(novantacinque) 95

Other Series 152486

"It's okay if that's the case, I don't know he's married.." Dom ketawa halus di sebelah sana talian.

Keadaan diam seketika sebelum Dom kembali berkata,

"Forget it, maybe something happened without my knowing there... hmm.. You go ahead with your business, let me finish him." suara si tuan bagai senang saja.

Zen pula yang musykil. Apa yang lelaki itu akan buat pada Naufal?

"What are you going to do with him?" soalnya takut-takut. Sifat ingin tahunya membuak-buak.

Jika perkara yang tidak dia ingini berlaku, terpaksalah dia selamatkan Naufal. Dan buat pertama kalinya dia melanggar kata-kata Dom. Dia tak sanggup begitu..

"Kenapa.. kau tanya aku? Is there any problem with that?" soal Dom sinis.

Menghela nafas berat Zen di sebelah sana. Phone dijauhkan seketika dari wajahnya, menarik nafas menenangkan diri sebelum kembali menukar fikirannya.

"Perdonami Dom. Grazie per la tua compasssione per lui." (Maafkan saya Dom. Terima kasih atas belas kasihan tuan.) balasnya hormat.

"Hmm.. nice work Zenny. Good luck with your apple, hope you'll make her yours." Sekali lagi ketawa kecil Dom kedengaran lagi pada pendengarannya.

Nampaknya mood Dom baik hari ini. Baguslah untuk dia.

"Grazie mille signor." talian dimatikan. Kini, selesai satu masalahnya.

Tapi dia perlu lakukan sesuatu pula. Aisyah.. Bagaimana agaknya wanita itu sekarang? Sudah berpunyakah dia? Masih ada kesempatankah buatnya untuk menyuting si dara?

'Hopefully I still have a chance.'

~~~~~~~~~~~~~~

Keesokan harinya, Zen bertolak ke kediaman teres sewaan Lara dan Aisyah. Kereta audi A7 putih yang diberikan Dom padanya semasa di Malaysia digunakan.

Kereta diberhentikan di hadapan pintu pagar yang elok bermangga dari dalam. Bercekak pinggang Zen di luar dengan mentari panas tercacak di atas kepala.

'Where do they go?' tiada kereta Lara di situ. Rumah itu pun sunyi.. tiada tanda-tanda didiami untuk jangka masa terdekat.

"Fuck. Fuck. Fuck. Fuck" gumam Zen perlahan sambil berlegar-legar di hadapan kediaman itu.

Bagaimana dia mahu mencari mereka kini? Nombor telefon kedua rakan itu sudah hilang dek kejadian yang menimpa Aleena semasa di situ.

Zen buntu. Sedang dia memerhati sekeliling, pandangannya terarah pada seorang wanita separuh abad, jiran di sebelah yang sepertinya mahu keluar.

Sebelum wanita itu meloloskan dirinya ke dalam kereta, Zen menegur sopan.

"Assalamualaikum puan." sapanya dari luar pagar rumah.

"Ye.. Waalaikumsalam. Ada apa anak ni?" soalnya tanpa was-was.

"Maafkan saya kerana menganggu, tapi saya nak bertanya.. penyewa wanita di rumah sebelah ni tak menyewa lagi ke?" soalnya cermat.

Wanita itu menoleh pada rumah sebelah sekilas sebelum menjawab,

"Oh Lara dengan Aisyah.. dorang tak menyewa dah dekat sini. Pindah rumah lain katanya si Lara tu. Aisyah tu pulak katanya nak nikah dah." balasnya pula.

Terkedu Zen mendengarnya. "Nik-nikah? De-dengan siapa? Di mana? Bila?" dia mula kabut bertanya.

"Hmm.. makcik lupe la nak. Kejap ye.. makcik ambilkan kad jemputan dia. Dia ada bagi pada makcik dua minggu lepas sebelum pindah keluar. Kejap na." wanita yang sedikit gempal itu pun lesap dari pandangan, masuk ke dalam rumah.

Zen di luar sudah bagai lipas kudung, tak tenang dirinya. Perasaan apa ni? Rasa bagaikan mahu menjerit dan meraung saja hatinya kini..

Tak seberapa lama kemudian, wanita itu muncul kembali bersama sepucuk kad jemputan yang dikatakannya.

"Ha inila kad dia.. hari ni rupanya dia nikah. Dekat Pahang. Makcik ade urusan, tak boleh nak datang.." makcik itu bertutur ramah.

Sakit! Sakit hatinya! Bagai mahu pecah dadanya mendengarkannya. Hari ini? Sekarang sudah pukul berapa? Selalunya nikah diadakan bila? Pagi? Tengahari? Petang? Dia tak tahu! Arggh.. damn!

"Saya ambil ya kad ini puan? Boleh?" soalnya lagi. Kalut.

"Oh ye. Boleh boleh. Amik la. Makcik pon nak keluar ni."

"Terima kasih puan. Assalamualaikum." Zen meminta diri kalut. Dia terus berlalu ke arah keretanya dan alamat diteliti.

Dia mahu bertemu wanita itu untuk meluahkan perasaan hatinya. Mungkin saja dia sudah terlambat.. masih berpeluangkah dia?

Kereta dipecut laju ke alamat yang diberi. Dalam hatinya tak henti berdo agar Aisyah masih belum menjadi milik sesiapa.

'Aisyah aku punya! Milik aku! Hanya aku!' entah berapa kali sterengnya ditumbuk sekuat hati. Bengang! Terasa bodoh yang amat!

Bagaimana jika Aisyah sudah bernikah? Dia sudah punya suami.. tidak cintakah dia padaku? Mengapa dia berkahwin dengan orang lain?.. Mengapa dia setuju?.. Mengapa dia.. Mengapa!?

Air mata jantannya bertakung di tubir mata. 'Tak tak tak.. jika dia adalah isteri seseorang yang bukan bernama Zenrich Tsar, akan aku bunuh lelaki tu.'

'Ya Zen.. kau boleh saja bunuh lelaki keparat tu. Dia ambil hak kau.. Aisyah hak aku!' monolog hatinya kegilaan.

Sudah lupa terus akan simpati dan empati dalam dirinya seperti ketika perlu membunuh Naufal semalam.

Dia tidak dapat bertolak ansur apabila berkaitan wanita dambaan hatinya itu. Sial sial sial!

Agaknya beginilah perasaan Dom apabila Aleena dikelilingi lelaki lain.. Sakit, sakit yang amat.. lebih dari segelanya.

'Aku akan bawa kau pulang Aisyah.. Aku akan! Walaupun aku perlu menjadi seorang pendosa lagi, aku sanggup.. untuk kau jadi milikku!'

~~~~~~~~~~~

"Kau ni kenapa Aisyah!? Apa susah sangat ke permintaan kami ni.. tolonglah jangan pentingkan diri. Majlis ni tak akan berlangsung kalau kamu takde." Puan Alia cuba memujuk si anak yang enggan keluar dari biliknya walaupun sudah siap berdandan cantik untuk majlis pernikahannya.

"Apa pihak lelaki akan kata nanti jika kita terus-terusan menangguh macam ni.. tolonglah sedar Aisyah, Sedar! Kau akan jadi isteri orang hari ni.. janganlah macam ni." pujuknya lagi.

Majlis yang sepatutnya dijalankan sejam yang lepas tertangguh dek mood swings Aisyah yang berkeras tidak mahu menikah pula.

Sudahlah pihak lelaki dan tetamu sudah ramai yang tiba, apa pula yang akan mereka katakan nanti?

"Maafkan Aisyah ma.. Aisyah tak mampu.. Aisyah tak mampu.." hanya menangis saja yang mampu dia lakukan kini.

Apa yang perlu dia lakukan.. 'Ya Allah bantulah aku.'

"Kau nak kita jadi gelandangan ke Syah?! Kau sedar tak sekarang ni darurat, satu-satunya cara kita nak kekal hidup mewah macam ni.. kau nikah dengan anak dato-"

"Tak perlu. Kita tak perlu hidup mewah. Aisyah akan tamatkan belajar dan kerja untuk sara keluarga.. jadi tolonglah ma, jangan paksa Aisyah macam ni.." rayunya lagi.

Mekap di wajah sudah habis luntur, dibasuhnya dek air mata yang tak henti mengalir dari tadi lagi. Lara di sisi sentiasa setia menemaninya saat gentingnya.

"Kau jangan nak malukan aku sekarang Aisyah..dah terlalu lambat untuk kau ubah fikiran sekarang. Jadi ikut aku keluar, cepat!" Pn Alia sudah hilang sabar dengan anak bongsunya itu.

"Kamu sediakan dia, keluar lima minit lagi. Kalau tidak.. aku heret kau keluar, faham?! Jangan main-main dengan aku Aisyah." geram suaranya bertutur sebelum berlalu keluar.

Pintu dihempas sekuat hati sehingga terhenjut kedua bahu mereka di dalam. Aisyah cuba ditenangkan Lara lagi. Air mata wanita itu dikesat dan disolek halus Lara.

"Kau boleh buat ni Syah.. aku ada dengan kau. Sudah sudah. Jom keluar." si rakan dipapahnya keluar. Semua mata mula terarh padanya sebaik saja keluar daripada bilik tersebut.

Tiada secalit pun senyuman pada wajahnya. Dia tak gembira.. dia tak gembira dengan semua ini!

Dengan perasaan berkecamuk, duduk dilabuhkan juga apabila menerima panahan mata tajam si ibu.

Air matanya mahu mengalir lagi tetapi pantas diseka Lara di sebelah. Lengan si rakan diusap-usapnya lembut, menenangkan.

Tok kadi sudah mula bersuara dan kedua pihak hanya mahu mempercepatkan saja penyatuan kedua mempelai itu terutamanya pada belah pihak perempuan.

Kedua lelaki itu mula berjabat tangan. Esak tangis Aisyah sudah sukar dibendung, memerah wajahnya dengan air mata yang tak henti mengalir perlahan, diseka-seka Lara panik.

Pada tika ijab dilafazkan, matanya terpejam rapat. Cuba menerima hakikat yang terlalu sukar buatnya.

Aisyah pasrah dengan ketentuan Ilahi. Tetapi dalam hatinya tidak pernah lupa akan sebaris nama yang sentiasa di fikirannya dari tadi.

'Zen.. mana awak?'

Dentuman tembakan beberapa das mengejutkan semua yang ada. Terjerit-jerit dan berlari lintang-pukang menyelamatkan diri para tetamu.

Keadaan makin panik apabila satu tembakan mengenai bahu si bakal pengantin lelaki. Syed sudah menggelupur kesakitan dan kalut dipapah beberapa orang lelaki agar berlindung.

Tembakannya dari mana? Tiada siapapun yang perasan dan tahu. Mereka hanya panik.. berselindung dan berlari bertempiaran agar nyawa tidak melayang.

Zen sudah memasang picu auto pada pistol yang dipasangkan mekanisme di dalam kereta dengan tingkap kereta yang dibiarkannya terbuka sedikit. Tidak di sasarkan sesiapapun, hanya menembak rambang saja.

Tetapi Syed.. memang dia mahu saja membunuh lelaki itu tetapi fikirannya kini hanya Aisyah. Dia akan bawa wanita itu lari bersamanya!

Wanita itu kaku, takut! Lara yang cuba menarik-narik lengannya bagai mahu pecah dada ketakutan sambil menangis.

"Aisyah! Jomlah lari! Syah!" jeritnya memanggil lagi, dalam ketakutan.

Suatu gas asap mula memenuhi ruangan terbuka itu apabila kedengaran sesuatu meletop di tengah kawasan. Asap putih yang agak tebal mula memenuhi kawasan.
Lara panik apabila dia tidak dapat melihat apa-apa. Lagipula lengan Aisyah tadi sudah tidak dapat dia rasakan di sebelahnya.

Zen merapati Aisyah dalam kesamaran putih asap sebelum menekup mulut dan hidung wanita itu dengan kain sapu yang diletakkan suatu cairan padanya.

Dikendongnya wanita tidak sedarkan diri itu ke dalam kereta tak jauh dari situ.

Ya, dia mahu menculik wanita itu. Lantaklah apapun yang akan berlaku.

Kereta audinya hanya dibiarkan menarik perhatian. Zen sudah membuat persiapan, sebuah kereta tempatan, preve hitam dinaikinya.

Tubuh Aisyah dibaringkannya di bahagian belakang sebelum ke bahagian memandu. Dipecutnya selaju mungkin, melarikan diri bersama si pengantin wanita.

Gila. Itu apa yang dia rasakan kini. Dia gilakan wanita itu!

Zen ketawa halus tanpa sebab, di otaknya sudah merangka rancangan yang bakal dia laksanakan..

Hanya bersama si pujaan hati, Aisyah...

Tubuh yang tertidur enak di bahagian belakang itu dilihatnya sesekali dengan senyuman sinis.

'You're mine mia bella.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience