BAB 13

Romance Completed 19426

“I beg an explanation from both of you?!”

Anas dan Nazeem memandang antara sama satu sebelum mereka kembali membuat hal masing-masing. Anas memandang keluar kantin manakala Nazeem menunduk sambil bermain dengan jarinya.

Aileen mendengus. “ergh! Memang aku cakap dengan tunggul ke apa?!”

Nazeem mengeluh. “okay, okay.. aku surrender! Sebenarnya Anas..!” pantas Anas menekup mulut Nazeem.

Keadaan menjadi janggal. Anas memandang Aileen dengan pandangan abis-ah-aku.

“Anas….” Suara Aileen mula kedengaran seram dipendengaran Anas.

Anas memejamkan matanya lalu dia menurunkan tangannya dari terus menekup mulut Nazeem.

“yelah…”

“apesal kau buat camtu hah, Anas?”

“sebab Nazeem su..!”

Kini giliran Nazeem pula menekup mulut Anas. Aileen menjadi hairan. Dah kenapa pulak budak dua ekor ni.

“ergh… I’m so done with both of you… malas aku nak tahu.. lantak la..” Aileen bangun lalu dia mengatur langkah meninggalkan kawasan kantin.

Pantas Nazeem menurunkan tangannya dari terus menekup mulut Anas lalu wajah Anas dipandang dengan pandangan bengang.

“kau dah lama hidup ke, pondan?!”

“aku dah hidup selama 17 tahun kot! Dah lama la kan?!”

“mulut kau tu lain kali jadi la pondan!”

“cibai ah aku bukan pondan!”

“Cuma pondan je yang kantoikan plan sendiri kat adik kembar sendiri!”

Anas menjeling Nazeem dengan tajam.

“bongok…”

***

Nazeem tak senang duduk. Sekejap-sekejap dia mengalihkan pandangannya terhadap Aileen. Sebaik sahaja Hari Sukan tamat, Aileen langsung tidak berbual dengannya. Adakah Aileen masih lagi marah akan kejadian tersebut? Nazeem buntu dan risau.

Tiba-tiba kelihatan ketua kelas mereka, Shafiq sedang berjalan ke depan kelas dengan wajah poker facenya. Dia berdehem-dehem dan membuatkan satu kelas memandangnya.

“awat, pit?”

Shafiq memandang Izzat dengan pandangan bosan.

“cikgu Azura tak mai sekolah, pastu cikgu Maheerah yang gantikan.. so, jom gerak pergi Library gais..”

Hampir satu kelas bersorak kegembiraan.

“nasib baik la cikgu Azura tak mai sekolah! Homework semalam aku tak buat langsung!” ujar Balqis kepada rakan sekelasnya.

Nazeem tersenyum kecil lalu pandangannya jatuh terhadap Aileen yang hanya membuat wajah bosan. Nazeem bertekad dia ingin meminta maaf terhadap Aileen.

***

Aileen mengeluh berat. Dia memandang setiap meja di dalam library yang sudah pun dipenuhi oleh murid lain. Mata Aileen terpandang meja yang berada di hujung library, masih ada lagi tempat yang kosong. Pantas Aileen berjalan dengan laju dan meletakkan barangannya di atas meja lalu melabuhkan punggungnya. Baru sahaja dia menyelak buku latihan Matematiknya, tiba-tiba ada satu makhluk melabuhkan punggung di depannya. Aileen memandang depan dan dia mengeluh.

Nazeem.

“dalam banyak-banyak tempat, kau nak jugak duduk sini kan?” sindir Aileen kepada Nazeem lalu dia kembali menatap buku latihan Matematiknya.

“hmm, dalam banyak-banyak tempat, tempat ni jelah yang kosong,” balas Nazeem dan membuatkan Aileen memandangnya sekilas pandang.

“apa-apa jelah..”

“kau marah ke?”

“marah?” Aileen kembali memandang Nazeem. “marah untuk apa?” soal Aileen kepada Nazeem. Niat untuk membuat latihan dimatikan.

“marah sebab haritu.. Hari Sukan.. haritu…”

Aileen tersenyum sinis. “tak.. aku tak marah pun…”

“betul?!” soal Nazeem dengan kuat.

Semua mata memandang ke arahh meja mereka manakala Aileen memejamkan matanya.

“Nazeem, sini library kot…” ujar Aileen kepada Nazeem dengan perlahan.

Nazeem tersengih. “sorry…”

Aileen menggelengkan kepalanya lalu dia kembali menatap buku latihannya.
“Nazeem…”

“ya?”

“do your homework or whatever and stop staring me like that, can’t you?”

“oh.. sorry.. hmm, okay aku…”

Nazeem menepuk dahinya.

“baru aku teringat.. homework aku semua dah siap….” Balas Nazeem dengan nada kecewa.

Aileen memandang Nazeem lalu dia ketawa kecil. Budak ni la…

“kalau homework dah siap kan.. pi la amik buku ke apa.. baca. Okay?” cadang Aileen kepada Nazeem.

“um, aku amik.. buku.. jap eh..”

Aileen hanya mengangguk.

“Nazeem.. Nazeem.. homework dah siap pun, muka kecewa… lawak betul…”

Usai 5 minit Nazeem menghilangkan diri, kemudian dia kembali dengan membawa buku cerita… kanak-kanak..?

“serius, Nazeem..? buku kanak-kanak..?”

Nazeem tersengih.

“eh, buku kanak-kanak best apa.. ada nilai murni pastu ayat dia guna pendek-pendek je.. nak dibandingkan dengan novel… fuuhh! Tak cukup tanah aku nak baca… mahunya aku tertidur sebab penerangan dia panjang sangat.. so, I more prefer buku kanak-kanak than novel,” jelas Nazeem panjang lebar kepada Aileen.

Aileen menekup mulutnya, menahan tawa dari meletus dek penjelasan Nazeem yang baginya kelakar.

“yelah.. Nazeem.. dah abis baca semua buku ni.. cerita la kat aku ya?”

Nazeem tersengih lagi.

“semestinyaa!” jawab Nazeem dengan kuat.

Lagi sekali Aileen menutup mukanya dengan tapak tangannya kerana malu dengan Nazeem. Nasib baik la dalam library hanya ada kelasnya sahaja.

“shh!”

Kedengaran pengawas pusat sumber membuat bunyi agar senyap.

“err.. sorry….” Jawab Nazeem tanpa bersuara.

“kau betul-betul kena kawan suara kau, Nazeem…”

“Aku pun rasa ya..”

Aileen memandang Nazeem sekilas lalu dia ketawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience