BAB 9

Mystery & Detective Completed 12501

"AWAK tahu tak Rayy apa yang awak buat tadi tu melambangkan sikap dan keperibadian awak? Awak tak malu ke bersikap biadap dengan cikgu?" Ainul Batrisyah terus bersuara lantang ketika mereka bersama-sama berjalan menuju ke bengkel Kemahiran Hidup.

Rayyana menoleh sekilas pandang Ainul Batrisyah. Jelas sangat pelajar perempuan itu marah kepadanya. Ya, dia akui kata-kata Ainul Batrisyah tadi. Memang dia seperti nampak melebihi batasan.

"Chill lah. Kalau cikgu tu nak kenakan denda sekalipun, aku sorang je tau yang kena hadap. Bukannya kau pun."

Ainul Batrisyah mencebik. Geram dengan perangai Rayyana yang suka serkap jarang dan cakap lepas tak kena tempat.

"Awak ni kan Rayy, perempuan tahu tak. Cubalah bersikap lemah lembut sikit dalam percakapan ataupun perbuatan." Nasihat Ainul Batrisyah.

"Apa kaitan perangai aku tadi tu dengan sikap lemah lembut gemalai ikan gelama? Kau ni, kuat menyimpang." Bangkang Rayyana.

Ainul Batrisyah mengerut dahi, "Apanya..?"

"Kau nak tahu tak apa masalah kau ni Ainul Batrisyah?" Rayyana berdiri depan Ainul Batrisyah. Mereka saling berpandangan sesama mereka. Langkah mereka terhenti.

"Kau ni kuat berangan, suka berkhayal. Sebab tu tadi tu kau salah masuk bilik makmal kan? Kalau aku tak datang cari kau, kau nak tahu apa yang jadi pada kau? Sia-sia hari ni kau pergi sekolah sebab kau akan di buli oleh dia orang tu sebab kau terlampau lemah lembut.. perempuan kan? Lupa pulak aku." Rayyana berpaling dan meninggalkan Ainul Batrisyah terpisat-pisat keseorangan.

"Rayy!" Panggil Ainul Batrisyah.

Terhenti langkah Rayyana bila namanya di panggil.

"Saya minta maaf.." Ucap Ainul Batrisyah ikhlas.

Rayyana hanya mencebik dengan mengejek semula permohonan maaf kawannya itu sebelum dia meneruskan langkah menuju ke bengkel Kemahiran Hidup.

"Huh.. saya minta maaf Rayyana.." Sekali ucapan maaf itu di ucap lemah.

Ainul Batrisyah sedar, dia masih baru di sini berbanding dengan Rayyana yang telah menetap di sekolah ini empat tahun awal darinya. Mungkin Rayyana lebih mengenali fiil dan tabiat guru dan pelajar lama di sekolah. Dia tertunduk dan mengikuti langkah Rayyana yang menunggunya di hujung tangga sana.

HINGAR-BINGAR kelas pendidikan seni di bengkel Kemahiran Hidup. Masing-masing di berikan tugasan berupa kerja khursus secara berkumpulan, yang perlu di siapkan sebelum menjelang bulan Julai nanti.

Kerja khursus yang akan di kira markahnya untuk di bawa kepada permarkahan ujian pertengahan tahun.

Rayyana dan ahli kumpulannya yang lain fokus melukis contoh kad yang bertemakan Perpaduan Kearah Kemerdekaan.

Cikgu Tajul Fikri dengan teman setianya berjalan sambil menghayunkan rotan dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain. Sehinggalah tiba di kumpulan Ainul Batrisyah. Cikgu Tajul Fikri terhenti di sebelah Mieza.

"Apa yang kamu sedang buat tu Mieza?" Soal Cikgu Tajul Fikri kepada pelajar perempuan yang bernama Mieza itu.

Mieza menoleh ke arah Cikgu Tajul Fikri, di ikuti teman sekumpulannya yang lain. "Saya tengah buat satu lakaran tentang hidup bermasyarakatlah cikgu. Tapi.. dari tadi lukisan saya tak menjadi.." Keluh Mieza sambil memandang kertas lukisannya.

"Iya ke.. lah, kenapa awak tak minta pertolongan saya? Saya boleh bantu awak." Ucap Cikgu Tajul Fikri lembut.

Mieza sudah tersenyum-senyum, kembang kempis hidungnya mendengar pengakuan cikgu seninya.

"Mari sini saya tengok lukisan awak tu.." Tangan kanan yang tidak menggenggam rotan itu di hulurkan kepada Mieza.

Dengan hati yang berbunga Sakura, Mieza menyerahkan buku lukisannya kepada Cikgu Tajul Fikri dengan harapan mendapat pujian yang melambung tinggi.

"Herm.." Terangkat sebelah kening Cikgu Tajul Fikri meneliti lukisan yang di buat oleh Mieza.

"Saya rasakan, lukisan awak ni dah cukup cantik.. Cuma, apa ye.. Rasa mcam ada yang kurang." Komen Cikgu Tajul Fikri kepada Mieza.

Kawan-kawannya yang lain sudah menutup mulut dengan telapak tangan menahan geli hati.

"Apanya cikgu?" Serius muk Mieza bertanya. Dia berdiri setinggi Cikgu Tajul Fikri, menjengah lukisannya yang berada di tangan cikgu.

"Apa dia..? Ha, ni dia.." Berbisa jari yang montel itu memberi 'sepit ketam' kepada lengan Mieza. Menyeringai kesakitan pelajar itu. Kawan-kawannya yang lain akhirnya mentertawakan gelagat Mieza.

"Awak ni Mieza faham ke tak tema yang di minta?" Soal Cikgu Tajul Fikri dengan serius.

Mieza yang berkerut wajah angguk laju.

"Dah tu!" Rotan yang lama di pegang akhirnya berbunyi nyaring bila di hayunkan ke atas meja itu.

"Kalau faham kenapa awak buat selain dari tema yang di minta? Saya suruh awak lukisakan kad yang bertemakan perpaduan kaum.. yang awak lukis ni, sawah padi dengan orang-orang. Mananya perpaduan kaum tu..?" Soal Cikgu Tajul Fikri lagi.

Mengekek ketawa kawan-kawannya yang lain. Mieza tertunduk segan silu.

"Tak sama ke cikgu? Kan saya ada lukis orang-orang tu kat bendang. Hah, biar saya explain dekat cikgu. Kisah dia macam ni cikgu." Terang Mieza bersungguh.

"Zaman dulu..."

Tap!

Sekali lagi rotan itu membingitkan telinga. Tehinjut bahu mereka semua terkejut.

"Tak payah awak nak cerita bagai. Lukis balik!" Sergah Cikgu Tajul Fikri.

Pantas tangan Mieza menarik semula buku lukisannya dari tangan Cikgu Tajul Fikri. Segera dia memadam semula lukisannya tadi.

Kelas seni yang di adakan di bengkel Kemahiran Hidup menjadi bising seketika sebelum ia kembali sepi seperti tiada yang menghuni di dalam bilik ini.

Bakar membantu Rayyana dalam menyiapkan lukisannya. Sedikit sukar kerana idea dari teman-teman yang lain 'terlalu ringkas' sampaikan mereka acap kali memadam dan melukis semula.

"Ish! Susahlah korang." Tiba-tiba Steve bersuara diantara ahli kumpulannya.

Rayyana melemparkan pensil lukisannya. Geram kerana dari tadi fikirannya bercelaru dan tak mampu berfikir secara rasional.

"Takkan kita nak tukar lagi plan ni..?" Bakar bertanya pada ahli kumpulannya.

"I rasa kita patut ubah sikit kut. Kerana plan B kita ni terlalu complicated sangat. Lagipun, I pasti cikgu tak terima lukisan ni sebab ia tak nampak macam perpaduan kaum pun." Mei Ling memberikan cadangannya.

"Tulah. Aku pun fikir macam tu jugak. Serabut sangat plan ni." Rayyana berkata pula kepada yang lainnya.

"Habis tu, padam habislah?" Tanya Bakar pula.

Steve angguk kepala laju. Setuju sangat kalau mereka menukar plan lagi. Tapi mereka dah kesuntukkan masa. Mana cukup sebulan sahaja?

"Nak buat macam mana? Idea I sudah hilang banyak sangat untuk plan B. Takkan kita nak buat plan C dan D pula lepas ini? Cukup ke masa kita ada? Rayy?" Ujar Mei Lin pula. Bahu Rayyana di tolak.

Sedari tadi pelajar itu hanya membisu. Kusut fikirannya memikirkan tentang kerja khursus seni. Plan C? Ha.. ha.. ha.. plan A dengan B pun ke laut, ini kan pula nak plan C, D, E?

"Rayy.. apa yang you sedang fikirkan tu?" Steve bertanya. Dia menongkat dagu di depan wajah Rayyana. Terus pelajar perempuan itu mengangkat muka.

"Herm.. aku fikir, kita buat bunga. Bunga raya yang melambangkan perpaduan kaum. Itu sebagai simbolik je." Entah macam mana, laju mulut Rayyana ni berkata-kata.

Semua ahli kumpulannya berkumpul rapat di meja kerja mereka. Menantikan perancangan yang seterusnya dari Rayyana.

"Ni cuma idea aku jelah. Dekat kad tu, motif utama adalah bunga raya. Then backgorund nya lambang setiap kaum di Malaysia." Dengan muka blur Rayyana meneruskan kata.

"Maksud you, kita ambil simbol setiap kaum ke Rayy?" Mei Lin menyoal lanjut.

"Yes. Tepat sekali." Sahut Rayyana.

"Tapi Rayy, aku tak faham lagi gambaran yang kau katakan tu." Bakar pula berkata. Yang lain turut angguk sama menyetujui kata-kata Bakar.

"Macam ni, kita buat ala-ala flora dan fauna je." Cerita Rayyana pada kawan-kawannya. Yang lain sudah menggaru kepala. Pening dengan penjelasan dari Rayyana.

"I tak faham." Steve berkata sambil menggeleng kepala juga kedua belah tangannya terangkat seperti mengaku kalah.

"I juga Rayy.." Mei Lin pula menyampuk. Bakar hanya angguk dengan mata yang di redupkan.

"Hish.. simple jelah. Bunga Raya lambang negara Malaysia kan, ada berapa kelopak dekat bunga tu? Lima kan?" Tanya Rayyana masih berbunga-bunga kata.

"Dalam setiap kelopak kita lukis sesuatu yang melambangkan kaum yang ada di Malaysia. Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan. Hah, apa lagi? Macam-macam kan? Tu lah maksud aku tadi.." Cerita Rayyana panjang lebar.

"Hah! Aku dah dapat imaginasi tentang gambaran yang Rayy buat." Sergah Bakar tersenyum manis. Yang lain masih blur memandang Rayyana dan Bakar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience