Tengah hari itu, Faris pulang ke rumahnya. Nediya dengan segera pergi menghampiri suaminya itu. Dia bersalaman dengan Faris sebelum bertanya akan hal semalam. "Abang pergi mana semalam? Dhia call berkali-kali tapi satu pun abang tak jawab." soal Nediya. Semalaman dia risau memikirkan keadaan suaminya itu. Sebelum ini, tidak pernah terjadi Faris tidak pulang rumah seharian walau sesibuk mana pun dia di butik.
"Abang ada hal semalam. Telefon abang tertinggal di dalam kereta." balas Faris. Nediya masih lagi mahu tahu secara detail. "Hal ape, bang? Kasihan abang mesti penat."
"Kalau you kasihan dekat abang, beri abang berehat kejap. Nanti kita lunch sama-sama, okay?" balas Faris. Nediya terkebil-kebil melihat Faris berlalu dari situ. Dalam hatinya berkata. "Takpelah. Mungkin abang penat sangat tu." Sejurus daripada itu, dia terus berjumpa baby Qiesha di dalam biliknya.
Share this novel