2

Romance Completed 10597

TAK ada sesiapa pun yang sedar kepergian Emilia waktu itu. Datin Arfah pula setelah menerima kunjungan peminangan dari keluarga Rezky tetapi tidak menguntungkannya, membuatkan dia sengaja meminta masa sedikit.

Datin Arfah langsung tak beritahu perkara tersebut pada Emilia pun kerana dalam kepala otaknya, dia tetap mahukan Lela yang menjadi menantu keluarga paling terhormat dalam kampung mereka itu.

'Argh! Walau apa pun. Aku tetap nak anak aku tu jadi menantu, kau Gayah. Ada ke si lembam tu yang kamu berdua berkenan kan? Masak nasi pun jadi bubur...'

Namun semerta dia teringatkan sesuatu...

"Kak masak nasi... kak masak nasi... nasi... nasi... basuh dulu... basuh... basuh..." Bersungguh-sungguh Emilia mengajar Lela.

'Argh! Nanti aku ajarlah Lela tu cara masak nasi dengan betul...' Sanggah Datin Arfah menolak bayangan momen ketika dia ternampak Emilia mengajar Lela anaknya itu cara masak nasi agar tak jadi batu atau bubur.

Masih segar dalam ingatan Datin Arfah pada kesungguhan dua orang gadis itu. Lela pada masa itu masih lagi baik pada Emilia. Biar pun, Datin Arfah selalu menghasutnya agar membenci Emilia.

Datin Arfah kembali semula menyusun rantai-rantai ke dalam bekasnya. Tanpa sengaja dia tidak sedar, ada satu kalung berloket merah terjatuh ketika dia bangkit dari atas kerusi.

Kemudian kaki pula saat nak bergerak tersepak kalung tersebut dan terus masuk ke bawah almari. Baru sahaja dia ingin meletakkan tiba-tiba dia teringatkan kalung berloket merah.

"Eh, ke mana pulak ni?" Laju dia menapak semula ke meja solek dengan mata melilau namun atas meja yang ada hanyalah deretan mekapnya saja.

"Emilia!!!" Dia terus menghempaskan bekas rantai atas meja. Menyingsing lengan kebaya. Bergemerincing bunyi gelang-gelang yang tak ubah rantai feri dan lipan debab saat kedua belah tangannya bergerak.

"Kau memang anak tak guna! Pencuri! Kecik-kecik tak mahu mampus. Dah besar menyusahkan aku! Emilia, kau ke mari! Setan!"

Sementara itu, Emilia langsung tidak sedar yang dirinya itu semakin jauh meninggalkan rumah pusaka mereka. Rumah yang arwah Dato' Ali sudah letakkan nama Emilia dalam wasiat.

Datin Arfah juga tiada hak memandangkan Emilia kini sudah pun cukup dua puluh satu tahun. Namun Datin Arfah tetaplah Datin Arfah. Rumah itu tetap dia mahukannya.

"Kubur papa... kubur... kubur... kubur papa..." Ujar Emilia dengan memeluk teddy bear hadiah sang papanya itu. Suaranya pula seakan tenggelam timbul dan sesekali terdengar seakan sedang menangis pun ada.

Gadis itu luarannya memang sudah dewasa malahan dia sememangnya sudah berumur dua puluh an pun. Dan jika diikutkan, sudah boleh berkahwin seandainya dia normal tetapi sayangnya dia mempunyai masalah lembam.

Atau dalam bahasa saintifiknya Autisme. Ada yang masalahnya tidak terlampau rumit seperti salah-seorang peserta Dewi Remaja dua tiga, tahun yang lalu namun ada juga yang sukar nak mengawalnya. Sebagai contoh anak-anak lelaki, aktres Zarina Zainordin. Mereka ini ada tikanya hyper.

"Mana... mana... mana..." Soalnya seorang diri berjalan kaki di laluan bertanah merah itu. Emilia keluar kerana dia terlalu merindukan arwah papanya. Dato' Ali.

Sebab itulah, dia yang tiada langsung rasa takut bernekad nak ke tanah perkuburan Islam kampung itu. Walau dia pun tidak ingat di mana. Dia pernah pergi semasa mengebumikan arwah.

"Emi ingat... Emi ingat... Emi ingat..." Tuturnya begitu berkeyakinan sekali. Mata melilau ke sana-sini.

Teddy bear kian kejap dipeluk. Sesekali tampang wajah beriak takut bila corong telinga dihiasi pelbagai bunyian hutan dan bukan enjin motor.

"Emi nak... kubur... kubur... papa... papa... mana... mana... mana..?" Membebel-bebel dia yang sudah mulai rasa haus. Dahi pula merenik-renik dengan peluh.

Tocang duanya pula sesekali dia kusut-kusutkan menyebabkan senget-benget. Kemudian bila terasa peluh terlalu banyak. Dia berhenti dalam beberapa minit, blaus lusuh yang hanya ada lima helai. Dia sendiri basuh tanpa tahu bersih atau pun tidak, dikesat pada muka.

Emilia sekali diajar memang senang menangkap. Nampak saja dia blur-blur sebegitu. Bila mana apa yang dia lakukan itu tidak menjadi, dia ulanginya. Kadang marah-marah juga dia.

Itu lah apa yang terjadi di saat ini. Dia berjalan semula dengan bercakap berulangkalinya itu.

"Anak papa ni dah besar tau... kena belajar semua sendiri. Jangan minta bantuan orang. Melainkan memang Emi tak tahu. Okay..." Suara arwah papanya seakan menemani perjalanan dia itu.

"Okay papa... okay... Emi tahu... Emi tahu... Emi dah besar. Besar..." Ulangnya terangguk-angguk, bagaikan di hadapannya itu ada arwah papanya.

"Tapi... mana kubur? Mana? Mana? Emi lapar... lapar... nak ayam... nak ayam..." Membebel-bebel dia dengan tangan kiri menepuk-nepuk perut.

"Hah! Tu... tu... kubur... kubur... kubur..." Laungnya kegirangan. Terloncat-loncat. Berlari dia ke tanah wakaf yang sepi di temani bunyian geseran dedaunan pokok-pokok tanjung.

"Mana papa? Mana... mana ... papa?" Emilia sampai saja di dalam kawasan seakan tercari-cari nisan bertulis nama arwah Dato' Ali.

"Alif... aha... aha... alif... lam... aha.. aha... ya... ya... Emi pandai. Emi pandai... papa... papa... ni Emi... Emi... papa nampak? Papa nampak?" Terjelepuk dia duduk atas tanah setelah berjaya menemui kubur arwah Dato' Ali Bin Alimah.

"Papa... papa... papa... kata nak balik rumah... nak balik rumah... kan? Kan? Kenapa ... kenapa takde pun... takde Emi... Emi tak nampak papa... tak nampak papa... mama ... sakit Emi ... Emi sakit ... mama pukul... mama pukul... tengok papa... tengok papa..." Meleleh-leleh airmata serta hingus Emilia dalam menceritakan keadaan dia selama di tinggalkan.

Dengan sedaya-upaya dia menerangkan, walau sesekali tergagap-gagap. Batu nisan dipeluk erat. Teddy bear bernama 'Beber' peneman di sisi hanya mampu memandang tanpa sebarang reaksi.

"Emi... Emi...sakit...sakit... nak papa... nak papa... balik jom...balik jom...balik..." Merintih-rintih Emilia. Muka semakin comot pabila tapak tangan yang memegang pasir menyapu muka serta airmata.

"Mama jahat... mama jahat... mama pukul... pukul... emi sakit... emi sakit... abang tu jahat... abang tu... abang tu... dia... dia pegang emi... papa bangun... bangun... ba...ngun..." Rintihnya lagi. Sekali lagi, wajah menyembam tanah meninggi itu. Tersedu-sedu.

'Tu bukan mama Emi. Kenapa papa kahwin jugak? Dia jahat dengan Emi. Abang tu. Abang tu pun jahat dengan Emi...' Hatinya juga merintih. Walau ia tidak terluah.

"Bangun papa... bangun papa... ikut balik... ikut balik... papa mama takut... papa ada... papa ada... emi tak sakit... em.. em...emi tak sakit..." Bersungguh dia meminta pada nisan kaku itu.

Melejeh-lejeh hingus melatari bibir tidak dia hiraukan. Malah dia terhirup-hirup sehingga suara menjadi sengau.

Cara dia merayu, merintih serta meminta seolah-olah batu nisan yang digenggam dengan kuat itu, mampu bertindak balas kepada permintaannya itu.

Pom!

Guruh berdentum. Langit tadinya cerah mula dilitupi kumpulan awan kelabu dan terlihat berat. Nasiblah kilat masih enggan merekah langit.

"Mama pukul emi... mama pukul emi... papa bangun jom ikut... papa bangun jom ikut... emi tak nak mama... emi tak nak mama fafah!"

"Astagfirullahalazim! Emilia! Allahu apa kamu buat dekat sini? Mari bangkit, hujan nak. Hujan!" Berlari Pak Tapa tokey warung yang juga baru usai melawat kubur arwah isteri ketiganya.

"Tak nak... tak nak... papa tak bangun lagi... papa tak bangun lagi... emi takut balik... emi takut balik..." Jerit-pekik Emilia dan Pak Tapa yang mengerah dia supaya bangun juga memandangkan rintik renyai hujan kian tebal titisannya, memecah keheningan di tanah perkuburan itu.

"Takpe, kalau takut nak balik. Mari nak kita balik rumah pakcik dahulu. Hujan lebat nih, nak oi! Bangun. Bangun!" Kerah Pak Tapa lagi.

Kali ini, barulah Emilia yang basah-kuyup mengangkat teddy bear berair-airnya itu ke dada. Tocang tanduk kerbau senget pun layu sama ditimpa air hujan lebat.

Berlari kedua-duanya menuju ke arah kereta Mercedes Benz keluaran lama.

Masuk-masuk saja mereka ke dalam kereta setelah jenuh berlari serta kelam-kabut membuka pintu. Pak Tapa menarik telefon pintarnya dan dia mahu hantar mesej pada Datin Arfah.

"Oh... anak tak berguna guna ni... rupa-rupanya ke kubur laki aku. Pandai pulak dia, ya? Nanti kau. Nanti! Tak ada makna nak tidur sana!" Sahut Datin Arfah selesai saja membaca mesej. Telefon dia letakkan atas meja.

Kunci Proton Iswara diambil. Dia mahu mengambil anak sial itu balik ke rumah. Setiap kali melangkah, setiap kali itulah lemak yang terserlah dibalik kebaya ketat di pinggang, Datin Arfah bergoyangan sama.

Bebal sungguh dia kala mengetahui Emilia menumpang rumah orang. Waktu hujan-hujan pula.

Masuk saja tubuh ke dalam kereta. Berdentum pintu dia tariknya dengan mulut terkumat-kamit mengumpat Emilia. Sebaldi umpatan dia hamburkan pada anak berbau kasturi syurga itu.

"Tak padan rupa itu...pandai minta belas orang lain. Tunjuk aku ni tak reti jaga kau, ya? Anak sial betullah. Kecik-kecik taknak mati. Mak je mati! Huh!" Hamunnya menekan minyak dan kereta Proton Iswara meluncur laju.

"Kau tunggu! Kau tunggu! Dalam kereta kang mati kau. Ni sambal ni aku tonyoh-tonyoh kat muka kau. Kau mengadulah macam-macam Emi. Cuba kalau berani." Omelnya yang semakin laju memandu dalam hujan lebat.

Pagar tidak dia tutupi. Siapa pun yang ada di rumah nak tolong tutup.

"Kau ingat aku tak tahu kau memang nak lari lepas curi kalung aku kan? Kau memang menempah kubur, anak celaka!"

"Emi... Emi... Emi..." Di ejek-ejek cara percakapan tidak terus serta berulangan Emilia. Dengan mimik-mimik mukanya sekali.

"Cakap pun tak terus. Ada hati nak mengadu pada orang. Kau tunggu! Kau tunggu! Kadang, aku rasa elok pun bagi kawin biar dia berambus dari rumah aku tu. Kemudian aku buat plan baru untuk Lela pula jadi bini nombor dua, Rezky kan? Aku doa banyak-banyak biar Emi tu mandul tak pun Rezky jijik nak pegang. Haa kan?" Tutur Datin Arfah dalam sengihan penuh maknanya itu.

Kereta kini sudah pun melencong masuk ke kawasan perumahan. Selang dua, tiga rumah sampailah dia ke rumah Tapa Nasi Ayam Nusantara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience