Bab 4

Romance Completed 154245

PELUH yang keluar dari setiap liang roma di seluruh tubuhnya dibiarkan mengalir dan singlet hitam yang dipakainya pun sudah lencun dibasahi peluh jantan.

Otot-otot di tubuhnya mengembang dan mengeras seiring dengan pergerakan tubuhnya yang sedang bersenam menggunakan alat senaman angkat berat seberat 40 kilogram sambil berbaring di atas kerusi senaman. Urat-urat di lengannya yang timbul dan sebesar straw minuman itu menyerlahkan lagi kemaskulinannya.

Nafas diatur sebagai langkah untuk mengekalkan prestasi jantung dan paru-parunya supaya berada di dalam keadaan yang baik.

Beberapa minit kemudian, dia bangkit daripada perbaringan dan duduk dalam keadaan yang termengah-mengah dan bernafas menggunakan mulut. Peluh yang mengalir di sisi wajahnya sengaja dibiarkan dan tidak dilap.

Kau betul-betul dah cabar aku, bentaknya dalam hati sambil membayangkan wajah seseorang. Kedua-dua penumbuknya yang bersarung tangan hitam dikepal kuat.

Sejak dari malam Aliyah menolak tawarannya lagi dia merasakan seperti ada yang tidak beres. Ditambah lagi dengan pertemuan mereka di restoran kelmarin yang meletakkan dia di dalam situasi sebagai insan yang di tolak dan ditinggalkan. Dia merasa terhina.

Keegoannya sebagai lelaki yang mampu mendapatkan wanita dengan mudah tanpa pernah ditolak itu benar-benar sudah tercalar angkara wanita yang baru ditemuinya itu. Gelaran diri sebagai penakluk hati yang digelarnya sendiri itu dirasakan sudah sirna hanya kerana satu penolakan.

Jeda. Hanya hembusan kuat nafasnya sahaja yang kedengaran pada ketika ini. Giginya dikancing rapat sambil menggeleng-gelengkan kepala kerana memikirkan tentang benteng egonya yang seperti telah dipalu dengan menggunakan sebuah tukul gergasi menyebabkan sedikit keretakan. Sungguh dia tidak dapat menerima langsung penolakan Aliyah terhadap dirinya.

Aku akan buat kau menyerah diri pada aku! Wait and see! nekadnya dalam hati dengan yakin. Spontan bibirnya melakar senyuman senget dan sinis.

- - - - - - -

"Liya, bos cari kau. Apa yang kau dah buat sampai bos marah macam tu?" soal Azreena ingin tahu. Wajah Aliyah yang sedang duduk di atas kerusi mejanya dan sedang tekun menyemak senarai data klien syarikat itu direnung tanpa berkedip menanti jawapan.

Aliyah yang sedikit terkejut tadi dengan pantas menoleh ke arah Azreena yang sedang terpacak di tepi mejanya.

"Dah agak dah," tuturnya dengan suara perlahan disusuli dengan satu keluhan panjang.

"Apa cerita yang aku dah tertinggal ni? Liya! Bagitahulah," desak Azreena dengan kerutan di dahi sambil menggoncang sebelah bahu Aliyah.

"Hm, nantilah aku cerita," balas Aliyah lemah lalu dia bingkas berdiri dan menapak menuju ke bilik pejabat bosnya membawa perasaan risau dan resah yang merusuh hati.

Aliyah memulas tombol pintu bilik selepas mengetuk pintu sebanyak tiga kali. Belum sempat pintu tertutup rapat, Mr. Bob sudah berdiri dan menyebut namanya dengan nada yang agak keras menyebabkan kedua-dua bahunya terenjut.

"Awak tahu apa salah awak?!" soal Mr. Bob sambil memandangnya dengan mata terjegil dan bercekak pinggang.

"Sa... saya minta maaf mister. Saya..." kata-katanya terhenti di situ kerana dia tahu dia memang sudah melakukan kesalahan berkenaan dengan perjanjian dengan syarikat SPcars Cooperation. Hujung kuku ibu jari tangan kanannya di gigit-gigit.

"Apa alasan awak buat macam tu?!" Awak kena ingat Aliyah, awak masih banyak hutang dengan syarikat! Kalau bukan sebab syarikat bagi awak pinjaman, mak awak takkan hidup sampai sekarang tahu tak?!" Mr. Bob menempelak dengan wajah menyinga sambil menudingkan jari telunjuk tepat di depan muka Aliyah.

Astaghfirullah! Semua yang berlaku tu atas kehendak Allah, bukan sebab pinjaman tu! Itu cuma asbab! Aliyah menjerit, namun hanya mampu di dalam hati sahaja.

Aliyah menundukkan kepala. Airmatanya sudah bertakung di tubir mata kerana takut mendengar suara tempikan garau dari seorang lelaki. Seluruh tubuhnya menggigil. Dia trauma. Tenggorokannya terasa perit dan sakit setiap kali dia menelan liur.

"Saya minta maaf Mr. Bob. Saya cuma tak suka bila Encik Haqeem campur adukkan soal peribadi dan kerja," kata Aliyah berterus-terang dengan suara yang bergetar hebat.

"Itu saya tidak peduli! Dia nak campur apa-apa hal sekali pun, itu saya tidak peduli! Faham tak?! Saya nak sekarang juga awak pergi ke syarikat dia, awak pergi minta maaf dan pastikan awak balik hanya selepas awak dapat tandatangan dia dalam surat perjanjian. Ikut je apa yang dia minta asalkan dapat selesaikan tugas awak. Awak faham tak?!" bentaknya lalu menghentak kedua-dua tapak tangannya di atas permukaan meja.

Aliyah mengangguk laju sambil mengesat airmatanya yang sudah mengalir tidak mampu dikawal.

"Sekarang!" tengking Mr. Bob sambil menghalakan jari telunjuknya ke arah pintu.

- - - - - - -

Haqeem berdiri di tepi jendela bilik pejabatnya memandang ke arah pemandangan lebuhraya di depannya dengan kedua-dua tangan di dalam poket seluar sambil memikirkan tentang wanita yang menghantui fikiran dan perasaannya semenjak dua menjak ini.

Ini Haqeem lah! Tidak akan ada mana-mana perempuan yang akan berjaya melepaskan diri dari aku! tegasnya di dalam hati.

Bunyi ketukan di pintu menyentaknya dari lamunan. Rozan menjengahkan kepalanya ke dalam dan memandang ke arah Haqeem yang masih berdiri di tepi jendela.

"Tuan, Cik Aliyah datang nak jumpa tuan," lapornya.

Haqeem menyungging senyuman kemenangan. Dia berpaling dan berjalan menuju ke mejanya lalu duduk menyilangkan kaki di atas kerusi empuknya.

"Suruh dia masuk," arahnya lalu menyandarkan tubuh kekarnya di kerusi dengan perasaan bangga. Bangga kerana usaha untuk membuatkan wanita itu datang kepadanya membuahkan hasil.

"Baik tuan!" balas Rozan lalu menutup pintu dan selang beberapa saat, pintu terkuak semula.

"Welcome to my office. Please, sit," pelawanya sambil melakar senyuman segaris.

Aliyah menutup pintu sambil menarik nafas dalam-dalam mengumpul kekuatan untuk berdepan dengan lelaki itu sekejap lagi.

"Please, sit," pelawanya lagi sambil memandang Aliyah dari atas sampai ke bawah bersama dengan satu pandangan mata yang penuh dengan makna tersirat.

"Thanks," ucap Aliyah lalu menghenyakkan punggungnya di kerusi yang berdepan dengan lelaki segak di depannya.

Dia berusaha mengawal emosi dan ekspresi wajahnya agar tidak menyinggung lelaki di depannya sekarang. Takut lelaki itu akan menyusahkannya lagi selepas ini.

"I'm sorry about the other day. Shall we start now?" Aliyah menyoal dengan lagak tenang sambil memandang ke arah seraut wajah kacak di depannya.

"Start what?" soal Haqeem pura-pura bertanya dengan sebelah kening terangkat.

Menyampah! Itulah yang dia rasakan sekarang, namun demi misi yang perlu dia selesaikan, dia terpaksa tahankan sahaja dulu.

Aliyah berdehem membersihkan tenggorokannya. Wajah Haqeem dipandang dengan reaksi yang tenang setenang yang dia mampu dan dia memaksa bibirnya menguntum senyuman. Senyuman yang paling hipokrit pernah terlakar di bibirnya itu membuatkan hatinya terasa seperti dicucuk-cucuk dengan benda tajam, namun dia tiada pilihan.

"Encik nak saya buat penerangan atau nak sign terus?" Aliyah menyoal dengan nada lembut.

"I akan terus sign, itu pun kalau you setuju nak keluar dengan I," jawab Haqeem tanpa berselindung sambil meramas dagunya yang bercukur lalu tersenyum nakal.

Aliyah mengetap bibir sambil meluahkan satu keluhan halus. Apa yang harus dia lakukan sekarang? Bola matanya bergerak-gerak merenung fail yang sudah dibukanya di atas meja memikirkan tentang situasi yang terpaksa dia hadapi sekarang.

Kedua-dua tangannya yang dia letakkan di atas ribanya dikepal kuat. Apa silapnya dia sehinggakan dia sering menjadi mangsa kemahuan lelaki? Terlalu naif kah dia pada pandangan mata lelaki? Persoalan-persoalan itulah yang mengganggu fikirannya sedari dulu lagi.

"So?" Haqeem merenung wajah Aliyah menanti jawapan setelah seminit tiada respon darinya.

"Okey, setuju," jawabnya dengan suara perlahan sambil mencengkam paha kanannya.

Dia tahu dia sedang menempah bala dengan lelaki itu, tetapi dia terpaksa. Kalau bukan sebab dia mempunyai hutang yang banyak dengan syarikat untuk membayar kos pembedahan ibunya dulu, dia lebih rela berhenti kerja sekarang dan lari dari sini.

"Apa dia? Tak dengar," soal Haqeem sengaja mahu Aliyah mengulangi kata-katanya tadi.

"Saya setuju keluar dengan encik, tapi tidak lebih dari itu," ulangnya dengan suara yang lebih kuat daripada tadi.

"Hm, I can't assure that," balas Haqeem lalu berdiri dan berjalan menghampirinya.

Aliyah menundukkan kepala sambil memejam erat matanya kerana risau dengan apa yang bakal lelaki itu lakukan.

"Maksud you yang lebih tu apa?" soal Haqeem dengan kedua-dua kening dinaikkan lalu dia meletakkan tangannya di atas penyandar di kerusi yang sedang diduduki oleh Aliyah.

Aliyah tidak menjawab. Bibirnya diketap kuat dan peluh dingin mulai terasa di seluruh tubuhnya.

"You cantik tau tak? You tak nak hidup mewah ke? I boleh bagi you apa je yang you nak. Tapi, macam yang I cakap dulu tu lah. You kena layan I." ujarnya lalu membongkokkan tubuh dan menyamakan kedudukan wajahnya dengan wajah Aliyah. Wajah mereka kini hanya berjarak 3 inci.

Aliyah bingkas berdiri kerana terkejut dengan tindakan Haqeem.

"Maaf encik, tapi saya tak berminat. Syarat tadi, saya hanya perlu keluar dengan encik je kan? Bila?" Aliyah memberanikan dirinya untuk bertanya, padahal saat ini, gigilan pada tangannya jelas menunjukkan ketakutannya.

"That condition comes with one package and you dah setuju tadi kan?" balas Haqeem selamba lalu menegakkan tubuhnya. Wajah Aliyah dipandang sambil menyungging senyuman nakal.

"A... apa maksud encik?" soal Aliyah tergagap-gagap.

"Don't call me encik. I tak suka!" tegas Haqeem memberikan amaran dengan renungan tajam dan serius.

"Ma... maaf, tapi apa maksud you tadi?" Aliyah menyoal semula dengan kerutan di dahi mencantumkan kedua-dua keningnya dan suara yang tergagap-gagap.

"Maksud I, bila you keluar dengan I, you kena layan I. You dah setuju tadi kan? Tak boleh tarik balik. I akan sign agreement tu lepas you buat apa yang I nak atau hidup you tak akan tenang," ugutnya dengan senyuman licik lalu kembali di kerusinya.

Aliyah terkedu dan matanya membulat memandang ke arah Haqeem dengan perasaan tidak percaya. Apa yang harus dia lakukan sekarang? Dia memberanikan diri menghampiri lelaki itu lalu melutut di sebelahnya.

"You, I merayu, tolong lepaskan I. I ada maruah. I merayu sangat, tolong jangan paksa I untuk gadaikan maruah I. Please, I merayu," rayu Aliyah. Airmatanya sudah tidak tertahankan lagi.

Tangisannya semakin lama semakin kuat. Airmatanya dia biarkan sahaja mengalir membasahi kedua-dua belah pipinya. Wajah ibunya di kampung yang tiba-tiba menjelma di ruang fikirannya pada ketika ini membuatkan airmatanya mengalir semakin deras.

Haqeem tergamam dengan tindakan yang tidak dijangka itu. Matanya terbeliak. Walaupun memiliki sikap angkuh dan ego yang setinggi gunung dan juga sejenis manusia yang tidak peduli dengan orang lain, entah kenapa hatinya tersentuh mendengar rayuan wanita itu.

Satu perasaan asing tiba-tiba hadir menjengah di ruang kamar hatinya yang kosong. Simpati? Kasihan? Dia sendiri tidak pasti. Yang pastinya perasaan itu terasa menggamit jiwa.

Share this novel

Wahida Yahaya
2022-12-30 14:15:14 

Dah top up..tp x boleh baca why?

DHIA AMIRA
2022-10-08 20:27:28 

skli dpt alert xde koin hmm

DHIA AMIRA
2022-10-08 20:27:14 

hmm dh agak mst ada udang sblik mee .. btw smbung bila ada koin


NovelPlus Premium

The best ads free experience