(ottantauno) 81

Other Series 152486

" Wait for my order." Jacq memandang Dom yang memberi arahan pada mic di skrin di dalam RV mereka.

Sepanjang waktu selepas dia menjemput Dom dari Jerman, tiada sebarang keceriaan mahupun senyuman dari Dom seperti sebelum ini.

Lelaki itu sudah sepenuhnya berkeinginan mahu mengakhiri segalanya kini.

"È tutto pronto Dom." (Kami sudah bersedia Dom.) suara seseorang membalas beberapa saat kemudian, menyentakkan lamunan Jacq.

"Tu gestici da qui." (Kau ambil alih dari sini.) Dom berkata pada Jacq sebelum berselisih dengannya, keluar.

"Dom." panggilan Jacq menghentikan langkahnya daripada turun dari RV. Tubuh Dom yang membelakanginya itu dipandang.

"Sei suciro di questo piano?" (Kau pasti ke dengan semua ni?) agak was-was Jacq bertanya.

Walaupun dia juga sama seperti Dom, seorang pembunuh dan antara ketua gelap, tapi.. dia tidak punya sesiapa.

Bukan seperti lelaki itu. Bukan diburu begitu.

"Sì. Sono determinato. Finirò tutto stasera." (Ya. Aku sudah bertekad. Aku akan akhiri segalanya malam ini.) suara dingin Dom perlahan saja membalas. Tak menunjukkan sebarang perasaan.

"Sono solo preoccupato.. perchè é Martin. He is not an ordinary person as we have fought before.. " (Aku cuma risau.. sebab dia Martin.) ujarnya dipangkas Dom.

"..nor am I an opponent he can easily defeat Jacqueline." Suara Dom mendiamkan Jacq tanpa berpaling pun kepada lelaki itu.

Dom mengeluh berat sebelum berpaling sedikit melihat sisinya, berbicara perlahan.

" I will take this risk, for the sake of my family .. I need to." Wajah yang kelihatan dari sisi itu dilihat Jacq.

Lelaki itu sedih?

Dom turun dari RV nya dan mula bersiap sedia. Segala senjata sudah lengkap di tubuh. Set-set peluru tambahan penuh di bawah kotnya sebagai persiapan awal.

Anak-anak buahnya pula sudah mengambil tempat masing-masing dan hanya menunggu arahan.

Sengaja RV mereka diberhentikan di dalam hutan tak jauh dari pagar kediaman Stephenson itu. Tidaklah kehadiran mereka diketahui.

Dom merapati beberapa orang anak buahnya yang berkawal sebelum menyuruh mereka melakukan seperti yang dirancang.

Dron yang dihantar dalam kegelapan malam itu dikawal oleh seorang daripada mereka, mengawasi dan meninjau keadaan di dalam.

Dengan penggunaan kamera yang dilengkapi night and temperature-vision membolehkan mereka mengenalpasti orang-orang dan struktur dalaman kediaman berpagar tersebut tanpa perlu memasukinya.

Tindakan seterusnya mula dirancang teliti.

Dom yang duduk bertinggung, menunggu untuk menyerang mendiamkan diri sebentar.

Hemmes, salah seorang anak buah lelaki itu yang menjadi supporter Dom hanya memerhati dalam diam gelagat si tuan di sebelahnya tanpa suara.

Lelaki itu ligat memasangkan alatan pada tubuhnya sebelum cincin silver pada rantai tali Dom dikeluarkan dari bajunya.

Dikucup sekali, lama sambil menggumam dalam bahasa yang tidak difahaminya.

"Aku tak akan mati.. aku tak akan mati.. aku tak akan mati.." diulangi ayat itu sambil memejamkan mata..

Berulang-ulang kali bagaikan berdoa dan berharap.. sehinggalah ear mic mereka menerima arahan dari Jacq di dalam RV, selaku controller.

"Start the seconds." jangka detik bom mula mengundur masanya apabila dihidupkan.

In Five, Four, Three, Two, One.

-------

BHOM!

Letupan pada bahagian luar itu menyebabkan sistem kawalan ketat Stephenson mula hilang fungsi dan tidak aktif. Pagar berarus elektrik di sekeliling kediaman mula terpadam.

Keseluruhan kawasan sekeliling kediaman tersebut mula gelap, hanya rumah agam di tengah perkarangan itu saja yang masih menyala.

Scraper mula ditembak ke atas dinding yang setinggi beberapa meter tersebut.Pasukan elit Dom mula memasuki kediaman menggunakan abseiling modern st. .

Dipanjatnya dinding tersebut pantas sebelum alatan di tubuh dibuka setelah tiba di puncak. Tak mahu terbeban.

Memandangkan mereka adalah terlatih dan sangat berkemahiran dalam pakour, sekejap saja masalah itu diatasi.

Secara tiba-tiba, musuh sudah berada di hadapan orang-orang Martin yang langsung tidak bersedia. Semuanya mula menembak dan menyerang kabut, rambang.

Dalam kegelapan malam dan ketidaksediaan dengan serangan mengejut daripada luar, pengawal-pengawal Martin yang berjaga panik.

"Intrusi!" (Penceroboh!) salah seorang daripada mereka menjerit memberi amaran semasa tembakan mereka menggemakan segenap kawasan hutan yang diam, kelam tadi.

"Ci sono intrusi! Dillo subito a grande Martin!" (Ada penceroboh! Beritahu tuan Martin segera!) arah Mady, salah seorang orang berpangkat Martin.

Seorang lelaki bergegas mengangguk dan berlalu pergi dengan menggunakan jeep ke arah mansion, pantas.

Pasukan sniper pula sebagai back up, dalam jarak kurang 1km di pergunungan tinggi mula menyasarkan sasaran di lapangan luas mansion. Mengurangkan bilangan orang-orang Martin secara tidak langsung.

Semua orang-orang Martin di hadapan mata Dom ditembak tanpa belas. Salah seorang dari mereka yang berlindung di sebalik kereta mula membalas tembakan ke arah Dom dan anak buahnya yang tiada perlindungan.

Dengan penaiktarafan protection suite mereka, hanya peluru melebihi 37.5 kaliber saja yang mampu menembusi.

Dengan penggunaan small caliber handgun oleh orang-orang Martin, kebarangkalian kematian anak buah Dom adalah kurang.

Lelaki itu melepaskan segalanya demi sampai ke mansion Martin, membunuh lelaki tua keparat itu dan mengiktiraf kemenangannya dengan mengebom kediaman itu. Dia akan lakukannya tak kira apapun!

Dom membunuh bagaikan syaitan, darah berlumuran di serata tempat. Ditembaknya musuh jauh dan dekat tepat. Tiada satu pun pelurunya dibazirkan jika tidak pada satu nyawa.

Tanpa Dom sedari, sikap tak suka berselindung dan bersembunyi dia mengundang padah.

Ketidakmampuan tubuhnya mengesan kesakitan menyebabkan Dom tidak kesah mengenai kecederaan.

Sememangnya lelaki itu mahir dalam membunuh tetapi dalam penyerangan ini, bilangan orang-orang Martin ramai.. terlalu ramai, membuatkan dia kurang peka apabila peluru-peluru menari-nari di sekitar dirinya mula memakan diri, membenam di dalam tubuh.

Salah seorang orang Martin menyerangnya dari belakang. Disebabkan kehabisan peluru di dalam gauge gelongsor, pisau diambil pula.

Kecederaan ditembak di perut lelaki itu membuatkan dia lemah. Tetapi musuh sudah berada di hadapan mata, peluang perlu diambil sebaiknya!

Dom yang leka berbalas tembakan dan serangan dari hadapan tidak sedar akan kehadirannya.

Dengan kekuatan yang masih bersisa, dia menikam Dom. Pisau tersebut terbenam dalam pada belakang bahu kiri Dom. Tertacak.

Lelaki itu terduduk lemah, menekup perutnya yang semakin dibanjiri darah. Sempat dikerling ke arah Dom.

Lelaki itu kelihatan tergamam seketika sebelum menarik kuat pisau pada belakangnya. Tertanggal jatuh ke tanah.

Bahu digerakkan beberapa kali sebelum menoleh, dan itulah wajah terakhir yang akan dilihat lelaki itu di dunia ini.

"What the fuck are you doing huh?" soalnya dingin. Bengang dengan pengecut sebegini.

Dijalan ke arah lelaki itu sebelum ditumbuk sekuat hati. Hanya sekali saja, tumbang tak mampu bangkit lagi.

Darah keluar mengerumuni bahagian dagu. Wajahnya serta-merta pecah pada bahagian kanan akibat ditumbuk padu tadi.

Lelaki itu ditariknya bangun sebelum disumbatkan sesuatu ke dalam mututnya setelah ditekan punat pengaktifan. Dikatup rapat mulut itu.

"Go to hell you son of a bitch." ujarnya perlahan.

Dom melepaskan pautan pada leher si lelaki sebelum bergegas membunuh yang lain pula. Si dia yang sudah tiada upaya, tidak mampu bergerak, rebah semula ke tanah bagai patung saja.

WHidrogen Bomb yang hanya sebesar syiling itu mula bergegar di dalam mulutnya seketika sebelum..

Mati.

Isi-isinya hancur berkecai, tiada lagi wajah, tidak dapat dicam. Kepala itu meletup bagaikan dipecahkan belon, bersepah ke sekeliling.

Tiada yang menumpukan perhatian padanya. Dom pantas mengambil peluang itu dengan menceroboh sebuah jeep yang ada ditinggalkan.

Dan sekarang ini dia perlu berfikir bagaimana pula mahu menyerang mansion tersebut. Semestinya orang-orang Martin di dalam sudah siap bersedia.

'Argh! Aku akan langgar semuanya..' pedal ditekan sekuat hati, jeep laju saja membelah jalan, melanggar sesiapa saja di dalam laluannya.

Tembakan-tembakan dari kedua sisi, tiada yang mengenainya walaupun cermin hadapan, sisi dan belakang jeep tersebut habis berkecai.

Semakin dia menghampiri mansion, sebiji bom ditinggalkan di dalam jeep sebelum melompat keluar.

Kereta tersebut merempuh pintu utama, menghancurkannya dan sebaik saja memasuki ruangan mansion, large-scalable bomb itu mula meletup kuat. Membunuh semua yang berada di sekeliling.

Anak-anak buah Martin yang mengelak kereta tadi, berdiri mahu menembak Dom mula tertolak dek gelombong letupan dari arah belakang.

Peluang itu diambil Dom untuk membunuh mereka. Salah seorang dari mereka yang sudah nyawa-nyawa ikan ditarik kolarnya sebelum bertanya dingin,

"Where is Martin? Tell me and I'll end your life easier." soalnya dingin.

Lelaki itu menggenggam kuat pakaian Dom dan cuba bersuara sukar,

"Va.. vault in the b-ackyard." tersekat-sekat di bersuara dengan mata terbeliak sebelum Dom menolaknya kasar, tumbang kembali.

Dia kembali berdiri sebelum menalakan pistol pada wajah di kakinya itu. Wajah tak berperasaan dibasahi darah pada sebahagian wajah itu jelas dingin.. dan duka.

"Grazie debbole.." picu ditarik, BAM!

Darah terpercik lagi ke wajahnya. Langsung tidak dikesat.

Dom mula melangkah ke dalam, mengesan Martin pula.. dan dia akan pastikan bajingan itu akan ditemui.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience