enam puluh dua

Romance Series 207196

"Don't do anything la sayang.." keras suara Khalish dari belakang menyedarkan Shira.

Dia menoleh sambil melemparkan senyuman lebar. Khalish yang baru muncul di muka dapur terus berlalu ke arahnya.

"Alah.. dah Shira makan, Shira kemas basuh la semua.. apa masalahnya?" jawapan Shira langsung tak disukai Khalish.

Kedua tangan si isteri dipegang dan dibasuh seraya disabun sekali sebelum mengambil tisu dan dilapkan kering. Wajahnya serius habis, seperti mahu bergaduh saja.

"Due date esok kan, jangan nak mengade ek?" wajah tak berperasaan itu menjeling si isteri tajam.

Tangan Shira ditarik mengikuti langkahnya ke ruang tamu.

"Duduk." arahan diberikan, Shira melabuhkan duduk dengan wajah cemberut.

Sejak dirinya sarat, lelaki itu terlalu menjaganya sehinggakan makan pun hendak bersuap.

Itu bukan lagi sewaktu tidur, Khalish akan mengurut-urut kakinya hingga dia terlena mahupun mendodoinya tanpa apa-apa sebab.

Too caring!

"Berapa kali abang dah cakap, jangan buat kerja apapun. Cuba duduk berehat.. abang jawab call kejap je tadi, sayang dah kemas meja basuh pinggan bagai." bebel Khalish dingin.

Mengeluh berat Shira dengan perangai terbawa-bawa si suami. Tetapi hanya seketika, dia tersenyum kembali.

"Yelah.. orang salah. Sorry lah. Shira tak nak la manjakan sangat diri.. abang pun satu, tak kan nak Shira makan minum tido je.. hmm?" Lengan Khalish di sebelahnya dirangkul dan diusap perlahan.

Kepala sengaja dilabuhkan ke pangkal bahu itu. Mahu memujuk.

"Memang. Abang nak sayang makan minum tido je. Tak payah buat apa-apa." balas Khalish sarkastik. Tetapi dia benar-benar maksudkannya!

"Hehehe.. abang sebenarnya excited kan nak dapat baby boy ni.." ujar Shira. Pipi Khalish dikucupnya sekilas.

"Mana ade.. biase je." Khalish berdehem sebentar sambil cover cool. Nampak sangatkah?

"Nanti Mr Schizo Shira ni bolehlah jadi daddy.. tak sabar Shira nak tengok. Hahaha. Mesti sweet-sweet." ketawa ilai Shira mencebikkan Khalsih. Perlilah tu.

"Huh, Nanti abang belajarlah jaga anak." balasnya dingin. Rajuk.

"Abang tak payah risaulah.. walaupun budak-budak lain tak suka abang, Shira yakin baby ni bukan macam tu. Kan sayang? Anak daddy ni mestilah sayanh mummy daddy kan?" perutnya diusap lembut.

Teringat akan peristiwa-peristiwa sebelum ini. Khalish tidak pernah rapat dengan mana-mana budak kecil kerana kondisi bekunya.

Bukan kerana dia tak mencuba, tetapi kerana ramai anak-anak kecil yang tidak menggemarinya. Risau hati si bapa baru itu.

"Abang.. jom lepak luar. Shira nak jalan atas batu acupuncture kat luar tu. Jom." tak mahu membiarkan Khalish berfikir yang bukan-bukan, tangan si suami ditariknya bangun bersama.

"Yang.. dah malam ni. Tak payahlah.. rehat je. Baru makan kan." lengan Shira cuba ditarik duduk kembali.

"Hurmm.. abang ni. Memanglah dah malam, sebab baru makan la Shira ajak abang jalan kat luar tu. Kalau tak nak, Shira keluar sendiri la." rajuknya pula.

Baru dia berura-ura mahu melangkah pergi, Khalish mengenggam tangannya dan merengus geram.

"Hish! Sengaje je kan?" walaupun tak setuju, permintaan Shira dituruti jua. Dipimpin wanita itu ke halaman bersebelahan rumah.

Perlahan-lahan kaki yang semakin tembam itu mula memijak batu-batuan sambil dipimpin Khalish, berjalan perlahan.

Kedua mereka hanya diam saja seketika sebelum Shira bersuara.

"Abang.. macam mana kalau Shira tak selamat nanti waktu bersalin?" tiba-tiba soalan itu terpancul keluar dari ulas bibir berwajah muram itu.

"Yang.. kenapa cakap macam tu. Jangan pernah terfikir pon nak tinggalkan abang, faham?" terhenti langkah Khalish. Berkerut kening itu tanda tak suka.

"Aturan Allah kita tak tahu.. Shira tanye je." tersenyum Shira nipis. Takut kerana ianya akan menjadi pengalaman pertamanya.

"Jangan cakap hal macam tu dah.. Abang tak suka. Kita akan besarkan anak ni sama-sama.. sayang akan baik je nanti.Trust me. Abang akan ambil doktor terbaik untuk sayang.." perut si isteri diusapnya perlahan.

Wajah dingin tadi kembali keruh. Rambut panjang Shira yang diikat kuda itu disikat dengan jari-jemarinya lembut.

"Ye bang.. Shira pun harapkan yang sama. Jomlah satu round lagi, lepas tu Shira nak rehat.. penat." tangan Khalish ditariknya lagi, mahu meneruskan langkah kakinya.

"La.. ingatkan nak satu round apa tadi. Kalau yang tu, abang tak bagi satu round.. sampai sepuluh round pun takpe." beku saja tuturnya sambil merangkul pinggang Shira.

Khalish di sebelah dijeling Shira manja sebelum,

"Au.. sakitlah yang.." perutnya diusap perlahan. Perempuan memang suka mencubit ya?

"Padanlah muka, yang ni pon tak keluar lagi.. ade hati nak ber'round'." ketawa halus Shira melihat wajah memasam Khalish.

"Yelah abang tunggu la ni.." pipi Shira dikucupnya sekilas sebelum memimpin kembali Shira.

Setelah itu mereka berbual sebentar di dalam bilik sebelum masuk tidur. Khalish terfikirkan kata-kata Shira tadi, dia langsung tak dapat melelapkan mata.

Wajah Shira yang tidur di bawah ketiaknya diperhati leka. Pernah juga dia bertanya, Tak sesakkah tidur di bawah itu?

Tapi kata Shira dia selesa di situ, pelik perilaku wanita mengandung ni ye.. ada saja yang dipintanya. Lampu tidur juga tak mahu ditutup Shira, katanya tak selesa apabila gelap.

'Sayang.. jangan tinggalkan abang.Semuanya akan baik-baik je..' hati sendiri cuba ditenangkan. Ubun-ubun Shira dikucupnya lembut beberapa kali.

Disebabkan gelisah dan tak selesa malam itu, Khalish mula bangun dari tidurnya. Wuduk diambil sebelum menunaikan solat tahajjud dan hajat. Harapnya gerak hatinya ini hanyalah mainan perasaan saja.

Sesudah itu, quran kecil diambil sebelum kembali menyandarkan diri di sebelah Shira. Surah-surah dibacanya perlahan sambil mengusap lembut perut memboyot dan ubun-ubun Shira.

~~~~~~~~~~~~~~~

Entah pukul berapa dia terjaga disebabkan suara Shira memanggilnya bersama tangisan. Kelam-kabut dia apabila wanita itu mengerang kesakitan sambil memegang perutnya.

"Sayang? Yang dah nak bersalin ye? Kejap, kejap." dengan mamainya Khalish ke wardrobe. Kain pelekatnya digantik dengan seluar slack.

Tudung dan kardigan buat si isteri diambil dan dipakaikan pada Shira. Dompet dan phone nya juga diambil.

Nasib baiklah barangan yang diperlukan Shira nanti sudah dia siap sediakan di dalam bonet kereta.

Tubuh Shira pula digendongnya lembut, sudah tak dihiraukan lagi berat badan si isteri. Dibawanya keluar ke arah kereta dan terus dipecutnya laju ke hospital swasta berdekatan.

Shira yang menangis dan berzikir di sebelahnya itu cuba ditenangkannya sambil memandu. Rasanya seperti mahu keluar saja air mata jantannya apabila melihatkan si isteri yang kesakitan, sebak.

"Sikit je lagi dah nak sampai yang.. tahan ye?" lengannya yang digenggam kuat Shira dibiarkan saja.

Kereta terus saja dipandu ke bahagian kecemasan apabila memasuki perkarangan hospital dan Shira terus saja dibawa ke bilik kerana bukaannya farajnya sudah besar. Darah juga sudah banyak yang mengalir keluar.

Khalish menemani si isteri hampir dua jam barulah bayi selamat dilahirkan. Suara tangisan terus memenuhu ruangan itu.

Ucapan syukur dititipkan. Dahi si isteri yang terkulai lemah itu dikucupnya lama, air mata di tubir matanya diseka pantas.

Bayi diiqamat dan diazankan olehnya sebelum anak isterinya ditempatkan ke bilik-bilik yang tersedia.

Khalish terus saja menghubungi keluarganya dan Shira untuk memaklumkan kejadian itu kerana tidak berkesempatan tadi.

Setelah itu dia mengambil barang-barangan Shira di dalam bonet kereta sebelum ke bilik si isteri.

Shira sudah siap dimandikan dan dirawat baik. Wanita itu memejam matanya kaku berbaring di atas katil, tidur barangkali akibat kepenatan.

Khalish gembira, gembira yang amat! Tak dia sangka kini dirinya bergelar seorang bapa pada umur 34 tahun ini.

Walaupun raut wajahnya tidak menggambarkan apa-apa perasaan, dalam hatinya hanya tuhan saja yang tahu.

Serasanya perasaan ini adalah antara yang paling menggembirkan daripada apapun. Inikah perasaan setiap bapa?

Duduk dilabuhkan di atas kerusi pelawat bersebelahan katil. Tangan pucat itu diambil berhati-hati, dikucupnya sayang. Sayang sangat!

Dalam hatinya tak henti mengucapkan syukur. Sesekali wajah Shira akan diamatinya leka, bagai tak puas menatap wajah sang isteri.

Wanita yang sanggup bertarung nyawa untuk melahirkan zuriatnya. Sayang semakin melimpah ruah buat insan bergelar isteri ini. Amat.

Tak seberapa lama, seorang jururawat masuk membawa seorang bayi lelaki. Khalish kalut saja bangun dari duduknya untuk melihat si anak untuk kali kedua.

Tak puas!

Shira diminta menyusukan bayi dan mereka akan mengambil anak tersebut mengikut masanya.

"Abang.. abang yang nak susukan anak ke Shira ni?" usik Shira dengan senyuman manisnya.

Suka dia melihat Khalish yang mengampu bayi lelaki seberat 3kg itu. Wajah Shira pula langsung tak dilihat apabila si anak ada di depan mata. Terujalah tu..

"Yeye.. abang tahulah. sekejap je pun. Sayang daddy ni lapar ye? Sorry.. mummy ni kalut je nak baby." bayi lelaki itu diserahkan pula pada Shira yanh bersandar di kepala katil.

Disambutnya lembut. Rambut lebat dan wajah kemerahan itu diusap Khalish tak henti sambil Shira menyusukan. Tak menyempat betul.

"Tadi kan yang.. Haneef pandang abang. Pastu dia mumbling something but I don't understand it. Haneef cakap apa yang?" teruja saja Khalish berbicara sambil tangan tak lepas dari anaknya. Ada saja yang hendak diusap lelaki itu.

"Ya Allah.abang.. manalah Shira tahu. Hahaha. Dia nak sembang dengan abang la tu. Kan sayang mummy ni? Sayang cakap apa dengan daddy tadi hmm?" gembira saja mereka berdua berbual bersama tentang si anak.

Tanpa sedar sepasang mata si ibu di luar berkaca kegembiraan.

'Terima kasih Ya Allah.. kau kurniakan anakku kebahagiaannya sendiri. Keluarganya..' air mata Pn Zaleha dikesat lembut sebelum pintu diketuk beberapa kali, dia menjengulkan kepala.

"Assalamualaikum.." Pn Zaleha bersama En Razi masuk dengan raut gembira pada wajah masing-masing apabila melihat si anak cucunya sihat dan baik-baik belaka.

"Waalaikumsalam mi.. abi.. marilah duduk." Khalish terus menyalami kedua orang tuanya.

Adik-beradiknya yang lain turut hadir bersama memeriahkan lagi sambutan ahli keluarga baru itu.

Bertukar-tukar tangan si anak kecil itu dikendong mereka. Suka sangat.

Tak seberapa lama, keluarga Shira pula menyusul. Ucapan tahniah tak henti-henti diucapkan kepada kedua mereka sebagai ibu bapa baru.

Habis saja waktu melawat kesemua mereka pulang. Khalish menawarkan diri mahu menjaga Shira di hospital walaupun umi dan ibu mertuanya menawarkan diri. Katanya mahu menjaga si isteri sendiri.

Malam itu Shira tertidur selepas menyusukan bayi lagi. Si anak kecil di sebelah si ibu masih belum memejamkan mata, ralit memandang ke arahnya yang sibuk berbual sama.

Tak dia pedulikan anak itu faham atau tidak.. dia tak kisah. Anak itu menyerikan hidupnya. Suka apabila Haneef seperti memberi respon pada bicaranya.

Tak lama kemudian, bayi yang dibedung itu diambilnya dan didodoikan perlahan sambil berzikir.

Kini dia, seorang Schizo, lelaki tak sempurna.. penuh kelemahan, punya keluarga yang sempurna.. Cukup sempurna untuknya.

Si Isteri gedik yang menambat hati bekunnya dan si anak comel yang baru lahir ke dunia. Itulah salah satu pemberian tuhan yang tak akan dia sia-siakan.

Dahi Haneef Amsyar yang sudah lena dikucupnya perlahan sebelum diletakkan kembali ke sebelah si ibu.

Beralih pula pada si isteri kesayangan, dahi itu dikucupnya syahdu disertakan titisan air mata syukur.

"Thank you for choosing this Schizo, sayang."

-THE END-

Share this novel

Mimie Harmiza
2020-12-05 17:10:52 

akhirnya..thnks


NovelPlus Premium

The best ads free experience