Chapter 5

Romance Series 4829

Pagi itu Isha sempat berbual dengan ibunya sebelum ke pejabat. “Semalam Isha keluar dengan kawan Isha ke?” ibunya menyoal. “Aah. Tapi mana ibu tahu? Abang ke bagi tahu?” soal Isha kembali. “Yelah. Siapa lagi kalau bukan abang kamu. Isha pergi mana semalam?” balas ibunya. “Keluar makan je bu. Lepas tu balik la.” jawabnya. “Okey lah bu. Isha pergi dulu. Bye!” ucapnya sambil menyalam ibunya dan keluar menuju ke kereta. Sampai sahaja di pejabat, Sofea memaklumkan kepada Isha Encik Zamil hendak berjumpa dnegannya. Dia terus menuju ke bilik Encik Zamil. Dia masuk dan mengambil tempat di hadapan majikannya itu. “Ada apa ni Encik Zamil?” soalnya. “Saya sepatutnya fly ke Australia untuk mesyuarat tentang projek binaan bangunan 20 tingkat tu, but i got a things to settle here.” jelasnya. “So?” soalnya tidak faham apa yang cuba disampaikan oleh majikannya. “So, the person that will replace me is you.” akhirnya Encik Zamil menjelaskan. “What? But why me? Kan ramai lagi staf lain.” balas Isha kebingungan. “Because you are the lucky person that i chose. Lagipun awak je yang ikut saya pergi meeting pasal projek ni dekat Ampang hari tu kan. So i assume only you know how to make this presentation. Jangan risau. Dekat sana nanti akan ada orang yang tolong you manage all of this.” jelasnya panjang lebar. “Tapi saya tak yakin lah Encik Zamil. Lagipun saya bukan present depan datuk-datuk. Depan foreigner. I don’t know what are their perspective about my presentation soon.” Isha cuba menolak. “Faisha, awak ni secretary saya merangkap auditor dalam syarikat ni. Takkan saya nak suruh staf bawahan yang present. Awak faham kan maksud saya? Pasal perspektif mereka tu, awak tak payah concern sangat lah. Lagipun deal dengan foreigner ni lagi senang sebenarnya daripada dengan datuk-datuk. Mereka ni tak suka buang masa waktu meeting and straight to the point. Itu je.” Encik Zamil cuba meyakinkan Isha. Akhirnya Isha setuju dengan tugas itu. “Kalau dah tak ada apa-apa, awak boleh sambung kerja. Pasal flight and accommodation kat sana, nanti saya suruh Sofea uruskan semua okey?” tambahnya lagi. Encik Zamil yakin bahawa pekerjanya itu boleh dipercayai. Dia tahu Isha mempunyai bakat dalam tugasan seperti ini. Isha kembali ke mejanya dan menyambung kerja. “Oit! Bos cakap apa tadi?” Nia yang kebetulan lalu di mejanya menyoal. “Ish kau ni! terkejut aku. Tak ada apa. Dia Cuma suruh aku ganti dia untuk meeting kat Australia nanti. Dia ada hal.” balasnya ringkas. “Wah! Untunglah jadi staf kesayangan bos. Australia kat mana? Bila kau berangkat?” soalnya teruja. “Banyak lah kau punya kesayangan. Tu pun sebab aku ni secretary dia je. Kat Perth. 20 haribulan ni. Aku pergi dalam 3 or 4 hari je kot.” balas Isha. “Kenapa? Nak ikut?” Isha mengusik. “Tak nak lah aku. Zairi tu bukan boleh tak jumpa aku sehari. Ni kan pulak tiga hari. Memang tak lah.” Nia membalas dan berlalu ke mejanya. Isha hanya ketawa mendengarnya. Dia tahu pasangan tunang itu memang tidak boleh berenggang. Kemana sahaja pasti berdua.
Kereta Ford Fiesta yang dipandu Isha masuk ke perkarangan rumahnya. Kelihatan adiknya, Arizza sedang duduk di buaian sambil bermain telefon. Adiknya pantas bersalaman dengannya sejurus sahaja Isha keluar daripada keretanya. “Bila Izza balik? Siapa ambik?” soalnya. “Tengah hari tadi. Kawan Iza yang duduk kat Rawang tu hantar.” balasnya. “Kenapa tak cakap kat akak? Kalau tak boleh akak ambik tengah hari tadi. Tak payah susah-susah kawan Iza tu hantar.” rungutnya. “Dah cakap dah kat dia tak payah hantar. Dia yang nak hantar, Iza ikut jelah. Lagipun takut akak dengan abang busy.” jelas Arizza. “Okey lah, akak masuk dulu ya!” balas Isha mengakhiri perbualan. Arizza hanya tersenyum mengangguk.
Selesai solat maghrib, Isha ke dapur untuk menikmati makan malamnya. Kelihatan ibu dan ayahnya di situ. Dia mencedok nasi dan lauk yang terhidang di atas meja. “20 hari bulan ni Isha ke Australia.” ucapnya memulakan perbualan. “Lagi seminggu lah. Buat apa ke sana? Pergi dengan siapa?” soal ibunya. “Ada meeting. Isha kena ganti Encik Zamil. Dia ada hal nak uruskan. I’m going myself.” jelasnya. “Isha okey ke pergi sorang?” sampuk ayahnya. “Okey je ayah. Lagipun kat sana nanti ada orang tolong if i need anything. So, ibu dengan ayah tak payah risau la ya. It will be just fine.” Isha cuba menenangkan orang tuanya. Sesudah sahaja mencuci pinggan mangkuk di sinki, dia masuk ke biliknya untuk menunaikan solat isyak. Kemudian dia merebahkan badannya di atas katil. Pintu biliknya diketuk dan adiknya meluru masuk. “Nak apa? Masuk bilik orang macam pencuri.” tegurnya. “Tak ada apa. Saja. Alah akak ni. Izza balik pun sekali sekala je. Biarlah nak masuk macam apa pun. Bukannya selalu.” jawabnya Arizza. “Dengar-dengar orang tu nak ke oversea. Untung lah! Kerja sambil bercuti.” tambahnya lagi. “Banyak lah Izza punya bercuti! Ingat jalan-jalan cari makan ke? Akak pergi pun sebab kerja okey! Tak ada masa nak bercuti.” Isha membalas kata-kata adiknya. “Yelah tu.” balas Arizza ringkas. “Dah lah, pergi keluar! Sibuk je.” Isha mengusir adiknya. Dia mengunci pintu bilik supaya tidak ‘dikunjungi’ adiknya kembali. Isha pantas berjalan ke hadapan cermin dan duduk di kerusi. Dia menyapu krim malam di wajahnya. Dia beruntung kerana kulit wajahnya tidak mempunyai masalah. Telefonnya tiba-tiba berdering. Isha terus mencapai dan menjawabnya. Dia mengenali suara itu milik siapa. Dia menjawab salam yang diberi. “You buat apa? Busy ke?” Akmal menyoal. “Tak pun. Tengah sapu krim kat muka. Kenapa?” soalnya kembali. “Muka dah cantik pun nak sapu krim lagi ke?” balas Akmal. “You tu lelaki. You tahu apa. Kalau you jadi perempuan, You will do the same thing okey!” balas Isha kembali. “Okey-okey. I get it. Esok you cuti kan? I nak datang jumpa parents you.” Akmal memberitahu. Isha terdiam mendengar penjelasan itu. “Kenapa diam? Penyakit takut you dah datang la tu.” balas Akmal mengusik. “Takut? Buat apa nak takut? Datang je lah! Tak ada orang halang pun!” balas Isha menyembunyikan rasa gugupnya. “Really? If it that case, i will.” balasnya selamba. “Pukul berapa you nak datang? I need to tell my mom and dad first.” Isha memeberanikan diri. “Around 10 o’clock. Okey tak?” soal Akmal. “Boleh! I’ll wait for you. See you tomorrow! Bye!” balas Isha dan terus menamatkan panggilan. Isha pantas keluar bilik dan memberitahu tentang kunjungan Akmal ke rumahnya esok. Ibu bapanya kelihatan gembira dan memberi reaksi yang positif. “Bagus lah kalau macam tu. Pukul berapa dia nak datang?” soal ayahnya gembira. “Dalam pukul 10.” jawabnya ringkas. Ayah dan ibunya hanya mengangguk tanda setuju. Isha terus berlalu masuk ke iliknya kembali dan baring di atas katil. Dia mula memikirkan tentang topik yang bakal dibincangkan esok. Akhirnya dia terlena bersama lamunannya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience