BAB 7

Horror & Thriller Completed 5203

Tepat jam 8.00 kereta Honda City bewarna hitam sudah terparkir di hadapan Asrama Amirah. Dia hanya mengelengkan kepala melihat lelaki yang dibencinya itu tersenyum memandangnya sambil membukakan pintu kereta untuknya.

“Silakan masuk tuan puteri.” Manis tutur bicara itu terungkap. Amirah hanya mencebirkan bibirnya. Dia malas melayan lelaki buaya darat itu.

Dalam perjalanan itu, hanya musik yang menceriakan suasana. Masing-masing hanya mendiamkan diri. Setelah setengah jam kereta yang dipandu oleh Zaidi itu akhirnya masuk satu selekoh jalan yang amat asing bagi Amirah. Jalannya gelap dan tiada satu pun kereta yang berselisih dengan mereka. Amirah mula merasai aneh dan seakan dapat mengagak bahawa Zaidi punya niat yang tidak baik terhadapnya. Namun Amirah masih berlagak tenang. Zaidi yang sedari tadi tersenyum simpul akhirnya bersuara.

“Mirah, jangan berlagak tenang lah, aku tahu kau dah tahu.” Amirah memandang wajah Zaidi dengan wajah yang berkerut. Zaidi tersenyum sinis memandang Amirah. Keretanya serta merta diberhentikan.

Amirah sudah mulai cemas. Apa pula yang bakal terjadi mala mini. Dia terus memaki haun dirinya dari dalam hati. Memang bodoh mengikut kehendak lelaki ini. bukankah dia tahu lelaki ini penyebab kematian adik kembarnya, mengapa pula dia yang mencari nahas. ‘Kau memang bodoh Amirah!’ herdik dirinya sendiri. Zaidi betindak agresif keatas Amirah dia mendekatkan dirinya dan memegang tangan Amirah. Amirah Cuba melawan dan meronta. Saat itu dia sudah menagis semahu mahunya, dia dia menyalahkan dirinya sendiri. Kini dia sudah menjadi mangsa kerakusan manusia bertopengkan manusia ini.

Setelah puas Zaidi meratah tubuh Amirah. Dia ketawa berdekah-dekah melihat Amirah yang terkulai ditempat duduk penumpang itu. Amirah menangis semahunya.

“Lain kali jangan kau nak pandai-pandai ganggu harimau yang sedang tidur Amirah. Kan kau dah rasa.” Sindir Zaidi.

“Apa maksud kau syaitan!!” Amirah menghamburkan marahnya terhadap Zaidi. Zaidi membuka laci keretanya dan melemparkan satu pita rakaman kepada Amirah. Itu pita rakaman yang hilang pagi tadi. Bagaimana pula boleh berada dalam tangan Zaidi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience