VS 7

Drama Completed 85759

“Adess.. kong pulak battery ni!”
Jari Eva tekan-tekan skrin I-phone Xr miliknya. Masih juga tak boleh on.

“Aish! Dah lah aku tak bawak charger! Macam mana nak call Zizie mintak bawa baju aku?”
Hujung bucu I-phone Xr di ketuk-ketuk pada sisi dahi.

Ni kalau keluar dari bilik, sah-sah kena angkut pergi event balik.
Argghh! Malas la! Letih!

Eva jadi hempas tubuh diatas tilam umpama teletubbies Dipsy yang nakal!
Bergoyang sekejap katil menahan beban 55 kilogram.

i-Phone Xr diletak kesisi tubuh.
Jam didinding dilirik, dah hampir pukul 12 malam. Memang best tidur saat ni, tapi...

Mata Eva lirik gaun putih yang tersarung kat badanya. Nak je dicabut gaun tu, namun fikirkan dia tiada pakaian untuk ditukar nanti membuatkan niatnya terbantut.
Luggage yang berisi kelengkapan milik Eva masih di bilik Zizie.
Pukul berapa agaknya Nyah tu nak balik bilik dia?
Entah-entah tersangkut kat bilik lain. mmmm...

Ding Dong!
Hah! Eva dudukan badan bila terdengar loceng biliknya dibunyikan.
Panjang umur Zizie a.k.a pondan vogue. Baru sebut dah datang.

Tok! Tok! Tok!
Haish! Kalau ye pun sabar lah! Aku tarik juga dada silicon Zizie ni kang!
“Wait!”

Kunci selak ditarik, lantas tombol pintu ditolak kebawah sebelum membukanya.

“Eva..”

“Huk!”
Sesaat pintu dibuka, Tubuh Lukas jatuh mengenai bahu Eva. Nasib baik dia sempat sambut kalau tak badan yang sekali ganda berat darinya itu mungkin akan tersungkur ke lantai!.
“Lukas.. are you okay?”
Eva masih pegang bahu Lukas, takmahu muka lelaki itu menyentuh dadanya.

Lukas dongak kepala, barisan giginya ditunjuk kepada Eva.
“My darling Eva... My wife to be... My love Forever...”

Eva tutup hidung! Bau masam arak menyengit kuat.
Bila masa Lukas tahu minum air kencing syaitan ni?!
“Lukas.. are you drunk.. come i send you back.”
Eva cuba mendirikan Lukas yang dah terhoyong-hayang tak sedar kan diri.

Lukas tolak perlahan tubuh Eva sebelum badan sepenuhnya masuk ke dalam bilik dan kaki kirinya menolak daun pintu agar tertutup.
Dalam pandangan yang agak kabur, Lukas masih melihat kecantikan Eva.
Kaki selangkah lagi menghampiri wanita itu.

Eva mendekati Lukas semula, kedua bahu lelaki itu dipegang.
“Lukas... wake up.. you dah mabuk teruk ni... i hantar you balik.”
Sekali lagi Eva menawarkan diri.

Sesaat kemudian terdengar suara Lukas mengekek.
“You selalu nak jauh dari i Eva. Why? Because your best friend is here?”

Best Friend?
Siapa?
Lukas gengam kedua lengan Eva. Kaki terus menahan badan yang menari niang rapik.
“Kenapa you selalu buat i tak wujud Eva? We going to be married. Tapi you tak habis-habis nak scandal dengan Daim.”

Wuuu what?
“You nak cakap apa ni Lukas?”

Lukas hempas kedua lengan Eva, kakinya kekiri ke kanan menuju ke ‘mini bar fridge’.
Ketika pintu peti ais terbuka, tangan mengapai tin Bir lambang bintang merah yang berada didalamnya.

Eva mengeluh. Laju dia menapak menghampiri Lukas lantas merampas tin Bir dari tangan lelaki itu.
“Enough Lukas, better you balik.”

Lukas cuba tegak kan wajah. Mata dibulatkan.
“Kenapa you nak i balik cepat sangat? Sebab you nak jumpa Daim?”

“Lukas i think you misunderstanding about me and Daim. I dengan Daim....”

“Misunderstanding?!”
Lukas pangkah ayat Eva.
“Eva.. i know why you taknak i join this event. It all about Daim right? You invited Daim but not me? Actually you want Daim to be your partner, it is?”

Eva raup wajah.
Apa yang Lukas merepek ni?

“If Zizie don’t call me. I takkan tahu yang you cuba tipu i.”

“Lukas...”
Lukas menghampiri Eva, sekali lagi bahu wanita itu digengam erat.
Kali ni lebih kuat.

Eva pandang mata Lukas, dah merah. Dia takut.

Lukas tunduk wajah, bibirnya didekatkan pada telinga Eva.
“You are mine Eva... forever...”

Glup!!
Eva cuba tolak dada Lukas yang semakin menghimpitnya. Sesak!
Bau masam arak kian kuat!

Kau melawan ye Eva?!
Lukas hilang pendirian.
Tubuh Eva ditarik pantas dalam pelukanya.
Wangian Rose Tube yang timbul dari artery di leher wanita itu cukup sensual membuat saraf Lukas teransang.
Terus mukanya dibenamkan ke dalam rambut wanita itu dan mencium setiap pelusuk leher kanan milik Eva.

“No Lukas!”
Eva menjerit bila terasa kulit leher ditarik dengan bibir Lukas. Dada sasa lelaki itu cuba ditolak, namun kekuatanya tak sama dengan Lukas.
Makin dia tolak, makin kuat Lukas peluk tubuhnya.
Tak cukup dengan leher, kini bibir Lukas jatuh dipangkal dagu Eva.

Eva menjerit ketakutan!
“Please Lukas! Jangan buat i macam ni!”

Rayuan Eva seolah lagu romantik yang menyuruh Lukas memainkan ransangan yang lebih pada wanita itu.
Puas leher, dagu dan pipi Eva dicium. Urat saraf Lukas bergegar untuk menyentuh bibir kecil milik wanita itu.
Tanpa menghiraukan tolakan Eva, Lukas memagut bibir merah wanita itu tanpa belas.

Eva sesak nafas bila bibirnya dipaut kasar. Mulut terus ditutup tak mahu beri ruang Lukas menakluk kedalam lagi.
Tangan makin kencang menolak tubuh lelaki itu namun Eva tak berdaya. Seluruh badannya terasa sakit bila dipeluk kuat oleh Lukas.

Lukas angkat wajah, matanya makin merah memandang Eva. Sakit hatinya bila Eva tidak membuka mulut saat bibirnya bertarung untuk merasai air liur wanita itu.
“You kedekut dengan i Eva! Sedangkan Daim dah rasa semua milik you kan?!”

Apa maksud kau Lukas?!
Hati Eva panas.
Dan pankk!!
Tidak semena pipi lelaki itu ditampar kuat!
Tuduhan Lukas benar-benar mengecilkan maruahnya.

Lukas sentuh pipinya sebelum bola mata kembali besar memandang Eva.
“Bull shit! You are mine Eva! I want to fucking you Eva!!!”
Kali ni tindakan Lukas makin rakus.
Gaun putih yang tersarung di badan Eva, ditarik kuat hingga terkoyak dibahagian bahu dan menampakan ‘bra stripless’ wanita itu.

Eva kian meronta. Mulutnya menjerit-jerit meminta tolong. Tangan terus kuat menolak Lukas. Namun itu semua tak terkesan pada lelaki itu. Lukas seolah-olah hilang akal!
Eva pejam mata.
God! Please save me!!!

Tok! Tok! Tok!
“Eva!!!”

Hah?!
Mata Eva kembali dibuka.
Telinganya menangkap suara Daim diluar pintu.
Sekali lagi Eva mencari kekuatan untuk menolak tubuh Lukas menjauhinya.

Tapi Lukas tak serik. Kali ni dada Eva yang hampir menampakan lurah digigit dan dicium rakus!

Tok! Tok! Tok!
Pintu terus bergegar mintak dibuka.
Suara Daim makin kuat memanggil nama Eva.

Eva cari kekuatan yang masih bersisa. Kaki kanan diangkat tinggi sebelum menunjal kepala lututnya ke tengah pangkal peha Lukas.

“Argghhh!!”
Lukas menjerit kuat lantas menerkup anunya dengan tapak tangan.
Peritnya hanya tuhan yang tahu!
Shit you Eva!

Saat Lukas jauh, Eva tak tunggu lagi. Kaki melangkah laju menuju ke pintu dan membukanya.

“Eva!!”
Ketika pintu dibuka, mata Daim bulat memandang tubuh Eva! Lantas kakinya merapat wanita itu, kedua bahu Eva dipegang.
“Kau okay ke Eva?”
Soalan bodoh!
Sedang mata Daim dah nampak gaun Eva terkoyak besar dibahagian dada kanannya.

Hadirnya Daim seolah-olah kekuatan pada Eva, kepalanya didongak.
“Im...”
Eva bagaikan merayu meminta tolong.
Kelopak mata dah berair.

Pedih!
Seperti bebelas tahun yang lalu, Daim Akli seorang yang PANTANG melihat Eva menangis!
Hatinya serta merta sakit!

Tubuh Eva ditolak perlahan ketepi.
Daim tahu siapa yang buat Eva macam ni.
Kaki diderap laju memasuki bilik dan menghampiri Lukas yang masih merekot memengang celah pehanya sambil mendengus berkali-kali.

“Apa kau dah buat kat Eva, Lukas?!”
Pakk!
Pantas kaki Daim dihayun mengenai sisi pinggang Lukas.

Makin teruk Lukas mengerang!
Tubuhnya tak larat lagi untuk dibangunkan.

Daim tarik kolar baju Lukas, mendirikan lelaki itu.

Badan Lukas dah lembik, dia hanya turut sahaja tindakan Daim.

“You’re such a low person and not suitable for any one Lukas!”
Bukk!
Kali ni buku lima Daim pula singgah di pipi kiri Lukas.
Daim menyumpah ayat yang sama pernah dikeluarkan oleh lelaki itu padanya!

“I will kill you Lukas!!”
Sekali lagi penumbuk Daim dilayang tinggi melepasi kepalanya.
Jiwanya meronta-ronta untuk menamatkan nyawa Syaitan dihadapanya itu.

Namun belum sempat buku lima Daim mengenai pipi Lukas untuk kali kedua, Eva pantas mencapai lengannya dan memberhentikan tindakan lelaki itu.
“Dah Im... “

Daim mendengus, mata dilirik kepada Eva meminta lengannya dilepaskan.

“Please Im..”
Lengan Daim terus dipegang kejap oleh Eva.
Dia marah pada Lukas.
Dia geram dengan Lukas.
Saat ni Eva pun ingin Lukas mati!
Tapi dia harus fikirkan masa depan.
Eva takknak Daim dipersalahkan.

Dada Daim dah turun naik menahan marah.
Rahang kekarnya terangkat-angkat, urat hijau dah timbul disisi dahi.
Tindakan dia mati bila melihat mata sayu Eva.
Perlahan lengannya diturunkan, gengaman pada kolar baju Lukas dilepaskan.

Sedari diri dah longgar dari Daim, Lukas serta merta menarik kolar V lelaki itu dan Bukk!!
Tumbukan dilepaskan pada rahang kiri Daim sehingga lelaki itu hampir tersungkur.

Eva menjerit kuat saat mata menangkap Daim yang hampir terbaring ke lantai.

Shit!
Daim pegang bibirnya yang terasa perit.
Silap dia kerana alpa!

Lukas tak mahu teruskan pergaduhan kerana dia tahu, dia bukan lawan Daim.
Cukup satu tumbukan sudah membalas tindakan lelaki itu padanya.
Serta merta langkah dihayun keluar dari bilik.

Daim bangun!
Dia tak mahu lepaskan Lukas lagi!

“Im... cukup...”
Eva peluk lengan Daim.
Dia tak mahu Daim kejar Lukas.
Eva takut perkara ni akan diketahui orang diluar.

Nafas panjang dilepaskan. Daim sentuh hujung bibirnya, rasa cecair mengalir dan panas.

Eva melangkah menghadap Daim, kepala didongak.
Bibir Daim yang berdarah disentuh.
Sekali lagi air matanya jatuh.

Daim telan air liur, mata menangkap dada Eva yang dah terbuka menampakan baju dalam wanita itu.

Pantas Daim mencapai selimut diatas katil dan menyauk tubuh Eva.

Eva yang baru sedar dadanya hampir terlanjang, menarik hujung selimut yang disarung Daim dan dibawa kedepan menutupi hampir keseluruhan tubuhnya.

Malu! Sedih! Marah!
Semua perasaan tu berkumpul menjadi satu.
Terus air mata Eva tanpa segan jatuh mengalir ke pipinya.

Sekali lagi Daim sebut.
DIA TAK SUKA TENGOK EVA NATASHA MENANGIS!

Hatinya bagai disiat halus!
Pantas tubuh wanita itu dirangkul dalam dakapanya.

Kali ni tangisan Eva makin bersendu.
Muka disembam ke dada kekar Daim.
Semua perasaan seolah-olah terluah pada lelaki itu.

“Jangan nangis Eva.. aku ada kat sini.”

Terhenjut-henjut bahu Eva saat Daim meluah kata.

Lama Daim biarkan Eva melayan perasaannya, sebelum menolak perlahan bahu wanita itu menjauhi dadanya.
Wajah ditunduk mencari anak mata Eva.
“Eva.. cukup.... jangan nangis, aku bawa kau balik ye.”

Eva angkat wajah, mata tajam Daim direnung lantas kepalanya digeleng laju.
“Aku taknak balik Im.. aku malu..”

Daim lepas nafas, bahu Eva dirangkul dan membawa wanita itu ke birai katil.
“Kau duduk dulu, aku ambik kan baju untuk kau tukar.”

Sekali lagi Eva geleng kepala.
“Baju aku semua masih dibilik Zizie.”

Kali ni makin kuat Daim mengeluh.
Think! Think!

Langkah dipusing menuju ke almari kayu dan mengambil ‘bathrobe’ putih milik Vistana Hotel yang tergantung didalamnya.

Bathrobe tersebut kemudian dihulur kepada Eva.
“Kau pakai ni dulu, nanti aku cari Zizie.”
Daim ingin melangkah namun terhenti saat lengannya dicapai oleh Eva.

“Im.. jangan tinggal kan aku.”

Badan Daim kembali dipusing menghadap Eva. Kedua tapak tangan besarnya menerkup sisi pipi Eva dan mendongak kan sikit wajah wanita itu supaya menghadapnya.
“Eva.. aku keluar sekejap je, nanti aku inform Zizie pasal kau.”

Tekak Eva bergerak menelan liur.
“Please Im... aku takut..”

Makin panjang Daim tarik nafas sebelum kepalanya diangguk.
“Okay... aku tunggu dengan kau, tapi kau tukar baju dulu ye lepas tu kita fikir apa yang harus dibuat.”

Eva angguk kepala.
Perlahan Bathrobe digengam dan dibawa kebilik air.

Mata Daim memandang tubuh Eva hingga hilang dibalik kamar mandi.
Tangan kanannya menyeluk poket seluar, mengeluarkan Vivo V11 nya.
Dia ingin menelefon mama dan papa Eva.

Namun ketika telefon digengamnya, mata Daim kembali bulat.
Skrin Vivo V11 miliknya dah berkecai. Jari menyentuh-nyentuh namun telefon bimbitnya terus gelap.
Bahu dikendurkan, kepala digeleng beberapa kali.
Telefon bimbitnya rosak kemungkinan kerana tubuhnya yang menghempap saat ditumbuk oleh Lukas sebentar tadi.
Shit!

Pintu bilik air dikuak.

Daim angkat wajah.
Eva keluar dengan hanya menyarung bathrobe ke tubuhnya. Kaki diatur perlahan menuju ke birai katil.
“Kau rehat dulu ye.”

Eva pantas memandang temanya.
“Kau nak kemana?”

Daim geleng kepala, tubuh Eva dihampiri.
“Aku tak kemana-mana, aku teman kau.”
Bahu wanita itu dipaut dan dibawa ke tengah katil.
“Kau baring, rehat dulu okay.”

Eva angguk kepala, kaki memanjat katil dan membaringkan tubuhnya.
Daim turut membantu.
Selimut tebal ditarik dan menutup sebahagian tubuh Eva.

Bila dilihat Eva makin selesa, daim melangkah menuju ke sofa dan menghenyak punggungnya.

Saat ni juga, tubuhnya mula terasa sakit. Mungkin sebab bergaduh tadi.
Mata masih turus memandang Eva yang turut menghala pandangan padanya.
Ingin ditanya banyak pada Eva tentang kedatangan Lukas sebentar tadi namun mulutnya terkunci.
Tak mahu ganggu perasaan wanita itu lagi.

“Im...”

Daim yang sedia memandang Eva mengedip mata saat namanya dipanggil.

“Thanks sebab selamatkan aku.”

“Dah Eva... tidur lah... jangan fikir apa-apa lagi.”

Eva angguk kepala, selimut ditarik tinggi lagi menutupi dadanya.
Tak sampai 15 minit, wanita itu terus membuai mimpi.
Terlalu penat agaknya.

Sementara Daim masih segar menghadap Eva di katil.
Dari tadi dia terus memikirkan jalan untuk membaww Eva keluar dari hotel ini.
Daim takut Lukas akan kembali.

Tubuh yang duduk dibangunkan.
Mata menari-nari mencari telefon bimbit milik Eva.
Keluarga wanita itu harus dihubungi.
Lama dicari sebelum anak matanya jatuh pada i-Phone Eva yang berada diatas katil bersebelah tubuh wanita itu.

Segera telefon dicapai dan skrin disentuh-sentuh.
Adess takde bateri ke?!

Daim tepuk dahi!
Rambut dikuak kebelakang.
Kenapa lah saat ni juga dua-dua handphone nak buat hal?!

Nafas dihela panjang.
Telefon bimbit Eva diletak kembali keatas meja kecil disisi katil.
Fikirannya dah buntu.
Dia takut kalau dia keluar dan tiba-tiba Eva terbangun, sah-sah wanita itu akan kembali ketakutan.

Daim raup wajah berkali-kali.

“Arrggh!! Lepas! Lepas!”

Segera mata Daim jatuh pada tubuh Eva yang meronta lembut. Dahi wanita itu berkerut seribu.

Terus kakinya memanjat katil dan mengengam lengan Eva.
“Eva kau okay ke?”

Eva tak menjawab, mata masih tertutup, kening bertaut rapat.
Sesekali badanya meronta-ronta.

Daim membawa kedua tapak tangannya kepipi Eva. Wajahnya ditunduk rapat.
“Eva.. aku ni.. kau jangan takut ye... aku ada kat sini.. aku akan sentiasa berada kat sisi kau... i will protect you Eva...”

Semerta kerutan didahi Eva hilang. Dia tak meronta lagi.

Daim kendur bahu, lega dengan tindakan Eva. Perlahan tangannya dialih dari pipi Eva.

Namun Eva pantas merantai lengan Daim menyebabkan Daim kaku tubuh.
“jangan tinggalkan aku Im..”
Wanita itu bersuara tanpa membuka matanya.

Daim angguk kepala, gengaman Eva dileraikan. Tubuhnya dibaring sebelah wanita itu sebelum menarik pinggang Eva dalam dakapanya.

Eva rasa seperti mimpi.
Tubuhnya selesa.
Sangat-sangat selesa sehingga dia tak mahu membuka mata lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience