Bab 37

Romance Completed 207871

Jam sudah menunjukkan pukul tujuh pagi. Intan sudah pun bersiap bersama bersama beg sandang dan helmetnya. Caden pula siap berkemeja untuk ke pejabat.

"Sayang kena balik hari ni. Tak pasti bila dapat jumpa abang" kata Intan yang waktu itu sudah pun hilang dalam pelukan Caden.

"Sayang.. Janji dengan abang" ucap Caden.

Intan mendongak memandang Caden sambil mengangguk.

"Please be safe and don't get hurt" pinta Caden.

Intan hanya mengangguk dan kemudian mendongak lalu bibir Caden dikucup. Lama.. Seakan tidak mahu melepaskannya.

"Sayang kena gerak sekarang, takut lambat" kata Intan lalu tubuh itu dipeluk erat lagi.

"Okey sayang. Call atau whatsapp abang selalu." pesan Caden. Berat hatinya nak melepaskan Intan pergi.

Tangan Caden dicapai Intan dan dikucup. Tangan kiri Caden pula naik menggosok lembut kepala Intan.

Setelah siap dengan kasut di kaki, Intan melangkah keluar dan pintu tertutup lalu menuju ke lift.

Pada En Rahim, Intan maklumkan mahu mengambil off day dua hari. Hari ni dan esok. Tidak mahu tindakannya nampak curiga.

"Hai pretty" tegur satu suara sewaktu Intan menunggu lift.

"Hai Carlos" balas Intan.

"Dah nak pergi?" soal Carlos.

Intan hanya mengangguk.

"Hati-hati. Anything boleh call saya" pesan Carlos lalu kertas yang mengandungi nombor telefon diserah pada Intan.

"Thanks Carlos" ucap Intan.

Kaki laju melangkah masuk ke dalam perut lift. Pandangan bersabung dengan Carlos sehingga pintu lift tertutup. Berat hati nak melangkah tetapi tugas dan tanggungjawab perlu dilaksanakan.

Sebaik sampai di tingkat bawah, helmet disarung dan enjin motorsikal dihidupkan.

Intan akan ke satu lokasi untuk menyimpan motorsikal dan Shira akan datang mengambilnya.

Lebih kurang dua puluh minit, Shira sampai di lokasi yang diminta.

Sebaik kereta Shira berhenti, pantas Intan membolos masuk.

"Wei.. Rindunya dengan kau.." sapa Shira lalu pedal minyak terus ditekan.

"Sama la. Kereta motor aku apa khabar?" soal Intan.

"Kereta motor yang kau tanya, ingatkan nak tanya aku sihat ke tak?" usik Shira. Tau sangat macam mana Intan sayangkan pada kereta motornya tu.

"Sihat, dua-dua okey. Baru semalam bagi mandi" usik Shira.

"Kau, macam mana. Sihat ke? Aku tengok berseri-seri muka. Ada apa-apa ke?" soal Shira lagi.

"Aku macam ni la. Mana ada apa-apa. Sama je" balas Intan.

"Eh, lokasi hari tu macam mana?" soal Intan.

"Dah settel, esoknya terus budak datang clearkan, sekali dengan kereta. Kosong dah, tak ada apa. Apasal tanya, ada benda tertinggal ke?" soal Shira.

"Tak ada apa, saja tanya sebab lepas kena masuk, aku maklum HQ pastu terus keluar. Barang aku tak banyak pun" jawab Intan.

"Ni kita ke office teruslah. Aku kena lapor semula" pinta Intan.

"Anak buah kau macam mana?" tanya Shira lagi.

"Diaorang petang ni. Hadir taklimat dan lapor" terang Intan.

"Oh.." Shira kemudian teruskan pemanduan hinggalah sampai di IPK Selangor.

Sebaik Intan dan Shira masuk pintu utama bangunan, anggota bertugas bangun memberi hormat.

Kaki menuju ke tangga.

"Eh, kau ni, lift dah ada tetap juga nak guna tangga, sama la macam Tuan Aniq tu" bebel Shira.

"Siapa suruh ikut, kau naik je la lift tu" kata Intan pula.

Tersengih Shira pada Intan.

"Intan, aku masuk office dulu. Apa-apa roger" kata Shira.

Intan hanya mengangguk.

Sampai juga di pejabat sendiri. Tubuh di lepaskan di atas kerusi. Armrest digosok perlahan.

Lama tak duduk di sini. Kepala disandarkan seketika pada headrest.

Nafas ditarik panjang.

Intan lalu bangun, pas dalam laci diambil dan digantung pada leher. Buku catatannya bersama pen dibawa. Kaki melangkah keluar dari pejabatnya menuju ke pejabat Tuan Saiful.

Tok tok tok

"Masuk"

"Assalamualaikum Tuan" Intan memberi salam sambil berdiri hormat.

"Ha, Intan. Duduklah" pelawa Tuan Saiful.

"Bila sampai?" soal Tuan Saiful.

"Baru lagi Tuan" jawab Intan lalu duduk dilabuhkan.

"Saya dah dapat laporan yang awak serahkan pada Tuan Aniq. Tapi sebelum taklimat petang ini, ada apa-apa lagi yang kamu nak tambah?" tanya Tuan Saiful.

"Mengikut pada maklimat yang saya dapat, esok ada tiga buah bilik yang jadi tempat simpanan perempuan-perempuan yang terlibat dengan pelacuran ni. Semua di tingkat yang sama. Tengah hari ni, selepas dapat nombor bilik, saya maklum pada Tuan." terang Intan.

"Baik. Petang ni jam 1430hrs saya nak awak dan anggota team dah sedia di bilik metting. Operasi kali ini melibatkan bantuan dari dari Bukit Aman dan juga IPK Kuala Lumpur. Saya harap, operasi kita berjaya" Tuan Saiful berkata dengan penuh yakin.

"In sha Allah Tuan" kata Intan.

"Kalau tak ada apa-apa, saya keluar dulu Tuan" pinta Intan.

"Baiklah"

"Terima kasih Tuan" kata Intan lalu bangun dan terus keluar dari pejabat Tuan Saiful.

+++

"Assalamualaikum dan terima kasih pada Tuan-tuan, Puan-puan dan cik-cik yang hadir pada petang ini. Seperti sudah sedia maklum, operasi pada malam ini bukan sahaja melibatkan sendiket pelacuran tetapi juga pengedaran senjatapi."

"Dari maklumat yang kita perolehi, tiga lokasi utama menjadi sasaran. Pertama hotel itu sendiri, sebagai tempat pelacuran, kedua rumah simpanan tempat perempuan-perempuan yang dijadikan pelacur disimpan dan sebuah gudang lama yang dijadikan tempat simpanan senjatapi."

"Bagi serbuan di hotel, saya mahu ASP Aniq dari D9 IPK Selangor dibantu, Insp Syam juga D9 IPK Selangor bersama Insp Intan D7 IPK Selangor dan beberapa orang anggota. Bagi team ini lastman dikehendaki menggunakan senjata berat, memadai HKMP5. Call sign Beta One."

"Bagi team di rumah tempat simpanan perempuan-perempuan tersebut pula, akan diketuai oleh ASP Nazri dari D9 IPK Kuala Lumpur dibantu oleh Insp Adlina dari D9 IPK Selangor bersama Insp Hattan juga anggota. Bagi pointer dan lastman perlu membawa senjata berat bersama pistol. Call sign Beta two"

"Yang paling penting, di gudang senjatapi. ASP Max dari D9 Bukit Aman bersama dua orang pegawainya Insp Vicky dan Insp Farhan bersama anggota. Kita tidak pasti jenis senjatapi yang ada di situ. Jadi saya nasihatkan bawa kedua-dua sekali senjatapi bersama peluru yang cukup. Call sign Beta three"

"Saya ingin nasihatkan, keselamatan diri dan senjatapi sentiasa diutamakan. Jangan bertindak sendiri, pastikan ada yang back-up. Peralatan sokongan dan alat hubungan pastikan berfungsi baik"

"Taklimat kumpulan masing-masing akan diberi oleh ketua team. Call sign Alpha One merujuk pada saya komander pada hari ini. Ada apa-apa soalan?"

"Kalau tiada, semua boleh bersurai dan jumpa di bawah jam 2000hrs lengkap bersenjata"

"Terima kasih"

"Terima kasih Tuan" hampir serentak menuturkannya. Masing-masing sibuk untuk berkumpul bersama anggota team untuk taklkmat dan pembahagian tugas.

Tuan Aniq telah memaklumkan taklimat tema Beta One akan diadakan di bilik mesyurat D9. Semua yang terlibat beransur bergerak ke bilik tersebut.

Sebaik Intan masuk, dapati Aniq dan Syam telah pun berada di meja mesyuarat.

"Puan Intan, selamat kembali" tegur Syam.

"Terima kasih" jawab Intan lalu melabuhkan duduk di sebelah kiri Aniq.

"Awak okey ke ni, baru lapor pagi tadi. Malam dah kena turun operasi" soal Aniq pada Intan disebelahnya.

"Okey. Ini yang saya nantikan. Semoga usaha saya berbaloi" jawab Intan.

"Nombor bilik yang Tuan Saiful cakap tu dah ada ke?" soal Aniq.

"Dah, sekejap saya tulis" kata Intan lalu nombor bilik ditulis pada kertas dan diserah pada Aniq.

"Selama ini memang bilik-bilik ini yang menjadi tempat simpanan perempuan-perempuan tu, cuma kali ni satu bilik lagi ditambah kerana dua bilik tidak cukup untuk menampung jumlah yang ramai" terang Intan.

Syam melihat meja taklimat telah penuh dengan anggota yang terlibat.

"Aniq, aku rasa boleh mula. Anggota dah cukup" kata Syam pada Aniq.

"Semua dah cukup?" tanya Aniq.

"Dah cukup Tuan" jawab Detektif Sarjan Isa.

"Baiklah..."

"Saya rasa apa yang saya taklimatkan tadi dah cukup lengkap. Saya tidak mahu ada sebarang masalah dan kekecohan yang berlaku. Kita bertindak dalam silance mood. Jangan lepaskan tembakan kecuali keadaan mendesak." terang Aniq.

"Kenderaan telah disediakan oleh pihak logistik mengikut team masing-masing"

"Azman, awak lastman dibantu Lim." arah Aniq.

"Baik Tuan" jawab Detektif Koperal Azman dan Detektif Koperal Lim serentak.

"Ada apa-apa soalan?"

"Kalau tak ada, semua boleh bersurai. Siapkan apa yang perlu, yang penting makan dahulu. Isi perut sebelum bekerja. Jam 1950hrs saya nak semua dah ada. Jam 2000hrs taklimat akhir Tuan Saiful di tarmet" Aniq mengakhiri taklimatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience