BAB 4

Adventure Completed 1114

“Ya, puan,” balas Ketua Heli. Setelah mengucapkan terima kasih, kami menghantar Ketua Heli ke keretanya.

“Adakah kamu yakin tentang hal ini, Max? Kamu yakin bahawa kamu mampu menempuh segala cabaran yang akan datang sekiranya kamu ke sana?” tanya abahku. Dia cuba menyembunyikan kerisauannya walaupun aku tahu dia sedang risaukan aku. Masakan tidak, aku tidak pernah berjauhan dengan keluarga sebelum ini.

“Max yakin, abah. Lagipun cita-cita Max kan ingin menjadi seorang Ahli Astronomi,” balasku. Abah menghembuskan nafas dengan berat. Dia memandang ke arah ibu untuk mendapatkan kepastian. Ibu hanya mengangguk.

“Sekurang-kurangnya kamu tidak berseorangan, tapi berjanji dengan abah bahawa kamu akan membuat yang terbaik,” kata abah lalu tersenyum.

“Sebentar lagi kita akan bertolak. Tetapi sebelum itu, saya ingin memperkenalkan kamu kepada kapten akademi ini,” kata Ketua Heli lalu mempersilakannya untuk masuk ke ruangan kami. Lantas kami berusaha untuk membuka tali keselamatan yang telah dipasang sebentar tadi.

“Tidak mengapa, tak perlulah berdiri. Bukan mudah untuk memakai kembali tali keselamatan itu,” katanya sambil berjalan masuk. Dia berdiri tegak lalu meletakkan tangan di kepalanya sebagai tanda salam perkenalan. Begitu juga kami.

“Nama saya Andrew. Seperti yang telah kamu ketahui, saya merupakan kapten akademi ini. Jadi, jangan buat perkara yang saya tak suka atau kamu akan dihantar semula ke bumi. Diingatkan bahawa tidak ada peluang kedua,” tegas sungguh kata-katanya itu. Kecut kami dibuatnya.

“Kamu di hujung sana, apakah warna bintang Sirius?” tanya kapten secara melulu.

“Emm, putih,” kata peserta itu perlahan.

“Adakah kamu yakin?” tanya kapten lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience