BAB 2.

Horror & Thriller Series 5413

GURUH mengaum. Kilat memanah. Dia
masih lagi berlari dalam belukar. Mengah, penat semua bersatu dengan kesakitan serta tompok darah di jasad. Bau peluh usah ditanya. 

Badan basah bukan kerana ditimpa gerimis lebat tapi juga aliran air masin.  Pacuan aliran adrenalin juga sama hebat. Rangka dada serasa mahu pecah.  Apatah lagi, saat luka yang masih lagi berdarah dicalari ranting-ranting setiap kali dia mencelah semak-samun.

Si pengejar hanya melangkah tenang. Lukisan memanjang telah terlukis atas tanah lembap sepanjang perjalanan dek tangan yang masih lagi memegang kejap, pisau berdarah-darah. 

Jika dilihat secara teliti, hujung pisau masih tersisa serta terdapat cebisan daging manusia. 

Tangisan langit tidak sedikit pun menjejaskan langkah kaki susuk tubuh misteri tersebut.

"Vee... Vee... Vee...hahahaha!"

"Mana kau hah? Keluarlah sayang, abang tak puas lagi bermain dengan sayang ni. Keluarlah sayang…"  Bersuara lembut gaya memujuk sang kekasih hati.  Susuk tubuh tanpa kerudung hud itu hanya tersenyum dan terus memasak pandangannya ke sebatang pokok rendang. 

Vee berada di balik pokok tersebut, terus tersandar sambil memekup mulut dalam tangisan. Jantung tiada henti berlari dalam dada. Sepi melatari suasana buat beberapa ketika dan membuatkan gadis bernama Vee itu rasa sudah selamat. 

Dia dengan perlahan-lahan bangun dari atas ceruk akar sepemeluk manusia dan sebelum kaki melangkah keluar, kepala dia jengahkan dahulu. Liar matanya memerhati sekeliling hutan pokok pain itu. 

Baru sahaja Vee mengangkat kaki sebelah dari celahan akar sepemeluk manusia itu. 

Tuck!  Belakang kepala diketuk seseorang.  Pandangan jelas menjadi samar dan terus gelap. 

"Gotcha! I found you darling..."

Tubuh langsung didukung.  Vee kembali menjadi tawanan si figura misteri.

KAIN HITAM lencun dengan curahan airmata. Lesu, lelah malah penat. Betapa sukarnya dia melakukan pergerakan dalam mengangkat tubuh kurus-keringnya itu untuk bangun. Bergemerincing sekali bunyi rantai kaki besi menggelangi sebelah dari buku lalinya setiap kali melakukan pergerakan, penghibur telinganya dalam kubikel suram ini.

"Oh Tuhan, sampai bila aku terseksa begini? Mama, papa, Char kenapa tak cari aku? Kenapa? desis yang sama malah sudah berulangkali.

'Oh Tuhan, tolong aku... tolong aku berikan petunjuk pada mereka semua bahawa aku belum mati lagi. Aku masih ada di sini. Tempat asing!' Doanya di dalam hati. 

Mengaduh sakit apabila buku lali yang hampir bengkak dan bernanah itu tanpa sengaja menghentak lantai saat tubuh mahu mengengsot mendekati permukaan dinding.

"Lepaskan aku, argh!!" pekiknya selagi mahu. Keadaan sunyi tanpa barang yang banyak mengembalikan semula jeritan kepada gema.

Tang!

Terdiam saat telinga menangkap bunyi benda terjatuh namun sedu masih ada.  Dia yang rimas dengan sebarang bunyi laju menapak ke arah bilik.

Berdentum daun pintu menghentam dinding setelah menerima tendangan. Dia dengan pantas menunduk lalu rambut susuk tubuh yang terduduk atas kerusi berdekatan dengan dinding langsung dicengkam dengan erat dan menghenyaknya sambil menjerit seperti orang kerasukan.

"Aku kata diam! Diam! Diam!" Tengkingnya.  Terangkat-angkat kerusi. Vee yang terkejut dengan serangan itu sudah tidak mampu nak berbuat apa dan redha pada ketentuan nasibnya.

Tiada lagi kedengaran desah nafas ribut dari Vee.  Barulah dengan perlahan-lahan cekakkan pada rambut dia lepaskan namun dia terus mencapai pisau yang berada di para tepinya saja. 

Pisau tersebut perlahan-lahan dia bawakan ke hadapan leher Vee lalu dengan gerakan perlahan setelah permukaan pisau menyentuhi kulit leher dia buat kelaran. Hanya sekali gerakkan dan leher dalam pegangan tangan terkulai.  Darah memancut keluar dan terpercik ke muka tanpa bandananya.

BERDENTUM dan tulang belakang juga retak tatkala tubuh kaku Vee dihumbankan ke perdu pokok tua tersebut.  Di sebelah ada seorang lelaki namun masih nyawa-nyawa ikan. Makin membuak-buak darah yang keluar dari dalam mulut lelaki malang itu, sebelum ia menuruni bibir yang terkoyak itu pula.

Tali jerami berwarna coklat yang tebal kini dia bulatkan  menjadi bentuk tali gantung sambil menapak ke arah tubuh si lelaki.  Tergeleng-geleng ketakutan kerana dia masih bernyawa lagi saat figura bertubuh kekar itu,  melutut tanpa sebarang reaksi di hadapannya.

Dengan sekali balingan, tali jerami terserelum  ke leher lelaki yang cuba mengengsotkan punggung makin  ke belakang.  Baki tali, figura misteri bertopeng jerami itu simpulkan  pada tunggul pokok dengan seketat yang mungkin.

Kemudian figura misteri itu berpaling semula ke arah belakangnya.  Ada senyuman yang menyeramkan dari sebalik  topeng jerami yang berjerumbai itu.

 “Argh!!” lelaki yang malang  itu menjerit lagi dengan penuh ketakutan apabila beberapa ekor tarantula, mulai memasuki ke dalam baju serta mulut  yang ternganga akibat telah diletakkan sesuatu ke dalamnya supaya bukaan mulut tidak tertutup dan ternganga sahaja.   Lipan pula makin laju bergerak ke arah lubang hidung.

“Hahaha”

 “Hahaha” tawanya lagi.  Lelaki yang teronta- ronta itu tanpa dia sedar dia bakal menjerut lehernya sendiri dengan tali jerami yang mengelilingi lehernya akibat dari rontaan tersebut.

 Ark! Mata yang  dipenuhi takungan air mata itu terus  terbuntang. Mulut yang sememangnya telah  ternganga semakin kaku dan kelihatan beberapa  ekor lipan bara sedang memasuki ke dalamnya. 

Darah makin membuak keluar, mengotori baju yang telah tersedia comot itu.

Dengan sedaya-upaya figura misteri itu menarik tali yang dia bukakan simpulannya pada tunggul pokok di hadapan mayat kaku, sebelum dia simpulkan pula pada dahan pokok yang lain. 

Dari jauh mayat malang itu,  kelihatan terbuai-buai seperti boneka-boneka voodoo.

Manakala  jasad kaku Vee dia biarkan mengering dengan cara menjerut pinggang dan mayat Vee dia gantung terbalik.  Kaki ke atas manakala kepala hampir putusnya itu dibiarkan  berjuntaian.  Darah menitis setiap kali dia menolak-nolak kepala Vee.

KAYLINA semakin kalut dalam langkahnya.  Dalam masa sama, kepala juga asyik menoleh arah belakang.  Wajah seakan mahu menangis mengenangkan dirinya sudah seorang diri kerana rakannya sudah ikut kekasihnya pulang.  

“Menyesal aku tak pulang tadi...”  Omelnya seorang diri.  Menghela nafas kelegaan apabila mata sudah ternampak kereta miliknya.  Alat kawalan terus ditekan sehingga mengeluarkan bunyi.   Makin  laju langkahnya kini.

Seandainya dia boleh terbang, sudah lama dia terbang ke keretanya itu. Menunduk saat menyimpan pakaian yang dia dakap seerat mungkin masa dia menapak laju tadi ke tempat duduk belakang.  

Apabila selesai dia keluar dan menutup pintu lalu dia berpaling.

Tuck!

Darah bersemburan  dari dahi saat hujung kayu yang agak tajam itu mengenai permukaan tersebut secara kasar.  Secara ketukan mengejut.  Gadis yang mahu tersembam ke lantai parkir dengan pantas dia pegang lalu buka pintu belakang dan menolaknya masuk.  

Terperosok gadis malang itu kini di tempat duduk belakang di temani pakaiannya yang dia simpankan tadi.  Dan si penyerang pula membuka langkah ke pintu hadapan yang sememangnya luas terbuka.

Setelah pintu tertutup, enjin semakin panas.  Dia lorotkan hud ke bawah namun wajahnya tetap terselindung di sebalik ikatan bandana pada bahagian mulutnya.   

Berdesup laju, bunyi keras enjin turbo kereta mewah milik pelakon terkenal tersebut saat meluncur  keluar dari kawasan parkir gelap sebelum  menuju ke destinasi seterusnya. Si pemandu hanya tersenyum senget mengenangkan bakal ada trofi terbaru.  Sudah lama dia idamkan keindahan tersebut.

Dan seperti biasa setelah berada di kawasan tersebut, kenderaan mewah atau apa saja yang dari mangsa-mangsanya akan dia tinggalkan di tepi jalan. Dan dia akan masukkan mereka ke dalam pacuan 4×4 nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience