PAGI tadi Iris pergi kerja seperti biasa walauoun belakang badan terasa sakit dan sengal.Mungkin sebab tertidur di kerusi kayu dekat ruang tamu pagi tadi.Nak bagitahu Attar takut dia sibuk dengan kerja.Jadi Iris ambil cuti dan terus balik ke rumah.
Tudung segera ditanggalkan sebaik tiba di rumah.Baju kurung masih tersarung elok di tubuh.Sempat Iris singah ke klinik dan mengambil ubat.Dah makan ubat terus rasa mengantuk.Iris masuk ke bilik dan tidur.
Iris terjaga bila terasa bahu di goyangkan.
"Sayang okay tak?"tanya Attar dengan bimbang.
Attar bergegas pulang sebaik dapat tahu Iris tidak sihat.Rakan pejabat Irus yang bagitahu masa Attar mencarinya untuk makan tengahari bersama.
Iris rasa baru sekejap saja dia tertidur.
"Dah petang ker?"tanya Iris masih mamai.Tangan menggosok-gosok mata bagi menghilang rasa mengantuk.
"Dah pukul dua petang.Kenapa tak bagitahu abag, sayang tak sihat?"soal Attar sambil leraikan tali leher.Lengan baju dilipat hingga ke siku.
"Sakit sikit saja.Iris tertidur atas kerusi kayu subuh tadi."lepas solat subuh ingat nak rehatkan badan.Terus terlelap atas kerusi jati di ruang tamu.
"Meh sini abang urutkan."kata Attar dan terus duduk di tepi Iris.
Tak sempat nak cakap apa.Tangan Attar sudah melekat di belakang Iris.Jarinya tetap mengoles perlahan dan mengurut di tempat yang terasa sengal.Urutannya sedikit sebanyak melegakan.Iris dah jadi macam patung.Berdebar semua ada.Perasaan aneh mula menjelma.
"Sayang rasa lega tak?"tanya Attar bila dilihat Iris diam mematung.
"Okay sikit dah."Iris gugup.Urutan Attar terasa sesuatu yang menimbulkan perasaan menusuk ke kalbu.
Attar pandang muka Iris yang sedikit tunduk.Iris mahu bangun tetapi Attar pantas menghalang dan tarik tangan Iris.Iris terjatuh atas riba Attar.Mata mereka bertentangan.Menimbulkan perasaan yang sukar digambarkan.Lama mereka berpandangan.
Attar memberanikan diri memeluk erat Iris dan menyandarkan kepalanya di dada Iris.Dapat Iris rasakan hujung rambut Attar yang menyucuk ke bawah lapisan baju kurungnya.
"Abang sayangkan Iris lebih dari abang sayangkan nyawa abang sendiri.Iris pelengkap hidup abang."ucapnya sambil mendekatkan muka ke arah Iris.Iris terpana.Muka pun dah membahang panas.
Iris cuba pandang ke dalam mata Attar.Membalas renungan Attar yang tajam dan memukau hati wanita nya.Pipi Iris dicium lembut.Bibir Iris pula disambarnya.Iris tidak menolak.Malah seperti merelakan.
Perlahan Attar baringkan Iris atas tilam.
Tangan Iris naik memegang kedua belah pipi Attar.Iris usap pipi Attar yang berbulu nipis.Iris beranikan diri mencium pipi Attar.Attar senyum mengoda.Dia dan Iris punya rasa dan keinginan yang sama.
"Iris sayangkan abang tak?"suara Attar sangat lembut sambil merenung ke dalam mata Iris bersilih ganti dengan bibir nipis Iris.
"Iris pun sayangkan abang..."ucapan Iris melegakan hati Attar.Tubuh Iris dipeluk kemas.Attar lepaskan ciuman ke dahi Iris turun ke kedua belah pipi dan terus ke bibir Iris.Dia terus tersenyum lega.
"Terima kasih sayang sebab sayangkan abang.Abang janji akan bahgiakan Iris hingga hujung nyawa abang."lafaz Attar bersama seribu senyuman.
Iris letakkan jari telunjuknya di bibir Attar.Redup mata Attar menikam ke dalam mata Iris dengan sarat perasaan cinta.
"Jangan tinggalkan Iris,abang.."Iris usap pipi Attar.Sekali lagi Attar senyum mengoda padanya.
Baju kerja Attar juga sudah tertanggal butang semua.Entah bila dia buka pun Iris tak perasan.
"Iris nak mandi dulu.."kata Iris perlahan ke telinga Attar.Terus Attar koyak senyuman.
Tangan Iris di tarik perlahan menuju ke bilik air.Pintu Attar tutup dan kunci diluar sebelum keluar meninggalkan Iris di dalam.Baru Iris nak buka pancutan hujan,Attar masuk dengan dua helai tuala.Tadi sempat Iris minta tolong Attar ambilkan.Tapi yang dia masuk sekali apa kena pula?
Tak tunggu lama,Attar turut masuk bawah pancutan air.Baju memang Iris tak buka.Dia tahu Attar pasti masuk kembali.
Attar laraskan suhu menjadi suam.Sambil memeluk Iris dari arah belakang.
"Air panas baik untuk sayang..."kata Attar di telinga Iris.Kain Iris dah melayang ke mana.Baju Iris turut dilucutkan.Iris pejamkan mata.Dia malu dengn Attar.
"Abang boleh keluar tak.Iris malu..."katanya lagi.Attar tidak berganjak.Malah lagi memeluk Iris kuat.Satu persatu pakaiannya juga turut ditanggalkan.
Lama mereka berkeadaan begitu hingga Attar selesai menggelap badan Iris dan dia.Dipakaikan Iris tuala aras dada.Dia turut mengikat tuala pada pada pinggangnya.
Terus digendong Iris keluar dari bilik air.Iris peluk kejap leher Attar.Dia masih terpana dengan sikap romantis Attar.Setiap gerak tubuh Attar menggambarkan apa yang Attar mahukan dari Iris.
Perlahan Attar baringkan Iris atas katil.Bilik pun dah bertukar suram sebab Attar dah tutup semua langsir.Mesti Attar buat waktu ambil tuala tadi.
"Sayang dah bersedia untuk menjadi milik abang?"tanya Attar sambil membelai wajah Iris penuh kelembutan.Dia tahu Iris agak gementar.
Seluruh tubuh badan Iris dah sejuk beku macam ais walau baru mandi air panas.
Iris balas pandangan mata Attar dan tersenyum kecil.Hanya Attar yang faham maksud senyuman itu.
Attar lakukan dengan penuh rasa kasih dan cintanya pada Iris.Impian memiliki Iris tercapai sepenuhnya.Jiwa mereka bersatu sebagai pasangan suami dan isteri.
Attar berjaya juga menawan hati dan jiwa Iris.Tak putus dia melahirkan rasa bersyukur dalam hati.Dia akan mencintai dan menjaga Iris hingga akhir hayatnya.Teringin dari dulu lagi nak peluk Iris akhirnya Iris selamat dalam dakapan hangat cinta dari Attar.Keduanya di lamun cinta hingga perasaan bahagia sukar digambarkan.
Attar melaya Iris dengan baik sekali.Sampaikan ke tempat kerja pun Attar yang hantar.Kereta Iris,Attar suruh letak di kampung.Senang Mardiah atau Izz nak guna untuk bawa ayah ibu ke mana.Tak terfikir pula Iris selama ini.Attar pun tak pernah berkira dengan adik-adik iparnya.Ini membuatkan Iris rasa sangat bangga mendapat seorang suami yang penyayang serta perihatin pada keluarganya.Tak lupa juga pada ibu mertuanya,Mak Cik Hawa.
"Terima kasih abang sebab sayangkan Iris."kata Iris sambil memeluk pinggang Attar.Dia mendongak sedikit melihat wajah Attar sebab paras Iris hanya setakat bahu Attar.
"Tahu tak.Abang teringin sangat nak peluk Iris dari dulu lagi."Attar sengih.
"Gatal kan abang ni."Iris cubit kecil pinggang Attar.
"Sakit lah sayang...Betul lah apa yang abang cakap."sambil menggosok tempat bekas cubitan Iris.Berbisa juga tu.
"Abang teringin sangat nak peluk buah hati abang ni sejak dulu lagi.Abang dah simpan kemas Iris dalam hati abang.Tak ada sesiapa boleh ambil sayang dari abang lagi."Attar cuit hidung Iris yang sedikit mancung.
"Iris pun sayangkan abang..."balas Iris sambil memeluk pinggang Attar.
"Tahu tak masa Iris tumpang motor abang dulu.Jantung abang ni macam nak jatuh bergolek saja.Iris orang pertama yang sentuh abang kat bahu ni tau."sambil tepuk kecil kedua belah bahunya.
"Abang ingat lagi pasal tu?"
"Mesti lah ingat.Abang rasa macam nak peluk Iris masa tu.Tapi abang sabarkan hati dan tunggu sampai Iris besar sikit."
"Kenapa abang tak terus saja jumpa ayah?"
"Abang takut masa tu.Kan sayang masih sekolah.Tak pasal ayah parangkan abang."
Iris gelak mengekek.Tahu pun takut.
"Iris pun rasa juga berdebar bila tengok abang.Tapi masa tu Iris anggap macam cinta monyet.Iris nampak abang selalu lalu depan rumah Iris tapi abang macam tak pandang pun."
"Siapa kata abang tak pandang?abang selalu pandang Iris tapi Iris buat tak nampak.Abang tahu pukul berapa Iris habis sekolah.Dekat rumah siapa Iris suka lepak.Iris suka
ais kepal dengan kawan Iris tang nama Siti
Aida."Attar ketawa kecil.Dia betul-betul macam orang gila bayang masa tu.Tidur pun terbayangkan Iris.Nama Iris selalu meniti dibibir hingga kak Adawiyah pun tahu.
Iris terlopong sampai macam tu sekali Attar ambil tahu mengenai Iris.Nampaknya dari dulu lagi memang Attar dah 'cop' Iris milik dia.
sorry lambat updated satu bab saja :) tq :)
Share this novel