BAB 16

Romance Completed 18284

Cukup lima hari Mariam Syuhada bercuti, harini dia akan pulang ke pangkuan suaminya. Sejak empat hari yang lepas, Hafiy tak henti memujuknya pulang. Kata dia, tak sama tiada Mariam Syuhada di sisi. Hilang bau rambut lah, hilang mimpi la! Macam2. Bila semalam Hafiy diberitahu tentang kepulangan Mariam Syuhada harini, bukan main seronok lagi suaranya.

Beg kampung sudah diletakkan di dalam bonet kereta. Jam menunjukkan pukul 10 pagi. Dia menunggu Hafiza yang masih sibuk di kaunter pengurusan. Mariam Syuhada sempat menyinggah di bilik Nina tadi bagi mengucapkan selamat tinggal. Madiha diberikan coklat sebagai hadiah. Rindu pula nak meninggalkan Madiha. Seminggu Mariam Syuhada disini, hidupnya ceria dengan kehadiran anak kecil itu. Ada sahaja keletah nya nak menghiburkan hati.

"Eh, sorry2! Lama kau tunggu?".

"Takdelah. Baru je pun. Kau dah free ke?".

"Hurm.. dah! Jom".

Mariam Syuhada mengangguk. Dia lantas mengekori langkah Hafiza menuju ke kereta. Senyuman terukir di wajah. Sempat lagi matanya memandang ke arah homestay Hafiza. Dia pasti akan rindukan tempat ini.

"Apesal yang awal sangat kau nak balik ni? Macam la tak menyempat sangat!".

"Laki aku la. Tak sabar nak aku balik. Penat aku nak dengar dia membebel, tau!".

"Tulah! Tak kahwin satu lagi, takdelah bini lari jauh2!".

Mariam Syuhada mencuit lengan Hafiza. Masih marah lagi Hafiza pada suaminya.

"Ni, senang2 singgah la lagi. Bawak laki kau. Madu kau sekali ke".

Mariam Syuhada cubit pula peha Hafiza kali ini. Mulut tak insuran!

"Kau ni.. jangan la nak perli2 aku. Kesian aku ni ha". Mariam Syuhada sengaja memuncung.

"Eleh, kau tak kisah sebab tu aku cakap! Redha, Syu!". Hafiza memerli lagi.

Mariam Syuhada hanya mampu tersengih sahaja. Dia membiarkan Hafiza menumpukan perhatian pada pemanduan. Anak matanya terarah pada jalan raya. Sejujurnya, dia juga sudah merindui suaminya. Lima hari berjauhan, terasa lama sekali. Wajah Hafiy sudah bermain2 di anak matanya.

Mariam Syuhada melelapkan mata sebentar sementara menunggu sampai ke rumah. Hafiza sempat memberhentikan kereta di rnr untuk membeli minuman.

Setengah jam kemudian, kereta berhenti betul2 dihadapan rumah milik Hafiy. Setelah bersalaman dan mengucapkan terima kasih, Mariam Syuhada meluru masuk ke dalam rumah.

Pintu diketuk dan salam diberi. Muncul susuk Hafiy di muka pintu. Dengan wajah yang ceria dan senyuman yang melebar ke telinga, tubuh Mariam Syuhada dibawa ke pelukan. Dia melepaskan rindu yang ditanggung selama lima hari berjauhan.

"Rindu nya!".

Masih tak melepaskan pelukan malah bertambah erat. Mariam Syuhada membalas pelukan suaminya. Dia juga merindukan Hafiy. Bau perfume yang membuatkan dia sentiasa mengingati suaminya itu.

"Sampai hati, kan? Suka la tu tinggal abang lama2!". Rajuk Hafiy.

"Eii, mengada la abang ni! Syu bukan pergi setahun pun".

"Setahun? Seminggu ni je dah macam setahun, tau!".

"Ok2.. baiklah Encik suamiku. Syu janji tak pergi mana2 dah". Lengan suaminya dicubit perlahan.

Hafiy memaut lengan Mariam Syuhada dan mencium lembut dahi isterinya. Lama. Hafiy menghadiahkan sebuah senyuman manis buat isterinya.

Merpati dua sejoli! Sesiapa yang tengok pun boleh cair. Tambah2, ada yang memerhati dari tadi. Dia hanya mampu menjenggukkan wajahnya dari dapur. Hatinya terusik. Entah kenapa adegan romantik Hafiy dan Mariam Syuhada membuatkan dirinya terasa asing.

Zahara berdehem membuatkan Hafiy dan Mariam Syuhada yang sedang berpelukan terhenti. Automatik tubuh Hafiy ditolak sedikit. Terkejut melihat ada insan lain di rumahnya.

"Er,, sorry! Ara kacau pulak".

"Eh.. takpe2! Ara stay sini ke semalam?".

"Taklah! Ara datang harini sebab tau Syu balik. Syu tak cakap pun dekat Ara yang Syu bercuti".

Mariam Syuhada duduk di sofa. Hafiy mengekori. Wajah Zahara dipandang sekilas.

"Sorry! Syu saja je nak bercuti. Cuti2 malaysia. Er.. Ara dah makan? Syu masak kejap lah".

"Eh, tak payah susah2, Syu! Ara dah makan tadi. Syu kan penat, rehatlah".

Hafiy hanya memerhati. Dalam keadaan begini, dia hanya mampu membiarkan isteri2nya yang berbual tanpa menyampuk percakapan mereka.
"Eh, Syu ok lah. Abang dah makan?".

Hafiy mengangguk. "Dah.. makan kat luar".

"Kesiannya! Takpe.. Syu masak makan tengahari nanti kita makan sama2. Ara stay sekejap, ye?".

Zahara kelihatan serba salah. Wajah Hafiy dipandang mohon pengertian.

"Stay la. Syu nak masak tu. Alang2, boleh tolong sekali". Ringkas jawapan Hafiy kepada Zahara.

"Betul tu! Ara boleh tolong Syu nanti. Tunggu kejap ye, Syu nak bawak naik beg ni".

"Abang bawak.."

"Eh, takpe! Abang duduk je sini. Syu kejap je".

Beg kampung dibawa naik ke bilik. Tinggallah Hafiy dan Zahara berdua.

"Ara ok kan?".

Soal Hafiy. Dia membetulkan duduk.

"Ok, kenapa?".

Hafiy tersenyum kelat. Pasti Zahara telah melihat kemesraannya bersama Mariam Syuhada. Rasa bersalah pula kerana tak dapat nak mengawal reaksi.

"Nanti abang hantar balik after makan. Harini, abang tidur sini".

"Ok, lagipun Syu kan baru balik, mesti abang rindu".

Oh hati, bertabahlah!

Hafiy senyum kelat. Tak tahu reaksi apa yang patut dilemparkan.

"Jom, Ara! Abang nak makan apa harini? Syu masakkan".

Mariam Syuhada muncul di ruang tamu dengan berbaju tshirt lusuh dan seluar traksuit.

"Erm.. apa2 je pun ok! Tapi abang teringin sambal mangga la. Syu boleh buatkan?".

Mariam Syuhada menunjukkan tanda ok. Zahara hanya memerhati sahaja. Sedikit sebanyak dia ingin mengetahui selera suaminya itu. Langkah Mariam Syuhada diekori.

"Apa menu harini?".

"Kita buat sup ayam dengan sambal mangga lah! Ara ok?".

"Er.. ok aje. Ara nak tolong apa ni?".

"Ara basuh ayam dulu la. Syu nak potong bawang ni".

Zahara mengangguk. Dia berjalan menuju ke sinki dan mengambil ayam yang diletakkan di dalam mangkuk untuk dibasuh. Manakala Mariam Syuhada pula mula mengupas bawang dan menghiris nipis2.

"Syu, dah siap! Lagi?". Seraya meletakkan ayam yang siap dibasuh ke tepi.

"Basuh beras la. Jangan banyak2 ya, nanti tak habis pulak".

Zahara mengambil periuk nasi dan mengisi beras yang sudah disukat kedalamnya.

"Er.. Syu basuh lagi sekali kenapa?". Soalnya hairan melihat Mariam Syuhada sedang membuang kulit ayam.

"Abang Hafiy tak makan kulit ni. Jadi, kena buang. Sorry, lupa nak bagitau Ara".

Zahara melongo. Anak matanya fokus pada tangan Mariam Syuhada. Satu perkara yang baru dipelajarinya. Lambat2, wanita itu menguntum senyuman.

"Oohh.. lagi?".

"Lagi apa?".

"Er.. apa yang Hafiy tak suka lagi?".

Mariam Syuhada tersenyum tipis.

"Abang Hafiy tak makan kulit ayam. Dia tak suka lauk kurma and dia tak makan kacang. Yang tu sebab alahan".

Zahara mengangguk.

"Kalau dia termakan, nanti abang Hafiy boleh sesak nafas".

"Ooh.. macamtu".

"Erm, abang Hafiy tak makan pagi sangat. Dia suka joging and terlalu kisah sangat pasal berat badan dia". Mariam Syuhada tersengih.

"Nak fit selalu la ni?".

Mariam Syuhada mengangguk laju. Selesai ayam dibasuh, dia kemudian mengambil mangga lalu dikupas kulitnya.

"Er.. boleh Ara tanya lagi?".

"Hurm.. tanyalah! Nak tanya apa?".

Lama Zahara berjeda sebelum menyambung.

"Abang Hafiy orangnya macamana?".

Bawah bibir diketap perlahan. Zahara sebolehnya mengawal riak malu dari pandangan Mariam Syuhada.

"Abang Hafiy baik, kelakar, suka mengusik. Dia terlalu menjaga perilaku even dengan kita nanti. Kalau Ara tanya Syu siapa lelaki yang paling bertanggungjawab kat dunia ni, jawapannya Abang Hafiy. Dia lelaki paling baik yang pernah Syu jumpa. First mestilah ayah. Hehe.."

Zahara terkelu. Hatinya dijentik perasaan yang tak mampu nak diungkap. Beruntung Mariam Syuhada memiliki Hafiy sejak dulu. Dia sedikit cemburu dengan wanita itu.

"Syu bahagia?".

"Semestinya! Kalau diberi pilihan, Syu taknak mintak lelaki lain selain Abang Hafiy".

Zahara menghela nafas berat. Entah kenapa dia cemburu. Kenapa? Sedangkan dia hanya menumpang kasih merasai keindahan kasih sayang suami orang. Kenapa perlu Zahara cemburu?

"Er.. baguslah!".

Zahara kembali meneruskan kerjanya. Fikirannya agak bercelaru. Zahara menggeleng beberapa kali. Sebolehnya dia tak mahu dikuasai perasaan yang bukan2. Zahara cuba berselawat didalam hati.

"Syu, abang keluar kejap isi minyak. Ada nak beli apa2 ke?".

Mariam Syuhada menoleh seraya menggeleng laju. "Hati2".

Hafiy tersenyum lalu beredar. Zahara hanya diam. Dia tak tanya aku ke? Argh! Biarlah! Ingat Zahara, kau datang hanya sementara.

"Dah boleh masak dah. Jom, tolong Syu".

Mereka pun mulai memasak hidangan tengahari itu. Zahara cuba tersenyum manis. Mariam Syuhada pula ringan mulut bercerita serba sedikit tentang Hafiy buat panduan Zahara. Dia hanya memasang telinga mendengar setiap butir bicara madu nya. Sesekali dia akan menyampuk bertanya.

Lima belas minit kemudian, hidangan mereka pun siap. Zahara membawa lauk yang siap diletakkan di dalam mangkuk ke meja makan. Zahara memandang sekilas Hafiy yang sedang khusyuk menonton tv. Hatinya tergerak untuk memanggil suaminya itu. Dengan keberanian yang masih berbaki, Zahara mendekati Hafiy.

"Lauk dah siap. Jom, makan!".

Hafiy menoleh seraya tersenyum. "Syu mana?".

Zahara hilang senyum. Mariam Syuhada juga yang disebut. Zahara, cukup tu!

"Er.. ada kat dapur tu! Jom la". Zahara senyum tipis. Wajah Hafiy dipandang lama.

Hafiy bingkas bangun lalu menuju ke meja makan. Muncul Mariam Syuhada dari dapur membawa jug air dan juga tisu. Zahara mengetuk dahinya kuat.

"Sedar diri, Ara!". Gumamnya perlahan.

Di meja makan, Hafiy melabuhkan punggungnya di sebelah Mariam Syuhada manakala Zahara duduk berhadapan Hafiy. Pinggan dicapai lalu disenduk nasi panas.

"Nah, untuk abang". Hulur Mariam Syuhada sopan. Hafiy menyambut tanpa banyak bicara.

"Abang nak ikan masin ke?".

"Takpe. Abang nak sambal ni je".

Zahara masih diam. Pinggannya masih kosong.

"Ara, kenapa tak ambil nasi nya?".

"Er.. ha! Nak ambil la ni".

Hafiy tersenyum. Pinggan Zahara diambil lalu diceduk nasi berserta kuah sup kedalamnya.

"Makan lah. Nanti sakit perut pulak tak makan. Syu masak sedap ni".

"Biasa aje! Ni pun Ara tolong juga tadi".

Zahara mengucapkan terima kasih. Hatinya tersentuh dengan kebaikan Hafiy. Memang suami akan baik seperti ini ke?

Dengan bacaan doa oleh Hafiy, mereka mula menjamu selera. Zahara makan dengan berselera sekali. Sesekali, dia akan mengerling wajah Hafiy dihadapannya. Entah! Dia mulai suka pada Hafiy. Kebaikan suaminya mengumpan hati Zahara.

"Nanti, Syu cadang nak bercuti kat tempat Fiza la. Cantik sangat tempat dia! Boleh eh, abang?".

"Boleh! Bila2 pun boleh. Nanti kita set up jadual kita dengan parents. Boleh la cuti2 malaysia hujung tahun ni".

"Terima kasih!".

Hafiy tersenyum. Kepala Mariam Syuhada diusap lembut.

"Oh ye! Lusa ramadhan dah. Syu ingat nak buat makan2 sikit malam pertama ramadhan tu. Ara setuju?".

Zahara terkejut nama nya disebut. Wajah Mariam Syuhada dipandang.

"Kenapa tanya Ara?".

"Yelah! Sebab Syu nak ajak Ara tolong2 Syu nanti. Boleh tak?".

Hafiy mengangguk. "Abang ok je. Ara ok?". Lembut suaranya memecah gegendang telinga Zahara.

"Er.. ok".

"Ok! Kira nanti abang tolong cakap dengan mak dengan umi la. Petang ni kita beli barang2, nak?".

"Tak penat ke? Baru je balik ni ha".

"Tak! Tengah excited kot!".

"Syu, rest ajelah. Kesian pulak kan baru balik. Apa kata Ara je belikan? Lagipun, Ara memang nak ke pasaraya kejap lagi. Bawang kat rumah dah habis".

"Eh, kesian Ara pulak. Syu yang plan, tapi Ara yang kena beli barang nya".

Zahara menggeleng laju. "Ara ok je. Takpe, Syu rehat aje ye. Biar Ara yang pergi".

"Erm.. kalau macamtu ok lah! Abang temankan lah!". Dia menoleh kearah suaminya. Hafiy ternganga.

"Eh, takpe! Ara boleh pergi sendiri".

Zahara gelabah. Tak mungkin dia akan membiarkan Hafiy mengikutinya sedangkan Mariam Syuhada baru sahaja pulang.

"Abang? Teman Ara, eh?".

Hafiy hilang kata2. Wajah Zahara dipandang sekilas. "Ok".

Mariam Syuhada tersenyum lebar. Dia bingkas bangun sambil membawa pinggan kosong ke sinki. Dia sengaja membiarkan suaminya dan Zahara meluangkan masa berdua lagi.

"Ara boleh pergi sendiri".

"Takpe, abang teman. Takkan abang nak biar Ara sorang2. You're my wife".

Zahara terkelu. Dia tersentuh lagi. Senyuman Hafiy mencairkan Zahara. Dia percaya ini semua rancangan Mariam Syuhada untuk merapatkan lagi mereka berdua.

Zahara membantu Mariam Syuhada mengelap meja. Lauk yang berlebih ditutup dengan penutup periuk.

"Dah, pergilah beli barangnya. Abang Hafiy dah tunggu tu. Senarai ada kat abang Hafiy, tau!".

"Syu takpe ke abang Hafiy pergi dengan Ara?".

"Apa la Ara ni! Dia kan suami Ara jugak. Nak kisah apa?".

Zahara tersenyum kelat. Mungkin ini semua hanya fantasi Zahara sahaja? Kenapa dia dikelilingi bidadari dan bidadara ni?

"Ara pergi dulu. Assalamualaikum".

Zahara beredar. Hafiy sudah lama berada di dalam kereta. Zahara masuk ke dalam perut kereta. Tali pinggang dipakai. Hafiy mula memecut laju menuju ke pasaraya berdekatan. Sepanjang di dalam kereta, Zahara hanya diam sahaja.

Sampai di pasaraya, Zahara masih diam. Dia mengekori langkah Hafiy yang sudah ke depan. Satu persatu barang2 kering di letak didalam troli.

"Ara kata nak beli bawang, kan?".

Zahara mengangguk.

Hafiy laju menuju ke bahagian bawang merah. Dia mengambil plastik lalu memasukkan beberapa biji bawang merah yang cantik2 ke dalam plastik.

"Cukup?".

Zahara angguk lagi. Setelah membuat pembayaran, mereka bergerak pulang.

"Abang hantar Ara balik terus la".

"Eh, taknak stay dengan Syu ke?".

"Takpe, Ara nak rest. Ni kan masa abang dengan Syu, takkan Ara nak kacau pulak".

Zahara menghela nafas panjang. Hambat suara Zahara. Dia membuang pandang kearah jalan raya.

"Ok lah".

Stereng dipusing menghala ke simpang masuk taman Zahara. Hafiy mengerling Zahara disebelah. Dia berharap isterinya tak berfikiran yang macam2.

Kereta diberhentikan betul2 dihalaman rumah. Zahara sudah bersedia untuk keluar namun sempat dihalang Hafiy.

"Abang nampak Ara macam tak ok je. Kenapa?".

"Ara ok je". Dia cuba tersenyum manis.

Hafiy pegang bahu isterinya.

"Kalau ada masalah, cerita kat abang. Jangan buat abang risau".

Zahara tersenyum kelat. Wajah Hafiy dipandang lama. Tangannya perlahan2 memegang pipi Hafiy. Terketar2 tangannya.

"Ara tak pernah pegang wajah abang macamni, kan? Boleh ke Ara buat macamni selalu?".

Hafiy tergelak kecil. Tangan Zahara yang mendarat di pipinya dicapai lalu diusap lembut.

"Boleh! Bila2 pun boleh. Abang suami Ara, kan".

Zahara diam. Ya, memang kau suami aku. Tapi, hati aku jadi malu dengan apa yang aku katakan dulu. Aku hanya menjadikan kau sebagai pelindung dari Hakim. Sedangkan hati aku semakin cair dengan kebaikan dan kelembutan yang kau berikan buat aku. Malu aku ingin menjadi isteri buat kau!

"Ara? Kenapa ni?".

"Er, ha? Tak.. takde apa2. Ara masuk dulu, ye?". Tangan Hafiy disalam penuh lembut.

"Tunggu abang, ye. Cukup lima hari abang datang sini. Kalau ada apa2, call abang. Jangan diam aje. Abang sayang Ara". Kepala isterinya diusap lembut. Sama seperti yang dilakukan kepada Mariam Syuhada.

"Abang sayang Ara?".

Hafiy tergelak kecil.

"Dari mula2 dulu abang dah cakap, abang terima Ara sebab sayang, bukan sebab kesian. Ara pun tau kan?".

Zahara tersenyum tipis.

"Terima kasih. Maafkan Ara".

"Kenapa ni? Ara ada masalah ke?".

Zahara menggeleng laju. "Dah la, balik. Nanti Syu tertunggu2 pulak. Ara mengantuk ni".

Hafiy mengangguk. Dia lantas mengeluarkan beberapa keping not 50 kepada Zahara.

"Duit belanja. Simpan!".

Zahara mengambil lalu disimpan didalam beg dompetnya. Zahara keluar dari perut kereta dan melambai suaminya pulang hingga hilang dari pandangan matanya.

"Dia sayang aku?".

Zahara tersenyum lebar. Tangannya memegang dadanya yang berdegup laju.

Apa maksud nya?

*** 

"Abang hantar Ara balik terus ke?".

Hafiy meletakkan kunci kereta di dalam balang kaca. Dia melabuhkan punggung di sofa seraya mengangguk laju.

"Sini, duduk dengan abang".

Mariam Syuhada menurut. Dia melabuhkan punggung di sebelah Hafiy. Jemari Hafiy digenggam erat.

"Syu rindu abang tak?".

"Mestilah rindu! Rindu nak cubit pipi abang ni!". Seraya dicubit kuat pipi suaminya. Hafiy mengaduh sakit.

"Tau pun rindu! Lepasni, jangan nak bercuti sorang2. Kena ada abang sekali. Ni arahan!".

Mariam Syuhada mencebik manja. Dia melentokkan kepalanya di dada Hafiy.

"Cebik ajelah! Abang gigit bibir tu baru tau!".

Mariam Syuhada tergelak besar. Lengan suaminya dipukul manja.

"Abang, Syu dengan Ara ni takde giliran ke?".

"Ada lah. Kenapa?".

"Saja nak tau je".

"Abang nak adil dengan Syu and Ara. Jadi, Syu dengan Ara ada giliran masing2. After cukup lima hari dengan Syu ni, abang selang  tiga hari la. Syu ok?".

Mariam Syuhada berfikir seketika. Seminggu tujuh hari. Kalau Hafiy buat selang tiga hari, bermakna dia akan ada berbaki sehari kosong.

"Habis, satu hari tu?".

"Kita keluar sama2. Spent time together. Ok kan?".

"Ooh.. ok aje".

Hafiy menarik nafas lega. Mujur Mariam Syuhada memahami hatinya. Dia mengemaskan lagi pelukan. Rambut isterinya dicium lembut.

"Abang, boleh tak Syu nak mintak tolong abang sikit".

"Mintak tolong apa?".

Mariam Syuhada bermain pada hujung baju Hafiy. Berdebar pula hatinya ingin menyuarakan isi hatinya.

"Kita dah setahun kan kahwin.."

"So?".

Dahinya berkerut. Hafiy membetulkan duduk.

"Abang.. dapatkan anak dengan Ara, ok?".

"Apa Syu cakap ni?".

Hafiy mula tak senang duduk. Bahu Mariam Syuhada dipegang erat. Hafiy cuba mencari anak mata isterinya saat ini.

"Syu tak tau bila boleh mengandung. Abang dah lama teringin.."

"Jangan merepek, Syu!".

"Syu tak merepek! Apa yang salahnya pada permintaan Syu? Ara pun isteri abang jugak. Mungkin, Allah dah aturkan begitu".

Hafiy menghela nafas panjang. Serabut fikirannya tiba2.

"Tak sama, Syu".

"Tetap akan jadi anak abang jugak. Dinasabkan pada abang nanti. Apa yang tak sama?".

Hafiy tersenyum sinis. Mudahnya berkata2.

"Tak sama! Sebab bukan dari rahim Syu".

Mariam Syuhada terkelu. Beristighfar dia seketika.

"Abang, jangan macamni. Kita sama2 dah dewasa. Abang ada hak dan abang boleh dapatkan dari Ara. Sampai bila abang nak tunggu Syu? Entah2, Syu tak mampu nak berikan abang zuriat".

"Sampai mati pun abang sanggup tunggu! Kenapa kita nak bahaskan benda ni? Abang dah pernah cakap dulu, Allah akan tetap beri rezeki pada kita cepat atau lambat. Jadi, kenapa Syu tak mampu nak tunggu?".

"Bukan Syu tak mampu tunggu. Syu cuma taknak abang ternanti2. Abang ada Ara untuk dapatkan anak.."

"Abang tetap dengan keputusan abang".

Hafiy menjauhkan dirinya dari Mariam Syuhada. Dia agak terkesan dengan kata2 isterinya. Mana mungkin dia membiarkan perkara sebegini berlalu seperti itu. Biarlah dia mempunyai isteri dua sekalipun, Mariam Syuhada tetap akan menjadi ibu kepada anaknya suatu hari nanti.

"Abang, jangan lah macamni".

"Syu, kenapa sebenarnya ni? Apa yang dah merasuk Syu?".

"Takde! Syu cuma nak abang bahagia. Syu tengok Ara mampu membahagiakan abang. Abang pun nampak bahagia dengan dia. Salahkah permintaan Syu ni? Berdosa ke?".

Hafiy mengeluh berat. Kepalanya digaru kasar.

"Abang tak mungkin sentuh Ara.."

"Abang! Kenapa abang buat macamni?".

"Atas permintaan Ara sendiri. Salah abang ke?".

Hafiy sesak. Bukan ini yang dia pinta. Nafsu bukan perkara pokok dalam perkahwinan mereka.

"Abang.." Rintih Mariam Syuhada. Dia tak menyangka, lima hari perkahwinan Hafiy dan Zahara, hanya berdasarkan luaran sahaja.

"Abang hormat keputusan dia. Dan, Syu tolong hormat keputusan abang. Abang tak mungkin akan ada zuriat dengan Ara. Kita sabar dan terus sabar. Please, Syu".

Hafiy kembali memaut wajah kekasih hatinya. Dahi dikucup lembut dan dia menghadiahkan pandangan harapan.

"Sampai bila?".

"Sampai bila2. Abang tetap tunggu. Tolong jangan buat abang macamni lagi. Kita tutup cerita pasal ni. Abang taknak Syu fikir yang bukan2. Kita usaha, kan? Bukan tak usaha. Abang janji akan cari lagi mana2 ubat yang mudahkan untuk Syu mengandung. Kita akan usaha sampai bila2".

Dia kembali mengucup dahi wanita itu. Ikhlas dan tulus. Mariam Syuhada hanya mampu terdiam. Hatinya tak mungkin dapat tahan. Dia perlu membuat sesuatu.

"Maafkan Syu".

"It's okay, dear. Abang maafkan. Jangan cakap lagi macamtu".

Mariam Syuhada hanya mengangguk dan kembali memeluk Hafiy. Erat!

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience