Bab 7

Horror & Thriller Series 8852

BAB 7

"Qai.. assalamualaikum.." Bad membuka pintu rumahnya yang tidak berkunci.

"Eh. Jemputla duduk mak cik .saya panggil Qai kejap." Pelawa Qai. Mak Qai hanya mengangguk.

"Qai.. keluar ler . Mak kau datang ni..." Bad mengetuk pintu bilik Qai kuat.

"Iya-iya. Aku mau keluar ini.." jawab Qai dengan slang indon.

"Aik.. bila masa kau jadi indon pula ni?" Qai tidak menjawab.
Mak Qai yang mendengar Qai bercakap dalam slang indonesia mula resah. Pintu bilik Qai terbuka.

"Ouuh.ibuk.. apa khabar buk? Suami ibuk dimana buk? Aku kangen sama dia.." tanya Qai dengan slang indonesia yang pekat sambil duduk ditepi mak dia.

"Eishh. Apa benda lah kamu ni Qai.. minah indon mana pulak yang melekat dengan kamu ni. Dah jangan main-main.. kamu sihat tak ni Qai? Plaster bertampal dekat dahi penuh ni?" Mak Qai membelek-belek wajah Qai yang penuh dengan luka-luka.

"Iya alah ibuk.. aku enggak bercanda ini... itu ada Gadis manis namanya melati buk. Aku suka sama dia. Tapi dia selalu aja pukul aku. Ini sakit-sakit ni buk.luka-luka dikerjain ama dia. Tapi aku sayang ama dia." Terang Qai dengan lengok badannya lemah lembut.

Mak Qai yang melihat Keadaan Qai yang tidak kena itu mula risau. Dan dia semakin risau bila mendengar nama 'melati'!

'Aku kena buat sesuatu ni..' kata mak Qai dalam hati.

"Buk... kenapa ibuk diam? Takut?" Tanya Qai sambil tersenyum sinis.

"Eh.. takut kenapa pulak?" Tanya Mak Qai.

"Hehehehe. Aku tahu ibuk takut.. hhehehehehe . Aku udah kembali buk..aku akan menganggu dia hingga akhir hayatnya!! Hihihi!"
Jerit Qai sambil mengilai sebelum pengsan.

"Ya Allah! Qai! Bangun sayang..
Bad! Tolong Qai ni!" Jerit mak Qai sambil menepuk lembut pipi Qai. Bad yang berada di dalam tandas terus bergegas keluar selepas nendengar suara Mak Qai menjerit.

"Lahh! Apa yang dah jadi ni mak cik? Qai! Bangun.!"
Bad mencempung Qai lalu diletakkan si atas sofa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience