Bab 38

Drama Completed 35637

Luqman Muaz baru terjaga daripada tidur disebabkan bunyi dengkuran banduan yang berada satu sel dengannya. Luqman menjeling tajam ke arah nya kerana mengganggu tidurnya.

Di dalam sel penjara itu, ada tiga orang banduan termasuk dengan dirinya. Semua nya mempunyai kes berkaitan dengan penyalahgunaan dadah.

Luqman sudah tidak boleh melelapkan mata nya kembali jadi dia hanya baring menghadap siling sel penjara itu dengan pandangan yang kosong.

Dia tidak percaya yang dia akan menghabiskan masa hidup nya di dalam penjara itu. Memikirkan hal itu, muncul perasaan benci yang meluap-luap terhadap Tiara.

Sedang dia melayan perasaan sendiri, seorang pegawai penjara datang dan berdiri di hadapan palang besi sel itu.

Luqman hanya memandang pegawai itu dengan pandangan yang tidak berminat kerana dia tahu yang pegawai itu tidak akan membawa berita gembira kepadanya. Seperti dia dibebaskan daripada kesengsaraan penjara itu.

"Luqman Muaz bin Kamarul" panggil pegawai penjara itu.

"Ye. Jangan cakap yang aku ada pelawat sekarang. Aku tak nak jumpa sesiapa lagi lagi perempuan tu. Kalau dia datang, suruh dia balik" kata Luqman yang masih lagi baring.

"Bukan itu yang saya mahu katakan. Saya datang ini untuk menyampaikan berita yang ibu encik, Puan Wardah binti Aziz menghembuskan nafas terakhir malam semalam akibat kemalangan jalan raya"

Luqman memandang wajah pegawai penjara itu dengan pandangan yang tajam kemudian dia bangun.

"Apa benda tuan cakap ni? Tak payah nak buat cerita boleh tak? Apa masalah tuan ni?!" Luqman mula meninggi kan suaranya. Dia tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh pegawai itu.

"Saya tak ada masa nak mereka cerita. Saya cakap benda yang benar. Nanti pukul 2 petang, kami akan bawak encik untuk melawat kubur arwah"

Selesai menyampaikan berita, pegawai penjara itu berlalu pergi meninggalkan Luqman yang masih tidak percaya dengan apa yang didengar nya.

"Tuan! Tuan jangan nak menipu aku lah! Apa benda ni?!" Luqman menumbuk numbuk palang besi itu. Dia menjerit memanggil pegawai penjara itu seperti orang gila walaupun pegawai itu sudah berlalu pergi.

"ARGHHHH!!" Luqman tidak peduli sekiranya ada banduan yang akan memakinya kerana menjerit ataupun pegawai penjara yang akan memarahinya.

Luqman jatuh terduduk di lantai. Air mata nya laju mengalir di pipi. Perasaan menyesal yang tidak terhingga menusuk hati nya. Perasaan menyesal, sedih, marah terhadap diri sendiri menyesakkan dia.

"Ibu!! Abang minta maaf ibu! Banyak dosa abang dekat ibu. Abang memang anak tak guna. Abang yang sepatutnya jaga keluarga kita, bukan ibu. Abang menyesal! Abang menyesal sebab tak pernah nak jaga ibu. Abang abaikan ibu, biarkan ibu. Ayah! Abang memang anak tak guna. Abang minta maaf ayah. Abang tak jaga ibu, abang tak jaga Ara. Ya Allah... Banyak nya dosa aku" Wajah Luqman sudah basah dengan air mata penyesalan yang tidak henti mengalir.

Tetapi dia tahu, sebesar mana pun penyesalan dia, dia tidak mampu memutarkan masa lalu.

Disebabkan dua lagi banduan yang satu sel dengannya masih tidur mati, mereka tidak mendengar rintihan Luqman.
//
Perasaan sayu menyelubungi kawasan perkuburan tempat Puan Wardah dikebumikan. Ada beberapa orang ahli keluarga Tiara yang hadir tetapi tidak ramai.

Puan Wardah adalah anak tunggal dan Encik Kamarul tiada adik beradik. Dia pernah ada seorang adik lelaki tetapi sudah tiada.

Tambahan pula, atuk dan nenek di kedua dua belah ibu dan ayahnya sudah Tiara lama tiada.

"Tiara, mak cik balik dulu lah ya. Tiara bersabar ya, nak. Mak cik doakan supaya Tiara dengan Luqman tabah menghadapi semua ni" kata seorang wanita berumur dalam lingkungan 50 tahun. Dia menepuk perlahan bahu Tiara dan melangkah pergi.

Tiara tersenyum lemah menandakan terima kasih.

Sekarang, hanya tinggal Tiara, Hadi, Hadirah dan Farhan sahaja yang berada di kawasan perkuburan itu.

Farhan yang mendengar nama 'Luqman' daripada mulut wanita tadi mengerutkan dahinya.

"Luqman? Siapa Luqman? Tiara ada adik beradik lain ke? Dia tak pernah cakap pun" bisik hati kecil Farhan.

Hadirah yang mungkin terlepas pandang dengan apa yang dikatakan oleh wanita itu menenangkan Tiara yang berada di sebelahnya.

"Jom lah kita balik. Dah pukul berapa ni. Lagipun, hari makin panas" kata Hadi. Dia berdiri begitu juga dengan Farhan.

Mereka berdua menggulung tikar yang mereka guna untuk duduk.

"Jom Tiara. Nanti kita datang lagi. Ramai boleh bawak kau lawat kubur mak kau. Aku ada, Farhan ada. Abang Hadi pun ada. Jom kita balik" Hadirah cuba memujuk Tiara yang hanya senyap sahaja daripada tadi.

Tiara memegang batu nisan kubur ibunya dan bangun.

Setelah puas melihat kubur Puan Wardah, Tiara memusingkan tubuhnya untuk berlalu pergi.

Belum sempat dia melangkah, matanya menangkap sebuah van yang baru tiba. Sebaik sahaja van itu berhenti, seorang lelaki yang amat dikenali nya keluar daripada van itu.

Lelaki itu memakai pakaian penjara dan tangannya bergari.

"Abang..." Tanpa membuang masa, Tiara melangkah dengan laju untuk mendapatkan abangnya. Air mata yang sudah berhenti mengalir tadi berjuraian kembali.

"Abang!" Tiara berlari ke arah Luqman.

Luqman yang mendengar Tiara memanggil nya mendapat kan Tiara. Sampai sahaja Tiara di hadapan abangnya, dia terus mendakap erat abangnya.

"Ara... Abang minta maaf banyak banyak dekat Ara. Banyak salah abang dekat Ara. Macam macam yang abang cakap dekat Ara. Abang maki Ara, hina Ara. Hidup Ara terseksa disebabkan abang. Patutnya abang ada di sisi Ara sekarang ni tapi..."

"Abang. Ara tak dendam dengan abang. Ara sayang abang. Ara bersyukur sangat yang abang ada dekat sini. Mesti ibu gembira dengan abang"

"Tapi sekarang ibu dah tak ada. Semua ni salah abang. Kalau abang tak terlibat dengan dadah, semua ni tak akan jadi. Semua ni salah abang!"

Tiara melepaskan pelukan itu dan memandang mata abangnya yang merah akibat menangis.

"Abang, ini semua takdir Allah. Semua dah tertulis dah. Kita kena redha. Kalau abang sayang ibu, abang kena sedekah Al-Fatihah banyak banyak dekat ibu. Abang sayang ibu kan?"

Luqman mengangguk kepala nya.

"Jom lah, kita tengok kubur ibu. Abang pun tak boleh lama kan?" Tiara menyapu air mata nya dan memegang lengan Luqman. Kaki mereka berdua melangkah ke arah kubur Puan Wardah.
//
"Abang, siapa tu? Itu abang Tiara ke? Kenapa kitaorang tak pernah tahu pun yang Tiara ada abang? Tiara tak pernah cerita dan lagi satu, kenapa... Kenapa pakai baju penjara?" soal Hadirah.

Hadirah, Farhan dan Hadi sedang menunggu Tiara di kereta. Saat Hadi nampak Luqman datang, dia terus mengajak Farhan dan Hadirah untuk beredar.

Hadi memang sudah menjangka yang mereka berdua akan tertanya-tanya tentang kehadiran Luqman di situ.

Hadi menyilangkan tangan nya di dada dan memandang Tiara daripada jauh. Dia berasa bersalah untuk menceritakan perkara itu kepada Hadirah dan Farhan.

"Aku tak tahu lah aku patut cerita ke tak benda ni dekat kau sebab ini pasal kehidupan Tiara. Tambah pulak, kau sendiri tengok abang dia macam tu. Kau tanya itu abang dia ke? Betul, itu abang dia. Itu sahaja yang aku boleh cakap. Yang lain lain tu kau tanya la sendiri dekat Tiara"

Farhan yang pada mulanya berpura pura seperti tidak mendengar perbualan Hadi dan Hadirah, mengalihkan pandangan nya ke muka Hadi.

"Maksudnya kau tahu lah pasal abang Tiara?" tanya Farhan

"Tahu" jawab Hadi sepatah.

Mereka bertiga diam sejenak.

Hadirah sibuk memikirkan tentang abang Tiara yang dia tidak tahu tentang kewujudan nya selama dia berkawan dengan Tiara.

Farhan pula sibuk bersoal jawab dengan dirinya sendiri mengenai Hadi lebih tahu tentang kehidupan Tiara berbanding dia dan Hadirah.

Dia tertanya tanya, banyak lagi ke perkara tentang Tiara yang Hadi tahu tetapi tidak dia dan Hadirah.

Hadi pula termenung jauh melihat dua beradik yang duduk di sisi kubur ibu mereka. Jauh di sudut hati nya, dia bersyukur yang Luqman sudah sedar akan kesilapannya.

Dia nampak keikhlasan Luqman meminta maaf dengan Tiara sebentar tadi.

Selepas 15 minit Luqman di situ, dia perlu pulang kembali ke penjara.

Walaupun berat bagi nya untuk meninggalkan adiknya seorang diri tetapi apakan daya dia. Dia harus menerima balasan atas kekhilafan diri nya.

Semasa Luqman sedang bercakap dengan Tiara untuk kali terakhir sebelum dia kembali ke penjara, Hadi datang.

Luqman yang memang mahu berjumpa dengan Hadi berasa gembira.

Sebelum Luqman masuk ke dalam van, dia sempat membisikkan sesuatu ke telinga Hadi. Tiada sesiapa perasan yang Luqman berbuat begitu termasuk Tiara.

Hadi mengangguk kepala nya tanda dia faham dengan apa yang dibisikkan oleh Luqman.

Kemudian, van yang dinaiki Luqman pun berlalu pergi. Setelah melihat van itu pergi, Tiara pergi ke arah kereta Hadi.

Hadirah yang sedari tadi menunggu Tiara terkejut. Baru sahaja dia mahu membuka mulut untuk bertanya tentang abang nya, dia menangkap wajah sedih Tiara.

Dia tidak jadi mahu bertanya dan berfikir untuk bertanya di hari lain.
//
"Tiara" panggil Hadi. Mereka berdua sedang dalam perjalanan untuk pulang ke rumah.

Hadirah dan Farhan sudah pulang tanpa mengetahui perkara sebenar tentang abang Tiara.

Tiara tidak menjawab sebaliknya menoleh kepalanya ke arah Hadi.

"Hospital ada bagi kan dekat kau sijil kematian? Kalau aku nak tengok boleh?" Jantung Hadi berdegup laju saat meminta sijil itu.

Dia ingin memastikan tentang sesuatu perkara yang bersarang di fikiran nya.

"Ada" Tiara memuka beg yang dibawa nya dan mengeluarkan sehelai kertas berwarna putih yang berlipat.

Kemudian, dia hulurkan kertas itu pada Hadi.

"Kau letak dulu dekat 'dashboard' tu. Nanti dah sampai rumah aku tengok"

Hadi senyum pada Tiara dan fokus pada pemanduan nya kembali.

Hanya Allah sahaja yang tahu betapa berdebar nya jantung dia saat dia melihat kertas itu.

Kalau diikutkan hati nya, waktu itu juga dia mahu melihat isi kandungan kertas itu. Tetapi dia takut jikalau perkara yang ditakuti nya menjadi kenyataan, Tiara akan perasan dengan reaksi nya.

Selepas beberapa minit, mereka berdua sudah sampai di hadapan rumah Hadi.

Kereta Puan Balqis ada di hadapan rumah bermakna Puan Balqis sudah pulang ke rumah.

"Kau masuk la dulu, aku nak tengok sijil ni kejap"
"Okey" jawab Tiara ringkas kemudian keluar daripada kereta.

Setelah melihat Tiara masuk ke dalam rumah, Hadi menarik nafasnya dalam-dalam. Dia membuka tali pinggang keledar dan meletakkan songkok yang pakai nya di tempat duduk sebelah.

Matanya terarah kepada kertas putih yang berada di atas 'dashboard' kereta.

Tangannya mencapai kertas itu tetapi tidak dibukanya terus. Hadi mengetap kuat bibirnya dan membaca bismillah dengan perlahan.

Kertas putih itu dibuka dan isi kandungan kertas itu diteliti nya. Bahagian pertama yang dilihatnya adalah bahagian nama si mati.

Jantung Hadi seakan terhenti seketika apabila membaca nama itu.

"Wardah binti Aziz" bisik Hadi perlahan. Nama itu dibacanya berulang kali kerana tidak percaya dengan apa yang dia nampak.

Suara ayahnya yang berkata nama itu semalam terngiang di telinga nya. Wajah Puan Wardah seakan muncul di permukaan kertas itu.

Hadi tidak menunggu lama di dalam kereta. Dia mencapai songkok nya dan keluar daripada kereta bersama dengan kertas itu.

Apabila dia masuk ke dalam rumah, dia tidak terus ke arah biliknya tetapi dia mencari ayahnya, Encik Irwan. Dia mahu beritahu ayahnya tentang perkara itu.

Dibukanya pintu bilik kerja Encik Irwan dan dia melihat Encik Irwan sedang duduk di atas kerusi.

Belum sempat Encik Irwan membuka mulut, Hadi bersuara. Dia duduk bertentangan dengan ayahnya.

"Papa, cuba papa tengok ni. Tengok dekat bahagian nama" Hadi menghulurkan kertas putih itu pada Encik Irwan.

Dengan teragak-agak , Encik Irwan mengambil kertas itu dan melihat isinya.

"Ini bukan orang semalam yang papa... Tapi, mana Ikhwan dapat ni?"

"Perempuan tu mak Tiara, papa"

Terbeliak besar mata Encik Irwan apabila mendengar jawapan Hadi.

"Mak Tiara? Tiara tu? Kawan Hadi tu?" Encik Irwan bertanya dengan nada tidak percaya. Perasaan bersalah menyelubungi dirinya ketika itu.

Hadi mengangguk dengan berat hati nya. Kalau diikutkan, dia tidak mahu mengakui perkara itu tetapi dia harus sedar bahawa itulah realiti nya.

"Ikhwan, Ikhwan sayang Tiara tak?"

Ikhwan memandang muka Encik Irwan dengan kerutan dahi. Pandangan nya dialihkan ke arah lain kemudian dia mengangguk perlahan kepala nya.

Encik Irwan mengetap bibirnya sebelum berkata.

"Kalau Ikhwan sayang Tiara, sebaiknya Ikhwan jangan bagitahu dekat Tiara pasal benda ni. Ikhwan tahu kan apa jadi nanti kalau dia tahu?"

"Papa nak selamatkan diri papa ke sekarang ni?"

"Ikhwan, Ikhwan jangan cakap macam tu. Papa tahu papa salah tapi papa bukannya tinggalkan dia macam tu je macam langgar lari. Papa bawak dia pergi hospital" kata Encik Irwan dengan nada sedih.

Hadi melepaskan keluhan berat. Dia pejamkan matanya kemudian dia mengangguk kepala.

"Okey, Ikhwan tak akan bagitahu Tiara apa apa"

thankyou sebab sudi bace :):) sorry atas kekurangan and sorry for late update :(:( ada sikit pembetulan, hukuman penjara abang Tiara, Luqman bukan 6 bulan tapi setahun. btw, HAPPY NEW YEAR YOU GUYS !! (ノ^_^)ノ

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience