35

Romance Completed 95763

"Abang." Bahu Ikram Benjamin digoncang lembut. Dia duduk bersimpuh diatas katil. Bersebelahan lelaki itu.

"Tsk...abanggg! Bangunlah. Semalam cakap nak keluar jalan-jalan. Tapi dia yang tak bangun lagi." Hatinya semakin panas. Kembang-kuncup hidungnya menahan geram.

Dia mula memeluk tubuh. Ikram Benjamin dipandang geram.

Ting!

Tiba-tiba idea nakalnya menjelma diruang pemikiran. Badannya dibongkokkan mendekati Ikram Benjamin. Lama matanya menatap raut tampan dihadapannya. Bibirnya tersengih. Dia sedang tidur pun masih lagi jelas ketampanannya. Aduhai, hati. Tidak mungkin sampai begini sekali alahan mengandungnya.

Hujung jari telunjuk dilarikan pada batang hidung lelaki itu. Sesekali, tubuh itu bergerak sedikit akibat lenanya diganggu. Kemudian, dia tergelak sendiri.

"Abang. Tak apalah kalau tak nak bangun. Abang tidurlah. Dahlia turun sendiri." Sedihnya rasa hati. Semalam bukan main berjanji mahu membawanya bersiar-siar disekeliling kota Istanbul. Tetapi, janji dimungkiri nampaknya.

Perlahan saja dia turun dari katil. Dia sudah bersiap-siap sebenarnya dari tadi. Cuma menunggu 'putera raja' itu bangkit dari mimpinya saja.

Baru saja dia mahu menjejakkan kakinya ke lantai, pinggangnya dipeluk dari belakang. Terus terhenti langkahnya ketika itu. Badannya kaku.

Dia terasa ada pinggangnya dirangkul dari belakang. Hangat nafas itu menyapa kukit lehernya. Namun, cepat saja senyumnya dimatikan. Mahu merajuk lagi dan lagi. Tidak. Bukan dia yang merajuk. Mungkin pembawakan bayinya. Mungkin.

"Hmm...pagi-pagi dah merajuk ya. Abang minta maaf, sayang." Kepalanya dilentokkan pada bahu Anggun Dahlia. Tetapi matanya masih terpejam. Setiap helaan nafas itu tenang pada pendengarannya. Dia menoleh sedikit ke sisi. Mahu melihat raut tampan itu. Hatinya rindu. Ah, dia ada didepan mata pun boleh rindu-rinduan. Payah!

"Abang, cepatlah mandi. Kita sambung jalan-jalan dekat sini." Anggun Dahlia sedikit menggesa. Tetapi tidak dengan intonasi yang meninggi. suara itu cukup membuatkan Ikram Benjamin tersenyum dalam diam.

"Tadi merajuk. Sekarang manja-manja pula. Sayang nak apa ni? Hehe." Dia mendekatkan mukanya pada pipi Anggun Dahlia. Rezekinya dapat melihat perempuan itu bermanja-manja diwaktu pagi.

"Nak pergi jalan tengok kawasan Istanbul." Mulutnya memuncung.

"Emm...sayang jalan dalam fikiran abang aje boleh?" Pipi Anggun Dahlia dipegang menghadapnya. Dia masih lagi berada diposisi yang sama dimana dia melentokkan kepalanya pada bahu itu.

"Emm...hahahaha. Tak kelakar okey!" Tawanya dimatikan. Malas mahu melayan lelaki itu. Jangan mudah tertipu. Itu semua tipu daya lelaki bernama Ikram Benjamin.

"Tak kelakar tapi dia ketawa juga." Cuping telinga Anggun Dahlia digigit halus.

"Sayang." Suaranya mula bergema disebelah telinga.

"Ya." Dia berkira-kira mahu memandang Ikram Benjamin. Lelaki itu tiba-tiba senyap. Tidur lagi ke? Dia menoleh ke sisi.

Cup!

Satu ciuman melekat dihujung bibir Anggun Dahlia. Redup pandangan mata itu mula menikam anak matanya. Ah, jangan mudah tertewas Anggun Dahlia!

Mulutnya ditutup mahu ketawa.

"Abang sakit kepala. Tolong urutkan kepala abang sekejap, boleh? Lepas tu, abang bagi upah. Bawa sayang jalan-jalan satu Turki." Tangan kanan diangkat separas muka.

"Err..Dahlia minta maaf sebab kacau abang tidur." Dia menggigit bibir bawah. Serba salah dengan tingkah lakunya tadi.

Dalam masa yang sama Ikram Benjamin mengambil kesempatan itu. Dia terus merebahkan kepalanya dipeha Anggun Dahlia. Dia memejam rapat matanya.

Jari-jari lembut itu mula menyentuh kulit dahinya. Terus saja dia menarik senyum. Lega sedikit rasa berat dikepala.

Dia mengiring kepala menghadap perut Anggun Dahlia yang semakin membesar. Dia tersengih. Serta-merta fikirannya melayang tentang kisah dahulu.

Bukan main susah rasanya mahu menawan hati perempuan ini. Maklum saja, dia adalah bekas majikannya. Jadi, ego sentiasa menggunung. Tetapi, sekarang perempuan itu sedang mengandungkan satu nyawa. Iaitu zuriatnya.

Dia mengangkat kepalanya sedikit mendekati perut Anggun Dahlia. Satu ciuman melekat pada perut itu. Lama. Suka bercampur sebak. Kemudian, dia mendongak memandang ke arah anak mata lembut yang sedang membalas renungannya.

"Sayang. Terima kasih untuk semuanya." Dia meraih lembut tangan yang sedang memicit kepalanya. Lantas, tangan itu dibawa ke bibirnya. Satu kucupan dihadiahkan pada tangan itu. Tangan yang bakal memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan seorang ibu kepada zuriatnya nanti. Dia sayang perempuan itu. Sayang sehingga ke akhir nafasnya. Perempuan itu juga yang akan dijadikan bidadari di taman syurga-Nya.

"Sama-sama. Terima kasih juga sebab jadi seorang lelaki yang banyak bersabar dengan kerenah Dahlia. Terima kasih juga sebab tangan ni yang banyak tolong Dahlia." Tangan Ikram Benjamin dicium lembut.

"Anything...anything for my precious woman." Dia bangun dari baringnya. Gemersik suaranya menerjah ke rongga pendengaran Anggun Dahlia.

"Sakit kepala abang dah kurang. Terima kasih picitkan kepala abang." Dia mencium pipi lembut Anggun Dahlia bertalu-talu. Geram pula. Mana tidaknya, pipi itu semakin berisi. Gigit nanti baru tahu.

"Abang mandi dulu. Sayang tunggu sini sambil rindukan abang, okey?" Dia tersengih nakal. Tuala dicapai dan dia hilang dibalik pintu bilik air.

Sebaliknya, Anggun Dahlia pula mahu pitam rasanya. Baru dilemparkan sedikit kata-kata manis pagi itu, bagai mahu terbang ke awan rasanya. Tetapi rasanya belum sempat terbang ke awan, dia sudah menjunam ke tanah. Dia semakin berat! Ah, dia tidak suka! Tetapi, manusia yang didalam bilik air itu...DIA SUKA! Mukanya ditutup malu. Mengadanya, Anggun Dahlia!

----

(Hagia Sophia - 7.30 pagi)

Pagi ini mereka berada disini lagi. Kalau tidak kerana hal semalam Anggun Dahlia dikejar oleh 'orang gila', sudah tentu hari ini mereka berada di
destinasi lain. Tetapi tidak mengapa. Demi bidadari yang dicintainya, dia sanggup pergi ke tempat ini banyak kali.

Tangannya sibuk melaraskan ring lensa. Beberapa keping gambar seni bina Masjid Hagia Sophia diambil. Kemudian, dia meneliti satu-persatu hasil gambarnya. Dia mengangguk kecil tanda berpuas hati.

"Sayang." Dia mendekati Anggun Dahlia yang sedang menyedut air kotak strawberi Dutch Lady.

"Ya." Anggun Dahlia menoleh. Straw kecil masih melekat dibibirnya. Persis anak kecil lagaknya.

"Tak bosan ke setiap hari minum air susu tu? Nak termuntah pula abang tengok." Lehernya diusap tanda mual.

Jika dia disuruh untuk minum minuman itu, sudah tentunya akan dimuntahkan semula. Tekaknya memang tidak boleh menerima bancuhan air susu yang pekat seperti itu. Macam manalah Anggun Dahlia boleh memilih air itu sebagai minuman kegemarannya.

Slurpp! Slurpp! Slurpp!

Puas Anggun Dahlia menyedut sisa minuman yang ada sehingga habis.

Ikram Benjamin pula terkebil-kebil memandangnya. Kemudian, dia tergelak halus.

"Sayang. Sudahlah. Dah habis tu. Bagi sini, abang buang." Tangan dihulur meminta bekas minuman yang telah kosong.

"Tak apa. Dahlia boleh simpan dekat sini." Mulutnya memuncung ke arah beg sandang comelnya. Zip dibuka. Kotak minuman yang telah kosong dimasukkan ke dalam beg. Sesekali bibirnya juga turut dimainkan sambil memuncung. Kan sudah dikata. Tingkahnya seperti anak kecil.

"Okey. Good girl." Kepala Anggun Dahlia diusap dari luar tudung. Membuatkan perempuan itu tersengih sambil mendongak ke arahnya.

"Hey! Ben!" Seorang jejaka tampan mendekatinya.

Mereka berdua menoleh ke arah suara itu. Seorang lelaki muda sebaya dengan Ikram Benjamin menghampirinya. Bibirnya menguntum senyuman.

"Hey, man!" Ikram Benjamin menyambut sapaan lelaki itu dengan sebuah pelukan. Terdengar gelak halusnya. Mereka berbalas pelukan sekejap.

Anggun Dahlia memerhati tingkah-laku mereka.

'Siapa pula si tampan ni? Ops, abang Ben aku lagi tampan.'

Dia turut melemparkan senyuman buat lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience