Bab 46

Romance Series 106380

JUWITA tergamam. Air mata Maisara mengalir tanpa henti. Meraung-raung dia melepaskan segala kesakitan di hatinya.

Adrian cuba untuk menenangkan Maisara namun apa yang berlaku benar-benar tidak diduga.

Maisara menolak kuat tubuh Adrian sehingga Adrian jatuh tersungkur. Air matanya diseka.

"Tapi aku pelik. Pelik bila kau boleh jatuh cinta dengan Ad. Kenapa tidak kau jatuh cinta pada abang aku?" Maisara memandang Juwita sinis.

"Abang aku cukup sempurna. Tapi kau tolak dia. Kau penyebab kematian dia, Ju. Kau pembunuh!" jerit Maisara sekuat hati.

Sehingga kini, dia masih belum mampu menerima pemergian Zarif. Sehelai baju Zarif diraih lalu diciumnya.

"Mai rindukan abang. Rindu sangat. Kenapa abang tinggalkan Mai sendirian? Kenapa abang?" Maisara meratap sayu.

"Mai nak ikut abang. Abang bawalah Mai sekali." Maisara terus meluahkan rasa sedihnya. Juwita dan Adrian saling berpandangan.

"Mai..." Juwita memandang Maisara dengan penuh simpati. Pasti Maisara trauma dengan apa yang berlaku sehingga mendorongnya jadi begitu.

"Kau kenal Tini?" soal Juwita. Maisara memandang wajah Juwita.

"Kau nak tahu kenapa aku tak terima abang kau?" Juwita cuba menarik Maisara untuk berinteraksi dengannya. Kelihatan Maisara setia menanti setiap bait yang akan keluar dari bibir Juwita.

"Abang kau dengan Tini bercinta. Dari zaman sekolah, kan? Mustahil kau tak kenal Tini. Bukan tu je. Tini pernah mengandungkan anak abang kau tapi abang kau paksa dia gugurkan. Kau ingat aku sanggup terima abang kau dan lukakan hati Tini?" Juwita terdiam seketika.

"Tini tu baik. Ikut je semua kehendak abang kau sampai sanggup gadai maruah diri demi cinta. Tapi bila Tini mengandung, abang kau buang dia. Kalau kau kat tempat Tini apa kau rasa?" Juwita kecewa. Kecewa dengan semua yang berlaku.

"Aku tahu abang kau baik. Baik sangat. Tapi itu bukan asbab untuk dia ambil kesempatan. Aku juga tak semudah tu nak serah diri pada orang yang hanya bertuhankan nafsu." Maisara tergamam mendengar amarah Juwita.

"Salah ke aku menolak abang kau demi maruah perempuan lain? Demi maruah dan harga diri aku?" Nadanya berubah sebak.

Sehingga kini dia tak tahu ke mana Tini menghilang. Masih jelas dimindanya betapa Tini kecewa dengan keputusan yang Zarif buat.

"Tak! Kau tipu! Abang aku sayangkan Tini tapi Tini curang. Tini mengandung anak lelaki lain. Abang aku ada bukti sebab tu dia tinggalkan Tini. Abang aku tak pernah bersetubuh dengan mana-mana perempuan." Maisara membentak.

"No! Tini setia orangnya. Dia tak pernah curang. Bagi aku bukti kalau betul dia curang." Dalam keadaan begitu, Juwita berusaha melawan.

Dia sudah tidak peduli akan nasib dirinya. Apa yang dia tahu, dia perlu buat Maisara sedar.

"No! Aku benci kau! Kau bunuh abang aku." Tanpa diduga, Maisara menerpa ke arah Juwita. Tubuh Juwita dipukul, ditendang. Laungan Juwita langsung tidak dipedulikan. Adrian cuba membantu menenangkan Maisara namun, apa yang berlaku benar-benar membuatkan mereka yang berada di situ terkejut.

Tubuh Adrian ditolak kasar sehingga tersungkur. Maisara mengeluarkan pisau lipat dari poket seluarnya lalu menikan perut Adrian berkali-kali. Juwita tergamam.

"Aku dah cakap jangan lebihkan dia. Kau milik aku sorang tapi kau degil. Masih simpan perasaan dekat dia. Takde siapa akan dapat kau kalau aku tak dapat cinta kau. Hahahaha..." Maisara bagai orang hilang akal.

Juwita mula sesak dada. Peluh mula membasahi dahinya. Terasa sukar untuk bernafas apatah lagi bila melihat kejadian seperti itu.

Perlahan-lahan matanys tertutup dan tubuhnya rebah ke lantai. Bau hanyir darah memenuhi ruang bilik itu.

Maisara ketawa melihat tubuh Adrian yang sudah tidak bernyawa.

"Kau milik aku. Selamanya kau hanya milik aku. Aku takkan izinkan kau bersama orang lain." Wajah Adrian dibelai lembut.

Maisara turut baring di sebelah Adrian. Tubuh Adrian dipeluk erat. Tak ingin dilepaskan. Tubuh yang sentiasa mendamaikan hatinya.

Namun dia terluka kerana hati lelaki itu telah mula menyintai Juwita. Sehingga saat ini, dia tidak lagi merasa hangatnya cinta Adrian.

Rasa cinta yang mendamaikan itu lenyap kerana dendamnya. Rasa kasih itu pudar kerana dendamnya dan kini, dia membunuh cinta itu kerana tidak dapat memilikinya sepenuh hati.

"Kenapa you buat I macam ni, biy?" Maisara menangis hiba. Juwita yang tidak sedarkan diri tidak dipedulikannya.

Maisara bangun lalu menarik tubuh Adrian ke biliknya. Dengan segala kudrat yang ada, dia mengangkat tubuh Adrian lalu direbahkan di atas katil.

"You baring sini. Sini selesa. Jangan baring atas lantai. Nanti you sakit badan. I nak selesaikan kerja I dulu. Nanti I datang teman you." Pipi Adrian dikucup lembut.

Maisara menyanyi riang lantas meninggalkan jasad Adrian di situ.

"Abang, tunggu Mai datang ye. Mai akan bawa cinta hati abang sekali. Kita hidup sama-sama kat sana." Maisara tersenyum riang.

Langkah kakinya diatur menuju ke bilik abangnya. Tubuh Juwita yang tidak sedarkan diri itu ditatap dengan senyum sini.

Jarum suntikan yang dicapai sebelum dia melangkah keluar dari biliknya tadi ditenung lama.

"Ju, aku hantar kau kat abang aku. Tapi, aku nak kau mati perlahan-lahan." Jarum suntikan itu dicucuk di lengan Juwita lalu dicampak ke tepi.

"Semoga selamat terbang ke syurga." Maisara kembali ke biliknya. Memandang Adrian yang tidak bernyawa dengan penuh rasa cinta.

"I love you so much biy," ucap Maisara lantas memeluk erat tubuh Adrian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience