Selain itu terdapat juga versi cerita yang mengaitkan bangle ini dengan seorang ahli perniagaan dari luar Negara. Banglo ini sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat.
Dikatakan sebelum membina banglo tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain.
Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya.
Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang. Disebabkan cerita ini terlalu lama pada zaman pemerintahan British maka tidak ada siapa yang mampu berikan bukti bahawa inilah yang terjadi.
Namun lain pula ceritanya tentang misteri banglo ini. Selain kisah Nabila dan kisah zaman jajahan British ini.
Menurut orang yang pernah ke jalan Strait View di mana lokasi villa ni berada, terdapat pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit tersebut. Menurut cerita banglo tu dah ada kat situ sejak tahun 60-an lagi. Banglo tu sangatlah cantik pada masa tu.
Kemudian sekitar tahun 80-an villa tersebut jadi tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai orang berada termasuklah mat-mat salleh.
Kemudian sekitar tahun 90-an villa tersebut mula kosong. Bermula dari situ mulanya kisah-kisah misteri yang diceritakan orang dari mulut ke mulut. Biasalah, bila dah cerita tu mesti ada orang yang akan tambah cerita.
Selaini tu menurut cerita, dahulunya villa tersebut dimiliki oleh seorang Dato’ berbangsa Cina. Tapi atas sebab-sebab tertentu status Dato’ beliau dilucutkan, kemudian dia tidak lagi menetap di banglo tersebut.
Banglo tersebut hanyalah dijadikan sebagai tempat untuk bercuti atau beristirahat bersama keluarganya. Atas sebab tertentu juga dia sekeluarga tidak lagi menghiraukan bangle tersebut.
Walau apa pun tiada yang mampu memberikan gambaran sebenar apa yang berlaku kepada bangle tersebut. Hatta orang sekeliling sekali pun bingung dengan apa yang terjadi hingga bangle ini dikatakan berhantu dan mengeluarkan bunyi pelik pada malam hari.
Share this novel