjenama Giorgio Armani yang menjadi pilihan hati Samser. Memang padan sekali dengan dirinya.

“Abang, bangun. Dah pagi ni.” kejutku. Sejak aku menyedari bahawa aku sudah jatuh hati padanya, aku mulai memanggilnya abang. Samser mengeliat. Matanya masih lagi terkatup.

“Bangun abang, dah pagi ni. kata nak bawak saya pergi pusing-pusing pulau naik motorboat.” Ujarku lagi. Tiada reaksi. Aku membisikkan perlahan ke telinganya. Dengan tidak semena-mena Samser memelukku. Aku tergamam!

“Err, bangun abang. Dah pagi ni.” kataku lagi. Masih dengan nada yang sama, meski hatiku sudah berdegup kencang. Berdebar-debar. Sebuah kucupan dihadiahkan di pipiku.

“Good morning honey. Awalnya bangun?” ucap Samser .Perkara yang tidak dapat aku sembunyikan dari pengetahuan sesiapapun. Aku sukakan wajah lelaki yang baru sahaja bangun dari tidur. Nampak comel sekali. Well itu bagi aku. Mungkin tidak pada wanita lain. Setiap manusia ada pendapat berbeza bukan?

“Mestilah, janji nak keluar. Haruslah bangun awal.” Selorohku. Samser ketawa. Lantas dia bangun dari sofa dan bergegas ke bilik air, bajunya dicapai di dalam almari.

Setelah itu,barulah dia duduk kembali di sofa. Tak sampai sepuluh minit dia mandi. Mandi kambing ke?

“Cepatnya mandi. Takut air?” aku bergurau. Samser menjelirkan lidahnya. Ish! Geramnya!

“Salah oranglah. Samser ni suka berendam dalam airlah! Mandi cepat-cepat pagi ni sebab tak tahan bau sarapan.” Kata Samser, lantas mencapai gelas yang berisi air sunquick. Berselera sekali dia menjamu makanan yang terhidang di depan matanya.

“Siapa masak ni?” soal Samser.

“Sayalah.”

“Ha? Boleh percaya ke?” Samser ragu-ragu.

“Hish! Ingat saya tak pandai masak ke? Dah! Makan cepat! Lepas tu bawak saya pusing pulau. Okey?” desakku. Samser mengangguk. Rambutnya masih belum kering lagi. Aku segera ke almari dan mengeluarkan sikat serta penyembur rambut milik Samser.

Tanpa disuruh, aku segera menyikat rambutnya. Aku tahu Samser sudah tergamam. Tak mampu berkata apa-apa. Hampir sahaja gelas yang sedang dipegangnya jatuh pecah berderai. Lima minit berikutnya, aku segera membetulkan pakaian Samser. Ha! Baru nampak kemas dan segak!

“Fitri?” soal Samser. Dia tergamam. Diam seribu bahasa. Tak mampu berkata apa. Speechless!

“Ya saya?” sahutku.

“Awak okey ke hari ni? Sihat?” ujar Samser lagi. Aku hampir tergelak mendengar soalannya. Naïf!

“Sihatlah, kalau tak takkan saya ada kat sini sikatkan rambut abang, buat sarapan abang. Ada faham?” kataku. Samser mengangguk faham. Fokusnya kembali kepada makanan sarapan paginya.

Senyumanmu yang indah, seakan mengirimkan cinta dan kasih sayang buatku. Pandangan mata redupmu, seakan menghangatkan kalbuku yang kedinginan. Bicara katamu, seakan nyanyian merdu mendamaikan hati,menghilangkan lara.

Oh Samser, aku penasaran cinta kernamu. Inginku pandang wajahmu di setiap tika tiada jemu, agar terubat sakit rindu di hati. Aku tersenyum sendiri. Ralit mengumam perasaan yang kian bercampur baur. Sayang dan malu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience