"Nel, aku cabar kau ngorat jantan yang berada kat meja hujung sana, kalau kau dapat nombor telefon jantan tu malam ni, aku janji kau tak payah bayar sewa rumah kau selama 3 bulan.. nak tak? " cabar Myra pada Nelissa yang masih minum-minuman yang menenangkan otak dan fikirannya.
"jantan mana pula kau nak aku ngorat kali ni? pening la aku.. tapi kalau aku dapat nombor telefon jantan tu kau kena janji yang aku tak perlu bayar sewa selama 3 bulan ye? deal? " balas Nelissa kembali.
"okey, deal.. tapi pastikan kau dapat dulu la, tu jantan yang duduk sendirian kat meja hujung sana.. cepatlah, nanti kena kebas.." paksa Myra agar Nelissa jalankan tugasnya sebagai penggoda yang terhebat.. hakikatnya?? hampeh selalu kecundang.. hahaha.
"ok.. aku gerak pergi sana tapi pakaian aku okey kan? aku wangikan?.." tanya Nelissa lagi agar dirinya kelihatan menarik dimata jantan yang ditunjukkan oleh Myra sebentar tadi.
"semua okeylah.. dah pergilah.." Myra menolak badan Nelissa yang masih tercegat didepannya.
Dengan bangganya Nelissa berjalan dengan gaya menggodanya kearah lelaki yang dimaksudkan oleh Myra, dengan membawa minumannya ditangan.
"hye hensem.. i love you.. i ingatkan dah pupus semua lelaki yang hemsem kat muka bumi ni.. tapi rezeki i dapat jumpa dengan you malam.. maknanya malam ni malam bertuah i la ye.. ahh... senangnya hati i.. kan hensem.." ucap Nelissa yang sedikit menunduk dan berbisik ditelinga lelaki tersebut sambil sengaja menunjukkan lurah dadanya yang mengiurkan pada lelaki tersebut.
Dan lelaki tersebut hanya abaikan Nelissa, dan difikirkan yang Nelissa sedang mabuk.
"hensem, cakap la.. siapa nama you? bagi la nombor telefon you.. nanti kita boleh jumpa lagi.." goda Nelissa lagi.
"cik.. you tengah mabuk ke sekarang ni? kalau you tengah mabuk i rasa you boleh balik dengan kawan you yang kat sana tu.. i rasa kawan you pun sama mabuk macam you juga.." balas lelaki tersebut.
"hensem, i tak mabuk la.. i masih waras, tengok i ok je kan.. i cuma nak nombor telefon you je.. jangan la kedekut sangat tak baik tau.. i orang baik, you jangan la takut.." Nelissa tanpa berputus asa langsung saja duduk diatas riba lelaki tersebut.
"cik? you jangan buat macam ni.. tak elok dipandang, i rasa lebih baik you balik kat tempat you tadi.. ataupun you cari je jantan lain yang tengah memerlukan perempuan sangap macam you ni, i tak perlukan perempuan macam ni.. kejap lagi i nak jumpa orang, dan orang tu bukan you..!" lelaki tersebut mula meninggikan suara bila Nelissa mengabaikan kata-katanya sebentar tadi dan Nelissa semakin meliar bila saja dia menjatuhkan badan lelaki tersebut kebawah badannya yang putih gebu, dan menunjukkan gunungnya yang akan membuatkan jantan-jantan tak keruan bila melihatnya memakai baju yang hanya menutupi sebahagian badannya sahaja.
"apa? i tak dengar? cakap la dekat sikit.. kat sini.." ucap Nelissa sambil menyelak rambutnya yang terselit ditelinganya, lalu menunjukkan kearah telinganya pada lelaki yang masih berada dibawah badannya sekarang ini.
Muka lelaki tersebut semakin merah menahan amarahnya pada Nelissa, niatnya datang kesini untuk tenangkan otak yang sudah cukup penat dengan kerja, tapi datang saja kesini malam dia mendapat masalah pula dengan perempuan gila yang entah datang dari mana.
Dia juga tak ingin dilihat berkasar dengan perempuan jika ada mata-mata lain yang memerhatikannya dan merakam aksi dia dan perempuan tersebut yang tengah tolak menolak, dan dia menjadi viral dalam sekelip mata kerana berkasar dengan perempuan. Jadi dia harus bersabar!
'gila tapi cantik!' eh bisik hati kecil pula yang cuba melawan otaknya yang boleh naik gila jika dia silap melayan.
si gila dan si berlagak macho.
Share this novel