bab 6

Action Series 30130

SELEPAS sahaja teman lelaki Syaz sampai iaitu Amer, teman lelaki Kayra juga tiba. Bermula sesi perang mereka.

“Ha sampai pun. Ingatkan dah sesat.” perli Kayra sambil menjeling sekilas. Arwin dan Syaz menahan daripada ketawa.

“Sorrylah, tadi settlekan kerja sikit. Kan dah sampai ni.” jawab Que sambil menggaru kepalanya.

“Banyaklah awak punya kerja. Lambat sikit memang awak sampai waktu diaorang mengemas aja.”

“Dahlah… kawan-kawan awak ada kan. Bebel je.” Tidak dapat ditahan lagi… meletus ketawa Syaz dan Arwin yang sejak tadi tahan.

“Que, dia memang macam ni.. membebel tak henti.” sambung Syaz ingin mengenakan Kayra.

“Awak tak payah cakap orang sangat, awak pun sama.” celah Amer. Satu cubitan laju diberikan kepada Amer. Arwin masih lagi dengan tawanya.

“Eh lupa nak kenalkan bff kitaorang yang cantik lagikan jelita ni. Ni Awin… Awin ni la baby aku tu… Que.” Arwin tersenyum mengangguk.

“Dah tepi bagi aku kenalkan baby aku pula. Win ni Amer. Amer ni Awin kawan sehati sejiwa saya.” Sekali lagi Arwin hanya tersenyum mengangguk.

“Baby Awin mana pula?” usik Kayra lagi sekali.

“Sampai hati kau kan… sorry kita tak main sorang, kita ada dua… ms Syaz and ms Kayra.” jawab Arwin sambil membuat muka bangga. Semua di situ hanya tertawa.

“Tak pernah nampak pun sebelum ni masa lepak. Awin ni pergi mana?” soal Que.

“Ouh kalau awak nak tahu, kawan kitaorang yang sorang ni duduk gua. Itu susah sangat nak jumpa.” perli Kayra lagi.

“Syaz… kau tengoklah Kay ni. Aku baliklah.” rajuk Arwin sambil bangun. Saja dia ingin bermanja dengan kawannya. Baru sahaja dia ingin berpusing, ada satu tubuh dibelakangnya. Terkejut Arwin ketika itu.

“Awak? Awak buat apa dekat sini?” jelas riak Arwin sangat terkejut. Mereka yang berada di situ memandang pelik. Arwin kenal dengan lelaki hensem itu. Pakaian yang serba hitam berserta blazer itu membuatkan lelaki itu benar-benar menyerlah ketampanan. Lelaki itu hanya beriak biasa tanpa menjawab soalan Arwin.

“Awin? Kau kenal ke?” tanya Syaz. Kebiasaannya ada sahaja yang mendekati Arwin seolah-olah mereka saling mengenali.

“Err… korang ni….” Arwin tidak tahu ingin memperkenalkan Airiel sebagai apa dihadapan rakan-rakannya. Airiel menaikkan kening saja ingin melihat Arwin memberi jawapan.

“Ni… Airiel… Airiel ni Kayra and ni Syaz. Diaorang ni kawan baik Awin. Yang sebelah diaorang ni boyfriend diaorang. Que and Amir.” Que menghulurkan tangan, Airiel masih lagi berdiam, selepas Que merasakan jabatan tangannya tidak di balas dia ingin menjatuhkan tangan namun Airiel menghulurkan tangan.

“Que.”

“Airiel.”

mereka memperkenalkan diri begitu juga Amer. Kayra dan Syaz masih lagi diam, tidak tahu ingin memberi riaksi apa.

“Bangun ni nak pergi mana?” soal Airiel sambil memandang wajah Arwin. Arwin tidak keruan ketika itu.

“Tak… tak pergi mana.” jawab Arwin sambil duduk semula. Airiel menundukkan badan sambil merenung wajah isterinya. Jelas dua kawannya terkejut. Kayra sudah menutup mulut manakala Syaz dengan riak terkejutnya.

“Sebelah tu tempat siapa?”

“Tak ada orang.”

“Aku pergi ambil makanan kejap.” beritahu Airiel seakan membisik sambil mendekatkan lagi muka ke muka Arwin. Arwin terus menutup matanya dan membuatkan Airiel tersenyum senget. Lalu dia menyentuh hidung isterinya dan terus beredar. Arwin melepaskan nafas lega. Namun memandang wajah rakannya membuatkan dia rasa sesak nafas semula.

“Syila, kau tengok lelaki kat sana tu? Wey hensem gila.” teruja Lenna menujuk ke arah lelaki itu.

“Mana?”

“Tu lah… yang muka garang tu. Hensemnya weh. Tinggi, muka pun helok.” Syila memandang ke arah lelaki itu. Melihat ketampanan lelaki itu membuatkan dia jatuh hati.

“Aku nak pergi dekat dia lah.” kata Syila tanpa menunggu jawapan daripada Lenna.

“Awin baik kau cakap lelaki helok tu siapa ?” soal Kayra.

“Ehem.” tegur Que memandang tidak puas hati kepada kekasihnya. Kayra tersenyum, terlupa pula ada Que.

“Sorry awak, tapi memang betul. So Win itu siapa?” jawab Kayra selamba. Que sudah menggelengkan kepala sudah masak dengan perangai buah hatinya

“Dia… Dia…..”

“Dia apa Awin? Kau tak cakap pun kau dah ada boyfriend.”

“Dia bukan boyfriend akulah.” tidak mungkin Arwin akan memberitahu.

“Habistu siapa? Kenapa korang macam something hah?”

“Eh korang stop kejap boleh tak? Awin tengok tu boyfriend kau nak kena caras.” Tegur Syaz. Semua mata memandang ke arah Airiel namun Arwin masih tidak menyedari.

“Dia bukan…. wait apa?” soal Arwin sambil memandang belakang. Arwin mengetap gigi menahan api cemburu yang entah daripada mana menyala. Riak wajah Arwin juga berubah menjadi bahang. Kayra dan Syaz memandang satu sama lain.

“Hai… I Syila. Nama you?” tegur Syila mesra. Namun sedikit pun Airiel tidak memandang perempuan itu. Dia hanya fokus dengan makanan yang ingin di ambil.

“I tak pernah nampak pun you sebelum ni. Mesti you kawan salah seorang dekat dalam ni kan… Siapa? Mana tahu I kenal.” tidak putus asa Syila bertanya. Namun masih sama, Airiel kelihatan tidak berminat malah memandang Syila juga tidak.

“Win, kau tak nak pergi sana ke?” soal Syaz yang mahu Arwin mengambil semula teman lelakinya. Amer menyiku Syaz. Syaz membuat muka tanda tanya.

“Perempuan tu ingat dia lawa sangat ke, macam semua lelaki terpikat dekat dia. Menyampah.” kutuk Kayra pula. Arwin masih lagi diam menahan api cemburunya. Lihat sahaja Arwin ni lemah lembut dan manja orangnya namun Arwin juga bersikap kuat cemburu.

“Kay dah lah… Tengok Awin ni.” tegur Syaz apabila melihat wajah Arwin tegang sejak tadi.

“Awin, ala si Airiel tu tak layan pun lah Syila tu. Janganlah marah. Tak cantik nanti.”

“Bila masa aku marah?” soal Arwin geram.

“Ni.” tunjuk mereka berempat serentak. Saat itu juga Airiel tiba dengan membawa pinggan dan gelas. Suasana menjadi sunyi.

“Banyak ambil. Lapar sangat ke?” perli Arwin membuatkan Airiel mengerutkan dahi. Namun Airiel hanya diam dan terus makan. Melihat wajah masam isterinya membuatkan Airiel tertanya-tanya.

“Kau apahal?”

“Mana ada apa-apa.”

Mereka berempat yang ada di meja itu seakan sedang menyaksikan filem. Baru Que dan Amer tahu sikap lemah lembut Arwin ni boleh bertukar menjadi perempuan kuat cemburu.

“Muka kau tu… apahal benci sangat aku makan kat sini. Aku tukar tempat.”

“Kenapa? Nak makan sebelah perempuan tu?”

“Perempuan mana kau ni?” soal Airiel mula ingin marah. Entah apa lagi salahnya.

“Tu perempuan awak jumpa tadi…”

“Siapa? Syila tu?” soal Airiel membuatkan Arwin terus pusing ke arahnya. Mereka berempat pula seakan ingin menepuk dahi apabila dengan selamba Airiel menyebut nama perempuan itu.

“Awak kenal dia?”

“Dah dia sebut nama dia.”

“Ouh lepas tu awak melayan dia la kan.” tuduh Arwin membuatkan lelaki itu mula hilang sabar.

“Kau buta ke? Kau ada nampak aku bercakap dengan dia ke? Tak ada kan.” jawab Airiel. Kata-kata Airiel itu jelas di dengari mereka berempat dan sejujurnya kredengaran kasar. Mereka memandang satu sama lain. Tidak mungkin Arwin yang bersikap manja ini jatuh hati dengan lelaki yang baran begini. Arwin hanya memdiamkan diri dan membuatkan Airiel makin tiada mood ketika itu.

“Kalau macam ni, aku balik je lah. “ jawab Airiel sambil bangun. Laju tangan Arwin menarik tangan Airiel untuk duduk semula.

“Tahu pun. Jangan tuduh benda yang aku tak buat.” bebel Airiel sambil mengambil garfunya. Arwin memuncung mulutnya apabila dimarah begitu. Tiba-tiba Airiel menyuakan daging di mulut Arwin. Berubah wajah Arwin ketika itu. Dia terus makan sambil tersenyum suka. Airiel menggelengkan kepala. Tidak sangka isterinya seorang yang kuat cemburu.

“Mengada.” kata Airiel sambil menyuapkan daging di mulutnya.

Arwin memandang rakan-rakan yang memandangnya sejak tadi. Baru dia sedar kewujudan kawan-kawannya.

“Ke… Kenapa korang pandang aku macam tu? Ada apa-apa dekat muka aku ke?”

“Kau tu… dah lama aku tak nampak muka jealous kau tu. Last aku nampak masa aku bagi Syaz hadiah dulu.” Kenang Kayra. Arwin membesarkan matanya supaya membuka cerita.

“Kan wey… ingat lagi kemain masam lagi muka dia sebab tak dapat hadiah daripada kau masa kau pergi bercuti.”

“Ish benda tu dah lama okay. Yela tak aci, Syaz dapat aku tak dapat.” Arwin mengaku walaupun malu-malu.

“Eh lepas tu aku bagi okay. Tapi kau tetap merajuk tak nak cakap dengan kitaorang sehari tu.”

“Itulah … Win dah berbulan tau kita tak jumpa. Tahu-tahu dekat mall juga kita jumpa. Kalau tak jumpa? Hah tak adalah kita jumpa hari ni.”

“Lah kau ni… kan aku dah cakap telefon aku rosak, bukan sengaja aku nak lost contact.” Airiel memandang Arwin. Tahu isterinya membohong.

“Habistu bila kau nak beli telefon baru?”

“Nantilah tunggu duit jatuh daripada langit.” gurau Arwin sambil tertawa.

“Tengok tu main-main. Encik Airiel, cepat-cepatlah belanja girlfriend encik ni telefon. Senang kitaorang nak contact dia.” dengan selamba Kayra menyuruh Airiel.

“Ish kau ni Kay… aku bukan girlfriend dia la…” jawab Arwin mengerutkan dahi.

“Abis tu apa?” soal Kayra sambil mengecilkan mata memandang rakannya.

“Dia…”

“Hadirin sekalian… sambil-sambil korang menjamu selera tu… tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu pemenang king and queen untuk pakaian paling hot malam ni. Selain tu kita juga ada hadiah untuk pasangan paling hot.”

“Wah… dalam diam diaorang perhati pakaian kita….” teruja pula Syaz apabila tahu ada penyampaian hadiah untuk acara itu.

“Okay kitaorang akan umumkan dengan tunjuk lampu tu tuju dekat arah siapa, then dialah pemenang tu okay. Are you guys ready?” satu dewan meriah dengan semua menyebut ready. Mereka semua kelihatan teruja.

“Ofc lah Syila menang, dia punya pakaian paling wow kot.” puji Lenna membuatkan Syila tersenyum malu.

Pelbagai nama disebut oleh mereka ketika itu. Sambil-sambil itu mereka juga bersorak bersama-sama.

“Saya umumkan Queen untuk pakaian paling hot jatuh kepada……”

Syila seakan bersedia apabila lampu mungkin terhala padanya makala Arwin dan kawan-kawannya fokus ke skrin besar.

Dengan kiraan tiga lampu itu terhenti kepada salah seorang di dalam dewan itu.

“Arwin Nur Qaira…..Our princess daripada dulu lagi. Dengan mengayakan dress yang sangat cantik dan juga solekan yang natural menampakkan kecantik si kecil ini.” wajah Arwin memenuhi skrin apabila merakam semasa Arwin mencari Kayra dan semasa ia sedang ketawa bersama rakan-rakannya. Jelas Arwin terkejut ketika itu. Dia memandang kawan-kawannya.

Suasana di dalam dewan menjadi riuh dengan tepukan dan sorokan. Airiel yang berada di sebelahnya membuat riak biasa. Tiada pun ingin bersorak atau meraikan Arwin.

“ Di jemput Arwin ke atas pentas.” Arwin bangun dan menuju ke atas pentas untuk mengambil hadiah. Arwin juga di minta tunggu di situ. Jelas riak wajah Syila tidak puas hati apabila Arwin yang memenangi.

“Queen kita dah dapat.. Kita cari king kita pula malam ni…. King kita malam ini jatuh kepada…..” Lampu menyala-nyala untuk mencari siapa yang menjadi pujaan pada malam ini. Tiba-tiba lampu terhenti kepada Airiel yang leka bermain telefon. Airiel memandang sekeliling apabila wajahnya yang dirakam semasa masuk ke dalam dewan dan semasa mencari Arwin berada di skrin besar. Arwin di atas menutup mulut, tidak menyangka suaminya juga turut menang.

“Dijemput King kita malam ini dengan serba hitam. Hensem teruk bro.” Airiel memandang Arwin yang berada di atas pentas, lalu dia terus bangun. Wajahnya yang garang itu membuatkan ramai daripada perempuan bersorak. Lagi bengang Syila ketika itu.

“Really mafia vibe.” puji Kayra melihat Airiel di skrin besar.

“Korang tengok guys King dengan Queen kita malam ni. Hot gila… So the last one is pasangan hot pada malam ini. Nak cakap apa lagi guys. Pasangan hot kita pada malam ini jatuh kepada…… King dan Queen!” Satu dewan menepuk tangan sambil ada yang usik-mengusik. Yang membuatkan lagi sakan mereka mengusik apabila di skrin terakam saat Airiel mendekatkan muka dengan Arwin sambil itu sempat dia mencuit hidung Arwin. Dan video kedua semasa Arwin tersenyum manis apabila Airiel menyuapnya. Arwin menutup mulut terkejut dan malu.Arwin memandang suaminya, Airiel hanya tersenyum sebaris dan mengangguk menyuruh Arwin mengambil hadiah itu.

“Jemput pasangan hot kita berikan sepatah dua kata. Arwin jangan lupa kenalkan handsome boy sebelah tu… semua dekat sini duk usya si hensem tu tau.” Arwin tersenyum sebaris dan memandang ke arah Airiel. Airiel menjeling sebaris dan memandang ke arah lain.

“Sayang tengok tu, Arwin jealous.” kata Kayra kepada Que. Mereka semua tertawa dan mengangguk. Jelas riak wajah Arwin tidak suka mendengar apa yang dikatakan oleh jurucakap itu. Arwin meletakkan barang ke bawah dan mengambil mic.

“Hai assalammualaikum semua…” ucap Arwin tersenyum sambil tertawa malu. Sedikit pun tidak nampak dia seperti berlakon manja di situ.

“First Awin nak ucap terima kasih dekat Lin sebagai pengurus majlis. Awin tak sangka malam ni dapat jumpa korang semua dan Awin tak sangka yang Awin akan ada dekat atas ni.”

“Awin you are our princess.” jerit salah seorang rakan lelaki mereka membuatkan satu dewan menjadi riuh. Arwin masih lagi tersenyum malu manakala Airiel disebelah sudah berasap-asap telinga mendengar pujian itu.

“Terima kasih korang semua. Malam ni malam berharga bagi Awin sebab dapat jumpa korang semua… Ouh dalam diam ada kamera memerhati… Em Awin pun tak tahu nak cakap apa but happy jumpa korang.”

“Awin, tak nak kenalkan ke pujaan dekat sebelah tu. Semua tengah tunggu ni… betul tak korang?” usik Lin. Arwin berasa serba salah dan memandang suaminya. Airiel yang merenung Arwin tahu apa yang ingin cuba memberitahunya. Airiel juga meletakkan hadiahnya ke bawah dan mendekati Arwin. Airiel mengambil mic daripada isterinya. Dengan wajah tiada senyuman dia memberi ucapan.

“Hi, good night everyone. My name is Airiel Zackry. I know my behavior tonight is questioning everyone including our friends at the table. I know that this princess of yours has never had any controversy as long as you have known her. Maybe she once brought her boyfriend, maybe, honey?” usik Airiel membuatkan satu dewan sekali lagi riuh. Tak ketinggalan Kayra dan Syaz yang sudah menutup mulut terkejut apabila Airiel memanggil Arwin “honey”. Izhan yang duduk di meja daripada tadi sudah memberi riak tegang sambil bersilang tangan memeluk diri.

“To all who are here, I would like to inform that I am the husband of Arwin Nur Qaira.” Semua di dalam dewan sangat terkejut dengan berita yang baru sahaja mereka terima. Kayra dan Syaz juga apa kurangnya memandang satu sama lain dan memandang ke arah kawannya yang berada di atas pentas. Arwin yang berada di sebelah Airiel juga turut terkejut dengan pengakuan itu. Airiel mengambil tangan Arwin dan digenggam erat sambil diangkat, ditunjukkan kepada semua orang.

“Yes its me. Thank you Kay, inviting my lovely wife tonight. And thanks also to Lin, willing to be the host of tonight's event. Congratulations my love, be the queen for tonight and always be the queen in my heart.” Semua memberi tepukan yang gemuruh. Arwin memandang suaminya. Sedikit sebanyak buat pertama kali Airiel mengungkapkan kata-kata manis kepada Arwin.

“Congrats too my lovely husband.” ucap Arwin sambil memeluk Airiel. Airiel tersenyum sambil membelai rambut isterinya.

“Wow, wow and wow…. sangat suprise okay Awin. Tak sangka princess kita dah diambil orang… So untuk korang yang dekat bawah ni, jangan patah hati okay. Thankyou untuk attention you all. Ha Lin dekat sini rasa bangga sebab ada juga yang terima kasih dekat Lin. Btw terbelit lidah kita wak dengan husband Awin speaking. Im kidding. Korang boleh sambung menjamu selera. Thankyou.”

“Tak apa ke?” soal Arwin memnandang suaminya. Airiel hanya menggelengkan kepala.

“Aku call Sham angkat barang ni.” beritahu Airiel. Arwin hanya tersenyum dan mengangguk.

“Arwin Nur Qaira! Explain now.” tegas Kayra yang menarik tangan Arwin untuk berjauhan daripada Airiel yang sedang berbual kosong bersama Que dan Amer.

“What? Im his wife?” jawab Arwin sambil tersenyum serba salah.

“Since when? Why kitaorang tak tahu?”

“Kitaorang tak buat majlis pun. Kitaorang nikah dekat pejabat agama je.”

“What? Awin baik kau cerita betul-betul dekat kitaorang. Betul ke dia suami kau?”

“Ya allah betullah Syaz…dia suami aku. Kenapa korang ni?”

“Win, kitaorang bukan tak nak percaya but dia terlalu kasar bercakap dengan kau. Kat rumah pun dia cakap macam tu ke?” soalan Kayra itu membuatkan Arwin berfikir sejenak. Arwin faham mengapa rakan-rakannya tidak percaya kerana dia bersikap manja, mana mungkin dia bersama lelaki yang bercakap kasar begitu.

“Dia tetap suami aku. Aku kena terima kekurangan dia.”

“Kalau kau dah cakap macam tu… kitaorang doakan kebahagiaan kau dengan dia. Tak sangka kawan aku sorang ni dah jadi wife orang.” kata Kayra sambil memeluk Arwin.

“Awin.” panggil seseorang. Kayra sudah menjeling menyampah.

“Ye.”

“Congrats queen tonight. Awak memang layak dapat.” Puji Izhan. Arwin hanya tersenyum sebaris.

“Tak sangka awak dah kahwin. Tapi betul ke dia suami awak?“

“Kenapa awak cakap macam tu? Awak nak cakap kitaorang menipu?”

“Bukan macam tu Awin… cuma saya rasa dia tak sesuai untuk awak.” kata Izhan membuatkan Arwin memandang lelaki itu tidak puas hati.

“Awak siapa nak judge suami saya? Saya ni yang tak layak untuk dia. Awak tak kenal suami saya, jangan nak cakap ikut suka je.”

“Okay… okay saya minta maaf okay. Saya salah. I wish you happiness.”

“Sayang? Ada apa-apa husband terlepas ke ni?” soal Airiel yang entah daripada mana tiba. Kayra dan Syaz masih memandang Izhan yang berdiri di situ. Arwin menunduk sambil menggelengkan kepala.

“Bro, kau ada cakap apa-apa ke kat wife aku?” soal Airiel sambil mendekati Izhan namun langkahnya terhenti apabila Arwin menarik lengan Airiel.

“Kenapa awak cari Awin?” soal Arwin ingin mencuri perhatian suaminya semula. Airiel masih lagi merenung wajah Izhan. Izhan berlagak biasa sambil memasukkan tangan di dalam kocek.

“Jom redphoto.” ajak Airiel yang langsung tidak memandang Arwin. Arwin berasa sedikit cuak dan cepat-cepat menarik Airiel berjauhan dengan Izhan.

“Jom awak…” Sempat Airiel menjeling sambil berjalan bersama isterinya. Kayra dan Syaz juga berjalan meninggalkan Izhan. Izhan menggelengkan kepala, hampa dengan pilihan Arwin.

“Orang macam ni awak jadikan suami Awin.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience