BAB 3

Humor Completed 1124

Aku menuju ke tempat yang hujung sekali untuk mencari kelibat lelaki yang bernama Haider . Hemmm… what an interesting name??? Jarang sangat telinga aku ni dengar nama yang pelik-pelik ni.

“ Assakamualaikum, Haider ?” soalku sebelum menghadapkan wajahku ku arahnya.

“ Waalaikumsalam. Jemput duduk.” Ajak Qimie.

Aku segera mencapai kerusi yang berada di depanku lalu melabuhkan punggungku ke kerusi. Yehhhh!!!! Dapatpun duduk.

“ Kau???” ucapku terkejut setelah mengangkat mukaku ke menghadapnya. Ahhhh!!!! Kenapa lelaki ini muncul semula? Apatah lagi lelaki itu kini berada didepanku. Aku sangka aku takkan berjumpa dengan lelaki ni! Wait!! Takkan dia yang mama aku nak jodohkan kut?

“ Kenapa terkejut ni? Takkan dah tak ingat nama aku?” soal Harraz sinis.

Dhia dengan berat hati akhirnya duduk juga untuk menghadap lelaki yang paling dibencinya. Macamana la dalam ramai-ramai lelaki yang mama aku nak jodohkan, dia ni yang pula yang terpilih? Aku masih dalam keadaan bengang. Tak tahu nak berbual apa dengan dia! Ishh..dia ni dari tadi asyik tersengih-sengih macam kerang busuk kenapa? Aku tumbuk kang muka kau tu? Huh!!! Bajet hansem la tu! Uwekkk!!! Nak termuntah aku.

“ Well…long time no see Raudhah Dhia Nazrin. Aku dah lama cari kau.” Luah Harraz berterus-terang kepada Dhia.

Menyampahnya mamat ni! Asal semua yang keluar dari mulut dia, aku tak suka! Yang dia ni sibuk-sibuk cari aku apesal? Aku ada hutang ke dengan dia? Setahu aku, tak pernah lagi aku berhutang-hutang dengan mamat poyo ni? Aku mencebik geram.

Harraz hanya tersenyum melihat reaksi wajah yang sedang bermain di depannya sekarang ini. Sungguh Harraz rindukan pada wajah itu. Habis je SPM, Harraz terus lesap ke luar Negara kerana mengikut keluarganya atas urusan kerja. Alhamdulillah, setelah enam tahun menetap di Amerika Syarikat, akhirnya Harraz dan keluarganya berpindah kembali ke Malaysia. Selama merantau di bumi orang, Harraz selalu terkenangkan zaman sekolahnya apatah lagi zaman Harraz selalu mengacau, mengusik, membuli pada Dhia. Semua itu kenangan manis baginya. Tetapi, Harraz tidak tahu bagaimana untuk meluahkan perasaannya kepada Dhia. Mana tidaknya, selalu ada saja idea Harraz untuk mengusik Dhia sama ada di dalam kelas atau luar kelas. Bak kata cikgunya, jangan suka sangat kacau orang, nanti ada yang rindu. Sah! Memang Harraz dah terkena penyakit rindu pada Dhia.

“ Kau tak gembira ke dapat jumpa aku? Aku gembira dapat jumpa kau.” Ujar Harraz ceria. Dhia semakin meluat dengan gaya percakapannya yang seperti mengenali dirinya rapat atau lebih spesifik lagi..’menggoda’.

“ No! Aku makin sakit hati ada la!” balasku.

“ Kesiannya….asal kau sakit hati? Kenapa tak jumpa doktor? Ke kau sakit rindu sebab dah lama tak jumpa aku?”

“ Ishhh!!! Tak malu! Perasan! Aku tak ada masa nak rindu-rindu kau la!”

“ Kau ni kelakar la, Dhia. Itu yang aku suka usik kau tu.” Aku terpanar. Apa hal pulak mamat ni? Dah kena sampuk ke apa? Buat aku malu je. Dia ni memang dari dulu lagi suka cari gaduh dengan aku. Dia ni boleh diklasifikasikan sebagai mamat selamba yang suka cari perhatian! Huhhhh…panjang juga gelaran yang aku beri pada mamat ni. Ahhh..tak kisah lah. Bukannya dia tahu pun.

“ Aku tak tahu pulak aku ni ada bakat lawak? Kalau aku tahu, dah lama aku join Raja Lawak.” Balasku lagi. Harraz tiba-tiba ketawa besar.

“ Serius….kau memang kelakar Dhia. Kalau kau masuk Raja Lawak, sure kau menang!”

“ Ishh..kau ni kenapa hah? Dari tadi asyik ketawa? Cepatlah kalau kau nak cakap sesuatu, kalau tak aku balik. Lebih baik aku layan cerita Korea dari menghadap muka kau.”

“ Tak payah la nak menghadap sangat cerita Korea tu. Aku lagi hansem apa dari mamat Korea tu. Cuba tengok muka aku ni yang hansem ni. Ada macam mamat Korea tak? Aku pasti kau setuju seratus peratus kan?”

Aduhaiiii…selambanya mamat ni puji diri dia sendiri depan aku. Aku pun tak adanya nak puji diri aku macam tu walaupun aku ni memang cantik. Aku tahulah dia ni hansem. Kulit dia…Ya Allah…memang bersih giler. Macam kulit ‘baby’ yang baru lahir. Tak keterlaluan ke kalau aku puji dia macam tu? Tapi, memang betul la. Kulit aku ni pun tak boleh challenge kulit dia yang putih berseri tu. Bibir yang merah tanda tak merokok tu la yang selalu cari pasal dengan aku. Suka kutuk aku macam-macam. Panggil aku mak cik la, nenek la, mama la dan yang paling aku tak boleh lupa, ada satu masa tu pernah dia panggil aku ‘sayang’. Tapi…nasib baik hati aku tak cair masa tu kalau tak aku pun maybe boleh balas kut panggilan ‘sayang’ tu kalau dia tak cari fasal dengan aku dulu.

“ Ok…ok..aku bagi pendekkan cerita saja la. Tentu kau tahu sebab apa kau datang ke sini kan? Sebabnya kita berdua ni ada jodoh dan akan dijodohkan. So, aku tak ada masalah nak terima tu semua. Kau macamana? Setuju tak nak kahwin dengan aku?” ujar Harraz dengan selamba. Harraz tahu sepatutnya Harraz perlu melamar dengan cara yang lebih romantik pada Dhia tapi egonya sendiri enggan melakukannya. Biarlah selepas mereka berdua sudah disatukan, barulah Harraz akan meluahkan perasaannya yang sebenar kepada Dhia.

“ Siapa yang nak kahwin dengan kau? Aku tak suka kau la! Kau pun bukannya suka aku kan? Tu lah sebabnya kau selalu cari fasal dengan aku.” Amek kau! Jangan harap aku nak berbunga-bunga kata dengan kau!

“ Kenapa kau tak nak kahwin dengan aku? Kau takut ke jatuh cinta dengan aku ke kau memang dah already fall in love dengan aku yang hansem ni?” sekali lagi Harraz mengusik Dhia.

“ Eeeee…perasannya mamat ni. Uwekkkk!!!! Aku takkan jatuh cinta langsung la dekat kau plus never…and…never!”

“ Aikk!!! Belum apa-apa lagi dah muntah ke, Dhia sayang? Macam ni la, kalau yakin seratus peratus yang kau tak akan jatuh cinta dengan aku, aku nak cabar kau terima je lamaran aku. Amacam? Ada berannn???” Harraz menaikkan keningnya.

Amboiii……bukan main semanis cheesecake lagi mamat ni berkata-kata. Huhhh! Nak cabar aku ke atau nak perangkap aku? Sori, ini Raudhah Dhia ok! Takkan mudah mengalah dengan senang. Berani dia nak cabar aku. Dia ingat aku takut la kalau kahwin dengan dia! Baik!!!

“ Ok! Aku terima cabaran kau! Aku tak takut la nak kahwin dengan kau dan aku akan pastikan yang aku takkan fall in love dengan kau langsung!” Ucap Dhia tanpa berfikir panjang. Dhia bingkas bangun lalu meninggalkan Harraz keseorangan. Harraz bersyukur sangat akhirnya Dhia sudi menerima lamarannya. Dhia…Dhia…memang dia seorang perempuan yang pantang dicabar. Aku janji Dhia. Aku akan buat kau jatuh cinta pada aku. Itu janji Harraz pada dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience