Hati berdegup kencang. Lebih kencang dari selalu. Kali pertama menaiki kapal terbang. Sejuk kaku macam ais, kaki dan tangan aku. Rasa teruja pun ada juga bila nampak kapal terbang besar menanti untuk dimasuki manusia dan barang barang sebelum memulakan perjalanan. Mujur ada beberapa orang lain turut bersama kali ini. Arif Fahmi dan yang lain telah ke sana sehari hari lebih awal.
Aku duduk di barisan tengah. Agak kebelakang dari Wati yang dapat hot seat. Memandangkan saiz badanku yang agak ngam ngam dengan kerusi, aku jadi kurang selesa apatah lagi di kiri kanan ada penumpang yang saiz lebih kurang denganku. Bertabahlah Nura untuk perjalanan hampir 3 jam ni.
"Kau ambil troli kat hujung sana tu. Nanti nak letak barang barang kita", kerah Wati bila kami tiba di ruangan mengambil bagasi. Kemudian disuruhnya aku mengangkat kotak kotak dan beg yang dibawa dari Kuala Lumpur walaupun ada staff lelaki bersama kami. Dia berjalan lenggang lenggok dalam skirt paras lutut dan baju tanpa lengan. Warna sedondon, putih. Seksi pada pandangan bodoh aku. Aku hanya mengikut langkahnya dari belakang sambil menolak troli. Begitu juga yang lain.
"Hantar van je? Arif tak datang?", kata Wati seorang diri tapi aku terdengar. Ya, Arif menghantar van sewa beserta pemandu. Dan pemandu tersebut memegang kertas tertulis nama syarikat kami.
"Zal, mana Arif?", soal Wati sebaik kami tiba di lobi resort. Rizal yang membuka pintu van kami agak terkejut dengan suara Wati yang agak tinggi dan nyaring.
"Dia pergi scuba kot. Tak pun penat try minah korea. Semalam satu bas baru sampai", ujar Zal cuba menceriakan keadaan kami yang agak keletihan. Walaupun hanya tiga jam, rasanya lama macam naik bas. Aku tersengih tiba tiba, entah di mana lucunya.
"Orang melayu banyak. Asyik taste orang luar je. Minah saleh la, Russian la, Jepun la.. ni Korea pulak. India, dia dah try belum?", soal Wati dengan nada semakin tinggi.
"Hahahaha.. akak ni. Mana saya tau. Saya bergurau je la tadi tu", balas Rizal serba salah.
"Akak? Cik Wati. Panggil aku Cik Wati".
Aku lihat senyuman Zal hilang terus dari bibir. Pandangan kami bertembung seketika sebelum Zal terus ke belakang van untuk mengeluarkan barang yang kami bawa.
"Kenapa tu?", soal Zal berbisik denganku.
"Tah. PMS kot", jawabku selamba. Bukan aku tau pun, dari KLIA mana ada Wati sertai kami yang lain berbual.
****
"Mmm... Zal", panggilku seolah berbisik.
"Padia?", balasnya tanpa suara. Kumat kamit mulutnya kubaca. Aku segera merapatinya.
"Cik Wati dengan Encik Arif tu couple ye?", soalku. Bunyi kepochi kan?
Selalunya aku tak kesah pun. Tapi kali ni aku tertanya sebab Cik Wati asyik mencari Encik Arif. Masalahnya, kenapa tak call je. Rupanya, Encik Arif tak mengangkat panggilan dari Cik Wati. Haaaa... aku agak mesti diorang gaduh lepas tu Encik Arif merajuk. Cik Wati nak memujuk, Encik Arif jual mahal la ni.
"Mana ada. Encik Arif tu mana minat perempuan tempatan. Setau aku kan, awek dia semua brand international", jawab Zal berkerut dahinya seolah aneh dengan soalan aku.
"Mana kau tau?", balasku. Meluat pun ada, muka belacan macam tu pun taste antarabangsa. Sah nak duit je perempuan gitu. Tak pun populariti, masalahnya... popular sangat ke Arif ni.
"Nura, serius la kau tak kenal Arif?", soal Zal yang terus berhenti dari melangkah. Aku mengeleng.
"Kau takde akaun media sosial?", soal Zal lagi
"Ada", ringkas jawabku. Dia ingat aku ni noob sangat ke.
"Kau cari la kejap lagi kat internet. Satu malam pun tak cukup nak tengok semua gambar dia dengan awek awek hot tu", kata Zal teruja. Eh.. dia pula yang lebih lebih.
"Eiii...tak kuasa aku. Baik aku tidur", bidasku berjalan menuju ke lif meninggalkan Zal. Zal berjalan laju menyaingi aku.
Wati mengekori Arif yang berjalan laju, seakan terkejar kejar. Mereka tak terlalu jauh di hadapan kami. Aku dan Zal berjalan seperti biasa bersama beberapa orang yang lain berbual santai sambil menyedut nikotin dan melepaskan asap putih.
Jauh juga nak ke lif dari tempat pakir van. Kami dah kekenyangan, penat seharian berjalan melihat lokasi menarik di sekitar Kota Kinabalu. Esok kami akan memulakan penggambaran. Kemudian akan ke Kundasang dan Ranau pula.
Arif Fahmi tiba tiba berhenti dan berpusing. Wati tak sempat berhenti lalu tersembam ke dada Arif kerana mengikuti Arif terlalu dekat. Aku dan Zal menahan tawa. Iman dan yang lain di belakang kami berdekah, tak sempat menahan tawa la tu. Berkerut dahi Arif melihat Wati yang serba tak kena tersengih sengih. Syok la tu dapat melekap di dada bidang Arif.
"Korang, jom kita keluar jap. Nura dan Wati tinggal. Tak boleh ikut", kata Arif lantang memandang kami manakala Wati cuba menstabilkan diri. Aku terkedu bila disuruh tinggal. Mati kutu aku ni. Dah la sebilik dengan Wati.
"I nak ikut", bisik Wati merengek. Arif Fahmi menjeling.
"Sibuk la. Ni hal orang lelaki", bantah Arif.
"Cari ayam la tu", tuduh Wati. Aku sekadar memasang telinga. Tak berani nak respon apa apa.
"Bye Nura. Jangan rindu aku malam ni. Kalau rindu juga, kau peluk bantal. Aku balik lambat tau", kata Zal agak kuat sambil meletakkan tapak tangannya yang telah dicium ke pipiku.
"Sial la kau. Pergi sana", ujarku menolak Zal keras dan mengesat pipi aku dengan hujung kemeja. Ishh.. geli. Terkekeh kekeh dia ketawa. Senget, baru beberapa hari kenal dah boleh bergurau.
Aku perasan air muka Arif masam. Matanya berapi. Marah lagi pada Wati agaknya. Susahnya hidup kalau bergaduh masa bercinta. Kalau masa gembira tu, seronok je. Asyik melekap je. Ke hulu ke hilir berdua duaan. Harapnya kerja kami tak terganggu dengan krisis Arif dan Wati.
*****
"Nura"
Aku memandang Arif yang memanggil. Dia berdiri di pintu gelangsar yang dibuka muat muat untuk dirinya manakala aku sudah di balkoni menunggu langit cerah untuk melihat puncak Gunung Kinabalu. Dari tips yang aku dapat, untuk melihat puncak dengan jelas harus bangun dan bersedia awal. saat itu, awan awan belum berkumpul menutupi puncak.
Arif mengisyarat jari lalu aku hulurkan sekotak Mevius biru padanya bersama lighter. Sejuk. Hanya kami berdua di situ. Yang lain masih atas katil. Kepenatan setelah beberapa hari kami menjalani penggambaran.
"Dah lama kau smoke?", tanya Arif. Eh.. dah takde I, you lagi? Ni dah cukup baik. Mungkin dia dah selesa dengan aku sekarang ni.
Aku tersenyum sinis, "Ada la dua tiga tahun".
"Kenapa smoke? Ikut trend? Nak nampak cool?", tanya Arif lagi. Pasti dia merujuk pada penampilan aku.
"Tak la. Stress. Lagipun ada orang cakap boleh kurus", jawabku melepaskan asap mencemarkan udara pagi yang segar lagi nyaman, ditambahkan dengan tawa kecil.
"Kau stone tak?", soalnya sebelum menyedut lama.
"Yang tu tak ambil", kataku mengelengkan kepala.
"Minum?". Aku diam.
"Hati hati. Kerja macam kita ni banyak yang tak elok. Jangan terjebak", balasnya seolah mengingatkan dan menasihati aku.
"Emmm... boss stone?", soalku pula.
"Eh, aku clean. Smoke je yang non stop. Nak cari idea", jawabnya dan aku sekadar mengangguk. Aku nampak tu, ada beberapa staff yang ikut sekali mengambil ganja. Kelakar pula tengok bila mereka sedang 'high' bila melepak sebilik, bercerita tah apa apa, gelak tak berhenti padahal bukan lucu sangat pun.
"Ice?", soalku.
"Kadang kadang je", jawabnya tenang.
"Aku tengok kau ni kasar sangat dengan Zal. Tumbuk la, tampar, tendang la. Kurang kurangkan sikit. Nanti apa pula kata tunang dia tengok Zal lebam sana sini. Lagipun kau tu perempuan", ujar Arif menoleh padaku kemudian memandang ke puncak gunung.
Aku menganggukkan kepala sambil menyedut nikotin - layan je la bebel boss pagi pagi. Enaknya bila bergabung dengan bau kopi O panas di pagi dingin sebegini.
"Faham pun. Zal tu baik. Bukan macam mamat dalam lif. Yang tu memang patut hilang gigi. Patah tangan, berdarah hidung. Boleh tahan kau ye", ujar Arif bersandar di sebelah aku.
"Eh... macam mana boss boleh tau?". Terjegil mataku. Rasanya masa aku kerjakan mamat sangap meramas punggung aku dalam lif tempoh hari, Arif tiada di pejabat. Eh.. masa tu kami belum kenal lagi.
Aku tak la seksi pun masa tu. Pakai baju kurung moden je pun. Mula mula ketika lif tengah penuh, aku dah terasa macam ada orang sentuh punggung aku. Tapi disebabkan lif penuh, aku anggap itu perkara yang bukan disengajakan. Jadi aku biar. Tetapi bila lif semakin kosong, makin menjadi pula. Diramasnya pula, dia ingat aku syok kot tadi kena raba. Memang silap besar la dia usik pemegang tali pinggang merah Tae Kwon Do.
Arif ketawa kecil, mengambil kole aku dan menyisip sedikit air kopi. Ehh.. suka suka ambil air aku.
"Sedap kau buat air. Kau belajar buat air dari dalam perut ya?"
Senyuman Arif Fahmi sedikit sebanyak berjaya buat hati aku mencair. Apa kena dia ni? Selalunya masam dan serius je. Pagi ni boleh ketawa, berjenaka bagai.
"Cantik kan kat sini? Kat kampung aku, takde pemandangan macam ni. Tapi itu tempat yang paling aku rindu walau dah merata tempat aku pergi", katanya sebaik awan bergerak dan langit mulai cerah. Cantik sungguh gunung kemegahan Malaysia.
"Kat kampung Encik Arif ada apa?", tanyaku berminat nak tahu tentang dia tiba tiba. Padahal selama ini, kami hanya bercakap tentang kerja. Itu pun jika penting sangat dan Zal takde untuk menjadi kaunter pertanyaan dan aduanku.
Arif menoleh pada aku disebelahnya. Pandangan kami bertemu. Tiba tiba jantungku berdegup kencang. Ahhh... apa hal kau ni, Nura?
"Ada sungai. Ada pokok kelapa. Ada sawah".
Dahiku berkerut dan bibir mencebik, "Kampung biasa la tu. Mana mana kampung pun ada benda tu"
"Ya. Tapi tak sama. Kerinduan pada keluarga. Pada..."
"Pada buah hati di kampung?", dugaku. Nak tau juga. Zal kata Arif ni taste antarabangsa.
"Mana kau tau?"
Terbeliak mataku bila tekaan aku tepat.
"Teka saja. Betul ke?"
Arif mengangguk, merapatkan tubuhnya padaku. Kami bersandar di balkoni memandang Gunung Kinabalu tanpa dilitupi awan. Lengan kami bergesel membuatkan hatiku bergetar.
"Dah lama aku tak jumpa dia. Dulu dia pindah ke bandar. Aku pula dapat masuk asrama. Kemudian aku dapat ke luar negara. Belajar dan terus bekerja di sana. Masa aku di Jepun, aku dapat cerita dia dah pindah semula ke kampung", cerita Arif ringkas.
"Ha.. pergilah pinang cepat cepat", cadangku sambil mengusiknya.
"Aku nak jumpa dia dulu. Mana tau dia dah ada teman lelaki pula", luah Arif Fahmi setelah meneguk air kopi buat kali keberapa, entahlah.
"Boss takde girlfriend? Bukan ke..."
"Awak pun percaya semua tu Nuha?", soalnya sambil mengeluh. Aku diam.
"Sekadar kerja tak lebih dari tu. Memang aku cepat mesra dengan talent aku, sekadar nak mudahkan kerja. Tak lebih dari tu", jelas Arif menghulurkan kole kosong padaku.
"Cik Wati tu?", tanyaku. Aku keliru tentang hubungan mereka. Wati sentiasa nak melekap dengan Arif sedangkan Arif akan melarikan diri jika berkesempatan.
"Wati? No body to me. I am not interested in her. Hati aku dah dimiliki buat masa ini", katanya tersenyum manis. Lebih manis dari kopi O aku. Ke kopi tadi yang buatkan senyuman Arif ni manis?
Opsss... ok. Arif is single but not available.
Share this novel
Boleh dikatakan semua novel dukelawa yang pepanjang, LH, YK + P, AOK, di awal cerita nampak macam orang ni hero, tapi bila dah sampai kat tengah novel baru la watak hero tu pas kat someone yang lebih layak. Camtu juga heroin, semua bermasalah diperingkat awal, tapi lama² lepas bermacam cobaan dan dugaan, barulala dia pulang ke pangkal jalan. cewah. Jadi, enjoy je la the flow tengok camana penulis menyusun dan merungkai satu persatu masalah depa ni.
kenduri kawin arini....bestnyaaa...pastu...lepas tu start gotong royong bubur assyura lak
tu lauk kenduri kan??