Kejadian semalam membuatkan Darris tidak dapat tidur dengan tenang. Fikirannya asyik terkenangkan permintaan mamanya.
Kelibat Amanda yang baru keluar dari tandas menarik perhatiannya. Dia bangun dan menapak mendekati Amanda yang berbaju tetapi pinggangnya dililit dengan tuala.
"We need to talk." serius wajah Darris bersuara.
"Talk about what? Divorce? You can make it if you want." balas Amanda ringkas.
"But I don't. Aku tak sanggup dan aku tak nak kau tinggalkan aku sekali lagi." pilu hati Darris melafazkan kata-katanya.
"We are not meant to be together."
"Jangan cakap macam tu lagi, Ayra. Aku tak bersedia lagi untuk berpisah dan aku tak nak lalui fasa tu sekali lagi."
Dia mengetatkan lagi pelukannya apabila terasa seolah-olah Amanda cuba merungkaikan dakapannya.
"Kenapa? Memang ini yang kau nak dulu kan. Aku ni hidup menyusahkan kau. Kau lupa ke semua tu, Darris? Macam ni lah, kita ikut je apa mak kau nak."
"Macam mana dengan apa yang aku nak?"
"Aku penat, Ris. Bagi aku rehat. Aku nak rehat. Aku nak kita berpisah. Aku nak kali ni kau lepaskan aku dengan cara baik."
Darris menjarakkan tubuhnya daripada Amanda. Dahinya berkerut dan nafas ditarik dalam-dalam. Wajah isterinya dipandang.
"Kenapa Ayra pentingkan diri sendiri? Cubalah fikirkan perasaan aku ni."
"Perasaan kau? Selama ni bila aku cuma nak terima kau balik, cuba untuk memaafkan atas segala semua silap kau dekat aku ni, ada tak kau jaga hati aku? Ada tak kau hargai pengorbanan aku dulu? Ada?"
Tanpa sedar air matanya gugur jatuh ke pipi. Jarinya menekan-nekan bahagian dadanya. Cuba membayangkan pada Darris betapa terseksanya jiwa dia selama ini.
"Dan sebabkan kau, anak aku mati, Darris."
Darris kian rasa sebak. Dia cuba mendekati Amanda namun gadis itu cuba berundur ke belakang.
"Aku pernah bagi kau cinta, Darris. Tapi apa yang aku dapat adalah kesengsaraan hidup aku."
Luah Amanda. Begitulah kehidupan silamnya. Hatinya kembali sakit setelah bertemu semula dengan suaminya.
Bahagia yang pernah ada dihulur namun derita yang dirasakan. Sama seperti madu disuap tapi maut yang menghampiri.
"Kalau bersama tak menjanjikan bahagia, lepaskan aku, Darris. Jangan paksa untuk bertahan kalau kau sendiri tak mampu nak hadap. Aku tau, hati kau untuk siapa. Kau berhak cari kebahagiaan kau yang sebenar, Darris tapi yang pastinya orang tu bukan aku." menggigil suara Amanda. Kali ini dia ikhlas.
"A-aku ego, Ayra. Aku sayangkan kau. Aku minta maaf. Mungkin dah terlambat untuk aku nak lafazkan pengampunan pada kau. Dan bertahun aku mencuba." dia diam sejenak.
Waktu seakan berhenti. Ruang udara menadah telinga untuk mendengar luahan duka Darris. Cicak-cicak tidak berani bernafas apatah lagi bibir Amanda. Dia tidak mahu mencelah.
"Bertahun aku cuba mendapatkan sebuah cinta. Bila sampai satu saat Allah hadirkan dia kembali, jarak tu makin jauh. You know me very well, Nuhayra Amanda. Aku tau segalanya tapi untuk mendekatkan kita, aku perlu diam." suara Darris serak. Air bening di matanya bertakung.
"Untuk buat aku terus menghormati kau, Darris. Aku merayu kau ceraikan aku. Demi Allah, ceraikan aku. Aku tak nak kau terluka lagi. Aku tak sanggup hidup dalam kepura-puraan. Kau berhak bahagia dengan pilihan kau, Darris."
Dalam masa yang sama, Amanda juga turut sebak dengan kata-kata Darris. Bukan dia tidak kasihan namun tiada cinta yang berpalu dalam hatinya. Cuma rasa kasihan. Dia takut jika dia ingin memberikan Darris peluang sekali lagi kesakitan itu datang kembali.
"Jangan berkorban sejauh ini, Darris. Aku tau kau ragu dengan perasaan kau. Jangan paksa untuk cintakan aku. Nanti sakit."
Bibir Darris bergerak. Untuk menangis, dia sudah penat. Walaupun dilahirkan sebagai lelaki tetapi rasa cinta yang menyakitkan membuatkan dia rapuh.
Kepalanya jatuh tertunduk ke lantai. Mengharap hanya Tuhan Yang Maha Esa mampu membolak-balikkan hatinya untuk menerima kenyataan.
Hanya pada-Mu.
segalanya akan terlerai
Share this novel