Ikutkan perancangan yang telah dibuat oleh kami berdua, balik ke kampung bercuti seminggu kemudian diteruskan dengan honeymoon yang telah dijadualkan pada waktu cuti persekolahan hujung tahun. Destinasi percutian?
Pulau Pinang Pulau Mutiara.
"Lama lagi ke sampai?"
Emir sudah menggeliat di tepi sebelah duduk tempat memandu. Memandangkan ini kali pertama Emir balik setelah kami berdua sah sebagai suami isteri, aku yang bertanggungjawab memandu keretanya. Kalau dulu aku cuma pergi dan balik menggunakan bas dan seorang diri, kali ini aku balik bawa pakejnya sekali.
Lengkap.
Emir bersama keretanya.
Mahu terkejut beruk kawan-kawan aku nanti apabila teringatkan doa Aqil. Thorbhoik punya kawan. Makbul sungguh doanya. Aku tertawa kecil membayangkan muka mereka semua.
"Ada yang lucu ke?"
Aku menoleh sekilas kea rah Emir sebelum pandangan dihalakan semula ke jalan raya.
"Takde."
Emir jongket kening. Matanya dipasakkan kea rah aku sehingga menerbitkan rasa tidak selesa.
"Betul. Takde apa-apa?"
Emir senyum mengejek. " Are you very sure?"
Perlahan-lahan aku angguk kepala. Sesaat aku tarik nafas. Malas untuk main teka teki dengan Emir.
"Kawan saya pernah doakan saya untuk kahwin dengan student. Tak sangka doa dia makbul."
Sudah ku jangka.
Sudahku duga.
Emir meledakkan ketawanya sambil memegang perutnya. Lawak sangat ke? Kelakar? Ingat ni rancangan Maharaja Lawak ke?
"Well, sweetheart nampak gayanya abang rasa macam nak berterima kasih sangat-sangat dekat mereka sebab doa macam tu. Makbul kan?
Aku hampir tercekik. Mengingatkan kejadian semasa dinner tersebut mampu mengundang wajahku merah umpama tomato. Aku tidak menyangka romantik Emir membawa aku ke dunia yang benar-benar menjadikan aku milik Emir yang mutlak.
Dalam erti kata lainnya Emir menunaikan haknya sebagai suami yang sebenar-benarnya. Semenjak malam itu juga kata 'aku' bertukar kepada 'abang'. Mahu tergeliat lidahku menyebut. Kekok urat sarafku untuk menyebut perkataan 'abang' itu.
Pada mulanya aku hanya tetap meneruskan menggunakan perkataan 'awak' namun ditelan kembali apabila Emir bagi jelingan maut dan amaran yang menyebabkan aku boleh sakit jantung. Mahu tak mahu, terpaksa ataupun tidak, suka atau paksa rela aku harus membiasakan lidahku menyebut 'abang'.
Itupun tergagap-gagap.
Ha. Ha. Ha.
Lancar perkataan abang keluar dari mulutku aku dihadiahkan dengan kucupan di mulut dan Emir kembali melakukan yang menyebabkan diksi aku terkaku untuk keluar.
Define the first night for me if Emir is the husband.
Aku kembali merah mengenangkan kembali sentuhannya. Allahu! Boleh pulak teringatkan hal tersebut. Aku fokus kembali kea rah jalan.
"Sweetheart..." panggil Emir meleret.
Aku jeling sekilas ke arahnya. Dari ekor mataku kelihatan dia bagaikan ingin berkata sesuatu namun seperti tidak yakin untuk mengeluarkannya. Keningku diangkat. Pelik. Seperti bukan Emir sahaja jika konfidennya tidak melepasi tahap langit.
"Ye, ada apa?"
Emir pandang muka aku.
"It just.. how should I say it? Can I ask you something?" Emir garu pipinya.
"Ye?" Aku tunggu penuh sabar. Macam ada udang di sebalik batu sahaja pertanyaannya. Aku berdebar.
"Do you want to hold a wedding reception? I mean for us? Sayang nak naik pelamin tak?"
Hampir sahaja aku terbrek apabila mendengar patah-patah kata yang keluar dari mulut Emir. Sejujurnya aku tidak pernah lagi mahupun terlintas sedikitpun tentang resepsi majlis perkahwinan. Bila difikirkan kembali, berbulan madu tanpa mengadakan majlis resepsi. Sekurang-kurangnya walimah untuk memaklumkan tentang berita gembira dan status aku sebagai isteri orang.
Tapi majlis resepsi tidaklah penting. Yang penting adalah akad nikah. Aku sendiri berkahwin dengan Emir dalam keadaan emosiku tidak stabil. Apabila mengenangkan kembali hal tersebut, seperti mudah sahaja Allah hantar jodohku. Sudah memang Emir ditakdir sebagai jodohku, buatlah macam mana sekalipun tetap nama dia untukku, sejak tertulisnya di Loh Mahfuz, 50 ribu tahun sebelum terciptanya langit dan bumi.
"Sweetheart?" Emir berhati-hati memanggil aku, resah.
"Err... saya tak tahu. Abang tak rasa ke kita ni pengantin lapuk dah ke?"
Aku sebenarnya segan untuk mengadakan majlis resepsi. Antara sebabnya akan timbullah makcik-pakcik bawang serai halia yang membawang di majlis nanti. Aku boleh bayangkan akan perbualan-perbualan yang mungkin boleh dijadikan topik-topik utama semasa merewang nanti.
Biasalah, rakyat malaysia suka kecam maka wujudlah golongan yang dinamakan pakcik-makcik bawang.
Onion is guilty, and onion being onion, noisy as always.
Lebih-lebih lagi penduduk kampung. Entah level berapa membawang nanti, aku sendiri tidak boleh menyangka. Memberi kebarangkalian yang tidak boleh diagak.
"Baru beberapa bulan je kahwin."
Aku senyum. Hambar.
Aku tidak pernah memikirkan untuk berkahwin dalam usia yang baru mencecah 25 ini. Paling-paling pun aku bercadang untuk kahwin dalam umur 28, 29 tahun, ketika aku sudah stabil dan ada simpanan sendiri, bukan ketika aku masih terkial-kial seperti sekarang.
Malah tema perkahwinan, pelamin impian, warna mahupun baju kahwin semuanya tidak pernah terlintas dalam fikiranku. Semuanya bagaikan satu benda yang aku belum terasa untuk dibuka bukunya dan diselak, dibaca serta dihadam.
"So, macam mana? sayang nak buat tak?"
Emir bermain dengan jarinya. Aku pandang kea rah jalan.
"Abang nak buat tak?" Soalan berbalas soalan. Ingin mengetahui hasrat Emir.
"Mestilah nak buat. At least, orang tahu sayang isteri abang and I don't need Ilham the second muncul dalam hidup sayang."
Aku tarik nafas panjang. Emm! Pppftt!
Aku tidak menyangka hidup lagi nama Ilham dalam kamus hidup Emir. Aku ingatkan dia dah kubur elok-elok selepas peristiwa berkenaan. Ilham sudahpun move on, katanya. Sekarang dia sedang menjalinkan hubungan dengan cik kerani bujang sekolah. Aku terasa ingin ketawa apabila melihatkan Emir yang masam apabila nama Ilham keluar dari mulutnya.
"Sebab tu je?"
Aku geleng kepala. Kelih jam di tangan, masih berbaki dua jam untuk sampai ke rumah. Penat rasa badan memandu kereta untuk tempoh 6 jam. Nasib baik perjalanan dari Kuching sehinggalah ke Betong aku menyuruh Emir memandu memandangkan jalannya hanya lurus sahaja. dari Betong pula aku mengambil alih pemanduan sehingga ke kampungku.
Sudahlah aku jenis yang mudah terlelap dalam kenderaan bergerak. Bahaya nanti kalau aku biarkan Emir memandu walaupun sudah diberikan arahan. Karang nanti boleh pulak dia masuk ke Sibu. Naya aku patah balik ke kampungku.
Walaupun lelaki ini dikurniakan bijak membaca arah namun aku tidak percayakan Emir untuk kali pertama balik ke kampung. Bahaya nau.
Tetapi lagi bahaya yang bakal menanti aku di kampung. Amaran merah tahap ketiga.
"Yelah sebab tu aje. You are my wife. Mine only!"
Penuh possessive Emir menuturkan ayat tersebut. Ayat yang mengundang debar jantungku lebih dua kali ganda berdetak dan perkataan yang selalu diulang oleh Emir dalam setiap sentuhannya di tubuhku.
Deheman Emir membawa aku kembali ke ruang nyata. Ah, penangan romantik Emir memang dahsyat. Aku terbatuk kecil, menahan perasaan malu. Kalaulah Emir tahu apa yang berada di fikiranku, mahunya aku lari sejauh mungkin, menahan perasaan malu.
"I love how responsive you are to my tou...."
Aku terus tutup mulut Emir. Tidak mampu telingaku terus terusan mendengar ayat sakit jantung Emir. Ada juga kemalangan bakal ditempah nanti kalau Emir masih menyambung kembali ayat yang boleh menyebabkan aku hilang diksi. Aku ketap bibir, menahan perasaan.
Dia ni tak pernah terfikir cara jantung aku berfungsi ketika memandu keretanya, agaknya.
Tepat jam tiga petang, kami berdua selamat sampai di kampung. Perbincangan mengenai majlis resepsi terus berakhir cepat tatkala Emir mula melalut. Tidak mampu telingaku untuk mendengar lebih lanjut akan ayatnya. Silap-silap boleh mengundang maut.
Aku membelok kea rah jalan masuk ke rumahku. Melihat rumah beratap biru itu membuatkan rinduku menggunung tinggi. Sejauh manapun aku tetap pergi, rumah merupakan tempat yang paling aku rindukan.
Teringat lagi kisah semasa di universiti. Sebulan pertama di universiti, tipulah aku tak menangis. Homesick tahap tertinggi. Roommate aku sendiri pun ikut berjemaah menangis. Malah seniorku yang lelaki siap bercerita lagi, walaupun telah lama di universiti, setiap kali balik mesti perasaan homesick itu menebal-nebal di dalam diri. Tidak kira jauh mahupun dekat. Mungkin yang dekat dengan rumah senang sikit nak balik kalau ada cuti pendek, contohnya mid-sem break.
Tetapi bukan perantau seperti kami yang dipisahkan oleh Laut China Selatan. Setahun mungkin dua kali sahaja balik, iaitu ketika cuti panjang. Tiket kapal terbang sahaja sudahpun cukup membuatkan niat nak balik boleh terbantut. Harga seperti nak pergi ke luar negara sahaja, terutama pada musim perayaan. Percaya atau tidak aku pernah terjumpa harga tiket kapal terbang perjalanan dari Sibu ke Penang dalam RM 1000 lebih. Nasib baik aku hanya Sibu ke Kuala Lumpur, untuk ke UPSI.
Nak atau tidak terpaksalah mencari harga tiket yang murah ataupun menempah lebih awal. Kalau bernasib baik, akan terjumpa harga yang murah.
"Akhirnya sampai jugak."
Emir menggeliat sebaik saja keluar dari kereta. Aku hanya mampu menggelengkan kepala sahaja lalu keluar dari perut kereta. Aku menggerakkan kepala dan bahuku beberapa kali. Penat memandu. Nasib baik automatik, kalau manual?
Kelihatan babah dan mama tersenyum memandangku. Emir dengan tenang, melangkah menghampiri ayahku dan bersalaman sambil babah menepuk-nepuk bahu Emir. Mama pun memberikan reaksi yang sama.
Aku diam memandang sahaja.Tidak terkejut kerana beberapa kali aku terserempak dengan Emir yang sedang menelefon ayahku. Hubungan mereka baiksahaja dan mesra, seolah-olah Emir diangkat menjadi menantu kesayangan ibu bapaku.
Persoalan yang timbul, kenapa dengan abah dia tidak mesra? Adakah disebabkan mummy Emir, ataupun sebab ummi? Aku tertanya-tanya malah persoalan itu masih berlegar-legar dalam fikiranku.
Hendak bertanya dengan Emir, aku takut mood baiknya bakal melayang masuk ke dalam tanah. Terkubur terus angin sepoi-sepoi bahasanya, diganti dengan putting beliung pula.
"Pukul berapa gerak tadi?" babah bertanya sambil menghirup air kopi yang dihindangkan di pangkin depan rumah.
"Pukul 10 macam tu," jawabku.
Emir pula telah hilang. Sebaik sahaja selesai mengangkut bagasi dan barang lain ke dalam rumah, dia terus dibawa oleh adikku mengelilingi kampung. Seperti orang yang pertama kali melihat emas, mukanya berseri-seri mengalahkan sinaran bulan purnama. Terus sahaja dia mengangguk setuju dengan muka teruja meninggalkan aku yang terkebil-kebil memandangnya yang membonceng motosikal.
Ternganga sekejap aku. Budak ni tak pernah nampak kampung ke apa? Ke jakun sangat bila sampai kampung aku? Aku garu kepala.
"Hafiz okey?" Simple tapi bermakna.
Babah pandang muka aku. aku tarik senyuman kemudian pandangan diarahkan ke tempat lain.
"Baik, Alhamdulillah." Senang dan bermakna.
Babah angguk kepala beberapa kali. Dia senyum sambil meneruskan aktiviti menghirup air kopinya. Mama pula hilang ke dapur untuk mengambil ulas cucur midin yang telah digoreng. Tidak sabar untuk aku merasa makanan kegemaran aku yang satu itu. Kalau Emir ada di sini pasti dia yang terlebih dahulu merebut dari tangan aku.
Nasib baik dia tiada. Bolehlah aku makan dengan senang dan lenang. Tiada yang akan bergaduh dengan aku, terutama melibatkan hal makanan.
Betapa senang hati beta, menikmati makan petang di pangkin, ditemani angin sepoi-sepo bahasa di waktu petang. Kalau begini, aku boleh tertidur lena di di wakpe. Tenang apabila balik kampung, tiada hiruk pikuk bandar yang tidak pernah tidur 24 jam.
"Tak tidur lagi ke?" Soal Emir apabila melihat aku sedang seronok membaca komik di birai katil.
"Iak." Sepatah aku menjawab tanpa mengangkat pandangan ke arah Emir yang sedang mengelap rambutnya. Fokusku lebih tertumpu di komik yang berada di tanganku.
Percayalah, apabila komik, anime dan manga di depan mata, semua yang lain akan dilupakan serta merta, termasuklah Emir. Mahu mengamuk Emir kalau dia tahu hal ini.
"Tak sangka banyak jugak koleksi komik sayang ni kan. Tak sangkanya. Gundam pun ada. Eh.. bilik sayang ni perpustakaan ke apa?" Komen Emir berbaur perasaan kagum membuatkan aku memandang sekilas ke arahnya yang sedang memerhatikan rak yang menempatkan buku, komik, novel dan koleksi Gundam yang aku kumpul.
Koleksi Gundam hanyalah melibatkan Gundam tertentu sahaja, seperti Gundam Exia, Freedom, Strike Freedom, Infinite Justice, Gundam Age, dan Gundam Unicorn. Lain-lain Gundam yang melibatkan generasi pertama, kedua dan ketiga aku tidak terlalu minat untuk dikumpul.
Pertama kali Emir menjejakkan kaki ke balik aku hampir ternganga mulutnya apabila bilikku yang dipenuhi dengan buku. Sudah serupa mini library, yang merupakan comfort zone bagi aku. Koleksi yang aku kumpul dari zaman sekolah sehinggalah sekarang.
Aku meneruskan kembali pembacaan terhadap komik di hadapanku. Walaupun aku selalu membaca manga secara online, secara softcopy namun tidak dapat dikalahkan dengan perasaan apabila dapat memegang sendiri hardcopy manga yang sama. Terdapat kepuasan apabila mampu membaca dan memegang komik berkenaan.
Percaya atau tidak, itulah realiti yang berlaku dalam diri seseorang otaku. Tapi mungkin aku tidaklah seteruk mana, mungkin di tahap mild?
"Sweetheart..."
"Hmm..."
"Sweetheart!"
"Hmmmmmmm... Ada apa abang?" Sedikit geram apabila Emir mengganggu kosentrasiku. Aku angkat pandangan, memandang wajah Emir sekilas.
Apabila Emir hanya diam aku fokus kembali membaca. Aku tergelak bila tiba pada part yang lawak. Gelak besar tak boleh, macam selalu aku buat ketika seorang diri, terkurung sambil membaca komik mahupun novel.
Tiba-tiba Emir menarik buku komik yang dibaca. Ketika aku hendak membantah tindakannya, aku dihadiahkan dengan jelingan maut bersama mukanya yang geram. mungkin akibat tidak diperdulikan sebentar tadi.
Alamak...!
"Sweetheart, do tell me right now, who is your husband exactly right now. Me," Emir lurus menunjuk dirinya seraya menyambung, " Or this one?" Emir tunjuk pula kea rah komik yang dibaca.
Aku telan air liur. Soalan maut tu. Mahu saja aku jawab komik itu madunya tetapi membayangkan muka Emir yang sedang menyinga aku batalkan sahaja niat tersebut.
"Abanglah." Jawabku perlahan.
Emir jongket kening. " What? Tak dengar. One more time. Besar sikit suara tu."
Arahan Emir yang berbaur sinis itu menjentik-jentik perasaanku. Geram. Sengaja bermain dengan perasaanku.
"Komik tu ha husband saya." Jawabku lantang.
"Hmm?" Emir jongket kening sebelah. Tiba-tiba bibirnya menguntumkan senyuman. Sangat misteri.
Entah kenapa bulu romaku berdiri tegak. Suhu bilik jatuh mendadak. Aku pandang kea rah hadapan. Emir menjatuhkan komik tersebut di sisinya sambil senyum senget.
Aku telan air liur cepat-cepat. Amaran bahaya tiba-tiba berbunyi dalam mindaku. Nyaring dan membingitkan. Seolah-olah memberitahu tahap amaran yang bakal dihadapi.
Dan bagaikan seolah-olah memahami kenyaringan alarm yang sedang bermain di mindaku, senyum senget Emir sentiasa mengundang bahaya. Senyum trademark yang menjadikan aku semakin kalut untuk melarikan diri daripada Emir yang semakin mendekat.
Malang menimpa apabila belakang badanku dihadang oleh kepala katil. Ciss, masa ni jugak di buat kemunculan. Aku cuba lari kea rah kanan, namun dihalang oleh tangan Emir, menoleh ke kiri, juga tangan Emir menghalang. Dan akhirnya, aku bagaikan rusa yang termasuk dalam perangkap manusia, aku terperangkap oleh tangan Emir yang berpaut pada kepala katil.
Aku angkat pandangan dalam masa yang sama Emir mendekatkan mukanya kea rah aku. Air liur yang ditelan rasa seperti batu.
"If that comic is your husband, can he do this to you?" bersama bicara itu Emir menundukkan mukanya. Aku pejam mata erat erat. Sesaat, terasa ada sentuhan lembut di dahiku. Aku terhenyak seketika memandang wajah Emir yang senyum senget.
Percayalah wajah Emir yang ditemani senyum senget sangat membuatkan jiwaku tidak tenang. Seolah-olah ada sesuatu yang sedang dirancangkan olehnya. Licik.
"Or this one?" kedua-dua belah pipiku menjadi mangsa sentuhan bibirnya. Aku terpempan. Tidak tahu berkata apa-apa dalam situasi begini.
"May be this one?" sasaran seterusnya hidung penyek aku.
"Or, perhaps this one?" tanpa menunggu sebarang reaksi Emir meneruskan niatnya menyentuh bibirku. Aku tergamam bercampur terkejut. See, aku dah cakap Emir dengan tindakkanya boleh menyebabkan jantung tidak berdetak dalam keadaan normal.
Lama Emir berpaut di bibirku. Tangannya yang memegang kepala katil bergerak memegang kedua-dua belah pipiku. Tidak lama kemudian, Emir angkat mukanya. Dia tersenyum manis. Ibu jarinya pula mengusap-usap bawah bibirku.
Aku diam terkedu. Nafas aku tarik perlahan,berulang kali untuk menormalkan semula detak jantungku. Romantic Emir boleh membuatkan aku cair tulang temulang. Semua skru di badanku boleh tercabut dengan cepat kalau setiap hari Emir buat aksi romantic cair tulang tercabut skru ini.
"So, abang or komik suami sweetheart sekarang?"
Eh?
Eh?
Ehhhhhhhh?
Bulat mataku memandang Emir. hilang sudah suasana romantik. Lesap entah ke mana. Boleh pula timbul soalan luar alam itu.
Aku tolak muka Emir. Sudah geharu cendana pula. Sudah tahu gatal miang nak tanya pula. Aku baling jugak dengan Gundam nanti.
Ehh, tak boleh!
Sayang pulak aku dengan Gundam, penat aku beli, aku build up sendiri, tetiba senang pulak dijandikan benda untuk membaling Emir. Bukan murah harga satu Gundam yang original, sanggup pula aku beli dari Jepun.
Fanatik punya peminat Gundam.
"Selamanya komik tu husband number one saya," ujarku seraya menjelirkan lidah kea rah Emir.
"Sweetheart..." meleret Emir memanggil aku bercampur dengan perasaan geram.
Aku tergelak besar lalu berusaha untuk meloloskan diri akibat pelukan kejap Emir.
"Lepaslah. Saya nak minum air ni, hauss!"
Aku beralasan seraya cuba menarik tangan Emir daripada terus memelukku dengan kekuatan lelakinya.
"No! Never. Say that I am your number one and the only husband of yours, only then I will release you!"
Aku menoleh ke arah Emir yang ternyata tetap dengan pendiriannya untuk tidak melepaskan aku jika aku tidak mahu mengakuinya sebagai suami aku. aku senyum sinis. Emir jongket kening, bagaikan ingin mencabar aku.
"Oh yeah?" Serentak dengan itu aku cuba membuka kekunci dan menyiku perutnya, namun Emir lebih pantas. Lenganku ditangkap dan dikunci elok oleh Emir.
Tsk!
"Aduhh.. sakit!" aku mengerutkan dahi, berpura-pura.
"Percubaan nak menipu abang ke?" Emir senyum sinis.
Aku pincing mata. Lebih baik menafikan daripada tertangkap kantoi menipu. " Mana ada!"
"Betul ni?" Emir kerdip kerdip mata dengan aku. perlakuannya menjentik-jentik perasaanku. Geram bercampur seram.
"Betul lah. Nak tipu buat apa?" Aku menyoal geram.
"Yelah, mana tahu nak duduk lebih lama dalam pelukan abang ke?" Tiga perkataan terakhir dibisik lembut ke telingaku. Desah nafas Emir menyebabkan semua bulu romaku berdiri serta merta. Tindakan Emir yang romantik ternyata akan membuatkan kehilangan diksi.
Dan ternyata betullah seperti sangkaanku apabila Emir mula bertindak mencium serata wajahku dan matanya mulai kuyu.
"Assalamulaikum isteriku," bisik Emir pernuh syahdu.
Dan akhirnya aku tenggelam dalam sentuhan romantik Emir.
************************************
Wakpe - hammock
Share this novel