SCENE 36

Drama Completed 7675

Nediya masih lagi tidak dapat menerima hakikat bahawa suaminya itu sudah pun berkahwin dengan isteri keduanya. Sedih dan rasa sakit hati masih lagi terpendam di dalam hatinya itu. Dia tidak kuat melalui hidup bermadu ini. Dia sungguh tidak larat melihat Faris asyik keluar daripada rumahnya untuk bertemu dengan isteri keduanya itu di kondominium. Mujur ada baby Qiesha yang menjadi penguat semangatnya untuk melalui hari-harinya yang penuh duka.

Nediya tidak sanggup berpisah dengan Faris. Hal ini kerana dia mempunyai anak dengan suaminya itu. Dia tidak mahu baby Qiesha membesar tanpa kasih sayang seorang ayah. Biarlah dia berkorban perasaannya demi anak kesayangan itu. Dalam masa yang sama juga, amat pahit baginya untuk menerima Letizia sebagai madunya. Dia sungguh letih memikirkan tentang perasaannya yang semakin tidak dipedulikan oleh Faris.

Nediya mengelamun dalam tangisannya. Sedang dia memikirkan nasibnya itu, skrin telefon memaparkan satu notifikasi mesej masuk. Dia lalu membuka skrin telefonnya itu. Mesej daripada Laila. Dalam hatinya berkata sambil mengesat air matanya yang sudah kering itu. "Ada apa pula Laila nak jumpa aku dekat rumah dia ni?" Nediya cuba menelefon Laila namun taliannya terputus. "Mungkin telefonnya mati." desusnya di dalam hati.

Nediya mempertimbangkan kembali pelawaan Laila ke rumahnya itu. Dia kemudiannya menelefon teksi untuk berangkat ke rumah Laila.

Sampai sahaja di rumah Laila, Nediya terus mengetuk pintu rumah Laila sambil mendukung baby Qiesha. Dia memberi salam sebelum Laila membuka pintu rumahnya itu.

"Eh, Nediya. Dah sampai pun." ucap Laila teruja. Nediya memberikan senyuman walaupun dia tidak cukup kuat untuk mengukirkan senyumannya itu. Laila terus menjemput Nediya dan baby Qiesha masuk ke dalam rumahnya. Nediya duduk di sofa begitu juga dengan Laila.

"Ada apa awak suruh saya datang rumah ni?" tanya Nediya perlahan. Laila terus tergelak kecil seraya berkata. "Dhia, mata you bengkak ni kenapa?" Laila menyoal. Nediya cepat-cepat menundukkan kepalanya. Memang betul matanya sudah pun membengkak. Masakan tidak, selama dua hari ini selepas dia tahu Faris menikahi wanita lain, kerjanya asyik menangis sahaja. Memang dia akui sungguh berat baginya untuk menerima kenyataan.

Nediya mendiamkan dirinya. Dia bukan tidak mahu menjawab pertanyaan Laila namun dia takut air matanya mengalir di hadapan Laila itu. Dia tidak mahu membuka cerita tentang aib suaminya kepada Laila.

Laila ketawa terbahak-bahak apabila melihat Nediya hanya menundukkan kepalanya. Nediya hairan melihat Laila ketawa itu seakan dia membuat satu jenaka yang sangat melucukan. "Kenapa, Laila?" Nediya bertanya perlahan. Laila masih lagi ketawa sambil memanggil satu nama. "Zia..ooo.. Zia." Nediya tergamam. Dia betul-betul terkejut apabila melihat Letizia, isteri baru suaminya itu turun dari tingkat satu rumah Laila dan duduk di sofa bersebelahan Laila.

Nediya betul-betul terpaku lantas dia berkata. "Awak yang rampas Faris dari saya kan?" kata Nediya separuh sedar. Dia betul-betul tidak dapat menahan dirinya apabila melihat isteri kedua suaminya itu berada di depan matanya. Air matanya sudah jatuh bercucuran. Baby Qiesha masih lagi nyenyak di dalam pelukannya.

"Hei, Nediya. Watch your mouth kata dia perampas. Dia isteri yang sah kepada suami you. You dengan dia tu madu. Hormat dia sikit." kata Laila dalam nada yang tinggi. Nediya tersentak. "Laila, dari mana perempuan ni boleh berada dalam rumah awak? Awak kenal dia?" tanya Nediya dalam nada tersekat-sekat.

"For your information, this is my best friend, Letizia. I yang upah dia suruh goda suami you di apartment miliknya and I juga yang call dekat jabatan Agama Islam yang mereka berdua-duaan di dalam apartment." akui Laila. Nediya terkejut besar mendengar pengakuan Laila itu. Sungguh tidak percaya Laila yang sudah pun dianggap sebagai kawannya menjalankan muslihat sebesar ini kepadanya. Letizia hanya tersenyum sinis lalu tergelak besar.

"Laila... Laila, kenapa awak buat macam ni dekat saya?" tanya Nediya dalam nada yang teresak-esak. Dia menangis teruk di hadapan Laila dan Letizia itu. Laila dan Letizia tergelak mendengar pertanyaannya tadi. Laila seraya berkata dengan nada yang sinis. "You lupa apa you dah buat dekat I tiga tahun lepas? You dah lupa ke?"

Nediya teringat yang dia dulu memang merupakan orang ketiga di dalam perhubungan Laila dengan Khalif. Namun, dia sudah pun menolak pinangan Khalif dan pergi daripada hidup mereka berdua selepas itu. "I tak pernah lupa zaman bodoh I dulu, I dah pun pergi daripada hidup Khalif selepas you jumpa I. Sekarang Khalif balik pada you, kan? Apa lagi you nak?" tanya Nediya. Nafasnya tersekat-sekat.

"Nediya, Nediya.. Sungguh naif kau rupanya ye. Khalif dah ceraikan aku tiga tahun lepas. Kau faham tak betapa terseksanya hidup aku selepas itu? Kau tahu tak?" jerit Laila. Nediya pelik dengan kata-kata Laila itu tadi. "Ceraikan kau? Habis tu masa aku jumpa kau dekat butik, kau cakap kau nak beli baju untuk suami kau?" tanya Nediya lagi. Dia betul-betul mahukan penjelasan yang jelas daripada Laila.

"Yes memang aku beli pakaian untuk suami aku. Untuk my beloved husband, Abang Zikri. Not Khalif at all. Kau ingat tak? Masa aku minta kau jauhi Khalif, apa kau jawab? Kau kata dia dah muak tengok aku, kan? Kau kata Khalif benci aku dah kan? So, sekarang Faris pun sama, dia dah muak dengan kau that is why dia pilih Letizia." kata Laila dengan sinis sekali.

Nediya menangis tersedu-sedan. Baby Qiesha juga turut menangis. Barangkali bising dengan keadaan mereka berkelahi. Nediya menarik nafas sedalam-dalamnya, mengumpulkan semula kudratnya untuk berkata. "Laila, aku ingat kau dah betul-betul maafkan aku atas semua salah silap yang aku dah buat. Tapi rupanya kau menyimpan dendam terhadap aku."

Laila hanya menjeling tajam ke arah Nediya itu. Nediya berkata lagi. "Letizia, awak sanggup berkerjasama dengan Laila untuk merampas kebahagiaan saya dengan anak saya ini. Saya tak sangka awak betul-betul tergamak melakukan ini semua." kata Nediya lagi dalam nada yang tersekat-sekat.

"Yes, I sanggup. Kalau dulu I saja nak goda Faris. Tapi selepas itu, I betul-betul cintakan dia. Now, kita bermadu. Why not, right?" sindir Letizia lagi.

"Kau terima jelah Nediya. Ini karma untuk kau selepas apa kau dah buat dekat aku dulu." ujar Laila lagi. Nediya menangis semahu-mahunya. Dia terus keluar daripada rumah Laila sambil membawa baby Qiesha. Dia terus menelefon teksi dalam nada tangisannya itu untuk menjemputnya semula. Kini, dia sudah tahu bahawa semuanya yang terjadi disebabkan dendam Laila terhadapnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience